Showing posts with label Pro-M. Show all posts
Showing posts with label Pro-M. Show all posts

Sunday, January 31, 2010

Keputusan Pilihanraya Kampus: Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia 2009/2010

Keputusan Pilihanraya Kampus: Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia 2009/2010

Kerusi Umum:

1. Muhammad Zaki Bin Omar - 7837
2. Nor Amanina Binti Ab Rahim - 7335
3. Mohd Rozi Bin Harun - 6778
4. Muhammad Miqdad Bin Che Mohd Rozi - 6360
5. Nur Syazana Binti Azahar - 5992
6. Ahmat Rajab Bin Khairul Yusri - 5899
7. Muhammad Uzair Bin Azizan - 5739
8. Farah Hanim Mohd Dexter Howell - 5729
9. Yin Leang Huat - 5659
10. Siti Mariam Abdul Lathiff - 5655

Kerusi Fakulti:

Fakulti Alam Bina:
1. Nurfatin Aqilah Binti Mohd Yusof -547
2. Noor Aimran Bin Samsudin - 503
3. Mohd Ainuddin Bin Khairuddin - 403

Fakulti Biosains Dan Biokejuruteraan:
1. Iezzat Emeer Bin Affandi - 189
2. Nor Hafiza Binti Omar - 183
3. Khairina 'Izzati Binti Amir Hussain - 149

Fakulti Kejuruteraan Awam:
1. Siti Amirah Binti Basirun - 683
2. Nurulhayati Bte Md Yusoff - 645
3. Mohd Affendi Bin Ismail - 621

Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan:
1. Ng Ken Hoo (menang tanpa bertanding)
2. Jihan Atikah Binti Md Jalani (menang tanpa bertanding)
3. Nazirahhanim Binti Sharipudin (menang tanpa bertanding)

Fakulti Kejuruteraan Elektrik:
1. Nur Azim Fahada Bin Ahmad - 870
2. Ku Abd Muhyi Bin Ku Abd Hamid - 841
3. Umi Kalsom Binti Mohamad Yusof - 633

Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli:
1. Izam Ikhwan Bin Kamaruddin - 918
2. Nor Aida Binti Yusoff - 713
3. Ahmad Syairazi Bin Rasid - 653

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal:
1. Muhammed Amirul Asyraf bin Hasnan - 822
2. Mohd Fadzli Bin Ismail - 818
3. Nurul Fatiha Binti Mesbah - 805

Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi:
1. Wan Ahmad Hazwan Bin Wan Daud - 545
2. Nur Syahida Binti Anuar - 472
3. Chew Jian Long - 467

Fakulti Pendidikan:
1. Mohd Sharhan Bin Abu Bakar - 636
2. Anis Bin Abd Wahab - 622
3. Ummu Sulaim Binti Osman - 542

Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia:
1. Berlina Dolores Doyou - 885
2. Mohd Hazizi Bin Ishak - 644
3. Loke Wei Kit - 458

Fakulti Sains:
1. Nurul Khalida Binti Hidzir - 772
2. Iskandar Zulkarnain Bin Mohamad Idris - 744
3. Lee Wei Bin - 540

Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat:
1. Mohamad Ariff Bin Makhfudz - 534
2. Nur Aqilah Binti Sabri - 529
3. Chaw Sau Shen - 463

Kampus UTMKL
5 Orang calon bebas telah menang tanpa bertanding


**Nota:
Pro Mahasiswa - 18 Kerusi
Evolusi mahasiswa - 28 kerusi
Bebas - 5 Kerusi

Friday, January 29, 2010

Tinggal Kenangan:Pilihanraya Kampus 2010

alhamdulillah... segalanya telah berlalu dengan jayanya...

sukar untuk tulis.. Hanya org yang betul2 terjun dlm lautan keletihan itu yg merasai kenikmatan Pilihanraya Kampus kali ini...

walaupun kdg2 terpaksa akur dengan kelemahan diri... namun kita buat yang terbaik utk perjuangan ini...

ingatlah shbt... apa2 yg kita buat sepanjang pilihanraya kampus baru2 nie merupakan zikir dan ibadat kita kpd Allah swt...

bahkan ianya lebih mulia drpd kita menadah kitab!!!

sebab apa saya katakan demikian???

tadah kitab utk kepentingan diri kita semata-mata... tapi apa yang kita buat baru ini adalah memberikan kefahaman, kesedaran dan penjelasan maka kita melibatkan lebih ramai org awam...

mahasiswa harus bangkit... ilmu dan mahasiswa tidak dapat dipisahkan...

intelek dan mahasiswa.... idealisme dan mahasiswa... semua ini tidak dapat dipisahkan drpd mahasiswa...

kita celikkan mata yang sebelum ini rabun atau buta dgn sekililingnya...

kita ketuk hati dan jiwa dia....

kita gegarkan hatinya... marilah lihatlah kebenaran...

apakah ush itu tidak mulia???

lupakah shbt akan sajak Abdullah Al-Mubarak kepada seorang shbt yang sedang beribadah dihadapan kaabah sambil menitiskan air mata....

Kata Abdullah al-Mubarak... " debu-debu yang melekat pada kaki kuda mereka yang berjuang dijalan Allah lebih mulia berbanding tangisan itu..."

Kenapa begitu??? Saudara kena cari jwpnnya...

Bukan ana menafikan kepentingan ilmu...

seterusnya shbt sekalian.... nasihat saya kpd kita semua marilah kita rapatkan saff kembali...

lihatlah apa hadaf (matlamat) kita dihdapn....

Kaji semula apakah rukun FAHAM dalam risalah taalim betul2 kita sudah hadam???

ilmu Aqidah perlukan praktikal... Ianya bukan teori semata-mata...

Dlm ilmu aqidah.. kita belajar hanya kepada Allah tempat kita berharap...

tapi bagaimana aplikasinya???

Aplikasinya marilah kita insafkkan diri kita dlm perjuangan ISlam....

Kerana perjuangan Islam tidak mudah... Kita diugut... Dicaci... Dikatakan Pengkhianat...

dikala itu barulah dtg keyakinan dlm diri bhw Allah betul2 jadi tempat pergatungan kita...

Ada shbt kita yang Pengetua telefon parentsnya... ugut parents supaya nasihat anaknya.. anaknya akan dibuang universiti dll...

Maka pd ketika itu pd sapa kita mengharapakan kekuatan???? Tidak lain tidak bukan hanya pada Allah swt...

Sebab itu shbt sekalian... kita kena bljr drpd kisah para shbt...

sekalian itu kali nie... keletihan masih terasa dlm diri ini... Semoga Allah membalas jasa dan keringat shbt dlm memberikn kefhman kebenaran kpd rakan2 mahasiswa lain...

Wednesday, January 27, 2010

Pendedahan Eksklusif : Evolusi disebalik tabir.

SURAT TERBUKA BUAT AYAHANDA NAIB CANSELOR SEMPENA PILIHANRAYA KAMPUS (PRK)

AUTONOMI UNIVERSITI YANG DICEMARI : MOHON PENJELASAN

1. Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa syukur saya panjatkan ke atas Ilahi atas limpah rahmat serta kasih sayangNya kita masih lagi dikurniakan pelbagai limpahan nikmat di bumi UTM yang tercinta ini.

2. Saya yakin dan percaya kehadiran surat ini mungkin akan mengundang sedikit rasa kecewa diperingkat Dato’ disebabkan selaku anak saya merasakan ianya agak kurang beradab untuk berbicara dalam ruang sesempit ini. Namun saya lebih yakin bahawa Dato’ akan lebih kecewa apabila melihat sendiri gelagat serta tindakan sebahagian daripada penggerak dan pentadbir universiti yang cuba untuk memburukkan serta mencemarkan imej dan nama baik universiti.

3. Selaku penggerak utama Pro-Mahasiswa, saya merasa sedih dan kecewa dengan tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr. Mohad Anizu Bin Hj Mohd Noor ( Pengetua Kolej Rahman Putra) kepada salah seorang calon Pro-Mahasiswa yang mana dalam ucapan beliau banyak menyentuh soal pencemaran terhadap autonomi universiti oleh pihak-pihak luar serta mengajar dan mendidik tentang budaya politik kotor yang sememangnya bertentangan dengan politik nilai yang Pro-Mahasiswa perjuangkan.

4. Di sini disertakan bersama rakaman suara lebih kurang 40 minit[link] berkenaan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr. Mohd Anizu Bin Hj Mohd Noor ketika bertemu dengan salah seorang calon Pro-Mahasiswa.

5. Antara kenyataan yang perlu diberi perhatian serta mendapatkan penjelasan terperinci daripada pihak pentadbiran Universiti Teknologi Malaysia setelah mendengar rakaman tersebut adalah seperti berikut :

5.1 AUTONOMI UNIVERSITI YANG DICEMARI

10 : 14 - “Dahulunya tak ada pengaruh luar, bila masuk pengaruh luar ada pemimpin-pemimpin di dalam kampus ini yang terpengaruh dengan pengaruh luar cuba bentuk satu kumpulan baru, sebab tu dulu tak ada aspirasi…”

13 :40 – “ menang diorang nih (PMI) sebab tu universiti tak dibagi apa…setiap universiti yang menang dianggap pembangkang dimana-mana kampus, org UMNO akan bersuara, apa tu pembangkang menang di kampus nih, jangan bagi apa-apa pada mereka…mereka menentang kerajaan..sebab tu lah kita tak dapat apa-apa, kita yang terakhir dapat stadium…”

14 : 08 – “ Jika Pro-M nih menang UTM akan mundur laa…ya, mungkin kerajaan..itu orang kata dasar kerajaan mana-mana sekalipun…”

15 : 00 –“ Budak-budak Pro-M kalau menang nanti kerajaan stop stadium ni apa awak nak ?..”

15 : 38 – “ Sebab tu saya kata kalau menang Pro-M, kita tidak akan dipandang oleh kerajaan..”

27 : 30 – “ Sama-sama..sebab dah mula ada pembangkang, sebab itu kita sendiri UMNO tu dia prihatin dengan pilihan raya kampus..ha…dia prihatin sebab kalau ada pembangkang habis kita..sebab tu la UMNO..memang saya akui UMNO pun support kita(Evolusi)…”

16 : 02 – “kerajaan memang bagi arahan, ya bagi jugak sebab…lima tahun lepas tu pernah dia kutuk UMNO..ahh NC, dia melibatkan sendiri kekalahan aspirasi menyebabkan NC jatuh, TNC NC jatuh, sebab dikira gagal menguasai pelajar…”


5.2 CAMPURTANGAN PENGETUA DALAM PERCATURAN PILIHANRAYA KAMPUS & DEMOKRASI MAHASISWA DITINDAS

8 : 06 – “ Jika awak berada di sebelah sana, awak tak bersama saya lah..sebab tu saya cakap, orang yang bersama saya saja akan dilantik jadi JKM…”

9 : 40 – “ Itu kuasa pengetua, pengetua buat apa yang patut..sebab awak berada di pihat satu lagi, awak tak bersama saya..saya,macam saya cakap tadi,calon-calon saya nih calon Evo..kalau awak nak bertanding mungkin awak nak menang…saya calonkan awak calon Evo..calon bersama pengetua…”

10 : 32 – “ Kira Aspirasi nih bawah pengetua lah..calon-calon aspirasi tu semua bawah pengetua..maknanya calon-calon kamilah..”


5.3 MENGANJURKAN AMALAN POLITIK KOTOR

12 : 07 –“ Kalau aktif kamu dapat kuota, tu macam tak professional..betul tu tak professional tapi orang kata nih hakikat, di luar sekalipun..di luar contoh..pasti dimana-mana pun di luar memerintah negeri pasti dah dia akan cantas parti-parti yang lain…kalau contoh BN perintah, semua org2 PAS dalam tu, contoh cikgu-cikgu kena pindah jauh”

32 :53 – “ Sebab tu wujudnya unsur kronisme, sebab orang ni je yang boleh bekerja dengan kita..takkan dia nak amik orang-orang…”

39 :08 – “Kalu awak bertanding untuk saya..Kita akan bagi support sepenuhnya,kolej akan bagi support, modal..”

6. Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan ini membuktikan sememangnya wujud campur tangan pihak politik terutama UMNO dalam mencatur kedudukan serta perjalanan universiti itu sendiri yang sepatutnya menjadi taman akademik melahirkan golongan intelektual yang terhindar daripada pengaruh kotor sebegini. Keadaan ini bukan sekadar menggugat autonomi universiti malah memberi kesan yang buruk kepada warga kampus itu sendiri khususnya mahasiswa. Saya selaku wakil mahasiswa amat kecewa dengan campurtangan politik khususnya UMNO yang mengganggu gugat perjalanan universiti.

7. Kami Pro-Mahasiswa mewakili suara seluruh mahasiswa kampus UTM amat-amat menantikan jawapan penjelasan dari pihak ayahanda NC andai sekiranya kenyataan yang dikeluarkan ini adalah tidak benar dan bercanggah dengan amalan universiti selama ini. Ini kerana, kami melihat perkara ini sebagai suatu masalah yang serius dan mampu mencemarkan nama baik universiti.

8. Sekiranya kenyataan yang dikeluarkan ini bercanggah dengan amalan universiti, saya amat berharap agar satu tindakan tatatertib dikenakan terhadap pihak yang terlibat. Ini kerana, kes seperti ini dilakukan secara berulang oleh orang yang sama. Saya menyarankan agar saksi yang terlibat dalam rakaman ini dijemput bersama untuk memberikan keterangan secara rasmi. Sekiranya pihak universiti gagal untuk menyelesaikan masalah ini, kami diperingkat Pro Mahasiswa akan cuba bawa perbincangan kes ini ke luar melalui khidmat guaman dan beberapa badan berkaitan yang akan cuba kami aturkan agar mahasiswa tidak lagi diperlakukan seperti ini.

9. Saya yakin dan percaya, UTM bukan sahaja mahu melahirkan mahasiswa yang memiliki daya intelektual dan sifat integriti yang tinggi, malah UTM juga mahu melahirkan kakitangan dan pentadbir yang berkualiti serta amanah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Universiti yang bersih serta tidak tercemar dengan amalan budaya membudakkan mahasiswa akan disanjung tinggi.

10. Akhir kalam, saya mewakili suara seluruh mahasiswa UTM meletakkan setingi-tinggi pengharapan pada Dato’ dalam usaha menjernihkan perkara ini. Harapan yang menggunung tinggi ini serta kerjasama yang diberikan oleh ayahanda Dato’ Naib Canselor kami dahului dengan ucapan jazakallahu khairan jaza’. Mudah-mudahan usaha sama yang dibuat menjaga kualiti serta integriti universiti ini member manfaat untuk jangka masa panjang.


Yang Benar,
MOHD AMIN BIN MOHD HAMAMI
Ketua Jentera
Pro-Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia
No.HP : 013-7143682

Wednesday, January 13, 2010

Lagi HAK MAHASISWA dipertikai...

UTM Skudai, 12 Jan - Seramai sebelas orang warga Kolej 11 terdiri daripada peserta PALAPES dan ahli JKM telah berjumpa dengan Ketua Jentera Pro-M, Saudara Mohd Amin Hamami semalam bagi menyatakan kerisauan mereka terhadap tindakan Pengetua mereka.

Kerisauan mereka timbul akibat ugutan yang dibuat oleh pihak pentadbiran kolej yang menyatakan akan mengenakan tindakan buang kolej dan digugurkan daripada PALAPES sekiranya mereka terlibat dengan jentera Pro-M.

Mereka mendakwa bahawa pengetua Kolej 11, Dr. Sulaiman bin Kadikon pernah memberi amaran kepada seluruh pelatih PALAPES dalam satu perjumpaan agar tidak melibatkan diri sebagai penggerak Pro Mahasiswa.Ironinya, pengetua juga telah mengumpulkan beberapa pelatih PALAPES dan ahli JKM untuk menjadi sebahagian daripada jentera penggera Evolusi Mahasiswa yang turut terlibat dalam Pilihan Raya Kampus yang akan datang.

"Kami berhasrat agar saudara Amin dapat berunding dengan Pengetua kami agar kami bebas memilih, dan bergerak di dalam jentera Pro-M" harapan mereka kepada Ketua Jentera Pro M.

Mereka juga berharap agar Amin dapat memperjuangkan isu ini supaya mahasiswa tidak lagi takut dan pengetua-pengetua lain tidak mengugut warga kolej mereka dengan ugutan sedemikian.Saudari Amin menerima kunjungan mereka dengan berbesar hati.

Beliau juga turut berasa bersimpati kepada nasib pejuang-pejuang mahasiswa yang ditekan oleh beberapa pihak."InsyaAllah kami akan cuba untuk berunding dengan beliau dan menggesa agar perkara ini tidak berlaku di pembukitan ilmu ini. Kami akan nyatakan pendirian kami tentang penglibatan pengetua dalam pilihanraya kampus" tegas beliau.

##ulasan Kembara Muslim: Sekadar nasihat kepada pengetua-pengetua kolej... Berikan KEBEBASAN dan HAK MEMILIH utk mahasiswa.. sampai bila nak sekat???

Sebenarnya, mahasiswa PELAPIS ini telah berjumpa dengan saya terlebih dahulu beberapa minggu lepas.. berbincang tentang hal yang sama. Mereka meluahkan apa yg terbuku selama ini dihati... Mungkin tiada tempat meluahkan perasaan agaknya...

Dahsyat2 juga cerita yang mereka kongsikan bersama saya...

Akhirnya, nasihat saya kpd mereka...

"Kamu diajar utk BERANI... Maka tunjukkan KEBERANIAN itu dlm mempertahankan PRINSIP. Sijil PELAPIS TIDAK ADA JAMIN KERJAYA MASA DEPAN yang MUTLAK... Ia hanya added value bukannya JAMINAN... "

Lantas mereka pun menyatakan kepada saya, mereka akan membuktikan KEBERANIAN itu..

Kita tunggu dan lihat...

KEMANISAN KEBENARAN akan berterus menjalar dalam urat nadi setiap mahasiswa masa kini...

Tuesday, December 29, 2009

PRK 2010 : Pro-M hantar memorandum kepada NC

UTM Skudai, 28 Dis- Pro-Mahasiswa Universiti Teknologi Mahasiswa hari ini telah menyerahkan satu memorandum kepada Naib Canselor UTM bagi menyuarakan suara mahasiswa UTM berhubung Pilihan Raya Kampus yang akan diadakan tidak lama lagi.

  • Memorandum tersebut telah diserahkan kepada Naib Chancelor UTM melalui Pembantu Peribadi beliau, oleh Pengerusi Pro-Mahasiswa UTM, Nur Azim Fahada bin Ahmad.

    Pertemuan antara Azim Fahada dan empat wakil Pro-Mahasiswa yang lain bersama pihak pentadbiran Universiti berlangsung kira-kira 2 jam.

    Ketika ditemui selepas di perkarangan Pusat Islam UTM yang hanya terletak di hadapan Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Azim berkata pro-mahasiswa terpanggil untuk menyatakan tuntutan agar Pilihanraya Kampus akan datang dapat dijalankan dengan adil setelah melihat PRK lalu yang terdapat banyak kelopongan.

    Menurut Azim lagi, mereka mengambil tindakan menghantar memorandum tersebut adalah untuk menyemarakkan lagi gagasan Budaya Ilmu dalam pada seluruh peringkat di UTM. Hal ini adalah bagi memperbetulkan segala kecatatan yang terdapat pada Pilihan Raya Kampus terdahulu supaya PRK yang akan datang dapat memperlihatkan kematangan semua pihak khususnya dalam perlaksanaan bidang politik kampus.

    "Dalam pertemuan tadi, perbincangan kami lebih tertumpu kepada bagaimana semua pihak dapat bekerjasama dalam menjayakan Pelan Pembangunan Mahasiswa dan melestarikan pembudayaan ilmu di semua peringkat"

    Sementara itu, ketua jentera Pilihanraya Pro-Mahasiswa, Mohd Amin bin Hamami yang turut memberi kenyataan menyebut bahawa pihak pentadbiran menyambut baik wakil mereka dalam menyuarakan isu tersebut.

    "Pihak pentadbiran telah memberi maklum balas yang baik kepada kami dan kami sebagai mahasiswa akan bersama-sama turut membantu dalam menjayakan gagasan ini. Kami akan melakukan persaingan yang baik agar hasrat murni ini dapat terlaksana." ujarnya merujuk kepada persaingan yang akan berlaku dalam merebut kerusi majlis Perwakilan Mahasiswa nanti.

    Berhubung dengan memorandum tersebut, Amin berkata, pihaknya telah menggariskan enam tuntutan bagi perhatian pihak pentadbiran universiti.

    Antaranya ujarnya adalah berkaitan dengan tuntutan agar nama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dapat ditukar secara rasmi dengan nama yang baru iaitu Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) selaras dengan transformasi UTM yang mana telah menggunakan perkataan "Mahasiswa" bagi menggantikan "Pelajar" bagi segala urusan rasmi, mewujudkan Majlis Pengenalan Calon, calon dibolehkan untuk menggunakan motto dan cogankata untuk berkempen.
  • Tuesday, January 13, 2009

    Amanah Sudah Ditunaikan

    Hari yang dinantikan akhirnya tiba. Alhamdulillah, tepat pukul 10.30 pagi (13 Januari 2009) saya pergi menunaikan amanah untuk mengundi calon-calon mahasiswa yang bakal mengegarkan Majlis Perwakilan Pelajar pada sesi ini... insya Allah.

    Hari ini sangat bertuah kerana selepas mengundi saya mendapat hadiah dari fakulti sebuah pendrive. Memang lama sudah lama hajat dihati ingin memiliki pendrive setelah sekian lama tidak menggunakannya. Hanya external hard disk yang menemani.

    Melihat kepada pola pengundi, saya yakin calon-calon dari Pro-Mahasiswa mampu untuk menang dan menguasai 2/3 daripada kerusi yang dipertandingkan. Ini bukan omongan kosong tapi berdasarkan maklumat first hand yang diterima dari calon-calon dari Evolusi Mahasiswa yang sekiranya menang akan melompat 'parti' ke Pro-Mahasiswa.

    Semua ini gara-gara ketidaktelusan dan menganak tirikan beberapa calon dalam beberapa hal. Disamping mereka lebih menyakini perjuangan yang dibawa oleh Pro-Mahasiswa.

    Di sini ingin ditegaskan, bahawa menang atau kalah bukan persoalannya. Apa yang penting kami telah membawa suatu lanskap yang baru dalam kampus UTM Skudai dalam pilihanraya kampus baru-baru ini.

    Bagi kami, menang alhamdulillah dan tak menang pun alhamdulillah.

    Menang rasa syukur moga dengan amanah yang diberikan ini kami dapat membaiki beberapa kelompangan yang berlaku dalam kepimpinan.

    Tak menang pun syukur kerana amanah suatu yang pastinya akan ditanya oleh Allah swt diakhirat kelak.

    Jadi persoalan menang atau kalah, itu persoalan kedua bagi kami.

    JANGAN BICARA SOAL PERJUANGAN KALAU TAKUT MENGAMBIL RISIKO!!!!

    Kami telah mendapat beberapa aduan daripada calon ataupun penyokong Pro-M tentang ugutan buang kolej dan sebagainya.

    Saya ingin nyatakan bahawa pihak tersebut jangan bongkah dan takbur dengan kuasa yang ada kerana kuasa hanya pinjaman. BUKAN HAK MUTLAK...

    Hanya mereka-mereka yang buta mata hatinya dan tidak mengambil iktibar sahaja yang mengeluarkan kenyataan ini. Bukalah buku-buku sejarah...

    Lupakah kalian tentang ayat Allah bahawa kuasa adalah milik Allah.

    Allah yang berhak mengangkat sesuatu kerajaan dan menghinakan sesuatu kerajaan. Allah lah yang memuliakan atau Allah lah juga yang menghinakan seseorang....

    SUNNAH PERJUANGAN

    Wahai teman-teman seperjuanganku, sunnah dalam kita berjuang pasti ada cabaran... Pasti ada ugutan, pasti ada celaan, pasti ada hinaan.

    Tapi ingatlah...

    Kita punya senjata yang tidak dimiliki oleh lawan iaitu kebergantungan kepada ALLAH.

    Kita ada Allah....

    Mengadulah pada Allah...
    Merintihlah pada Allah...
    Pohon pertolongan dan perlindungan daripada Nya...

    Tiada sapa yang dapat menandingiNya...

    " Dan jika mereka berhimpun untuk membahayakan engkau dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat membahayakan engkau dengan kecuali dengan sesuatu yang telah dituliskan oleh Allah atas engkau" (hadith 19; Imam Nawawi)

    Jika semua makhluk berkumpul untuk memberikan mudarat kepada seseorang tanpa izin dari Allah, nescaya mereka tidak dapat memudaratkan....

    Dan, jika sekiranya seluruh makhluk berkumpul untuk memberikan manfaat kepada seseorang tanpa izin daripada Allah nescaya tidak akan boleh.

    Akhirnya, saya ingin menyeru kepada semua warga kampus UTM Skudai... Inilah masanya untuk kita berubah.

    Berani kerana benar, takut kerana salah....


    Wednesday, January 7, 2009

    Ready To Fight!!!

    Tinggal satu hari lagi proses pilihan raya kampus akan bermula.. Tanggal 8 Januari 2009, penamaan calon serentak di semua kampus sebagai mukaddimah kepada proses pengundian wakil-wakil mahasiswa yang akan menerajui tampuk pemerintahan kampus bermula awal tahun ini. Bagi hemat saya, pilihan raya kampus kali ini amat berbeza berbanding dahulu. Bermula dengan tsunami politik ketika PRU lepas, bahang peralihan kuasa masih dirasakan oleh semua peringkat rakyat jelata apatah lagi mahasiswa! Malah, sejarah negara telah dilakarkan ketika PRU lepas apabila mahasiswa turut menghantar calonnya melalui Parti Mahasiswa Negara dan ini sebenarnya suatu tanda bahawa mahasiswa kali ini bukan hanya mampu berpencak di pentas PRK bahkan juga di persada PRU!

    A new DAWN for all CAMPUS!


    Pilihan Raya kampus kali ini tambah menarik apabila ketumbukan ASPIRASI telah mendapat tentangan secara terbuka dari kelompok mahasiswa lain yang menamakan diri mereka sebagai Pro-MAHASISWA. Maknanya PRK yang akan berlaku adalah lebih 'demokrasi' berbanding PRK beberapa tahun yang lepas kerana rakyat mahasiswa mendapat hak mereka yang selama ini dicabuli iaitu 'hak untuk memilih'(Mahasiswa memilih atas dasar tahu dan faham apa sebenarnya manifiesto yang akan diperjuangkan oleh calon pilihan mereka, bukan sekadar melihat gambar semata-mata seperti yang berlaku sebelum ini)

    Tuntasnya.. Detik keluarnya Gagasan Pro-Mahasiswa secara terbuka ini sebenarnya adalah suatu detik masa yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Mahasiswa selepas beberapa tahun kita menyaksikan mahasiswa kehilangan wakil-wakil rakyat yang memperjuangkan hak-hak mereka di Parlimen kampus.. Buktinya, isu-isu mahasiswa seperti kenaikan sewa bayaran asrama serta masalah-masalah kebajikan tidak dapat ditangani dengan baik dan YB-YB kampus hanya mampu menjadi Pak Angguk di Parlimen!

    Walauapapun, samada kita menjangkakan 14 januari sebagai pagi subuh yang baru bagi semua kampus, itu terpulang kepada rakyat mahasiswa untuk menentukannya nanti.. Cuma, apa yang kita harapkan ialah biarlah Pilihan Raya kampus kali ini berjalan secara adil dan bersih. Biarlah medan ini menjadi landasan buat anak-anak muda kampus mengasah bakat memimpin dan juga menguji kemampuan berfikir.. Biarlah pertarungan yang berlaku atas landasan tanah yang sama rata..

    Mengapa perlu bertarung sesama sendiri??


    Usah ditanya soalan itu berulang kali.. Kalau nak jawapannya, kaji sendiri! Anda mahasiswa dan anda sewajarnya ada keupayaan untuk berfikir, menganalisa, dan seterusnya menemukan jawapan..

    Lihat sahaja di Palestina..
    Mengapa pertembungan berlaku antara HAMAS dan juga FATAH..? Bukankah mereka saudara sekandung dan juga saudara seagama..? Jahatkah HAMAS kerana mengambil tindakan melawan FATAH??

    Renung sahaja tindakan Saidina Abu Bakr..
    Mengapa ijtihad perang diambil keatas Musailamatul Kazzb?? Bukankah mereka itu masih dikategorikan saudara seakidah?? Apa dosa mereka sehingga darah mereka menjadi halal??

    Saya hanya meminta saudara merenung dan berfikir.. Bukan maksud saya menganalogikan PRK ini sebanding pertembungan HAMAS-FATAH mahupun perang Saidina Abu Bakr keatas Mussialamatul Kazzb. Jauh sekali.. Apalah taraf nak banding antara senjata pedang dengan air-liur.. Antara menyarung baju besi dengan menyarung sepanduk calon!

    Dan penegasan saya ialah, pertembungan yang berlaku dalam PRK ini hanyalah pertembungan ideologi dan kerangka berfikir secara kulitnya.. Cumanya, bagi mereka yang merenung dengan menggunakan pandangan siir(lubuk hati) maka pastinya dia akan nampak bahawa natijah dari pertembungan ini adalah kemenangan antara HaQQ dan juga BathiLL! Itu sahaja...

    Saturday, October 18, 2008