Sunday, September 14, 2008

Lawatan ke New Straits Time



Alhamdulillah, pada 12 sept yang lepas ana dan beberapa orang penuntut telah pergi ke kilang NST untuk melihat dengan lebih dekat proses surat khabar diterbitkan.

Bermula dengan proses pengumpulan maklumat daripada HQ sehingga ke bahagaian pengedaran.

Memang seronok walaupun ana bukanlah pencandu Berita Harian, Utusan, Metro, NST dan boleh sahaja dikira berapa banyak ana membelinya berbanding ahbar Harakah yang sarat dengan ilmu bukan sahaja informasi politik.

Tapi melihat dengan dekat membuka minda untuk menghargai kerja orang lain.

Rupa-rupanya bukan mudah untuk menghasilkan mencetak sebuah khabar. Ramai yang terpaksa melawan sunnah ilahi menjadikan malam sebagai masa untuk berehat.

“Dan Kami menjadikan tidurmu untuk istiherat. Dan Kami jadikan malam sebagai pakaian” (An Naba:9&10)

Sebaliknya ‘mereka-mereka’ yang kerja dalam kilang NST memulakan kerja sebaik petang hingga awal subuh. Malam untuk mencari rezeki halal disebalik orang lain tidur lena dilamun mimpi-mimpi indah.

Semasa lawatan tersebut sempat berkenalan dengan seorang pekerja yang telah bekerja selama 30 tahun dengan NST dan tinggal setahun sahaja lagi pakcik ini akan bekerja.

Semasa dia membuat kerja rutinnya. Ana sempat melihat urat-urat ditangan beliau. Nak memitiskan air mata mengenangkan pengorbanan yang dilakukan demi sebuah keluarga yg dibina dan menyara anak isteri drpd kelaparan, amanah dan memenuhi keperluan hidup.

" Pakcik, apa pengalaman yang paling pahit pernah pakcik rasa?" soal seorang dari rakan lawatan.

"Ermmm.... rasanya ketika roll nie dibasuh. Kerana ia akan bergerak laju dan jika silap tangan menjadi mangsa keadaan."

Ana memberanikan diri untuk melihatkn dengan lebih dekat. Ternyata jika sedikit kelalaian maka akan cacat anggota badan.

Begitulah pengorbanan seorang bapa kepada keluarganya.

Besarnya pengorbanan seorang abah kepada anak-anaknya.

Hanya berbekalkan sebuah harapan agar suatu nanti anaknya akan mengubah nasib keluarga dengan berbekalkan ilmu yang ditimba.

Hargailah pengorbanan ibu bapa mu wahai penuntut ilmu sekalian. Walau sebanyak mana pun duit yang engkau taburkan takkan mampu membalas jasa dan pengorbanan ibu bapa kita.

Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau membentak keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.

Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih saying dan ucapkanlah

“Wahai tuhanku, Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil.”

(Surah Isra:23&24)

Tidak kusedari titisan mulia mengalir di pipi kerana mengenangkan dosa dan kesilapan yang selama ini ana lakukan kepada kedua ibu bapa. Tidak dapat ana bayangkan.

Ana melabuhkan badan yang keletihan dengan seribu keinsafan. Moga ada hari esok untuk aku berbakti untuk dua mutiara ini. Amin Ya Allah….

No comments: