Saturday, November 22, 2008
Selamat bercuti... Meneruskan pengembaraan seorang muslim
Akhirnya masa yang ditunggu pun tiba. Insya Allah ana akan meneruskan pengembaraan ini. Doakan ana moga segala objektif tercapai. Yang pastinya ana memaksa untuk meneruskan displin pembacaan ana untuk beberapa buku.
Moga buku-buku ini memberikan manfaat yang berguna kepada ana untuk menjalani kehidupan di alam fana ini. Insya Allah jika ada masa yang terluang ana akan kongsikan bersama sahabat-sahabat sekalian. Antara majalah dan buku yang menjadi pilihan ana untuk dikhatamkan masa cuti ini;
Walaupun ana sahabat yang memberikan teguran atas buku pilihan ana ini. Ana ucapkan terima kasih atas teguran itu. Tapi ana mempunyai alasan yang tersendiri. Ana minta maaf buat sahabat kerana dalam beberapa masa ana takkan mengupdate blog ini dek pengembaraan ana yang tidak menghubungkan ana dengan internet. Moga ada kebaikkannya untuk diri ana..
Tuesday, November 18, 2008
Wajah Para Syuhada...
Misteri Tanda Syahid Amrozi Cs Terkuak | ||
Jum'at, 14-11-2008 | 10:58:12 WIB | ||
Tiada kata yang terucap melainkan kalimat takbir, Allahu Akbar, atas kondisi jenasah ketiga syuhada Bali. Betapa tidak, ketiga syuhada tersebut sangat jelas menampakkan tanda-tanda sebagai syahid seperti yang biasa ditemui di kancah peperangan, meski mereka 'tidak sedang berperang' melawan musuh Islam.
|
Sunday, November 16, 2008
Doa Murabbi Untuk Dakwah Islamiyah
Ya ALLAH, berikan taqwa kepada jiwa-jiwa kami dan sucikan dia.
Engkaulah sebaik-baik yang, mensucikannya.
Engkau pencipta dan pelindungnya
Ya ALLAH, perbaiki hubungan antara kami
Rukunkan antara hati kami
Tunjuki kami jalan keselamatan
Selamatkan kami dari kegelapan kepada terang
Jadikan kumpulan kami jama'ah orang muda yang menghormati orang tua
Dan jama'ah orang tua yang menyayangi orang muda
Jangan Engkau tanamkan di hati kami kesombongan dan kekasaran
terhadap sesama hamba beriman
Bersihkan hati kami dari benih-benih perpecahan, pengkhianatan dan
kedengkian
Ya ALLAH, wahai yang memudahkan segala yang sukar
Wahai yang menyambung segala yang patah
Wahai yang menemani semua yang tersendiri
Wahai pengaman segala yang takut
Wahai penguat segala yang lemah
Mudah bagimu memudahkan segala yang susah
Wahai yang tiada memerlukan penjelasan dan penafsiran
Hajat kami kepada-Mu amatlah banyak
Engkau Maha Tahu dan melihatnya
Ya ALLAH, kami takut kepada-Mu
Selamatkan kami dari semua yang tak takut kepada-Mu
Jaga kami dengan Mata-Mu yang tiada tidur
Lindungi kami dengan perlindungan-Mu yang tak tertembus
Kasihi kami dengan kudrat kuasa-Mu atas kami
Jangan binasakan kami, kerana Engkaulah harapan kami
Musuh-musuh kami dan semua yang ingin mencelakai kami
Tak akan sampai kepada kami, langsung atau dengan perantara
Tiada kemampuan pada mereka untuk menyampaikan bencana kepada kami
"ALLAH sebaik baik pemelihara dan Ia paling kasih dari segala kasih"
Ya ALLAH, kami hamba-hamba-Mu, anak-anak hamba-Mu
Ubun-ubun kami dalam genggaman Tangan-Mu
Berlaku pasti atas kami hukum-Mu
Adil pasti atas kami keputusan-Mu
Ya ALLAH, kami memohon kepada-Mu
Dengan semua nama yang jadi milik-Mu
Yang dengan nama itu Engkau namai diri-Mu
Atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu
Atau Engkau ajarkan kepada seorang hamba-Mu
Atau Engkau simpan dalam rahasia Maha Tahu-Mu akan segala ghaib
Kami memohon-Mu agar Engkau menjadikan Al Qur'an yang agung
Sebagai musim bunga hati kami
Cahaya hati kami
Pelipur sedih dan duka kami
Pencerah mata kami
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Nuh dari taufan yang
menenggelamkan dunia
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Ibrahim dari api kobaran yang
marak menyala
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Musa dari kejahatan Fir'aun dan
laut yang mengancam nyawa
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Isa dari Salib dan pembunuhan
oleh kafir durjana
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Muhammad alaihimusshalatu
wassalam dari kafir Quraisy durjana, Yahudi pendusta, munafik
khianat, pasukan sekutu Ahzab angkara murka
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Yunus dari gelap lautan, malam,
dan perut ikan
Ya ALLAH, yang mendengar rintihan hamba lemah teraniaya
Yang menyambut si pendosa apabila kembali dengan taubatnya
Yang mengijabah hamba dalam bahaya dan melenyapkan prahara
Ya ALLAH, begitu pekat gelap keangkuhan, kerakusan dan dosa
Begitu dahsyat badai kedzaliman dan kebencian menenggelamkan dunia
Pengap kehidupan ini oleh kesombongan si durhaka yang membuat- Mu murka
Sementara kami lemah dan hina, berdosa dan tak berdaya
Ya ALLAH, jangan kiranya Engkau cegahkan kami dari kebaikan
yang ada pada-Mu karena kejahatan pada diri kami
Ya ALLAH, ampunan-Mu lebih luas dari dosa-dosa kami
Dan rahmah kasih sayang-Mu lebih kami harapkan daripada amal
usaha kami sendiri
Ya ALLAH, jadikan kami kebanggaan hamba dan nabi-Mu
Muhammad SAW di padang mahsyar nanti
Saat para rakyat kecewa dengan para pemimpin penipu yang memimpin dengan kejahilan dan hawa nafsu
Saat para pemimpin cuci tangan dan berlari dari tanggung jawab
Berikan kami pemimpin berhati lembut bagai Nabi yang menangis dalam sujud malamnya tak henti menyebut kami, ummati ummati,ummatku ummatku
Pemimpin bagai para khalifah yang rela mengorbankan semua kekayaan demi perjuangan
Yang rela berlapar-lapar agar rakyatnya sejahtera
Yang lebih takut bahaya maksiat daripada lenyapnya pangkat dan kekayaan
Ya ALLAH, dengan kasih sayang-Mu
Engkau kirimkan kepada kami
da'ie penyeru iman kepada nenek moyang kami penyembah berhala
Dari jauh mereka datang kerana cinta mereka kepada da'wah
Berikan kami kesempatan dan kekuatan, keikhlasan dan kesabaran
Untuk menyambung risalah suci dan mulia ini
Kepada generasi berikut kami
Jangan jadikan kami pengkhianat yang memutuskan mata rantaikesinambungan ini
Dengan sikap malas dan enggan berda'wah
Kerana takut rugi dunia dan dibenci bangsa
Jersi Baru Pasukan Bola Sepak Malaysia?
Jersi yang ditaja oleh Nike seumpama ini memang sudah dipakai oleh pasukan kelab Serie A Itali, Inter Milan. Saya tidak pernah terbayang pasukan Malaysia yang terkenal dengan jersi kuning hitam juga akan memakainya. Apapun jersi ini tidak dipakai lagi oleh pasukan Malaysia dalam mana-mana perlawanan. Sekiranya benar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggunakan jersi ini, ianya akan mengundang kemarahan penonton nanti terutama umat Islam.
#post dr sahabat ana ismail
Saturday, November 15, 2008
Blog ini bukan pintu tandas...
Keduanya, ana nak berkongsi kepada sahabat sekalian, blog ini bukannya tandas untuk diperlakukan sesuka hati samada dalam shout box atau komen di dalam artikel. ana suka untuk sahabat-sahabt menghayati apa yang telah ust Hazrizal tulis dalam blog tentang hal ini.
Ramai sahabat terkejut dengan beberapa post dalam shout box. seorang yang mengatakan dirinya sebagai Humaira. Ana tiada kuasa untuk mengetahuinya. Ana serahkan pada Allah swt untuk memberitahunya di mahkamah akhirat kelak. Tak perlu ana membahaskan hal ini dengan lebih panjang kerana ianya hanya provokasi daripada orang yang tidak bertanggungjawab. Apapun terima kasih pada sahabat atas teguran itu.
Al Hujurat:12
Rapuh....
Daie... Jaga teman rapatmu...
Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah yang berakal. Dikurniakan deria yang lengkap dan sempurna, mempunyai pelbagai kelebihan dan kekuatan. Akal yang dikurniakan mengangkat darjat manusia melebihi makhluk yang lainnya. Namun, tidak dinafikan ada manusia yang Allah kategorikan lebih hina dari haiwan ternakan. Moga Allah menjauhkan kita dari golongan manusia yang diazab kelak.
Diciptakan pula manusia berbeza-beza, dari warna kulit yang pelbagai kepada sikap yang beraneka ragam. Semuanya untuk manusia mencari kelebihan dan kekurangan serta mengenali dan memahami segenap sifat dan sikap yang ada. Atas perbezaan yang wujud ini, pastinya ada yang lebih dari yang lain dan ada juga yang kurang berupaya dari yang lain. Di sinilah timbulnya optimalisasi sumber manusia dalam menjadikan kehidupan lebih baik dan sempurna.
Di dalam sesebuah organisasi yang mempunyai tenaga kerja yang banyak dan pelbagai, optimalisasi sumber manusia merupakan satu aspek yang amat penting agar tidak berlaku ‘pembaziran’ tenaga dan kemahiran. Seperti itu jugalah di dalam medan da’wah, tidak relevan jika manusia dikumpulkan di bawah satu panji yang sama namun tidak tersusun dan tidak dimanfaatkan segenap tenaga dan kemahiran yang ada untuk memantapkan lagi pergerakan da’wahnya.
Amal jama’i yang dituntut di medan da’wah seharusnya mempunyai penerapan yang langsung dalam jiwa setiap aktivis da’wah untuk ke hadapan memanfaatkan tenaga dan kemahiran yang ada padanya untuk mencapai matlamat da’wah islam, melalui sistem yang digariskan jemaah. Jauh dari keinginan untuk sebuah organisasi memiliki ahli atau individu yang berkebolehan tetapi bertindak melulu tanpa memikirkan matlamat organisasinya secara menyeluruh.
Di sinilah timbulnya kepentingan untuk kita mengintrospeksi diri masing-masing untuk mengenal kelemahan dan kelebihan yang ada agar dapat disalurkan dengan betul di dalam usaha da’wah kita. Mengenali diri sendiri sememangnya dapat membuatkan kita memperbaiki kelemahan yang ada, baik atas usaha sendiri, mahupun dengan bantuan sahabat lain. Kelemahan yang dikenalpasti dapat memperlahankan perjalanan da’wah jemaah secara menyeluruh seharusnya diberi perhatian yang khusus oleh individu itu sendiri apatah lagi oleh pembimbingnya. Di sini pentingnya sikap ikhlas dan berlapang dada dalam menerima kekurangan diri dan untuk menerima teguran yang kelak akan membantu kita memperbaiki diri, sekaligus jemaah.
Namun fokus artikel ini adalah untuk kita menjadi lebih sensitif dengan persekitaran terutamanya dengan sahabat lain yang turut sama dalam usaha da’wah islam ini. Seolah-olah menjadi tabii aktivis mempunyai rasa segan dan takut untuk menegur sahabat sendiri yang melakukan kesilapan ataupun mempunyai kekurangan diri yang boleh jadi berpotensi dalam menggugat usaha da’wah kita.
Segan dan takut di situasi ini merupakan sesuatu yang tidak relevan dan seharusnya jauh dari sanubari kita. Kepekaan kita terhadap masalah sahabat yang lain menjadi tanda pengukur ukhuwah kita. Sesungguhnya ukhuwah itu tidak diukur dengan relanya kita berlapar demi kesenangan sahabat atau keletihan kita demi keselesaan mereka atau seumpamanya tetapi lebih utama lagi, sejauh mana kita berusaha untuk membawanya kepada Allah s.w.t.
Sikap dan sifat yang seperti bercampur-baur dengan jahiliyyah seharusnya ditepis dari hinggap di kalangan aktivis islam sekalian. Lalu usaha untuk mengelakkannya memerlukan bantuan mata luar untuk memerhati dan mentafsir dengan jujur dan ikhlas. Di sinilah peranan sahabat menjadi amat signifikan, seperti pulau di tengah lautan memberi harapan kepada nelayan yang hilang arah.
Adapun usaha membantu memperbaiki diri orang lain memerlukan kita mengenali beberapa aspek penting agar tidak terlanjur menjadi batas pemula perpecahan. Tidak sekalipun ia dianggap menjadi objek perendahan, baik yang menegur mahupun yang ditegur. Atas niat ikhlas kerana Allah dan dengan kasih dan sayang, kita berusaha memberi dan menerima teguran. Kasih dan sayang…sesuatu yang subjektif untuk diterangkan tetapi dapat dirasai, bukan? Jadi soal kembali diri kita, sejauh mana persahabatan yang terjalin itu kerana Allah s.w.t.? Atau hanya kerana bersama di jalan da’wah? “Da’wah”? Pentingnya untuk kita menetapkan niat dan perasaan bersahabat itu hanya kerana Allah adalah supaya kita mampu menilai dan bertolak ansur dengan sikap dan sifat yang ada pada seseorang tanpa rasa benci yang disuap syaitan.
Perlu jelas bahawa yang dibenci adalah sikap, bukan individu. Jadi dengan kasih dan sayang kita terhadap sahabat itu, jauh sekali dari wajar untuk kita menjauhkan diri darinya, bahkan dihampiri dan diperbaiki akhlaknya agar tiada yang kita benci padanya sepertimana tiada yang kita benci pada diri kita sendiri. Alternatif yang wujud dalam proses memperbaiki seorang sahabat punya tiga, sepertimana yang digariskan Eko Novianto dalam bukunya “Sudahkah Kita Tarbiyyah? : Refleksi seorang Mutarrabi”. Pertama melalui persahabatan yang telah terjalin. Kedua melalui orang-orang yang diketahui bertanggungjawab terhadap seseorang individu itu dan ketiganya melalui struktur organisasi yang terlibat. Fokus di sini adalah berkenaan peranan kita di kalangan dai’e sebagai seorang sahabat.
Jadi bagaimana kita berusaha membantu sahabat kita? Langkah bagaimana harus diambil agar usaha mendatangkan hasil dan hasil melalui kaedah yang efektif? Sekali lagi kita membincangkan sesuatu yang subjektif, tetapi masih relevan untuk diusulkan cadangan. Memang menjadi amalan yang amat sukar untuk menegur rakan sebaya. Alasan paling popular; “Takut kecil hati nanti”. Habis bagaimana pula kecil peluang untuk ke syurga dan untuk memantapkan da’wah? Yang penting cara approach berhikmah dan tidak semberono. Da’wah dengan memudahkan, bukan menyusahkan. Ada pula yang merasakan ia bukan satu amal da’wah yang besar walhal yang menganjurkan kepada yang baik itu adalah amal da’wah juga. Bukan hanya kepada yang tidak punya fikrah dan tidak kenal islam, tetapi juga di kalangan sahabat handai yang berjuang di jalan Allah. Mana mungkin kita mampu redha dan berlapang dada saat melihat gagasan da’wah ini dititipi dengan jaihliyah dan kerosakan yang dikendong oleh kafilahnya sendiri? Ataukah kita tersilap tatkala melabel diri kita aktivis islam?
Sebenarnya disinilah merupakan satu anjakan paradigma untuk aktivis muda, terutamanya di kampus, mula berfikir lebih luas dan lebih kreatif. Penyelesaian masalah yang pelbagai memerlukan kaedah berfikir yang lebih luas tetapi masih di dalam kotak syari’e yang ditetapkan, tanpa kompromi. Dari metode da’wah dengan masyarakat kampus yang tipikal kepada metode da’wah umum yang kebiasaannya melibatkan pelbagai lapisan pemikiran dan ragam pendapat. Dari yang selemah-lemah iman kepada yang berkobar semangat tak tentu arah, semuanya memerlukan kita berfikir dan melaksanakan.
Jangan hanya berfikir, nanti otak menjadi banjir dengan idea hingga tidak ada ruang untuk keinginan melaksanakannya. Posisi kita sebagai sahabat yang sedia ada seharusnya digunakan sebaiknya untuk menegur dan membantu membaiki kelemahan yang ada pada individu ber”masalah”. Kelebihan pada ta’aruf yang berjalan sepanjang persahabatan(betul berlaku ta’aruf??) digunakan sebaiknya. Titik kegembiraan dan kemarahan yang telah kita kenali haruslah dimanfaatkan agar jauh dari konflik. Nyatakanlah dengan jujur dan ikhlas akan niat kita untuk membantunya dan memantapkan da’wah islam ini. Di sini memerlukan interaksi yang personal dan menjaga agar persoalan tidak tersebar kepada yang tidak berkepentingan1. Motivasikan dirinya dengan akibat dan natijah yang mungkin terhasil atas perubahan yang akan dihadapinya. Moga-moga Allah melembutkan hatinya untuk berubah dan menerima nasihat serta dieratkan lagi hubungan dia dan kita.
Namun jika isu sikap tersebut masih tidak dapat diselesaikan melalui approach persahabatan yang mengambil tindakan ono on one, wajarlah disepakati dengan beberapa sahabat lain yang mengambil berat akan masalahnya juga. Jika perlu, rencanakan aktiviti kebersamaan yang mampu untuk menyentuhnya, bukan dengan sesuatu yang terlalu obvious menumpu kepadanya agar tidak timbul inferiority padanya.
Adapun isu yang dibentangkan di atas hanya berkenaan permasalahan sikap individu, bukan dari aspek yang melibatkan teknikal dan sistem. Jika ini berlaku, adalah lebih baik permasalahan tersebut diusulkan kepada pembimbing tanpa diberitahu kepada sesiapa yang tidak sepatutnya agar tindakan yang responsif dapat diambil dengan segera supaya tidak memburukkan keadaan.
Moga dengan sedikit perkongsian ini mampu untuk kita pertingkatkan kefahaman kita akan erti persahabatan dan erti kasih kerana Allah. Di sinilah kita tegur-menegur kerana akhirat berlaku sepertimana para sahabat Rasulullah s.a.w. di kalangan mereka sendiri. Malahan ia juga mendidik kita untuk menjauhkan dari sifat ego dan malu berlebihan dalam menghadapi masalah sikap. Kian lama ia dibiarkan, kian meruncing masalah dan bertambah pula bebanan da’wah kita. Langkah pertama yang dapat diambil adalah untuk bermula dengan introspeksi diri sendiri yang berlanjutan dengan pembinaan sensitiviti terhadap masalah sesama sahabat.