Monday, March 2, 2009

Dalam kesulitan pasti ada kemudahannya...

“ ok kelas.. saya bagi kamu masa sebulan untuk siapkan tugasan ini. Ada apa-apa soalan lagi? Kalau takde kelas kita bersura disinii“ en. Hisyam mengakhiri kuliah hari ini.


“Ya Allah biar betul banyak tugasan untuk se mini” hatiku berkata-kata.

Hari demi hari aku dihambat dengan tugasan kumpulan yang menyekat diriku. Belum selesai satu projek ditambah lagi dengan projek lain. Hanya dengan pertolongan dan bantuan dari Allah yang boleh meleraikan bebanan ini.


Ini belum dihitung amanah gerak kerja dakwahyang diberikan pada ana untuk cuti ini. Beberapa program telah disetup untuk cuti yang bakal mennjelma ini. Insya Allah program ini akan melahirkan pendokong-pendokong Islam dimuka bumi ini yang ikhlas dan sanggup berkorban apa sahaja untuk Islam. Hatta nyawa dan darah sekalipun. Itulah metlamat yang kami tetapkan. Tarbiah al-Fateh menjadi bahan kajian dan bacaan sebelum program ini di laksanakan.


“ Syam, ana minta tolong enta kendalikan projek megah ekonomi ini. Ana bukan apa kesian Nampak adik kita tue Uzair urus seorang diri. Ana pula kena gerakkan projek lain” Yazif pula mengadu pada aku pada suatu malam.


Hati kelam dan sedih melihatkan pengaduan ajip. Aku memang lama sudah mempunyai hajat dihati untuk membantu tapi dibataskan dengan gerak kerja tarbiah menyebabkan aku tidak mampu untuk membantunya. Hanya kata-kata dan doa yang mampu aku titipkan buat penguat kepada sahabat ana ajip.


“Insya Allah ajip. Ana cuba untuk mengerakkannya sekadar kemampuan ana.” Bukan apa projek memang mega kerana melibatkan 20 kampus diseluruh semenanjung Malaysia. Bukan calang-calang projek ini! Dan yang lebih penting modalnya menjangkau 18K.


Ana menerimanya kerana memang wujud dalam diri untuk menggerakkan pembudayaan al-Quran agar setiap orang memiliki tafsir al-Quran. Kita sedia maklum ramai diantara kita yang buta bahasa Arab. Jadi diharapkan dengan usaha ini warga ilmuan ini lebih menghayati al-Quran dalam kehidupan seharian.


“Assalamualaikum abg.. petang ini lebih jumpa tak nak bincang pasal adik-adik forecast. Kita jumpa dalam pukul 6-7pm k” sms ringkas ana terima dari seorang adik usrah ana.


“ insya Allah. Abg memang lama daa nak bincang.. insya Allah kita jumpa”. Balasku ringkas.


Kebetulan tadi ana telah membaca satu artikel yang bertajuk “Shafwatul Islamiyyah Bainal Ikhtilafil Masyru’ wat Tafarriqi Mazmum” yang ditulis oleh seorang mujtahid zaman moden ini Prof Dr. Yusuf Qardawi.


Sekiranya kita semua menghayati dan memahaminya maka tidak akan timbul isu tikam menikam antara jemaah, memburuk-buruk antara satu sama lain dan sebagainya. Hampir-hampir lemas dibuatkannya kerana bagiku zaman kini sudah berubah. Kini perlu meluncur laju mengerakkan dakwah kita berbanding berbalah sesame sendiri. Insya Allah dalam enrty yang akan datang aku cuba membahaskan tentang perkara ini. Mudahan menjadi iktibar buat pejuang sekalian khususnya diriku.


Dalam artikel yang pendek itu Prof Yusuf al-Qardawi telah menjelaskan betapa pentingnya kita sebgai daie menguasai dan memahami Fiqh Ikhtilaf yang berlaku dalam kelompok-kelompok islam. Insya Allah dipanjangkan usia dan diberikan kelapangan masa ana akan berkongsi dengan anda semua.


Dalam kekalutan menyiapkan semua tugasan ini ana memohon kepada Allah swt moga diberikan kekuatan untuk menghadapi sunnah dalam menuntut ilmu. Teringat ana pesan tok guru Nik Abdul Aziz beliau berkata bila membaca surah insyirah pasti beliau akan menekan ayat yang membicarakan


“Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan. Sungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan”. (Insyirah:5-6)







Sunday, March 1, 2009

Islam Kembali Asing.... Siri 1

Kita mulakan perbincangan pada malam ini dengan merenung sebuah hadis nabi saw yang bermaksud:

“Islam bermula dalam keadaan terasing. Ia akan kembali asing seperti permulaannya. Maka beruntunglah untuk orang yang terasing”

“Kita yang hadir pada malam ini adalah orang yang terasing dari kebiasaan warga kampus.” Tegasku dalam perjumpaan dengan adik-adik usrah baru-baru.

“Masakan tidak dikala orang lain diulit dengan mimpi yang indah, di saat orang lain terlena tidur diatas katil yang empuk dan disaat orang lain disibukkan dengan games kita terpilih oleh Allah swt hadir dirumahnya semata-mata untuk menghiasi malam kita dengan qiamulaill. kita basahi lidah kita dengan memuji dan memuja Allah sebagai pencipta kita.”

Aku bertambah semangat memberikan ucapan dalam keheningan malam itu.


“Bukan sedikit ayat Quran yang menyeru kita menghidupkan malam dengan tahajud dan berzikir kepadaNya. Amalan menghidupkan malam merupakan amalan orang-orang saleh dan para rasul yang terdahulu. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud menjelaskan nabi saw tidak pernah meninggalkan soat malam(tahajud) dan apabila beliau kebetulan sakit atau letih maka solatlah baginda dalam keadaan duduk.”

Terasa ada sesuatu aura yang meresap dalam tubuhku ketika itu. Tapi aura itu memberikan kekuatan kepada ana untuk terus memberikan perangsang untuk membangkitkan keghairahan adik-adik usrah dengan tahajud. Memang bukan mudah untuk menjadinya suatu kelaziman tapi ianya bukan mustahil. Aku sendiri sedang melatih dan memujuk diri dan nafsu untuk tunduk atas perintah ini. Ya Allah berikan aku kekuatan agar sentiasa membasihi lidahku dengan mengingati dan menyebut namaMu dimalam hari.

Begitulah lebih kurang mukadimah yang ana berikan sewaktu menyampaikan tazkirah dalam liqa dengan adik-adik usrah baru-baru ini. Sebenarnya aku telah diberikan sebuah tajuk cukup berat iaitu ‘Akulah Mukmin Sejati’. Berpinar-pinar juga mata bila adik usrahku Paizwan memberikan tajuk itu melalui sms.

Tajuk itu membuatkan aku berfikir layak aku bercakap tentang tajuk ini sedangkan aku memiliki seribu kelemahan. Tapi aku berfikir positif. Aku perlu bercakap tentangnya agar mudahan terpantul ke dalam diriku kembali kebaikannya.

Akhirnya, ilham yang Allah berikan aku merumuskan ada lima sifat yang perlu ada untuk menjadi mukmin sejati tetapi aku yakin banyak lagi sifat yang perlu ada. Jadi aku akan sampaikan sifat yang jarang disentuh oleh penceramah dan sesuai dengan diriku yang bukan berlatar belakang agama.

Sifat pertama: Ghairah dalam menuntut ilmu

Seorang mukmin itu seharusnya ghairah dalam menuntut ilmu. Pantang mendengar ada majlis ilmu pasti dia akan berusaha untuk menghadirinya. Hidup seharian dipenuhi dengan pengisian keilmuan samada ilmu dunia mahupun ukhrawi. Nabi saw pernah mengingatkan kepada kita kelebihan orang yang berilmu dengan abid adalah kelebihan Ku (rasulullah saw) dengan orang yang paling rendah darjatnya dikalangan kamu.

Dan hadis yang lain, barangsiapa yang Allah mahukan kebaikkan pada dirinya maka Allah akan memberikan kefahaman agama kepadanya.

Tidak kurang juga ayat Quran yang menjelaskan kedudukan orang berilmu itu diangkat dengan beberapa darjat. Oleh itu tidak dapat dinafikan lagi akan kepentingan dan kelebihan orang yang berilmu. Lantara itu, syarat pertama untuk menjadi mukmin sejati perlu ghairah dalam menuntut ilmu.

Kisah perjalanan hidup Zaid bin Tsabit yang mencintai ilmu telah mewarnai sejarah pembukuan al-Quran.

Begitu juga dengan imam mahzab yang terkenal Imam Syafie. Tidak dapat dinafikan kegigihan dan keghairahannya menuntut ilmu. Sanggup berjalan ratusan batu semata-mata untuk sebutir ilmu. Ramai lagi tokoh ilmuwan islam yang memenuhi syarat yang pertama ini.

bersambung....