Showing posts with label Diari Hidup. Show all posts
Showing posts with label Diari Hidup. Show all posts

Tuesday, September 21, 2010

Semoga Berjaya dengan Cemerlang Amirah...


Hari ini merupakan hari yang amat penting untuk anak buahku Amirah Syahidah. Hari ini merupakan hari pertama untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Seramai 494493 murid menduduki UPSR bermula hari ini hingga 23 September ini diseluruh negara.

Semoga Amirah Syahidah mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR nanti insya Allah.

Teringat ketika aku menduduki peperiksaan ini 12 tahun yang lalu. Disekolah yang jauh dari kesibukkan lalu lintas, kebisingan kenderaan dan jauh daripada jenayah sosial seperti yang berlaku hari ini.

Disekolah itulah , kami telah bersama-sama dididik mengenal dunia ini dengan membawa agama bersama kita. Jangan tinggalkan agama walau berada dimana kita berada. Bekalan inilah yang aku pegang sepanjang kehidupan sampai hari ini.

Terima kasih cikgu-cikgu yang kenal mengajar huruf dan nombor yang menyebabkan aku berjaya sehingga ke hari ini. Tanpa kalian sapalah aku pada hari ini.

Monday, September 20, 2010

Taqabballahu MInna wa Minkum Ajma`een....

Saya mengucapkan salam Taqabballaahu Minna wa Minkum Ajma`een kepada semua yang mengenali diri ini. Semoga tarbiah Ramadhan Kareem telah memberikan kita suatu momentum baru dalam menggerakkan amal tarbbawi dalam diri kita..

Wednesday, July 15, 2009

Kembali Bersua... Baru Keluar Dari Tarbiah Hospital...

Alhamdulillah.... Setinggi dipanjat kehadrat Allah swt kerana masih meneruskan nikmat kesihatan dan kehidupan kepada ana.

syukur dapat mengambil sedikit masa mencoret sesuatu dalam blog ini yang telah lama disepikan. Cemburu melihat kemeriahan shbt2 blogger yang dapat mengupdate blog. Ana pendamkan seketika rasa itu untuk memberikan hak yang lebih utama.

Pada kali ini ana ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas doa yang diberikan kepada ana agar cepat sembuh. Kepada shbt yang tidak mendapat maklumat selama seminggu ana berada di hospital kerana dijangkiti penyakit Malaria jenis Vivax dan Falciparum...

Terlalu banyak yang ingin ana catatkn pengalaman berada di hospital. Tetapi kekangan masa untuk menguruskan hal-hal peribadi tidak dapat dielakkan.

hari ini merupakan hari pertama ana mengikuti kuliah walaupun sebenarnya sudah 2 minggu kuliah berjalan. Satunya kerana ana baru keluar wad minggu lepas dan keduanya memang kuliah untuk pelajar tahun akhir tak mula lagi memandangkan ramai kawan-kawan yang masih ada Latihan Industri (LI).

Alhamdulillah.... Semuanya telah berjalan dengan baik. Allah memudahkan urusan. Tapi tinggal hanya sekotak sahaja lagi yang masih terus misteri kehilangan. Ana dan azam yang mengangkat kotak itu sendiri masuk ke dalam rumah sewa (RS) ermmm ana minta maaf kalu tersilap akronim....

insya ALLAH sampai sini dulu buat coret yang ringkas ini. Insya Allah moga Allah berikn kekuatan utk terus berbakti di alam maya ini

Monday, May 25, 2009

PERPPIS dalam kenangan ku...

Tepat 10.30 pagi aku sampai lapangan terbang Tawau. Terasa syahdu bila menjejakkan kaki ke bumi Tawau setelah setahun tidak balik kampung.

Kulihat kiri tingkap.. Lautan pokok kelapa sawit menghiasi pemandangan sewaktu kapal terbang mula merendahkan penerbangannya.

Masih tidak banyak yang berubah... Geografinya masih kekal cuma beberapa infrastruktur telah berubah... Tapi itu semua tidak penting...

Cuti semester ini aku telah menanamkan azam untuk melaksanakan beberapa perkara. insya Allah aku akan ceritakan dalam blog ini sebagai perkongsian kepada semua sahabat maya.

Hari ini adalah hari kelima aku kembali dibumi Tawau. alhamdulillah, kelmarin aku sempat bersama-sama dengan adik-adik PERPPIS dalam program bulanan PERPPIS. Sekian lama aku tidak pernah berkesempatan untuk menghadirinya alhamdulillah peluang itu datang kali ini.

Walaupun masih belum puas tidur dirumah tapi aku gagahkan diri untuk bersama-sama adik-adik PERPPIS.

PERPPIS telah mewarnai lebih separuh usiaku ini. Terlalu banyak kenangan suka dan duka terpatri di dalamnya.

Semoga PERPPIS terus mekar dengan usaha dakwah yang diusahakan sejak berkurun zamannya..

nie gambar PERPPIS era kini...

PERPPIS era dulu... :)


sujud menyembah diluar kebiasaan banyak mendatangkan kekerdilan dlm diri.. lebih-lebih ditepi deruan sungai yang sungguh mendamaikan ini..
nie pula berlatarbelakangkan gunung Kinabalu.. masa nie baru tingkatkan 3. hehe orang yang paling disayangi masa XPDC Dakwah masa nie

nie meningkat dewasa dan mula sejati dgn perjuangan PERPPIS....... nie masjid kundasang.. sejuk sangat...carilah saya dlm gmbr terakhir nie...

Justify Full

Tuesday, April 21, 2009

Jom daftar d Unversiti Kehidupan!!!!

Universiti Kehidupan....

Terkejut dan teruja.

"Sejak bila pulak pihak KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) menubuhkan Universiti Kehidupan ini." hatiku berbisik.

Selebar demi selebar aku membaca buku itu. Semakin membaca semakin terasa untuk masuk dalam universiti ini. Seronok rupanya universiti ini.

Dengan silibus dan pensyarah yang tak pernah aku kenali dan laluinya sebelum ini.

Memang amat mengujakan. Baru tersedar rupanya selama ini aku sedang memasuki universiti ini. Macam mana aku boleh tak sedar ini.

PERISTIWA itu silibusnya dan MANUSIA itu pensyarahnya...

Bagitulah yang aku boleh simpulkan hasil pembacaan aku kepada buku NOTA HATI SEORANG LELAKI tulisan ust Pahrol Juoi.

Setiap PERISTIWA membawa nilai yang tersendiri dalam hidup kita. Siri-siri PERISTIWA yang berlaku dalam hidup lah yang banyak membawa perubahan dalam diri seseorang.

Bahkan PERISTIWA itu boleh membentuk persepsi dan corak pemikiran seseorang. Hebat bukan silibusnya. PERISTIWAnya biasa-biasa sahaja tapi boleh merubah manusia.

Kekadang gelanggang ceritanya sekangkang kera, namun peranannya saujana mata memandang. Adakalanya pangkat mereka cuma kuli dan petani sahaja tapi jasanya mengatasi negarawan,hartawan dan sarjanawan.
Ramai manusia yang hebat, mereka menulis menerusi amalan. Mereka melakar sejarah.
Tapi orang yang mencipta sejarah jarang-jarang mampu menulis sejarah.

Marilah kita belajar di "Universiti Kehidupan" dengan gugusan kisah dan rencah PERISTIWA sebagai teks kuliah yang tidak bernoktah. Kita amati nasihat daripada 'guru pengalaman' yang bersyarah tanpa suara dan kata.
Saya persembahkan buku kecil tapi sarat dengan permata kisah yang menggetarkan jiwa mereka yang ketandusan iman.... Rasailah kehangatan kisahnya...
" NOTA HATI SEORANG LELAKI: Pahrol Mohd Joui"

Monday, February 23, 2009

Genaplah Umur Ku 23 Tahun....

Hari demi hari berlalu… Rupanya ana semakin dewasa. Tidak sedar hari ulang tahun baru-baru ini. Genaplah umur 23 tahun bagi ana pada tahun ini. Ya Allah, terasa diri ini terlalu banyak kekurangan.

Dalam melayari bahtera kehidupan sepanjang 23 tahun ini. Banyak kenangan manis dan pahit yang telah dilalui. Sedikit demi sedikit ana cuba ,mengenal erti kehidupan di alam fana ini. Ada kalanya ana tewas tersungkur di depan pintu dosa namun kucuba gagahkan diri berdiri ke kembali merapatkan saff untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Begitulah rupanya kehidupan ini.. pentas untuk menguji para hambaNya. Pentas untuk mengukir sejauh manakah dia teringat akan penciptanya. Pentas untuk melihat sejauhmanakah dia bersyukur atas nikmat yang diberikan kepadanya.

“ Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun. ” (al-Mulk;2)

Dalam melayari bahtera hidup yang semakin meningkat dewasa ini. Pelbagai persiapan yang perlu ana lakukan sebelum nyawa yang dipinjamkan ini di tarik balik oleh Allah swt. Perjalanan yang tidak berhujung itu memerlukan bekal yang bukan sedikit.

Teringat akan pesanan insan teragung nabi saw hidup di atas muka bumi ini adalah ibarat seorang musafir yang singgah sebentar dibawah sebatang pokok untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan. Dalam berehat ini kadang-kadang terleka dek buah yang merimbun, mengkhayal kehidupan yang senang dan sebagainya sehingga dia terlupa akan destinasi yang bakal ditempuhinya selepas itu.

Begitulah juga dengan kehidupan atas muka bumi ini. Terlalu banyak perkara yang menyebabkan kita melupakan Allah swt. Hingga kadang-kadang tak sempat nak meluangkan masa untuk berzikir, membaca al-Quran hatta 10 ayat sehari. Ya Allah…

Dalam kerendahan diri dan tangan yang penuh dengan dosa ini ana menadah kedua belah tangan memanjatkan sesuatu.

“ Ya Allah kurangnya amal ibadahku, banyaknya dosaku dan terlalu banyak kesilapan yang aku lakukan. Bak pepasir di tepian pantai. Tiada yang lebih berharga dalam hidup ini ya Allah selain mendapat keampunan Mu dan keredhaanMu. Ya Allah, aku sedar aku telah banyak melakukan dosa samada yang dalam tersembunyi mahupun terbuka. Samada aku sedari atau tidak… Maafkan aku ya Allah..Ya Allah aku takut takutkan neraka mu.. Engkau gantikanlah sifat mazmumah dalam hati ku ini dengan sifat-sifat mahmudah ya Allah.”

Moga tahun 2009 lebih mendekatkan aku dengan Mu… Amin…

16 Februari 2009

Wednesday, October 29, 2008

Melabuhkan Tirainya



Sem ini hampir melabuhkan tirainya... Tinggal beberapa hari lagi.. Terkenang kesilapan dan kelemahan... Apakah ilmu yang telah aku dapat sepanjang sem ini?

Sem ini mempunyai 'class' yang tersendiri dalam mewanai hidup ku sbg seorang pelajar. Sem ini amat bermakna dan banyak mengenalkan aku erti sebuah kegagalan.

Ianya tidak mudah ditempuhi tapi tidak mustahil untuk diatasi!!!

Kegagalan adalah permulaan sebuah kejayaan.

Memang ada kebenaran kata-kata ini. Kadang-kadang kegagalan lebih manis daripada sebuah kejayaan kerana pada saat kita menempuh kegagalan maka seluruh anggota akn digerakkan untuk mengatasinya.

Moga kita semua dapat muhasabahkan diri. Harapan ku moga Allah menerima segala amal ku sem ini sebagai salah satu jihad dijalanNya. Amin...

Tuesday, October 28, 2008

Ukhuwwah Bahasa Yang Sukar Diterjemah



" Kpd shbt2 mantan .... ana minta maaf kpd antum spjg pershbtn kita telah menempuh liku-liku perjuangan. Saat sukar dan senang. Saat2 kita bermesyuarat, teguran dan kata-kata sahabt cukup memberikn kesan pd ana spjg kepimpinan kita. Ukhuwwah kita ada class yg tersendiri. Cukup t`kesan dhati ana. Ana xdpt kawal air mata ana. jadi sbg perkongsian bt shbt2. Moga ukhuwwah kita terus t`jalin selepas ini. Doakn ana agar tabah dan cekal m`harungi hari2 mendatang yg lbh m`cbr....."

Ukhuwwah adalah bahasa yang sukar utk digambarkan. Ianya bukan semudah dgn kata-kata. Tapi ia dirasai olh org yg berukhuwwah. Ukhuwwah kerana Allah.

Malam ketika bertolak balik, ana termenung dan tanpa ana sedari air mata mula keluar membasihi pipi ana. Dengan pemandangan lampu ditepi jln dan pokok-pokok menambah kesayuan dan keheningan dihati ana. Ketika itu, ana menoleh ke belakang. Ermmm hampir semua terlena dbuai mimpi keletihan.

Tapi ana terus dbuai oleh rasa ukhuwwah itu. Satu demi satu memori diimbas. Seolah-olah ana ditayangkan detik-detik suka dan duka.

Memang rasa itu telah menguasai ana sehingga ana tak dapat melelapkan mata sehingga sampai.

Sepanjang setahun, kami saling kenal mengenal antara satu sama lain. Cuba memahami watak dan perangai masing-masing. Kadang-kadang rasa sakit hati, dan kecil hati tapi perasaan itu segera ana tolak kerana ana tahu perasaan ini hanya mainan syaitan dan nafsu. Virus-virus ukhuwwah mula ditusuk ke hati. Tapi dgn berbekalkan ilmu dan iman yang ada. Alhamdulillah rasa mahmumah itu berjaya diatasi.

Akhirnya, buat shbt mantan pimpinan sudilah kiranya ana hadiahkan sebuah sajak pd antum.

Dikala aku kesedihan,
antumlah yang mengembirakan,
dikala aku hilang keyakinan,
antumlah yang memberikan kata-kata semangat,
dikala aku kesunyian
antumlah yang mengisinya dgn cerita-cerita mrk berjuang.




Monday, September 15, 2008

Buat shbt-shbt MARSIS


Assalamualaikum dan salam Ramadhan buat semua.

MARSIS akan menganjurkan IJAB 08 (IJTIMA AIDILFITRI BORNEO 08') bersempena Syawal yang menjelang tidak lama lagi semua anak-anak sabah sarawak di IPT/S yang tidak balik berhariraya pada kali ini di alu-alukan untuk menyertai IJTIMA AIDILFITRI BORNEO 08'.

Program kali ni bukan sahaja kepada ahli-ahli marsis tetapi juga terbuka kepada semua anak-anak sabah sarawak yang tidak balik beraya kali ini.

Lokasi sambutan di RB,Pantai Permai KL.

Maklumat lanjut akan di maklumkan kemudian. antara aktiviti menarik : persiapan menjelang hari raya (memasak dsb),takbir raya bersama,solat hari raya, beraya ke rumah alumni dan sahabat-sahabt area KL.

Penginapan disediakan.

Bagi sesiapa yang berminat dan untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi Pengarah IJAB 08 Akh Aziz : 0132224786.

Sunday, September 14, 2008

Lawatan ke New Straits Time



Alhamdulillah, pada 12 sept yang lepas ana dan beberapa orang penuntut telah pergi ke kilang NST untuk melihat dengan lebih dekat proses surat khabar diterbitkan.

Bermula dengan proses pengumpulan maklumat daripada HQ sehingga ke bahagaian pengedaran.

Memang seronok walaupun ana bukanlah pencandu Berita Harian, Utusan, Metro, NST dan boleh sahaja dikira berapa banyak ana membelinya berbanding ahbar Harakah yang sarat dengan ilmu bukan sahaja informasi politik.

Tapi melihat dengan dekat membuka minda untuk menghargai kerja orang lain.

Rupa-rupanya bukan mudah untuk menghasilkan mencetak sebuah khabar. Ramai yang terpaksa melawan sunnah ilahi menjadikan malam sebagai masa untuk berehat.

“Dan Kami menjadikan tidurmu untuk istiherat. Dan Kami jadikan malam sebagai pakaian” (An Naba:9&10)

Sebaliknya ‘mereka-mereka’ yang kerja dalam kilang NST memulakan kerja sebaik petang hingga awal subuh. Malam untuk mencari rezeki halal disebalik orang lain tidur lena dilamun mimpi-mimpi indah.

Semasa lawatan tersebut sempat berkenalan dengan seorang pekerja yang telah bekerja selama 30 tahun dengan NST dan tinggal setahun sahaja lagi pakcik ini akan bekerja.

Semasa dia membuat kerja rutinnya. Ana sempat melihat urat-urat ditangan beliau. Nak memitiskan air mata mengenangkan pengorbanan yang dilakukan demi sebuah keluarga yg dibina dan menyara anak isteri drpd kelaparan, amanah dan memenuhi keperluan hidup.

" Pakcik, apa pengalaman yang paling pahit pernah pakcik rasa?" soal seorang dari rakan lawatan.

"Ermmm.... rasanya ketika roll nie dibasuh. Kerana ia akan bergerak laju dan jika silap tangan menjadi mangsa keadaan."

Ana memberanikan diri untuk melihatkn dengan lebih dekat. Ternyata jika sedikit kelalaian maka akan cacat anggota badan.

Begitulah pengorbanan seorang bapa kepada keluarganya.

Besarnya pengorbanan seorang abah kepada anak-anaknya.

Hanya berbekalkan sebuah harapan agar suatu nanti anaknya akan mengubah nasib keluarga dengan berbekalkan ilmu yang ditimba.

Hargailah pengorbanan ibu bapa mu wahai penuntut ilmu sekalian. Walau sebanyak mana pun duit yang engkau taburkan takkan mampu membalas jasa dan pengorbanan ibu bapa kita.

Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau membentak keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.

Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih saying dan ucapkanlah

“Wahai tuhanku, Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil.”

(Surah Isra:23&24)

Tidak kusedari titisan mulia mengalir di pipi kerana mengenangkan dosa dan kesilapan yang selama ini ana lakukan kepada kedua ibu bapa. Tidak dapat ana bayangkan.

Ana melabuhkan badan yang keletihan dengan seribu keinsafan. Moga ada hari esok untuk aku berbakti untuk dua mutiara ini. Amin Ya Allah….

Diari Hidup Kembara Muslim

12 Sept
- Iftar yang dianjurkn oleh badan berkanun
- Lawatan kilang NST

13 Sept
-Liqa Tarbiah dgn politeknik
-Bengkel Cakna Islam

14Sept
-Liqa Tarbiah
-Liqa dgn Alumni
-Iftar bersama shbt2 seperjuangan

15 Sept
- Penuh dgn misi agenda muslim 2008. insya Allah

Sunday, February 17, 2008

22 tahun daaa umur ana...


16 Feb 2008 genaplah umur ana. 22 tahun....

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt kerana telah membenarkan ana hidup selama 22 tahun dengan pelbagai nikmat yang tak terhingga. Tiada kata yang terindah melainkan mulut nie sentiasa mengucapkan syukur yang tak terhingga.

Sepanjang hidup 22 tahun ini terlalu banyak pengalaman hidup yang telah ana tempuhi. Suka duka kehidupan ini banyak mematangkan ana dalam melayari bahtera hidup diatas muka bumi ini.

Ana ingin menuangkan sedikit pengalaman dalam blog ini untuk perkongsian sahabat-sahabat dan buat zuriat ana kelak. Sekiranya ana sudah tiada berada diatas dunia ini. Moga blog ini menjadi teman hidup buat shabt yang masih bertarung.



Umur ketika 13-15 tahun


Ana telah bertemu dengan sekelompok ghuraba akhir zaman... izinkan ana menggunakan istilah itu...Ana telah mula berjinak dengan Persatuan Putera Puteri Islam (PERPPIS). Persatuan pelajar yang cukup glamour dibumi Tawau. Hampir semua remaja muda Tawau mengenalinya.

Persatuan inilah yang telah banyak mengubah maksud hidup ana kepada ERTI HIDUP PADA MEMBERI... -ust izinkn ana meminjam kata-kata ini-

Dengan murabbi yang tidak pernah mengenal erti putus asa dalam mentarbiah anak peribumi sabahan. Dia terus cekal menabur benih Islam walaupun telah banyak melalui detik-detik kritikal. Pernah dipulaukan... Pernah diancam bunuh... Pernah difitnah... Namun semua itu tidak pernah mengendurkan semangat murabbi ana dalam mendidik anak jati Tawau. Tidak mengharapkan sedikit pun habuan duniawi. Hanya yang diharap adalah redha Allah.

Dengan panggil cikgu Nasir. Nama ini cukup keramat dalam kehidupan ana. Terlalu banyak cikgu Nasir mutiara kata-kata dilontarkan dalam lubuk hati ana. Hingga hati ana terlalu jinak dengan cikgu lebih daripada ibubapa sendiri. Inilah hakikatnya... Dia adalah ibubapa kedua dalam hidup ana.
Sifat zuhud,tawaduk dan beramal dengan ilmu cukup menyentuh hati sapa yang hampir dengannya. Ana bukan mengagungkan murabbi ana tapi sapa yang mendapat sentuhan tarbiah nya akan merasainya.

Bayangkan dalam kemewahan yang diberikan kepadanya, kerusi sofa yang dimiliki pun dibeli second hand.. Cikgu kata kat ana 'kerusi nie syam sekadar untuk kemudahan tetamu. Harta jangan letak dihati tapi letak ditangan'

Marah dan kritikan pedas daripada cikgu Nasir sewaktu melibatkan diri dengan PERPPIS amat bermakna.

'Jangan lekas puas hati dengan gerak kerja kita'
'Ikhtiar dulu baru jumpa cikgu.'
'Jangan buat kerja ala kadar. Islam ajar kita supaya teliti dalam perbuatan kita.'

Dan banyak lagi kata-kata yang masih berdesing ditelinga ana. Cikgu, tarbiah cikgu terhadap ana takkan ana lupakan sampai akhir hayat. Kata-kata akhir yang ana terima

'Hati-hati,habis belajar balik Tawau. Berjuang!!!'

Cukup tersentuh hati ana bila murabbi ana sms ana sewaktu on the way ke Airport untuk balik belajar.

Ana hampir menitiskan air mata apabila mengenangkan diri ana yang berada diperantauan ini. Ketika ana balik bonda pergi menunaikan haji. Yang tinggal hanya bapa dan adik-adik ana dirumah.

Inilah sunnah orang menuntut ilmu!!

Sapa yang tak tersentuh apabila ana ada plan untuk tinggal agak lama lagi dibumi Semenanjung ini.

Bersahabat dengan mereka yang mempunyai cita-cita yang sama iaitu ingin mendaulatkan ISLAM menjadikan ukhwwah yang terbina cukup manis dan indah.

Sukar untuk dikongsi dengaan kata-kata kerana ia adalah bahasa hati.Inilah istimewanya apabila berukhwwah kerana Allah dan RasulNya.

Umur ketika 16-17 tahun

Ketika umur terus meningkat remaja. Ana semakin banyak menempuh pengalaman baru samada dalam persatuan mahupun penglibatan aktiviti sekolah.

Ketika dalam tingkatan 4, ana mencuba untuk test market mengikuti Forum Remaja Peringkat Sekolah. Tanpa disangka kumpulan kami telah dinobatkan sebagai johan. Dengan pengalaman yang terlalu sedikit. Ana pun tidak pasti apa hikmah ketika itu.

Hati bukan main gembira lagi kerana dinobatkan sebagai johan pertandingan walaupun hanya peringkat sekolah. Rupa-rupanya, kami akan mewakili sekolah untuk bertanding ke sekolah lain!! Ana tidak menyedari hal tersebut sehingga diberitahu oleh cikgu Nasir. Selaku murabbi ana.

Ana masih ingat detik-detik indah itu. Kami berlima; kak Fatimah, (pengerusi forum), sharun (panel 1),ana (panel 2), mubina (panel 3) dan aliuddin (panel simpanan). Setiap petang berlatih. Hampir tiap-tiap hari balik lewat petang. Maruah sekolah kita pegang sekarang ini!!! Buat yang terbaik. Jangan main-main dalam berlatih. Kata-kata kak fatimah kpd kami. Selaku senior.

Kepercayaan yang luar biasa itu membina komitmen yang kental. Hampir tiap-tiap hari ana bercerita kepada sahabat-sahabat seforum. Bagaimana rasanya kalau naik kapal terbang. Kita mewakili Sabah. Macam mana suasana KLIA ya. Macam-macam lagi ana membuka cerita setiap kali berlatih sampai kawan-kawan selalu nasihatkan ana supaya jangan terlalu over confident.

Ana selalu mengkhalyalkan bagaimana kalu satu ari nanti ana naik kapal terbang ya... Ana merasakan perasaan ini didorong kerana sekolah berhampiran dengan Airport. Setiap hari nampak kapal terbang mendarat dan berlepas...

Ana terus bercerita dengan keinginan ana nak naik kapal terbang. Alang-alang kita bertanding biar sampai ke peringkat kebangsaan.

Rupa-rupanya Allah telah memakbulkan cita-cita ana apabila peringkat demi peringkat kami lepas dan dinobatkan sebagai johan. Peringkat negeri yang begitu mendebarkan, akhirnya berpihak kepada kumpulan kami. Ana dinobatkan sebagai Panel Terbaik 2002 Peringkat Negeri Sabah dan kak fatimah sebagai Pengerusi Terbaik 2002 Peringkat Negeri Sabah. Semua anugerah kami bolot. hehehe


Alhamdulillah.. peringkat kebangsaan akan dibuat dekat Kedah Darul Aman!

YA Allah ana rasa macam tak percaya kami telah berada ditahap ini.

Khayalan ana menjadi kenyataan!!!

Ana akan naik kapal terbang....




Ana ringkaskan cerita....

Akhirnya pasukan Sabah telah menobatkan sebagai Johan Peringkat Kebangsaan 2002. Tercatatlah sebuah sejarah yang cukup indah dalam kamus diari kami berlima. Kak Fatimah dinobatkan sebagai Pengerusi Terbaik 2002 dan Mubina dinobatkan Ahli Panel Terbaik 2002.

ermm... biasalah masa nie ana dan sahabat-sahabat yang lain cukup popular dikalangan cikgu dan pelajar. Disana sini nama kami disebut dan menjadi buah mulut. Ana bukan riak tapi sebenarnya terselit dakwah kerana pada ketika itu ana adalah Timbalan Presiden PERPPIS. Ini sekali gus menarik minat remaja Tawau mengikuti PERPPIS. Alhamdulillah, melalui forum ini ana berjaya menarik Mubina untuk join PERPPIS. Bermulalah kehidupan Mubina sebagai seorang muslimah. ermmmm

Ditemuramah diradio Tawau lagi. Ana sempat menyebut nama PERPPIS. Ambil kesempatan... Ana mengatakan permulaan kepada semua ini adalah dengan pengalaman bersama PERPPIS.

Tingkatan 5

Ana sekali lagi mencuba nasib untuk bertarung dimedan forum ini. Yang sanggup meneruskan perjuangan hanyalah ana dan mubina. Dengan team yang baru ana cepat menyesuaikan rentak ana supaya selari dengan sahabat yang lain. Kali ini ana je lelaki. Semua perempuan. Wahhh... Ini satu cabaran bagi ana. Bayangkan sahabat sekalian.. Bagaimana berlatih jika semuanya perempuan??? Lantas baru diperingkat pembentukkan team forum ana sudah menyuarakan bahawa ana perlukan lelaki seorang untuk menemani ana. 'Nanti wakil Sabah lagi. Susah saya cikgu.'

Betapalah ana over confident... Tapi ini sifat semulajadi ana...

Akhirnya keyakinan ana menjadi kenyataan apabila sekali lagi pasukan kami mewakili negeri Sabah ke peringkat kebangsaan. Negeri penganjur pada tahun 2003 adalah negeri Pahang. Terharunya cikgu-cikgu sekolah dan pegawai DBP dengan prestasi yang kami tunjukkan. Kali ini matlamat kami adalah untuk menjadi johan lagi.

nak tau lagi sambungan cerita nie.... tunggu ye sahabat-sahabat...

Sunday, February 10, 2008

Seharian Berukhwwah

Alhamdulillah... Segala pujian hanya utk Allah.

Dari pagi hinggalah ke petang tadi. Ana dan beberapa shbt ana pergi menziarahi sahabat ana Saudara Azli, Presiden PMIUTM. Ada majlis walimatul urus.

Jarak perjalanan yang agak jauh lebih kurang 90 km. Cukup jauh bagi ana yang tidak biasa bermotosikal sejauh tue. Tapi melihatkan semangat sahabat-sahabat ana... Ermmmm

Ana pada asalnya tak nak pi kerana sejak kebelakangan ini kepala ana sering sakit. Paling parah bila nak sujud ketika solat. Rasa macam nak terkeluar je biji mata. Kesakitan ini ana alami sejak berprogram sepanjang cuti tahun baru Cina bersama adik-adik usrah ana di Kuala Lumpur.

Ala kulli hal, kehidupan ini memang suatu cabaran. Moga Allah menguatkan azam ana untuk merealisasikan bahawa segala apa yang kita ada adalah untuk ummat ini. Gunakan apa sahaja untuk mendapat reda Allah swt












































Sunday, December 16, 2007

Pengalaman Berharga

"Katakanlah jika bapa-bapa kamu,anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatirkan kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik."
At-Taubah:24

Pada entry kali ini ana ingin berkongsi cerita tentang diari kehidupan ana kepada sahabat alam maya sekalian. Sejak minggu lepas diari ana dipenuhi dengan program-program islah. Baik yang dianjurkan secara rasmi atau pun tidak rasmi. Bermula pada 9 Disember 2007...

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Ummi kesayangan pergi menyahut seruan ilahi untuk menunaikan fardu haji. Ibadah yang menjadi keidaman ramai umat Islam. Hasil daripada jualan nasi kuning pada setiap pagi dijadikan sebagai modal untuk menunaikan ibadah ini.

Semoga dengan hasil titik peluh itu akan menghasilkan haji yang mabrur apabila balik ke tanah air. Insya Allah.

Teringat ana akan pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh nabi Ibrahim as. dan anaknya nabi Ismail as.Sanggup mengorbankan anak tercinta demi memenuhi keinginan dan perinta Allah swt.

Jua pengorbanan Rasulullah saw dan para sahabat dalam melebarkan sayap Islam ke serata dunia. Sungguh tidak terbalas jasa dan pengorbanan yang telah dibuat oleh Rasulullah saw dan para sahabat itu..

Linangan air mata dan doa mengiringi pemergian ummi ku agar ummi selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air. Malam sebelum keberangkatan ummi ku masih terpahat memori indah detik-detik itu.

Tiba di lapangan terbang pagi 9 Disember dengan penuh syahdu. Ramai sanak keluarga mengiringi bakal-bakal haji pagi itu. Akhirnya saat keberangkatan bakal haji tiba, ku pasrahkan diri menguatkan hati agar menerima bahawa pemergian ummi ku adalah menunaikan ibadah agung dalam Islam.

Bukan sedikit pengorbanan yang telah dicurahkan untuk ibadah ini. AKU berdoa agar Allah memberikan kekuatan kepada ummi ku dan menerima ibadah yang dipersembahkan...

Sebaik pergi menghantar ummiku di airport. Ana bergegas pergi ke pejabat perhubungan untuk memenuhi janji dengan sahabat-sahabat kampus untuk menghantar tugasan..

Kursus Amal Islami (KAMI) Ke-14 (10-13 Disember 2007)

Pada 10-13 Disember yang lepas, Persatuan Putera Puteri Islam (PERPPIS) Bahagian Tawau telah mengadakan program Kursus Amal Islami (KAMI) kali ke 14.

Kursus ini telah berjaya menarik lebih kurang 100 orang golongan muda mudi yang berada disekitar Daerah Tawau. Dengan kekuatan ajk pelaksana seramai 30 orang program KAMI dijalankan dengan lancar dan baik. Walau terdapat beberapa kelemahan tapi diharapkan kelemahan itu perlu dirawat dengan cepat.

Ingin ana mengimbas tema-tema yang pernah dipilih antaranya Bajai Minda Suburi Iman, Pemurnian Aqidah, Akhlak Islami, Remaja Excellent dan pada tahun ini, PERPPIS Bahagian Tawau telah memilih tema ‘Tahsin Amal’ (Pembaikan Amal). Sebanyak empat buah kertas kerja telah dibentangkan untuk menghuraikan apakah isi yang tersurat dan tersirat disebalik tema ini.

Ana merasakan tema ini sangat signifikan pada ketika ini disebabkan ramai muda-mudi telah rosakkan amalannya. Baik amalan keduniaan mahupun amalan akhirat. Oleh itu, program KAMI telah menghuraikan secara terperinci tentang pembaikkan amal (Tahsin Amal) ini

Program KAMI amat bermakna bagi ana kerana program ini lah ana telah berubah. Berubah dari seorang insan yang hanya mementingkan diri sendiri kepada insan yang prihatin dengan saudara seaqidahnya.

Daripada seorang insan yang hanya berfikir seperti binatang; makan, minum, dan tidur kepada seorang insan yang memikirkan banyak masalah ummat Islam yang mencengkam hidup. Program KAMI inilah yang telah mengubah maksud hidup ana kepada ERTI HIDUP PADA MEMBERI.

Alhamdulillah setelah sekalian lama tidak mengikuti akhirnya Allah takdirkan jua untuk ana bersama dengan adik-adik junior dalam program ini. Dalam program ini ana diminta untuk membantu dari segi modul latihan dalam kumpulan.

Dengan berbekalkan sedikit pengalaman ketika berada dibumi semenanjung ana curahkan buat adik-adik yang berada di Tawau.

MUKTAMAR SANAWI PERPPIS KE-24 (14 Disember 2007)

Puku 12.30 pagi, ana mendapat satu pesanan daripada Penasihat Am PERPPIS cikgu Mohd Nasir Che Ali.

Syam, cikgu lantik enta sebagai pengerusi tetap utk Muktamar Sanawi PERPPIS. Minta bersedia.

Walaupun amat perit dan berat buat ana tapi ana gagahkan diri untuk melakukannya sebagai pengalaman yang berharga dalam diri. Ana cuba melakukan yang terbaik.

Alhamdulillah.... akhirnya muktamar berjalan seperti yang dirancang. Walaupun kali ini muktamar mencatat sejarah kerana berlangsung hingga lewat malam.. 12.oo mlm.. huhu.. Tapi semua sidang muktamirin dan muktamirat balik ke bilik dengan muka yang puas hati…

Walaupun agak keletihan pada malam tue. Tapi hati senang. Senang dengan keputusan bersama yang diambil. Secara umumnya, ana selaku pengerusi tetap muktamar berpuas hati dengan mutu perbahasan sidang muktamar.

Dengan penglibatan mantan dan super senior mematangkan lagi perbahasan usul.Sebanyak tiga usul yang dibahaskan dan terdapat satu usul tergempar... Dua daripada usul ini diterima dan dua lagi ditolak.

Kursus Penguruan Guru PASTI Kawasan Tawau (16-17 Disember 2007)

Jadual hidupku dipenuhi lagi dengan program bersama guru PASTI. Kursus ini adalah untuk meningkatkan kualiti perguruan dikalangan guru-guru PASTI. Disamping untuk merapatkan ukhwwah dikalangan mereka. Ana ditaklifkan sebagai ajk makanan....

Pejabat perhubungan telah menjadi rumah kedua ana.Inilah yang menghantui diri ana sejak akhir-akhir ini. Kadang-kadang datang perasaan dalam diri kenapa diri sanggup mengorbankan masa keluarga untuk bersama orang lain??? Adakah perbuatan ana ini tidak menzalimi keluarga ana??? Adakah perniagaan ini akan dibeli oleh Allah swt??? Adakah ini yang dikatakan pengorbanan???

Seribu satu macam persoalan timbul dalam kotak pemikiran ana... Ana cuba memahamkan diri dan hati agar memahami bahawa perjuangan ini bukan nya dibentang dengan permaidani merah. Dihiasi dengan bunga-bunga dan ditaburkan dengan wangi-wangian. Tapi perjuangan ini penuh dengan onak dan duri. Yang menutut seribu kepayahan dan kesusahan. Yang menuntut seribu pengorbanan.

Program Perkhemahan Unit Amal Kawasan Tawau kali ke-5 (24 Disember)

Pengerusi Unit Amal Kawasan Tawau sekali lagi memberikan ana kepercayaan untuk menjadi pengarah program. Dengan rendah diri ana menerima pelawaan itu. Moga ianya dikira sebagai salah satu saham yang ana laburkan dalam bursa saham akhirat. Insya Allah mesyuarat pertama akan dibuat pada 18 Disember 2007.

Akhirnya, begitulah sedikit cerita yang ana kongsikan kepada sahabat-sahabat alam maya sekalian. Apa yang ana inginkan sampaikan kepada antum semua bahawa hargailah nikmat masa yang Allah anugerahkan kepada kita. Sesungguhnya nikmat masa ini amat berharga sekali.

Keluarga merupakan suatu nikmat yang tak terhitung nilaianya. Tapi ingatlah para mujahid muda sekalian bahawa keluarga juga merupakan antara ujian yang Allah swt akan hadapkan kepada kita.

Persoalannya, bagaimana strategi dan persiapan yang telah kita buat untuk menghadapi ujian itu? Tepuk dada tanyalah iman. Hanya kita tahu jawapannya.