Sunday, March 23, 2008

Forum: Tiada Yang SetandingNya


Forum:
"Tiada Yang SetandingNya"

Tempat:
Dewan KTC

Tarikh:
19 mac 2008

Ahli-ahli panel:
Ust Ismail Mustari (Ahli Panel 1)

Ust Rifqi (Ahli Panel 2)

Mohd Khairul Syam (Moderator)


"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat suri teladan yang terbaik bagi mereka yang mengharapkn rahmat dan hari akhirat.."

Monday, March 10, 2008

Pengorbanan Itu Amat Manis



Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah swt...

Semuanya teka teki telah terjawab dengan gelombang tsunami menimpa BN... Beberapa tidak menggunakan internet kerana pergi berJUANG meningglkan bumi selatan ke sebuah negeri tadahan wahyu. KELANTAN.

Terlalu banyak pengalaman dan memori indah dan pahit untuk dikongsi utk shbt-shbt sekalian. Namun ana berfikir semua mungkin tidak semua ana mampu tuangkn hanya sekadar apa yg termampu.

Shabr-shbt leh buka bloggers ini untuk dapatkn liputan dan ulasan:

Mohd Sayuti Omar
Roslan
A.Kadir Jasin
Ust Hazrizal

Namun apa yang ana ingin kongsi kepada shbt sekalian ttg pengalaman pertama ana mengundi. Ianya cukup manis dan indah kerana setelah melalui banyak detik-detik yang memeritkan akibat pertukaran alamat.

Semuanya itu telah terubat dengan kemenangan yang diberikan oleh Allah swt. kepada kerajaan ISLAM Kelantan.

Suasana hening pagi itu telah dipecahkn dengan tangisan para alim ulama dan rakyat yang tertindas. Jika stadium itu boleh berkata-kata pasti ia menjadi saksi utama tangisan manusia yang ditindas penuh kezaliman.





Kata-kata tok guru masih ana ingat

" Ya Allah, kami diserang, dihimpit dari segenap penjuru dlm menegakkan agamamu, sesungguhnya hanya kami tidak berdaya. Maka kami berserah padaMu untuk membantu kami menegakkan agamamu."

Munajat golongan yang dizalimi tidak akan ditolak oleh Allah swt.

Akhirnya perancangan musuh telah diterbalikkan oleh Allah swt.

Sahabat sekalian...

Ana yakin masing-masing kita telah merasai pengalaman dalam PRU 12 ini. Ada yang jadi PACA ada yang fisrt time pengundi, ada yang diugut oleh pihak pentadbiran universiti, ada yang dipandang sepi oleh sahabat lain ketika berjuang dlm PRU ini dan macam-macam lagi.

Namun yang paling rugi dan naif adalah 'mereka-mereka' yang tidak menginfakkan diri dan segala apa yang dia ada untuk perjuangan kali ini. Mereka menyangka akan hidup lagi 5 tahun akan datang!!!

Sahabatku yang menginfakkan diri dlm PRU kali ini. Sesungguhnya kita akn mereasai bagaimana kemenangan diberikn oleh Allah dalam beberapa negeri kali ini cukup menharukan.

Ana yang ketika itu berada dalam ribuan manusia menunggu keputusan berhadapan Pejabat Perhubungan PAS Kelantan telah menitis air mata kemenangan.

Tidak ana sedar pipi ana dibasihi air suci. Penat letih dan pengorbanan yang dituangkan dlm PRU kali ini cukup-cukup bernilai. Dengan pelbagai sekatan dan halangan (AUKU,Test,Kuliah) telah kita harungi bersama.

Walaupun ada beberapa ketika kita tewas dlm keletihan namun kita sama-sama gagahkan diri ini untuk menunaikan amanah sebagai seorang penuntut ilmu.

Disini ana titipkn gambar mengenangkn memori indah.







bergambar sebelum bertolak ke Negeri Tadahan Wahyu Bersama sahabat seperjuangn. waaa besarnya wau nie... singgah sebentar berehat dkt pantai
Akhirnya... marilah kita meraihkan kemenangan ini dengan penuh rasa kesyukuran yang tak terhingga kepda Allah swt. Moga amanah yang diberikn ini dapat dijalankn dengan penuh cermat dan teliti dalam mencari redha Allah swt.

Tuesday, March 4, 2008

Kecelaruan Politik Kampus

Ali Bukhari Amir Sun Mar 02, 08 8:03:34 pm MYT

Baru-baru ini, sekumpulan pelajar universiti Teknologi Malaysia (UTM) mungkin telah mengirim aduan kepada seorang Exco Pemuda PAS Johor Nazman Ibrahim tentang kes kempen Umno-BN di universiti tersebut pada 1 Mac lalu. Lalu, berita itu disampaikan saudara Nazman. Menurutnya, bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato' Seri Mohd Khaled Nordin adalah individu yang telah pun memasuki kawasan universiti atas nama kementerian, diiringi pasukan konvoi bermotor. "Masalahnya, mereka masuk dengan menonjolkan imej kepartian. Anak-anak muda pakai baju BN mengelilingi kawasan kampus tersebut," kata Nazman. Tidaklah diketahui anak-anak muda itu dibawa daripada kawasan dan bahagian mana.
-->
Seorang pelajar UTM pada malam itu juga mengirim gambar-gambar TNC HEP, Khaled Nordin dan anak-anak muda Umno-BN kepada saya melalui Yahoo Messenger. Tapi, apa yang menarik perhatian saya bukanlah kempen Umno-BN.

Khaled Nordin itu memang orang politik. Beliau dan sesiapa pun yang bergelar politikus, akan menikus di balik bayang-bayang intelektual.

Mereka menggunakan apa saja alat dan perkakas demi memelihara kelangsungan politik. Terkini, Khaled berselindung di sebalik universiti untuk berkempen, demikian seorang pelajar itu lagi kepada saya.

Demikian juga anak-anak muda rempit yang entah diupah dari kawasan dan bahagian BN itu. Kedua-dua kumpulan ini; Khaled sebagai politikus dan anak-anak muda itu bukanlah boleh diajak berbincang. Hanya pihak universiti boleh diajak berdebat secara sihat.

Yang penting, kenapa TNC HEP izinkan kehadiran bekas menteri dengan imej kepartian? Saya yakin, pelajar-pelajar termasuklah parti penasihat dan parti penegur (nama lain bagi pembangkang) tidak ambil kisah dengan kehadiran menteri di universiti, asalkan saja tak dibawa lambang parti yang boleh diterjemahkan sebagai kempen dalam universiti.

Kita boleh anggap, tanggap dan terjemahkan semua itu sebagai acara kementerian. Tiada masalah. Kementerian mengusung agenda kerajaan, bukan kepartian. Titik! Semua orang atau kebanyakan orang telah maklum dan 'settle' bab ini. Sekali lagi... Titik!

Yang masih belum selesai adalah soal makam dan darjah pemikiran TNC HEP yang berat sebelah, penakut bertuhankan Auku, menyembah pemerintah mutakhir ini serta mungkin buat selama-lamanya.

Pemimpin universiti dulu, tidak ketara politiknya. Politik disimpan saja dalam perut. Tidak menunjuk-nunjuk. Pelajar dan pensyarah pun hormat mereka.

"TNC HEP menganggap universiti akan jadi universiti pondok. Kita akan menjadi seperti Taliban di Afghanistan," kata Nazman yang memegang Lujnah Perpaduan Nasional.

Dari apa yang saya faham, kenyataan itu mungkin berpunca daripada kiriman sms TNC. Atau, ia mungkin berpunca daripada hasil perbualan telefon antara pelajar dengan TNC itu.

Inilah isu yang wajib dikuliahkan iaitu tentang tahap pemikiran para pemimpin universiti. Sejak di bangku kuliah, saya tak peduli dengan siswa universiti yang suka berpesta. Tapi, saat TNC HEP dan Ketua Penolong Pendaftar tergedik-gedik menyanyi, oh ini dah lebih!

Pendek kata, apabila pemimpin universiti sudah rosak, jangan diharap anak-anak kampus itu menjadi lebih baik. Apa nak jadi dengan bangsa kita jika pemimpin universiti kita kini sudah terbabas, melebihkan agenda kepartian daripada agenda kerajaan? Rosak bangsa!

Apakah TNC tidak boleh berpesan kepada Khaled Nordin sebelum itu agar tidak dibawa segala lambang kepartian jika mahu masuk ke universiti? Bisik-bisiklah ke Dato' Khaled, "Saya pun orang Umno juga Dato' Khaled, tapi jangan ditunjukkan sangat logo parti tu."

Mak Lang Timah pun pandai jaga maruah Umno-BN
Buletin Utama 2 Mac baru-baru ini menyiarkan liputan berita mengenai Mak Lang Timah di Pendang. Beliau ini pernah menjadi calon di Sg Tiang dan rumahnya tak jauh daripada kawasan taman perumahan saya juga. Mak Lang Timah ini memang sangat masyhur.

Tapi, dalam kenyataannya yang terbaru ketika ditemubual oleh wartawan Buletin Utama, apa kata Mak Lang Timah?

"Saya berkempen pun tidak menonjolkan imej parti. Saya tak bawa logo dacing atau pun orang di sini kata lambang kati. Kalau tidak, orang jadi takut," kata beliau.

Tambah Mak Lang Timah, beliau pergi ke mana-mana pun tak akan bawa logo parti agar penerimaan orang-ramai lebih banyak dan makin terbuka lagi. Demikianlah falsafah, dan pemikiran calon Umno-BN itu. Beliau memang ramai pengundinya berkat amalan itu.

Ertinya, beliau diundi kerana kekuatan peribadi dan bukan kerana parti. Adakah Khaled Nordin, para pensyarah dan pimpinan universiti yang ada cita-cita menjadi calon Umno-BN itu bergantung kepada nama partinya atau kekuatan akhlak dan nama peribadinya? Mereka yang bergantung kepada nama parti bukanlah pemimpin sejati.

Cubalah TNC beri nasihat begini kepada menteri-menteri. Mana mereka berani?
Hatta, calon Umno-BN di kampung sendiri sedar bahawa rakyat dah takut kepada Umno-BN. Bukan kita kata. Calon BN sendiri mengaku, jangan bawa logo, nanti orang takut.

Saya fikir TNC HEP dan cendekiawan universiti kena selalu berikan nasihat positif serta panduan berguna kepada Dato' Khaled supaya meniru-niru gaya Mak Lang Timah. Tidak perlu membawa masuk logo dan lambang parti ke dalam universiti.

Nanti pensyarah dan pelajar semakin takut kepada Umno-BN dan ketakutan kepada parti itu mengatasi ketakutan mereka terhadap pelajar Taliban dan Afghanistan pula. Dan, jika sampai tahap ini, imej siapa lebih parah? Mereka dan keluaga Umno-BN mereka juga.

Putera Harry diajak berperang ke Afhanistan

Alkisahnya, Putera Harry, cucu kepada Ratu Elizabeth di England telah pun pergi berlatih atau berperang betul-betul di Afghanistan.
Entah-entah dia diberi ruang berperang dengan puak-puak Taliban agaknya. Menurut laporan, sudah 10 minggu beliau berada di sana.

Asalnya, pemergian beliau dirahsiakan. Tapi, akhirnya sebuah laman sesawang telah pun mendedahkan laporan itu. Akibatnya, telah merebaklah berita tersebut.

"Saya bukannya wira," demikian kata Putera Harry. Mungkin, beliau pun terpaksa hidup dalam suatu sistem pemerintahan yang memaksa beliau memasuki tentera. Jadi, putera itu enggan dirinya dianggap sebagai perwira walaupun terpaksa berentap dengan Taliban.
Berbicara mengenai Taliban, kita tidak dapat mengelak berbicara tentang Musharraf yang sering meletakkan puak itu sebagai sasaran guna meneruskan kekejamannya. Keadaan ini memaksa orang-orang ternama seperti Imran Khan untuk memasuki lapangan politik.

Imran, seorang pemain kriket akhirnya mengambil keputusan menubuhkan sebuah parti untuk melawan Musharraf. Dalam suatu temu bual ringkas di Newsweek, beliau berkata, negara-negara luar perlu lebih mengetahui kebejatan Pervez.

"Saya wujudkan yayasan sendiri bagi membela rakyat yang sukar mendapatkan rawatan di sini," demikian tulis beliau dalam sebuah rencananya dalam majalah antarabangsa itu ketika memperihalkan betapa hebatnya bejat si Musharraf ini.

Saat Benazir Bhutto dibunuh, Presiden Pakistan Pervez Musharraf menipu bahawa puak-puak Taliban itulah yang membunuh Benazir, walaupun satu dunia mengesyaki bahawa Musharraf itulah yang membunuh Benazir, iaitu pesaingnya dalam dunia politik.

Penipuan Musharaf mengenai pembunuhan Benazir ini lebih kurang sama dengan ucapan Najib di Ijok: "Apa kaitan kena-mengenanya antara saya dengan Altantuya?" Padahalnya kita cuma bertanya, gerangan siapa yang meluluskan penggunaan bom yang meledakkan tubuh wanita malang dari Monggolia itu?

Sebab apa pula dengan tiba-tiba Taliban membunuh pihak yang tidak pernah bersalah dan menindas mereka selama ini? Lebih baik Taliban membunuh Musharraf yang amat kejam itu daripada membunuh Benazir. Musharraf juga ada rekod buruk ke atas demokrasinya.

Satu dunia tahu bagaimana Musharaf telah melucutkan jawatan hakim yang membatalkan pilihan raya anjurannya sendiri. Ini rekod buruk demokrasi junta di mana tipu daya sering berlaku sepertimana Abdullah Ahmad Badawi menipu tentang tarikh pembubaran Dewan Rakyat terhadap kira-kira 27 juta rakyat Malaysia.

Jadi, siapa yang teruk? Taliban? Benazir? Musharraf? Najib? Abdullah Ahmad Badawi? Ini soalan yang perlu diperhalusi TNC HEP dan pimpinan universiti yang mengharapkan jawatan menteri atau menyimpan angan-angan tinggi menggunung sebagai calon BN.

Ini soalan yang perlu dijawab sebelum beliau terlalu melulu menuduh universiti kita akan menjadi universiti pondok, negara kita menjadi seperti Afghanistan di mana puak Taliban memerintah. Ini semua hipotesis yang perlukan kajian sebelum diangkat sebagai hukum dan teori.

Tetapi sebelum mengulas hipotesis jawablah dulu soalan tentang tipu daya bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi ketika membubarkan Parlimen. Ini tidak perlukan teori dan hipotesis apa-apa. Baik atau tidak tindakan menipu kira-kira 27 juta rakyat Malaysia?

lagi Berita Panas UTM!!!

Ali Bukhari Amir Tue Mar 04, 08 4:37:39 am MYT

JOHOR BAHRU, 4 Mac (Hrkh) - Ekoran pendedahan Harakahdaily ke atas kempen Umno-BN secara tersirat baru-baru ini di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), beberapa kumpulan pelajar mula mendapat tekanan pihak-pihak tertentu di universiti itu seperti tindakan merakam gambar markaz pertemuan pergerakan mereka.
-->
Seorang pelajar Hasbullah Amin (samaran) berkata, pihaknya mula menerima banyak kiriman pesanan ringkas daripada kumpulan Aspirasi-Umno dan pihak pentadbiran universiti setelah pendedahan tersebut.

"Pada malam 2 Mac lalu, lebih kurang 20 orang pengawal keselamatan datang merakam gambar markaz kami. Mereka mencatit nombor pendaftaran motor dan kenderaan kami. Mereka berlegar di sekitar kampus mungkin untuk memantau kegiatan pelajar.

"Setelah tersiar laporan Harakahdaily, pada malam itu juga mereka datang. Mungkin juga dikerah pihak atasan universiti. Petang esoknya, tiga orang pelajar Aspirasi-Umno datang rakam gambar kenderaan di markaz kami," kata Hasbullah, mewakili jurucakap pelajar-pelajar berkenaan.

Hasbullah berkata, beliau mengesyaki bahawa ada kemungkinan Pengarah Ko-Kurikulum terlibat dalam hal tersebut. "Ini kerana, gambar beliau yang memakai baju kuning turut tersiar secara jelas dalam laporan sebelum ini," katanya. Namun begitu, katanya, setakat ini tiada lagi sebarang tangkapan dilakukan ke atas para pelajar itu.

Beberapa hari lalu, sekumpulan mahasiswa UTM membangkitkan persoalan mengenai kehadiran seorang bekas menteri di universiti itu dalam keadaan mencurigakan.
Kecurigaan itu bertambah kerana kehadirannya diiring sekumpulan anak muda luar kampus yang dibekalkan logo parti Umno-BN sehingga membangkitkan rasa cemas dalam kalangan warga kampus.

Ekoran itu, salah seorang mahasiswa telah menghantar pesanan ringkas SMS kepada pimpinan universiti itu bagi meminta penjelasan berhubung acara bekas menteri tersebut.
Respon pihak universiti melalui SMS

"Jawapan yang diterima daripada pimpinan universiti amat mengecewakan," kata Hasbullah.

Kiriman SMS daripada pimpinan universiti kepada mahasiswa itu adalah: "Sekarang kementerian ialah BN. Jadi (pemuda Umno-BN) tu ialah penyokong menteri, jadi mereka nak tunjuk sokongan mereka.

"Bila menteri balik mereka pun balik, lagi pun Univ (universiti) ni BN punya, hasil kejayaan dari pemerintahan mereka (Umno-BN). Kalau PAS perintah, jadi macam Afghanistanlah Malaysia ni.. Univ (universiti) Pondok," demikian petikan SMS daripada pimpinan universiti itu.

Monday, March 3, 2008

Peringatan dari Rasulullah SAW

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

Tiga orang Allah tidak akan bercakap cakap dengannya pada hari kiamat kelak. Malah Allah tidak akan menoleh (memandang) kepadanya, Allah tidak akan menyucikan dirinya (daripada dosa) . Sebaliknya disediakan untuknya seksa yang sangat pedih.

1) Orang yang mempunyai bekalan air yang banyak di suatu kawasan lapang atau sahara tapi ia enggan untuk memberi minum Ibnu al-Sabil (para musafir yang kehabisan bekalan minuman).

2) Orang yang menawar untuk membeli barangan selepas asar dengan bersumpah atas nama Allah; bahawa dia akan membeli atau mengambil barang itu dengan harga tertentu. Janjinya itu dipercayai benar oleh penjual. Pada hal dia sebenarnya langsung tidak berniat untuk membelinya.

3) Orang membai‘ah pemimpin (mengundi dan memilih atau melantik pemimpin) semata-mata kerana perhitungan keduniaan (kebendaan). Kalau orang yang dipilihnya itu memberikan janji habuannya maka barulah dia akan menunaikan kewajibannya. Kalau tidak ia akan bersikap enggan (atau ingkar).” (Hadith Muttafaqun ‘Alaihi).

Umno-BN mula berkempen di UTM

Ali Bukhari Amir
Sun | Mar 02, 08 | 1:54:26 pm MYT

JOHOR BHARU, 2 Mac (Hrkh) – Sikap pemimpin Umno–BN yang mengguna jentera parti melibatkan badan berkanun milik kerajaan makin menjadi-jadi dan hal ini mendapat perhatian beberapa pihak sejak akhir-akhir ini.

ImageDalam kes terbaru, segolongan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, melalui pemerhatian mereka kelmarin menyifatkan sebuah program anjuran bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato' Seri Mohd. Khaled Nordin sebagai kempen anjuran Umno-BN.

"Ia kelihatan seolah-olah kempen Umno-BN, tapi kempen itu masuk ke universiti dalam bentuk acara keusahawanan kementerian di bawah Khaled Nordin.

Image"Kami anggap sedemikian kerana beberapa orang pemuda Umno-BN boleh masuk secara bermotorsikal mengiringi ketibaan bekas menteri tersebut," kata seorang mahasiswa yang mahu dikenali sebagai Shabab.

Menurut Shabab, hal kempen Umno-BN di UTM akhirnya dirujuk kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTM untuk diminta pendirian pimpinan universiti berhubung isu berkenaan.

Beliau tidak menolak kemungkinan program tersebut ada kaitan rapat dengan TNC HEP.

"Kami kirim pesanan ringkas SMS kepada TNC HEP dan jawapan beliau mengecewakan kami. Beliau mempunyai pandangan dan tanggapan negatif berhubung pembangkang.

Image"Kata TNC, acara itu tidak bermasalah kerana universiti memang hak milik BN. Tambah beliau menerusi SMS, jika pembangkang memerintah negara ini universiti kita akan jumud dan tidak berkembang," kata beliau.

Tambah Shabab, TNC menyifatkan universiti di Malaysia akan berubah seperti Afghanistan di mana puak-puak Taliban akan menguasai negara.

"Antara lain, katanya melalui kiriman SMS itu, universiti di Malaysia akan berubah seperti universiti pondok jika pembangkang dibenarkan memerintah Malaysia," katanya.

Mengulas kejadian tersebut, Exco Pemuda PAS Negeri Johor Lujnah Perpaduan Nasional Nazman Ibrahim berkata, pihak kementerian dan pimpinan universiti perlu rasional dan bersikap profesional dalam menjalankan tugas mereka.

"Mereka mesti dapat membezakan antara kerajaan dan parti. Paling mengejutkan, ialah sikap pimpinan universiti yang sanggup melabelkan universiti kita seperti Afghanistan yang melahirkan puak-puak Taliban dan universiti kita akan menjadi pondok.

"Ini dakwaan yang tidak berasas," kata Nazman kepada Harakahdaily kelmarin.