Saturday, November 22, 2008

Selamat bercuti... Meneruskan pengembaraan seorang muslim

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran ana panjat ke hadrat Allah swt kerana memberikan kekuatan kepada ana meneruskan misi Erti Hidup Pada Memberi ini. Moga Allah swt meneguhkan hati ana untuk terus istiqamah dalam jalan ini.

Akhirnya masa yang ditunggu pun tiba. Insya Allah ana akan meneruskan pengembaraan ini. Doakan ana moga segala objektif tercapai. Yang pastinya ana memaksa untuk meneruskan displin pembacaan ana untuk beberapa buku.

Moga buku-buku ini memberikan manfaat yang berguna kepada ana untuk menjalani kehidupan di alam fana ini. Insya Allah jika ada masa yang terluang ana akan kongsikan bersama sahabat-sahabat sekalian. Antara majalah dan buku yang menjadi pilihan ana untuk dikhatamkan masa cuti ini;






Walaupun ana sahabat yang memberikan teguran atas buku pilihan ana ini. Ana ucapkan terima kasih atas teguran itu. Tapi ana mempunyai alasan yang tersendiri. Ana minta maaf buat sahabat kerana dalam beberapa masa ana takkan mengupdate blog ini dek pengembaraan ana yang tidak menghubungkan ana dengan internet. Moga ada kebaikkannya untuk diri ana..

5 comments:

KeSuma said...

buku teman yg baik. usahalah sungguh2 menjadi pemuda mukmin. kt hampir menuju penghujung waktu kehidupan.

KeSuma said...

pengumuman kpd knalan.

komunikasi bersma asrar tergendala buat sementara, handset takboleh terima n hantar msj. takde niat lg nak tukar handset baru.alhamdulillah, boleh hidup bergelumang dgn buku jg.

LegendZ said...

salam sheikh..nape x d 'state'kan skali buku "warkah cinta berbau syurga",nta kan tgh mbaca buku tu..huuu..anyway lepas habis nta baca buku tu.nati bolehlah briefing skit sinopsis cerita dia pd ana ek..

myikhwanfiideen said...

wah..wah..

semua nak dikhatam.. jgn terkhatim sudah..

sebelum enta baca dua buku yg enta sempat dan sanggup scan page luar dia tue;
salju sakinah dgn warkah cinta berbau syurga.. Ana hrp enta baca dlu buku tulisan Imam Ibnu- Jauzi.. 'PETUA MEMENDAM RINDU'

Bkn apa.. novel hnya skdr novel dan bknnya references.. ia skdr pengindah kata bicara dan tdk lbh dari itu..

Kembara Muslim said...

terima kasih kepada sahabat sekalian yang telah memberikan komen dan cadangan..