Friday, February 29, 2008

Pesanan buat Sahabat

Assalamu'alaikum sahabatku sekalian...

Kita sering merungut sibuk…saya sibuk nie..tak dapat nak hadir majlis ilmu , tak sempat hadhir usrah , tak sempat nak hadir mesyuarat ..dll


Tapi tahukah anda bahawa Ar- Rasul adalah manusia paling sibuk. Namun kita lihat bagaimana ia memperuntukkan masanya untuk beribadah kepada Allah sehingga bengkak kedua kakinya sedangkan beliau telah dijanjikan syurga. Ini kerana beliau mahu menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah yang telah memberinya banyak nikmat. Maka marilah kita sama-sama ukur sejauh mana kesibukan kita dan kesyukuran kita kepada Allah s.w.t .

Rasulullah saw. sibuk kerana:

-Memikirkan masalah umatnya sampai kiamat

-Bermunajat kpd Allah setiap malam

-Mengajar ilmu kpd sah. setiap hari

-Berperang di jalan Allah

-Melayani isteri-isteri

-Menerima dan mengajar Al- Qur'an yang disampaikan oleh Jibrail selama 23 tahun serta menghafalnya

-Melayani tetamu dari bangsa Badwi, Yahudi, Parsi, dan lain-lain

-Menziarah orang sakit (biar muslim, munafiq, yahudi)

-Mengajar ilmu Al-Qur'an kepada Jin

-Memikirkan untuk menyelamatkan umatnya di hari kiamat (dengan menyimpan permintaan yang paling besar kepada Allah untuk digantikan dengan syafaat)

Tetapi kita.... sibuk kerana hanya beberapa perkara

-Kerja

-Keluarga

-Kawan-kawan

-Dan lain-lain..

Renungkanlah kata-kata ini pula ;

Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan dan ayat-ayat Allah swt.

Lebih baik telinga itu pekak jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah swt.

Lebih baik anggota badan itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhan Allah swt.

Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia adalah pembohong.

Barangsiapa yang mengaku cinta Rasulullah saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan kaum faqir, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa yang mengaku takut pada neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pembohong. Dan barangsiapa yang mengaku cinta kepada Allah swt tetapi berkeluh-kesah dari bala, maka dia adalah pembohong.

Al Imam Ghazali.

2.30am

Thursday, February 28, 2008

"Wangian Tarbiyyah Islamiyyah"; Haruman yang bisa PUDAR!!!

Novel sejarah Islam 'Salahudin Penakluk Jerusalem' yg cukup membakar semangat jihad para jundullah membongkar 'misteri' kemenangan Tentera Islam dalam usaha menawan kembali Jerusalem dari tentera salib laknatullah. Menampilkan barisan pejuang yang hanya kenal erti jihad. Panglima Muluk dalam novel tersebut, ketika mentakrifkan maksud jihad, dengan penuh bersemangat berkata;

"Jihad adalah USAHA yang BERSUNGGUH-SUNGGUH bagi mendapatkan KEREDHAAN ALLAH"

Di sini, ditekankan `USAHA' dan `KEREDHAAN ALLAH' dalam membiarkan haruman tarbiyyah Islamiyyah terus mewangi, seharum bauan syurga yg diidamkan..

Sahabat2,

Sejauh mana kita telah BERUSAHA memperjuangkan ISLAM, membawa jemaah ini sbg 1 jemaah yg terulung, yg satu2nya kedepan dlm menegakkan kalimah tauhid..yang satu2nya berani menongkah arus menentang kemungkaran (maksiat berselerak merata2,namun, kita hanya mampu memandang & berdoa dlm hati.Teringat kuliah TITAS dulu, ust zulkifli kata, akhir zaman nanti, org yang mampu menegur org yg wat maksiat, imannya macam saidina Abu Bakar...menunjukkan ramai tak berani tegur org yg wat mungkar)…

Seandainya dikecilkan skop lagi..bagaimana usaha kita menunaikan tgjawab bersama dalam mengekalkan wangian tarbiyyah ini? Adakah kita telah mencapai tahap betul2 berusaha bergerak kerja, wat usrah dsb demi KEREDHAAN ALLAH? Atau hanya bergerak apabila `dipaksa'.

"Paku masuk ke struktur dinding hanya apabila diketuk utk masuk"..

Benar. memang fitrahnya sebegitu. Kurang salah, kita memang macam tu..tapi, saya tidak melihat kepada masalah yang dihadapi setelah kita BERUSAHA…saya tidak melihat halangan & cabaran yg kita hadapi setelah kita BERUSAHA, saya juga tidak melihat terkemut-kemutnya kita utk wat usrah dan bergerak kerja setelah kita BERUSAHA..(ditendan g kita mengelak, ditumbuk kita lebam, dihiris kita terluka, di `flying kick' kita terpelanting… etc)

..biar merangkak, asal bergerak, biar lambat asal selamat.. sekurang-skurangnya kita berusaha mengangkat penukul atau sekurang-kurangnya kita berusaha utk memegang paku....harap jangan tinggal terus tggungjawab kita utk dakwah kampus...

Walaupun diri ego and berat nak katakan kita masih main2, tapi itulah hakikat yg plu ditelan wlu pahit.

sekejap SERIUS, sekejap TARIK NAFAS, sekejap SEMANGAT, sekejap TAWAR HATI dengan shbt2?, sekejap TEKUN, sekejap hanya 'PANDANG' dari kejauhan...

Moga2 kita tak hanyut dalam ombak dunia yg fana..Walaupun asyik main tarik tali dengan sikap acuh tak acuh dalam perjuangan.. .sekurang2nya kita masih menggenggam tali..seandainya tak nampak tali perjuangan ini, moga kita sentiasa Istiqamah dgn perjuangan Islam walaupun hnya antara kita dengan ALLAH shj yg tau ape yg kita wat sehari2, berjam2, berminit2, sesaat2, bahkan dalam kadar yg lebih cepat dari itu...

Wednesday, February 27, 2008

Sahabat, bersabarlah dengan dugaan…


Sahabat, kenapa engkau menyendiri di sudut sana , kulihat dahimu berkerut memikirkan nasib diri yang engkau hadapi, terkadang air matamu seperti air sungai yang mengalir deras di pipimu, hatimu penuh dengan keluh kesah. Engkau memandang ujian yang dihadapi selama ini amat berat, benar-benar menghimpit dan menyesakkan dada. Engkau ingin bahagia seperti orang lain, ingin ketawa dan sentiasa tersenyum, bahkan terkadang iri hati melihat orang lain sentiasa sahaja bergembira.

Sesekali engkau menceritakan betapa malang untung nasibmu, 'selalu sahaja tersandung ketika berjalan'. Engkau menceritakan menjadi harapan pada dua hati ibu ayah yang ingin melihatkan kejayaan anaknya. Takut benar melihat mereka kecewa apatah lagi menitiskan air mata.

Bagimu teguran mereka apatah lagi air mata merupakan satu dosa besar yang tidak dapat diampunkan buat dirimu. Engkau diajar untuk mengejar kesempurnaan dengan usaha, bagimu dengan berusaha pasti akan berjaya. Lalu engkau lupa bahawa natijah setiap sesuatu itu bukan
ditangan manusia, tetapi Dia.

Sahabat, jiwamu terkadang memberontak, engkau akan memarahi orang lain yang tidak mempunyai apa-apa dosa pada dirimu, engkau menyalahkan keadaan dan benci dengan alam sekelilingmu, lalu bisikan-bisikan nafsu syaitan datang merayu, menghasut. Suka benar ia melihat manusia bersedih dengan kegagalan, suka benar ia melihat engkau berduka dan menyalahkan takdir. Jahat benar bisikan itu yang mengajakmu untuk memutuskan nyawamu dengan membunuh diri sebagai jalan mudah untuk penyelesai masalah.

Wahai sahabat, dengan hanya menangis, mengeluh, engkau tidak akan mendapat apa-apa. Hatimu akan dirundung pilu sepanjang masa, dan pada masa itu akal dan fizikalmu akan melemah, bagaimana engkau akan membina masa depan semula jika fikiranmu selalu sahaja memikirkan tentang kelemahan dan kekurangan diri? Benar, memikirkan kekurangan diri itu perlu tetapi untuk membina keyakinan dan memperbaiki diri, tetapi ia tidak akan dapat mengubah apa-apa hanya dengan air mata.

Sahabat, Tuhan telah memberitahu kita, bahawa setiap kesusahan itu diikuti dengan kemudahan, setiap ujian dan kegagalan hidup itu ada jalan keluarnya bagi orang yang bertaqwa. Lupakah engkau dengan qada' dan qadar Tuhan? Sahabat, hidup ini adalah amanah yang bukan milikmu sahaja, ada perkaitan dengan Tuhan, manusia dan makhluk Allah yang lain. Bukanlah satu kegagalan di dalam hidup jika engkau kesandung pada kali ini, malahan jika ia datang berkali-kali di dalam hidup.

Tidakkah engkau lihat, bagaimana burung yang tidak berakal itu pada paginya tidak mempunyai apa-apa, sepulang sahaja pada petangnya, ia membawa makanan. Dari mana ia mendapatkan rezeki itu jika tidak ia berusaha dan yakin untuk mencarinya? Bahawa beburung yang berterbangan itu tidak ada yang menahannya kecuali Allah.

Lihat sahaja wahai sahabat, semut yang menangung beban gula 2 kali ganda berat badannya, tetap juga diusungnya dengan gigih dan sabar. Sesekali rezeki itu hilang entah kerana ada gangguan di jalanan, terlepas lagi makanan untuk rakyatnya. Tidak pula ia berundur dengan tangan kosong sahaja, tetap juga ia bertasbih dan bertahmid kepada Allah tanda syukur.

Pernahkah kita melihat semut ini membunuh dirinya sendiri hanya kerana ia gagal mendapatkan makanan? SubhanaLlah! Alangkah hebatnya Allah menjadikan binatang sekecil itu untuk dijadikan perbandingan kepada manusia.

Jangan pula engkau berani membuat hukuman buat dirimu sendiri padahal ia bukan hakmu untuk berbuat demikian. Sekali lagi kukatakan bahawa nyawa, jasad, rerambut, kuku malahan kulit ini bukanlah milik kita. Tidak mampu kita untuk memberi alasan apa di hadapan Tuhan di hari perhitungan nanti... belajarlah untuk menjadi seorang yang redha dan syukur di atas taqdirNya.

Sungguh Allah Maha Tahu mengapa Dia memberikan ujian kegagalan dan dugaan kepada kita. Terkadang dengan kejayaan boleh melalaikan kita untuk ingat kepadaNya, berapa ramai yang menjadi takbur dengan kejayaan, dengan kekayaan seperti fir'aun yang bongkak dan mengaku dirinya Tuhan!!

Allah memerintah Iblis untuk sujud (hormat) kepada Adam, tetapi ia congkak dengan kehebatan kejadian dirinya dari api dan Adam itu dari tanah. Sekurang-kurangnya jika engkau hilang segalanya dalam hidup, tetapi masih ada cahaya di dalam hati iaitu iman kepada Allah. Dikala itu, di hadapan Tuhan nanti, masih ada jawapan yang kukuh untuk engkau berikan agar selamat dari seksaan neraka....

Allah membuat gedung bagi para pencintaNya, lotengnya adalah susah dan gundah sedangkan mudharat adalah tiangya, Allah masukkah mereka ke dalamnya dan mengunci pintunya. Dia katakan pada mereka :

" Sabar itu kunci pintunya."

Tuesday, February 19, 2008

MAHASISWA & MASA DEPAN NEGARA

Mahasiswa merupakan golongan yang penting diwujudkan dalam sistem pendidikan tinggi negara. Golongan ini berada di menara gading seluruh negara mempelajari setiap ilmu dan pengalaman berguna seterusnya mempunyai tanggungjawab besar dalam pembangunan dan kemajuan negara tercinta.

Bagi melahirkan mahasiswa yang benar-benar boleh diharapkan, potensi besar yang sedang berkobar-kobar dan dalam proses untuk membara tidak wajar disekat dan dimandulkan. Mereka perlu disokong untuk meneruskan pergerakan mereka. Disokong dan direstui bukanlah bermakna disuap dan di'tatih' seperti bayi kecil dan budak sekolah. Mereka berada dalam konteks berbeza yang memerlukan pendekatan berbeza.

Kalau ditinjau sejarah mahasiswa dahulu, didapati pergerakan mereka hidup, pemikiran mereka matang, matlamat jelas dan tindak balas mereka pantas serta tahap kepedulian mereka amat tinggi. Melalui ruangan ini, sejarah membuktikan nostalgia tersebut. Sejarah perlu diulang semula dalam konteks kekuatan dan kehebatan pergerakan dan idealisme mereka. Sekiranya kita mengkaji perjuangan mahasiswa seluruh dunia, kita akan menyaksikan mereka terlibat dalam mendaulatkan keadilan di negara masing-masing.

Di Afghanistan, Ahmad Niazi telah memimpin Juanan Muslim (kemudian dikenali sebagai Jamiyyah al-Islamiyyah) pada tahun 1972. Di Iran, Mahmood Ahmadinejad, mahasiswa Islam University Sains Dan Teknologi Iran (IUST) adalah antara pemimpin gerakan mahasiswa yang terkenal sebagai ‘nadi utama’ Pasukan Keselamatan Revolusi Iran (Sepah-e Pandaran-e Enghelab-e Islami) pada tahun 1976.

Di India, Mohammad Ahmadullah Siddiqi telah menubuhkan Student Islamic Movement of India (SIMI) pada April 1977 demi menangani liberasime dalam masyarakat India. Di Mesir, beberapa mahasiswa Melayu-Islam seperti Tuan Ahmad Ata’ullah Suhaimi, Tn. Hj Muhammad Fadhullah Suhaimi (tokoh Ulama’ Melayu Nusantara), Sheikh Salleh Masri, Idris Marbawi, Muhammad Nasir (tokoh MASYUMI) dan sebagainya adalah antara tokoh mahasiswa pada peringkat awal sehingga tertubuhnya Persatuan Kebajikan Anak-Anak Jawa pada tahun 1918, kemudiannya Pertubuhan Persekutuan Putera-Putera Semenanjung (PPS) pada tahun1930 (kini dikenali sebagai Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir – PMRAM, 1972).

Di Malaysia, mahasiswa beridealisme dapat dikesan wujud sejak sebelum merdeka lagi. Madrasah Gunung Semanggol dan Maktab Perguruan Sultan Idris (kini Universiti Perguruan Sultan Idris – UPSI) merupakan antara pentas awal aktivisme mahasiswa. Bahkan, penubuhan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) pada tahun 1956 lebih dianggap antara titik perkembangan bagi kemunculan pergerakan mahasiswa di Malaysia. PMI menjadi salah satu pertubuhan yang cuba memberi kesedaran Islam (faham Islam) kepada masyarakat kampus dan luar kampus di bawah pengasasnya iaitu Syed Muhammad al-Naquib bin Ali bin Abdullah bin Muhsin al Attas.

Tahap perkembangan kesedaran di kalangan mahasiswa ini menyebabkan mereka ini dikenali sebagai kelompok yang sangat aktif dan bertanggungjawab dalam pelbagai perkara. Sikap kritis mahasiswa apabila dikaitkan dalam dunia kampus tidak akan lari dari sudut suka bertanya, suka mempersoalkan, suka mencabar dan dicabar, suka menampilkan idealisme berbeza dalam ruang terkawal tapi tidak terkonkong.

Mereka tidak akan lari dari realiti yang membina jati diri mereka sebelum melangkah ke alam yang lebih nyata dan mencabar. Berdasarkan situasi pemilihan pemimpin, mahasiswa bukanlah budak sekolah rendah yang hanya memilih tanpa mengambil kira latar belakang pemimpin tersebut. Adalah tidak munasabah sekiranya mahasiswa rela dipimpin oleh golongan yang tidak pandai meminpin dan mengurus segala perihal kemahasiswaan. Jika tidak pandai mengurus mahasiswa, maka bagaimana dapat mengurus masyarakat? Realiti kini sudah timbul fenomena yang cuba memadamkan tradisi ini.

Tidak wajar melabelkan mahasiswa sebagai pro pembangkang (Pro Mahasiswa) dan pro kerajaan (Aspirasi) sehingga meletakkan di minda mahasiswa secara paksa elemen-elemen yang kontradik dan salah. Mahasiswa berperanan menjadi pembantu pihak atasan dan sesama mahasiswa lain. Isu yang dibangkitkan seperti Stupid Debate, PTPTN, peranan sebenar MPP, memorandum minta penjelasan kenaikan yuran kolej kediaman, penerapan aplikasi dakwah dan cegah maksiat di kampus dan sebagainya adalah tidak lebih daripada kesedaran untuk memperjuangkan kebajikan mahasiswa.

Ia juga sebagai tindak balas positif mahasiswa untuk mengubah sesuatu yang perlu diubah di samping menjadi bukti bahawa mahasiswa bukanlah golongan yang mementingkan diri dan bersikap individualistik. Sikap mahasiswa yang poaktif ini tidak wajar dituduh sebagai pembangkang, bahkan sikap inilah yang lebih sesuai untuk dilabelkan sebagai pro universiti dan pro kerajaan (kerajaan di sini bukan bererti pro parti yang mendominasi). Sebenarnya, golongan ini berani menyuarakan pandangan dan pendapat dengan bebas supaya idea yang terbaik dapat dilaksanakan sebagai dasar.

Tidak wajar juga melabelkan mahasiswa tertentu dengan pro kerajaan (Aspirasi). Jika mahasiswa yang tidak berani bertindak untuk memohon penjelasan tentang yuran kolej, tidak hadir mesyuarat di peringkat wakil mahasiswa dan tidak menghiraukan masalah kadar faedah PTPTN yang membebankan mahaiswa dianggap pro kerajaan, maka ini sebenarnya memburukkan nama kerajaan secara tidak langsung. Kerajaan sudah pasti lebih cenderung kepada golongan yang lebih kritis dan berani memberi pendapat untuk kepentingan masyarakat. Kerajaan juga sudah pasti tidak akan merestui mahasiswa yang mementingkan diri dan bersikap individualistik. Bagaimana kesannya kelak sekiranya pihak negara luar mendapati kerajaan Malaysia diwariskan kepada golongan bekas mahasiswa yang suka mengampu, suka mengugut mahasiswa lain, menyekat kebebasan bersuara, akhlak yang parah dan malas memikirkan perihal mahasiswa sebaliknya suka melancong (seperti ke China) dengan peruntukan begitu besar tanpa ada imbuhan positif untuk mahasiswa lain yang pernah mengundi mereka?

Akhirnya, menurut Erik Erikson, kegagalan dalam membina kemesraan di dalam masyarakat adalah akibat daripada ketiadaan pendapat yang berbeza. Pendapat yang diberi mahasiswa sudah pasti berbeza. Maka, suatu ruangan bebas perlu disediakan agar potensi mereka itu tidak dipersiakan dan dibazirkan. Pendapat yang berbeza ini apabila dipertemukan dalam suasana terkawal akan memberi output yang lebih kualiti. Jadi, bagi melahirkan mahasiswa yang memberi output terbaik di dalam universiti, suara mereka wajar diperdengarkan secara bebas agar idea itu dapat dikongsi tanpa sekatan dan kepentingan peribadi.

Monday, February 18, 2008

PMN rakam penghargaan kepada KPT atas kebenaran bertanding pilihan raya

Intan Abdullah
Mon | Feb 18, 08 | 4:27:40 pm MYT

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Hrkh) - Parti Mahasiswa Negara (PMN) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bekas Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Mustapa Mohamed atas kenyataan membenarkan mereka bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

PMN menerusi satu kenyataan akhbarnya yang dihantar kepada Harakahdaily menggambarkan pendirian yang diambil KPT sebagai suatu petanda yang positif kepada perjuangan mahasiswa.

"Ia merupakan petanda baik kepada mahasiswa bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) bukan lagi menjadi penghalang utama kepada mahasiswa untuk terlibat sama dalam mencorakkan masa depan negara.

"Kami amat menghormati undang-undang, kerana kemunculan kami dalam pilihan raya kali ini adalah salah satu usaha yang mengikut lunas dan prosedur," ujar Presiden PMN, Azlan Zainal dalam kenyataan itu.

PMN juga katanya, merasakan AUKU perlu dikaji semula bagi membolehkan pemansuhan kepada beberapa fasal yang mengekang keterlibatan pelajar dengan politik.

"Mana mungkin dapat melahirkan generasi warga negara yang baik jika mereka tidak didedahkan secara menyeluruh dengan pendidikan politik yang akhirnya boleh menimbulkan kesedaran dan bijak memilih pemimpin mereka sendiri," katanya.

Ujar Azlan lagi, adalah tidak wajar mengenakan tindakan kepada mahasiswa yang prihatin dan peka ini dek kerana keterlibatan mereka secara langsung dalam kancah politik negara kerana ia adalah salah satu proses pembelajaran yang unik dan mematangkan mahasiswa selain membolehkan mahasiswa menunaikan amanah sebagai warga negara yang mewakili suara generasi muda Malaysia.

Pada pilihan raya ke-12 ini, Parlimen Kepala Batas, Parlimen Jeli dan Parlimen Semberong menjadi kawasan sasaran menandakan sikap optimis Parti Mahasiswa Negara (PMN) untuk terlibat secara langsung sebagai representasi Malaysia.

Dengan slogan "Mahasiswa Bersama Rakyat," generasi baru menuju ke arah Malaysia baru PMN menyatakan hasratnya yang bertujuan untuk memastikan dan mengangkat suara mahasiswa ke Parlimen Malaysia bagi membela hak rakyat dan membawa hasrat generasi muda secara terus kepada mantan pemimpin utama negara ini terutamanya pemimpin yang bertanggungjawab terus terhadap mahasiswa dan pelajar.

Dalam pada itu, PMN turut mencadangkan agar Menteri Pengajian Tinggi dan Menteri Pelajaran mempunyai sekurang-kurangnya status bertaraf Professor, Professor Madya atau mempunyai PhD sebagai latar belakang pendidikan yang membolehkannya disegani dan dicontohi oleh para pelajar sebagai teladan yang baik.

Semalam, dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily, PMN telah menyatakan untuk bertanding di Parlimen Kepala Batas bagi menentang Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi secara satu lawan satu.

Begitupun, permintaan mereka untuk mencapai tujuan itu masih belum diberikan jawapan oleh pihak pembangkang yang masih belum menamakan calon di kawasan itu. - mns

Sunday, February 17, 2008

22 tahun daaa umur ana...


16 Feb 2008 genaplah umur ana. 22 tahun....

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt kerana telah membenarkan ana hidup selama 22 tahun dengan pelbagai nikmat yang tak terhingga. Tiada kata yang terindah melainkan mulut nie sentiasa mengucapkan syukur yang tak terhingga.

Sepanjang hidup 22 tahun ini terlalu banyak pengalaman hidup yang telah ana tempuhi. Suka duka kehidupan ini banyak mematangkan ana dalam melayari bahtera hidup diatas muka bumi ini.

Ana ingin menuangkan sedikit pengalaman dalam blog ini untuk perkongsian sahabat-sahabat dan buat zuriat ana kelak. Sekiranya ana sudah tiada berada diatas dunia ini. Moga blog ini menjadi teman hidup buat shabt yang masih bertarung.



Umur ketika 13-15 tahun


Ana telah bertemu dengan sekelompok ghuraba akhir zaman... izinkan ana menggunakan istilah itu...Ana telah mula berjinak dengan Persatuan Putera Puteri Islam (PERPPIS). Persatuan pelajar yang cukup glamour dibumi Tawau. Hampir semua remaja muda Tawau mengenalinya.

Persatuan inilah yang telah banyak mengubah maksud hidup ana kepada ERTI HIDUP PADA MEMBERI... -ust izinkn ana meminjam kata-kata ini-

Dengan murabbi yang tidak pernah mengenal erti putus asa dalam mentarbiah anak peribumi sabahan. Dia terus cekal menabur benih Islam walaupun telah banyak melalui detik-detik kritikal. Pernah dipulaukan... Pernah diancam bunuh... Pernah difitnah... Namun semua itu tidak pernah mengendurkan semangat murabbi ana dalam mendidik anak jati Tawau. Tidak mengharapkan sedikit pun habuan duniawi. Hanya yang diharap adalah redha Allah.

Dengan panggil cikgu Nasir. Nama ini cukup keramat dalam kehidupan ana. Terlalu banyak cikgu Nasir mutiara kata-kata dilontarkan dalam lubuk hati ana. Hingga hati ana terlalu jinak dengan cikgu lebih daripada ibubapa sendiri. Inilah hakikatnya... Dia adalah ibubapa kedua dalam hidup ana.
Sifat zuhud,tawaduk dan beramal dengan ilmu cukup menyentuh hati sapa yang hampir dengannya. Ana bukan mengagungkan murabbi ana tapi sapa yang mendapat sentuhan tarbiah nya akan merasainya.

Bayangkan dalam kemewahan yang diberikan kepadanya, kerusi sofa yang dimiliki pun dibeli second hand.. Cikgu kata kat ana 'kerusi nie syam sekadar untuk kemudahan tetamu. Harta jangan letak dihati tapi letak ditangan'

Marah dan kritikan pedas daripada cikgu Nasir sewaktu melibatkan diri dengan PERPPIS amat bermakna.

'Jangan lekas puas hati dengan gerak kerja kita'
'Ikhtiar dulu baru jumpa cikgu.'
'Jangan buat kerja ala kadar. Islam ajar kita supaya teliti dalam perbuatan kita.'

Dan banyak lagi kata-kata yang masih berdesing ditelinga ana. Cikgu, tarbiah cikgu terhadap ana takkan ana lupakan sampai akhir hayat. Kata-kata akhir yang ana terima

'Hati-hati,habis belajar balik Tawau. Berjuang!!!'

Cukup tersentuh hati ana bila murabbi ana sms ana sewaktu on the way ke Airport untuk balik belajar.

Ana hampir menitiskan air mata apabila mengenangkan diri ana yang berada diperantauan ini. Ketika ana balik bonda pergi menunaikan haji. Yang tinggal hanya bapa dan adik-adik ana dirumah.

Inilah sunnah orang menuntut ilmu!!

Sapa yang tak tersentuh apabila ana ada plan untuk tinggal agak lama lagi dibumi Semenanjung ini.

Bersahabat dengan mereka yang mempunyai cita-cita yang sama iaitu ingin mendaulatkan ISLAM menjadikan ukhwwah yang terbina cukup manis dan indah.

Sukar untuk dikongsi dengaan kata-kata kerana ia adalah bahasa hati.Inilah istimewanya apabila berukhwwah kerana Allah dan RasulNya.

Umur ketika 16-17 tahun

Ketika umur terus meningkat remaja. Ana semakin banyak menempuh pengalaman baru samada dalam persatuan mahupun penglibatan aktiviti sekolah.

Ketika dalam tingkatan 4, ana mencuba untuk test market mengikuti Forum Remaja Peringkat Sekolah. Tanpa disangka kumpulan kami telah dinobatkan sebagai johan. Dengan pengalaman yang terlalu sedikit. Ana pun tidak pasti apa hikmah ketika itu.

Hati bukan main gembira lagi kerana dinobatkan sebagai johan pertandingan walaupun hanya peringkat sekolah. Rupa-rupanya, kami akan mewakili sekolah untuk bertanding ke sekolah lain!! Ana tidak menyedari hal tersebut sehingga diberitahu oleh cikgu Nasir. Selaku murabbi ana.

Ana masih ingat detik-detik indah itu. Kami berlima; kak Fatimah, (pengerusi forum), sharun (panel 1),ana (panel 2), mubina (panel 3) dan aliuddin (panel simpanan). Setiap petang berlatih. Hampir tiap-tiap hari balik lewat petang. Maruah sekolah kita pegang sekarang ini!!! Buat yang terbaik. Jangan main-main dalam berlatih. Kata-kata kak fatimah kpd kami. Selaku senior.

Kepercayaan yang luar biasa itu membina komitmen yang kental. Hampir tiap-tiap hari ana bercerita kepada sahabat-sahabat seforum. Bagaimana rasanya kalau naik kapal terbang. Kita mewakili Sabah. Macam mana suasana KLIA ya. Macam-macam lagi ana membuka cerita setiap kali berlatih sampai kawan-kawan selalu nasihatkan ana supaya jangan terlalu over confident.

Ana selalu mengkhalyalkan bagaimana kalu satu ari nanti ana naik kapal terbang ya... Ana merasakan perasaan ini didorong kerana sekolah berhampiran dengan Airport. Setiap hari nampak kapal terbang mendarat dan berlepas...

Ana terus bercerita dengan keinginan ana nak naik kapal terbang. Alang-alang kita bertanding biar sampai ke peringkat kebangsaan.

Rupa-rupanya Allah telah memakbulkan cita-cita ana apabila peringkat demi peringkat kami lepas dan dinobatkan sebagai johan. Peringkat negeri yang begitu mendebarkan, akhirnya berpihak kepada kumpulan kami. Ana dinobatkan sebagai Panel Terbaik 2002 Peringkat Negeri Sabah dan kak fatimah sebagai Pengerusi Terbaik 2002 Peringkat Negeri Sabah. Semua anugerah kami bolot. hehehe


Alhamdulillah.. peringkat kebangsaan akan dibuat dekat Kedah Darul Aman!

YA Allah ana rasa macam tak percaya kami telah berada ditahap ini.

Khayalan ana menjadi kenyataan!!!

Ana akan naik kapal terbang....




Ana ringkaskan cerita....

Akhirnya pasukan Sabah telah menobatkan sebagai Johan Peringkat Kebangsaan 2002. Tercatatlah sebuah sejarah yang cukup indah dalam kamus diari kami berlima. Kak Fatimah dinobatkan sebagai Pengerusi Terbaik 2002 dan Mubina dinobatkan Ahli Panel Terbaik 2002.

ermm... biasalah masa nie ana dan sahabat-sahabat yang lain cukup popular dikalangan cikgu dan pelajar. Disana sini nama kami disebut dan menjadi buah mulut. Ana bukan riak tapi sebenarnya terselit dakwah kerana pada ketika itu ana adalah Timbalan Presiden PERPPIS. Ini sekali gus menarik minat remaja Tawau mengikuti PERPPIS. Alhamdulillah, melalui forum ini ana berjaya menarik Mubina untuk join PERPPIS. Bermulalah kehidupan Mubina sebagai seorang muslimah. ermmmm

Ditemuramah diradio Tawau lagi. Ana sempat menyebut nama PERPPIS. Ambil kesempatan... Ana mengatakan permulaan kepada semua ini adalah dengan pengalaman bersama PERPPIS.

Tingkatan 5

Ana sekali lagi mencuba nasib untuk bertarung dimedan forum ini. Yang sanggup meneruskan perjuangan hanyalah ana dan mubina. Dengan team yang baru ana cepat menyesuaikan rentak ana supaya selari dengan sahabat yang lain. Kali ini ana je lelaki. Semua perempuan. Wahhh... Ini satu cabaran bagi ana. Bayangkan sahabat sekalian.. Bagaimana berlatih jika semuanya perempuan??? Lantas baru diperingkat pembentukkan team forum ana sudah menyuarakan bahawa ana perlukan lelaki seorang untuk menemani ana. 'Nanti wakil Sabah lagi. Susah saya cikgu.'

Betapalah ana over confident... Tapi ini sifat semulajadi ana...

Akhirnya keyakinan ana menjadi kenyataan apabila sekali lagi pasukan kami mewakili negeri Sabah ke peringkat kebangsaan. Negeri penganjur pada tahun 2003 adalah negeri Pahang. Terharunya cikgu-cikgu sekolah dan pegawai DBP dengan prestasi yang kami tunjukkan. Kali ini matlamat kami adalah untuk menjadi johan lagi.

nak tau lagi sambungan cerita nie.... tunggu ye sahabat-sahabat...

Friday, February 15, 2008

Ideology of Fear

Perut
.
KETAKUTAN…
.
Imam Syafie berkata bahawa sesiapa yang memikirkan hanya tentang perut mereka sahaja, nilainya adalah seperti apa yang keluar daripada perut mereka.
.
Khabarkan pada saya berapa ramai Muda-Mudi Malaysia yang berfikir tentang dunia.Yang berfikir tentang negara. Yang berfikir tentang masyarakat. Hatta berapa ramai yang berfikir tentang rakan di sebelah bilik mereka di asrama. Tidak kisah di mana kamu. Di Kolej MARA Banting. Atau di mana-mana Kolej Matrikulasi. Atau di UIA. Atau di mana-mana sahaja. Siapakah antara kamu Muda-Mudi Malaysia yang menjadi kaum yang berfikir? Afala tatafakkarun!

Yang Muda-Mudi Malaysia fikir hanya “perut”. “Perut” mereka hanya menggila ingin menjadi seorang pakar ekonomi walaupun pada akhirnya mereka tidak sedar mereka berkhidmat untuk siapa. “Perut” mereka hanya menggila ingin menjadi seorang doktor sedangkan mereka sedar punca penyakit masyarakat yang parah ini tidak dapat diubati dengan ubat kimia. Apakah Muda-Mudi Malaysia fikir mereka telah berbakti kepada masyarakat dan negara sedangkan mereka hanya membesarkan “perut” mereka sendiri?

Muda-Mudi Malaysia, rakan perjuanganku

Tidak sedarkah kita dari dahulu lagi, kita dibesarkan dengan satu suasana yang tidak ideal. Sewaktu kecil, kita diberitahu bahawa diluar sana terdapat hantu yang suka menculik budak-budak kecil. Alasannya, tidak mahu kita keluar dari rumah pada waktu malam. Sewaktu meningkat remaja sedikit, kita tidak disukai oleh guru jika bertanya tentang perkara-perkara di luar silibus atau perkara-perkara “pelik”. Kononnya, belum tiba masanya untuk kita tahu. Apabila sudah memasuki alam IPT pula, kita dihalang sekeras-kerasnya untuk mengambil tahu tentang hal negara atau sesetengah orang gelar ia sebagai “politik”.

Sama seperti cuba berdialog dengan Encik Katak, si Ahli PEKAK. Orang yang berada dalam suatu kepompong tidak sedar bahawa di luar sana ada satu dunia lain. Kalau sedar pun, merasakan tidak mampu atau tidak berguna untuk berada di luar sana. Aduhai. Kemudian saya memberi cuba memberi harapan kepada rakan saya itu. Sungguh! Setiap perjuangan bermula dengan keadaan lemah dan berseorangan. Persoalannya, mahu berubah dan bertindak atau tidak!

Bagi saya, punca mengapa kita boleh mengatakan “tidak mampu berbuat apa-apa” kerana kita telah dididik dengan “Ideology of Fear”. Tidak keluar rumah bukan kerana faham bahawa waktu malam tidak sesuai untuk keluar, tetapi kerana takutkan hantu. Tidak bertanya ketika dalam kelas kerana takut dikatakan mengganggu pembelajaran cikgu atau takut dikatakan mahu menguji keupayaan cikgu. Takut untuk berbicara soal negara pula kerana takut GAGAL dalam pembelajaran. Percayalah! Kita tidak akan gagal hanya kerana berfikir tentang masyarakat dan negara ketika di usia Muda-Mudi Malaysia ini. Kita takut untuk berbicara tentang politik kerana takut ditangkap.

Sungguh! Ini bukan soal kerajaan atau pembangkang. Ini soal sama ada kita ini rakyat yang berfikir atau menjadi Pak Turut sahaja. Sedarilah! Kita bukan hanya ada dua pihak sahaja di Malaysia - Barisan Alternatif dan Barisan Nasional. Bila kita berbicara tentang negara, kita tidak berbicara tentang soal partisan. Kita berbicara tentang soal Hak Asasi Rakyat. Bila kita ingin membawa perubahan, itu bukan bermaksud kita ingin menjadi pembangkang tegar kepada kerajaan. Kita bukan selamanya akan membangkang kerajaan kerana suatu hari nanti kerajaan itu milik kita. Sedarlah! Beranikanlah diri melontarkan idea!
.
Lihatlah kesan sistem pembesaran “Ideology of Fear” tersebut. Kesan yang tidak disangka-sangka. Ideologi yang telah menghasilkan Pak Turut. Ideologi yang menghasilkan “Mat Study Formal”. Ideologi yang menghasilkan pelajar yang takut bertanya. Ideologi yang menghasilkan manusia “Tak Mengapalah, Dah Nasib. Terima Sajalah”. Ideologi yang menghasilkan manusia yang tidak mahu bercampur dengan masyarakat hatta rakan sebelah bilik. Ideologi yang menghasilkan rakyat yang tidak berfikir tentang hak mereka. Ideologi yang telah terbukti menghasilkan masyarakat yang tidak berfikir.
.
Kamu sendiri yang memahami “perut” kamu dan hasil daripada “perut” kamu itu.

KETAKUTAN…

PRO MAHASISWA MENGUTUK KERAS SEGALA BENTUK PENCEROBOHAN KE ATAS RUMAH IBADAT


Pro Mahasiswa Universiti Malaya hari ini menyatakan pendirian mengutuk keras segala bentuk keganasan dan pencerobohan yang cuba dilakukan oleh pihak tertentu ke atas mana-mana rumah ibadat di negara ini.

Menurut jurucakap Pro Mahasiswa, saudara Ahmad Shahir B Abdul Aziz, hal ini amat bertentangan dengan nilai-nilai murni serta norma-norma kehidupan masyarakat di negara ini.

"Kita menolak dan mengutuk keras segala bentuk tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan ke atas rumah-rumah ibadat, tidak kira sama ada rumah ibadat orang Islam, Buddha, Hindu mahupun Kristian" katanya.

"Ini amat bertentangan dengan budaya dan amalan bangsa Malaysia, malah dalam Islam sendiri pun melarang penganutnya melakukan pencerobohan ke atas rumah ibadat penganut-penganut agama lain" ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu pencerobohan Surau Al-Faizin, Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah (KK 2) Universiti Malaya.

Isu pencerobohan surau berkenaan mula berlaku pada 25 Januari lalu (jumaat), tetapi telah berlarutan sehingga 29 Januari ekoran tiada tindakan tegas yang diambil.

Anatara kegiatan pencerobohan yang dilakukan adalah seperti menconteng dinding surau berkenaan, melempar buku-buku agama, al-Quran dan sebagainya.

Dalam pada itu, menurut seorang warga kolej kediaman tersebut yang tidak mahu disiarkan namanya berkata, isu seumpama ini telah lama berlaku, namun tiada tindakan yang diambil malah ianya berlalu begitu sahaja.

Walaubagaimanapun, menurut saudara Shahir, beliau mengharapkan agar semua pihak khususnya orang melayu supaya bertenang dan tidak membuat sebarang andaian dan spekulasi sendiri sebaliknya menyerahkan tugas ini kepada pihak polis untuk diambil tindakan. Ianya amat penting demi menjamin keselamatan rakyat dan ketenteraman negara.

Kelihatan delegasi Pro Mahasiswa saudara Shahir & Hilman
yang juga merupakan wakil MPMUM sedang berbincang bersama
Pengetua Kolej Kediaman berkenaan mengenai insiden tersebut


Selain itu, menurut Teh Hoong Kiat, tindakan menceroboh rumah ibadat adalah suatu tindakan yang tidak wajar. Beliau yang juga jurucakap Pro Mahasiswa bagi kaum cina turut menggesa pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini dengan bijak.

Dalam perkembangan berkaitan, menurut Exco Kerohanian dan Islam Hadhari Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya dari kem Pro Mahasiswa, saudara Mohd Faisal Mustaffa menjelaskan bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan beberapa persatuan termasuk Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) untuk memastikan agar isu ini tidak berlaku lagi kerana ianya menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.

Monday, February 11, 2008

Sunday, February 10, 2008

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

  • Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
  • Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 tak sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
  • Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
  • Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
  • Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
  • Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya.....(perkara yang elok-elok belaka)
  • Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya,ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!
  • Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
  • Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
  • Kekalkan wuduk
  • Bersedekah
  • Belanja orang makan.
  • Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat
  • Berkawan dengan ulama
  • Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
  • Pesan pada orang, jadi baik
  • Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.

Cabaran Dalam Teknologi

ermmmm.....

Syukur blog ana maju lagi setapak... Walau bagaimanapun janganlah ia disangka begitu mudah kerana ana telah mengalami beberapa dugaan dan cabaran iman. Syukur kepada Allah kerana membekalkan ana iman dan taqwa.

Sebagai perkongsian beberapa kali ana diterjah dengan web-web lucah. Menunjukkan aksi yang begitu 'ganas' dan melampau. Inilah cabaran yang paling mencabar iman. Ana pernah memaparkan tentang cabaran ini dalam blog ana suatu ketika dulu.

Moga sahabat-sahabat yang ingin mengupdate blog berhati-hati dengan cabaran ini.

Seharian Berukhwwah

Alhamdulillah... Segala pujian hanya utk Allah.

Dari pagi hinggalah ke petang tadi. Ana dan beberapa shbt ana pergi menziarahi sahabat ana Saudara Azli, Presiden PMIUTM. Ada majlis walimatul urus.

Jarak perjalanan yang agak jauh lebih kurang 90 km. Cukup jauh bagi ana yang tidak biasa bermotosikal sejauh tue. Tapi melihatkan semangat sahabat-sahabat ana... Ermmmm

Ana pada asalnya tak nak pi kerana sejak kebelakangan ini kepala ana sering sakit. Paling parah bila nak sujud ketika solat. Rasa macam nak terkeluar je biji mata. Kesakitan ini ana alami sejak berprogram sepanjang cuti tahun baru Cina bersama adik-adik usrah ana di Kuala Lumpur.

Ala kulli hal, kehidupan ini memang suatu cabaran. Moga Allah menguatkan azam ana untuk merealisasikan bahawa segala apa yang kita ada adalah untuk ummat ini. Gunakan apa sahaja untuk mendapat reda Allah swt












































Saturday, February 9, 2008

Taubat Seorang Hamba

Hati hiba mengenangkan
Dosa-dosa yang ku lakukan
Oh Tuhan Yang Maha Kuasa
Terima taubat hamba berdosa

Ku akui kelemahan ini
Ku insafi kekurangan diri
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah,terimalah,terimalah
Taubat ku ini

Telah aku merasakan
Derita jiwa dan perasaan
Kerna hilang dari jalan
Menuju redha Mu ya Tuhan

Di hamparan ini ku meminta
Moga taubatku diterima

Berpindah Rumah...

Assalamualaikum wbt kpd semua shbt sekalian...

Dengan berat rasa hati ana meningglkan design lama yang telah banyak memberikn kenangan manis kpd ana. Moga Allah teruskan kekuatan kpd ana utk menuangkan pengalaman dan ilmu yang diberikn utk dikongsi kpd sahabat-sahabat sekalian...

tinggal kenangan....

Friday, February 1, 2008

Era Imtihan....

Alhamdulillah... setelah hampir seminggu tidak membuka blog. Semua nie gara-gara minggu test yang berlampak... apapun semua nie nie merupakan tarbiyah buat diri. banyak gerak kerja dakwah tergendala. Tapi tak pe buat sementara waktu jeee... nie jadual test ana:

  • Isnin ( Instrumention)
  • Selasa (Thermodynamics II)
  • Khamis (Dynamics)
Try the best.... Do the best... Moga kejayaan yang kita perolehi...