Showing posts with label Muhasabah. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah. Show all posts

Friday, January 1, 2010

Tribute Buat Adik Faiz Jamaludin


Dalam catatan yang ringkas ini... saya ingin mengucapkan setinggi tahniah dna syabas kepada adik Faiz kerana telah menyatakan sikap dan pendirian yang tegas dan berani. Saya kira ini adalah permulaan yg baik untuk mahasiswa lain utk turut sama menyatakan sikap dan pendirian secara anak jantan.

Tidak ramai yang bersikap demikian... Ada sesetengah sanggup ditunggi oleh pihak-pihak tertentu Hanya sekadar untuk sedikit habuan dunia namun mengadaikan prinsip kebenaran. Diri direlakan dikudakan utk kepentingan puak-puak tertentu...

Adikku Faiz....

Abg cuba untuk menyelami apa yg cuba Faiz sampaikan melalui entry yg terbaru itu... Setiap bait baris yang Faiz tulis abg teliti word by word....

Ternyata.... abg dapat mengesan sesuatu yang tersirat disebalik tersurat... hUUHU fhm tak???

KEPIMPINAN adlh soal PENGARUH...

Inilah qudwah yg telah ditunjukkan oleh rasulullah saw kepada kita semua... Menjadi KETUA sebelum mendapat JAWATAN DAN KUASA...

KUASA bukan senjata utama dalam kepimpinan...

Kepimpinan yang bergantung kepada KUASA tidak akan kemana...

Inilah contoh kepimpinan disesetangah kolej kediaman... Menggunakan kuasa yang ada pd dirinya untuk memaksa anak buahnya supaya menerima keputusan dan arahannya...

Kita tgk setakat mana PENGETUA2 ini boleh pergi.... INGAT hidup ini adalah RODA.... Sekejap diatas.. Sekejap dibawah...



Akhirnya... kepada adikku FAIZ... kekurangan diri jgn dianggap sebagai suatu KELEMAHAN... TAPI ia adalah sebuah KEISTIMEWAAN yang diberikan kepada kita oleh ILAHI.. cumanya HIKMAH keistimewaan ini belum atau kurang kita rasai buat masa ini... insya Allah... 10 atau 20 tahun lagi kita akan melihat hikmahnya...

Teruskan dengan obor yang FAIZ nyalakan dlm diri... Jangan padamkan ia dengan sedikit kekurangan yg ada...

GALI dan TERUS GALI.... nescaya FAIZ akan berjumpa dengan EMAS dan PERAK.... Ia berada dlm HATI... terasa jauh... namun ia sangat dekat dengan kita sebenarnya...

Wallauhualam...

Monday, September 7, 2009

saya paste dr blog shbt seperjuangan ana... http://mujahideen-islam.blogspot.com/

Salam alayk'.. ini kali pertama penulis mem'publishkan' entri sebanyak dua kali dalam satu masa iaitu entri ini dan entri mengenai peristiwa di sebalik 17 Ramadhan dimana pengunjung blog boleh membacanya di bahagian bawah. Namun entri kali ini memang amat-amat penting buat umat Islam khususnya di Malaysia kerana ia menyentuh mengenai masalah keselamatan umat Islam (security of ummah). Namun, entri ini merupakan perkongsian penulis bersama pengunjung blog dalam penyiasatan ke sebuah kapal asing yang berlabuh di Kota Kinabalu.

Penulis pada mulanya 'tertarik' dengan banner iklan kapal tersebut yang mempelawa orang ramai mengunjungnya . Banner itu tergantung di tepi jalanraya berdekatan pelabuhan dan ianya terkandung dengan perkataan 'Floating Bookshop'. Ia bererti anak-anak kapal tersebut melakukan service menjual buku-buku di dalam kapal besar mereka itu. Kedatangan kapal ini agak meragukan kerana penulis berasa hairan dengan kaedah 'service' yang digunakan oleh kapal ini yang mana caranya hampir sama dengan 'missionary' kristian yang cuba menyebarkan sesuatu tambahan lagi kapal besar ini datangnya dari Eropah. Maka, perasaan ingin tahu menjadi lebih kuat. Lantas, penulis bersama seorang sahabat terus melakukan sedikit tinjauan terhadap kapal tersebut.

Kapal Laut yang dimaksudkan penulis

Apabila penulis menyiasat masuk ke dalam kapal tersebut dan meninjau situasi di dalam kapal, memang tepat sangkaan awal penulis bahawa memang berlakunya agenda kristianisasi. Kapal besar ini membawa begitu banyak buku-buku ajaran kristian dari luar negara. Hanya sedikit sahaja buku-buku ilmiah dan buku cerita yang mungkin dijadikan sebagai kosmetik untuk mengaburi beberapa pihak.

Sebahagian buku-buku yang menjadi kosmetik bagi mengaburi mata pengunjung


Penulis ketika dalam 'tugas' menyiasat


Buku yang baru mungkin hanya 'muqaddimah' sahaja


VCD Christian Song pun ada juga?? Dahsyatnya..


Inilah bukti paling penting yang terdapat agenda di sebaliknya bahawa mereka ini merupakan missionary yakni pendakyah kristian

p/s: Kita sebagai umat Islam patut menyedari hal ini dan Sabah kini sudah terancam gerakan kristianisasi dan angka murtad kian naik mendadak. Ya ALlah, bantulah kami ya ALlah..


Tuesday, July 29, 2008

Kisah Tupai dan Kura-kura

oleh Pahrol Mohd Juoi

Ini kisah penuh iktibar di sebalik ikatan persahabatan yang akrab antara tupai dan kura-kura. Perkenalan bermula sejak kura-kura memakan buah-buah hutan yang dijatuhkan oleh tupai ke dalam air sebuah sungai yang mengalir perlahan di sebuah hutan. Mulai hari itu hubungan keduanya semakin mesra. Setiap hari keduanya bertemu dan berbual di tebing sungai. Dan kemesraan yang semakin bertambah itu mula berlarutan untuk jangkamasa yang panjang. Sayangnya keakraban persabahatan dengan situpai menyebabkan kura-kura mengabaikan tanggungjawab terhadap isterinya.

Kura-kura mula pulang lewat dan keluar awal daripada tempat kediamannya. Isterinya selalu ditinggalkan keseorangan. Keasyikannya kura-kura melayan situpai mula menimbulkan kecemburuan dan kebencian di hati isteri kura-kura. Diam-diam isteri kura-kura bertekad untuk memisahkan suaminya dengan tupai.

Pada satu ketika seperti yang telah dirancangkan, isteri kura-kura pura-pura jatuh sakit. Badannya dilakonkan agar kelihatan lemah-lesu dan dengan sengaja makanan yang diberikan kepadanya tidak dijamah. Puas diiktihar rawatan dengan berbagai-bagai ubat, namun isteri kura-kura tidak juga sembuh. Kura-kura susah hati dan sedikit-sebanyak mula memberi perhatian yang lebih terhadap isterinya. Melihat keadaan itu, isteri kura-kura yakin bahawa rancangannya sudah separuh berjaya. Suaminya sudah mula terperdaya. Maka tinggal separuh lagi daripada keseluruhan perancangan liciknya ingin disempurnakannya. Selanjutnya isteri kura-kura dengan tipu muslihatnya pun berkata, “aku ingin katakan bahawa yang akan dapat menyembuhkan sakitku ini hanyalah dengan memakan hati tupai!” Terkejut, kura-kura mendengarnya. Mana nak dicarinya hati tupai?



Tiba-tiba dalam kebingungannya itu ia teringat akan sahabat karibnya tupai. Ya, sudah terpaksa… sahabat akrabnya itu terpaksa dikorbankan. Demi kesihatan isterinya kura-kura terpaksa mengorbankan kawannya. Begitulah tekad hati kura-kura. Walaupun agak keberatan pada mulanya, tetapi akhirnya kura-kura mula mengatur rancangan. Seperti biasa, kura-kura pun menemui sahabatnya situpai. Kata kura-kura, “telah lama kita bersahabat, tetapi saya tidak pernah membawa awak bersiar-siar untuk melihat keseluruhan kawasan sungai ini. Apakata kalau saya membawa awak bersiar-siar pada hari ini?” Wah, apalagi situpai dengan gembiranya menyambut baik tawaran sahabat karibnya tanpa mengesyaki sebarang niat buruk disebaliknya. Lalu tupaipun melompat di atas badan kura-kura dan kura-kura pun mula berenang ke tengah sungai.

Sebaik sahaja sampai ditengah-tengah sungai barulah kura-kura mula bercerita tentang keadaan isterinya yang sedang sakit. Dan akhirnya menyatakan dengan terus-terang bahawa ubat bagi menyembuhkan sakit isterinya ialah hati tupai. Terkejut tupai mendengarnya dan tahulah dia bahawa tujuan sebenar kura-kura membawanya bersiar-siar adalah untuk membunuh dan mengambil hatinya untuk diberikan kepada isteri kura-kura.

Makin lama pergerakan mereka semakin jauh ke tengah sungai. Tupai mula berfikir untuk menyelamatkan diri. Tak lama kemudian dia mula menangis. Kura-kura hairan dan bertanya mengapa tupai menangis. Lalu tupai menyatakan rasa simpatinya terhadap isteri kura-kura dan kesediaan menyerahkan hatinya sebagai ubat sepertimana yang dihajatkan. “Tetapi… aku sedih kerana buat masa ini hatiku telah ku ditinggalkan di rumah. Jadi kalau kau inginkannya, kau mestilah menghantar aku kembali ke tebing sungai untuk aku mengambilnya.”

Maka sikura-kura itupun membawa semula tupai ke tebing sungai dan dengan cepat tupai meloncat ke atas pokok kediamannya lalu berkata, “wahai kura-kura mulai hari ini aku tidak mahu lagi bersahabat denganmu. Tak sangka begitu sekali kejamnya hatimu untuk membunuh sahabat sendiri. Selamat tinggal!” Kini tahulah kura-kura-kura bahawa ia telah ditipu oleh situpai. Dengan sedih ia kembali ke rumah untuk menemui isterinya.

Ya, hati isterinya belum tentu dapat dimenanginya semula… tetapi yang pasti ia sudah kehilangan sahabat karibnya. Begitulah kesudahannya kisah yang menjadi gelanggang iktibar kali ini. Secara tidak lansung kisah ini boleh menggambarkan konflik yang sering terjadi pada seseorang individu yang sedang berdepan dengan dilema antara sahabat dan isteri yang memaksanya memilih antara perkahwinan atau persahabatan.

Masih relevankah persoalan yang diketengahkan ini? Jawabnya, ya. Justeru kini manusia kekadang tidak dapat mengimbangi antara kepentingan isteri atau suami dengan sahabat-sahabat. Dan kisah ini juga boleh dijadikan pembayang pada pertembungan antara kejayaan menguruskan rumah-tangga dan juga organisasi.

Percayakah anda kalau dikatakan bahawa ramai manusia dalam era ICT ini terperangkap dalam dilema seperti yang dinukilkan dalam kisah kura-kura dan tupai ini? Ada kalangan yang terlalu memberi tumpuan kepada sahabat samada sahabat seorganisasi atau kebetulan mempunyai minat yang sama sehingga mengabaikan isteri di rumah. Kawan lebih diutamakan daripada isteri hingga siisteri tinggal kesepian atau keseorangan untuk menguruskan keluarga dan anak-anaknya di rumah.

Sisuami lebih senang berbincang hal perniagaan, tugasan, hobi atau sekadar berbual kosong dengan kawan-kawan di luar rumah. Masa, tenaga dan perhatian lebih kepada kawan-kawan berbanding isteri. Bila bersama kawan ketawa-rianya meriah, tetapi bila bersama isteri muka masam mencuka bagai dilanda masalah.

Mengapa ada suami yang boleh memberi masa berjam-jam untuk bermain golf, memancing dan lain-lain aktiviti rekreasi tetapi begitu ‘tersiksa’ untuk mengorbankan masa sejam dua untuk bersama isteri dan anak-anak? Jawabnya, dalam aktiviti rekreasi itu suami akan bertemu kawan-kawan bukan menatap muka isteri. Jika bersama kawan, jiwa sisuami terasa ‘relaks’, santai dan bebas… tetapi bila bersama isteri ada sahaja masalah yang hendak didengar, diberi perhatian dan diselesaikan.

Lalu sebagai langkah ‘escapeism’ ramai para suami meniru langkah kura-kura yang hidupnya dirasakan tenang apabila bersama tupai, berbual sambil makan-makan buahan hutan daripada menatap isteri yang berleter, sentiasa sibok dan risaukan hal-hal rumah-tangga. Bosan, marah, geram, kecewa dan lain-lain rasa negatif bersama keluarga di rumah menyebabkan para suami beralih ke luar rumah untuk bertemu dengan kawan-kawan.

Malah kini sudah menjadi suatu yang lumrah, ramai pengarah, pengurus dan para profesional yang berjaya dalam kariernya tetapi gagal dalam rumah-tangganya. Menurut kajian yang dibuat di Amerika, 90% CEO (ketua pengarah) syarikat-syarikat perniagaan yang paling berjaya dan ternama di dunia telah mengalami keruntuhan dalam rumah-tangga.

Apakah ertinya semua ini? Seperti yang kita sedia maklum untuk berjaya dalam memimpin sesebuah syarikat, seorang CEO mestilah mendapat ketaatan, kerjasama, komitmen malah pengorbanan daripada seluruh ranting organisasi termasuk ahli lembaga pengarah, pengurus-pengurus, pegawai eksekutif, tenaga teknikal dan majoriti kakitangan sokongan bawahannya. Bayangkan sebuah syarikat perniagaan yang ternama di Amerika. Ia tentulah mempunyai modal berbilion-bilion dollar, beribu-ribu perkerja dan berbagai-bagai bidang kerja serta tugasan yang begitu kompleks dan rencam.

Dan seorang CEO yang diktiraf berjaya tentunya dapat ‘mengusai’ semua elemen-elemen yang disebutkan tadi. Dan tentunya… malah pasti! dia selalu berada di samping sahabat-sahabat seorganisasinya untuk mendapat penguasaan itu.

Namun, kata orang, semakin tinggi pokok yang kita naik, semakin kuat angin yang menggoyang. Setiap kejayaan, menuntut pengorbanan. Soalnya sekarang apakah yang dikorbankan itu lebih berharga nilainya daripada apa yang kita kejar? Berbaloikah kejayaan dalam menguruskan organisasi dibayar dengan kegagalan membina sebuah rumah-tanga yang bahagia?

Wajarkah mercu keuntungan dan nama didaki dengan cara memijak hak isteri dan anak-anak? Ya, kebanyakan para korporat dan profesional terkemuka gagal mengimbangi atau mensepadukan antara karier dan keluarga, antara organisasi dan rumah-tanga. Ertinya, mereka lebih efisen dan efektif bersama kawan-kawan berbanding dengan isteri dan anak-anak.

Dan bila berdepan dengan suami yang sedemikian, tidak sedikit isteri yang bertindak seperti ‘isteri’ kura-kura dalam kisah ini. Mereka mula merancang strategi atau jalan keluar untuk menyelesaikan masalah. Mereka bertekad ingin memisahkan suami dengan kawan-kawan, syarikat serta kesibokannya. Lalu mereka merajuk, mengamuk ataupun memilih ‘jalan belakang’ untuk berdepan dengan suami yang mengabaikan rumah-tangga.

Para isteri yang begini akan membuat berbagai-bagai karenah supaya suaminya terikat kembali di rumah. Masalah yang kecil dibesarkan, yang besar apatah lagi. Mereka bersikap terlalu ‘dependent’ – yakni terlalu bergantung dengan suami. Sikap itu sengaja dibuat-buat untuk menarik perhatian suami agar kembali menumpukan kepada dirinya.

Jalan salah yang dipilih oleh para isteri itu bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah yang sedia ada malah memburukkan lagi keadaan yang sedang berlaku. Krisis yang mereka cetuskan di rumah akan memberi kesan pada suami yang kemudiannya memanjangkan krisis itu ke pejabat atau premis perniagaan.

Ada para suami yang berang dan marah-marah kepada para pekerja atau rakan setugasnya kerana marahkan isteri yang ‘meragam’ di rumah. Perlakuan negatif seperti marah-marah, murung dan dendam para suami yang berpunca daripada isteri di rumah akan memberi kesan buruk kepada organisasi di tempat dia bekerja. Prestasi kepimpinan, pengurusan dan kerjanya akan terjejas. Produktiviti dan kualiti kerjanya akan merosot. Kakitangan bawahan atau sebaya akan ‘lari’ manakala orang atasannya akan memarahinya.

Lama kelamaan semua orang meninggalkannya. ‘Toxic people’ semacam itu akan dibenci oleh semua orang. Orang-orang ini bolehlah disifatkan seperti kura-kura yang merancang membunuh tupai. Tapi dalam kes ini, individu yang sedemikian seolah-olah ‘membunuh’ orang yang rapat dengannya, organisasi tempat ia bekerja dan dirinya sendiri. Terjejas dengan ragam isteri di rumah, organisasi dan kawan-kawan pula yang menjadi mangsanya.

Keadaan ini selalunya menimpa kepada mereka yang ‘kalah’ dengan ragam isteri. Tapi bagaimana bagi mereka yang ‘menang’? Walaupun karier dan profesyen mereka mungkin tidak terjejas, tetapi rumah-tangga mereka akan hancur. Strategi tidak ‘menjadi’ oleh para isteri yang cuba ‘mengembalikan’ suami kepada diri mereka dengan cara yang salah akan memberi kesan sampingan yang akan lebih memburukkan lagi keadaan. Sikap tidak ambil kisah, tidak endah dan tidak peduli oleh para suami akan tambah menyakitkan hati para isteri yang meragam itu. Mungkin mereka akan memilih cara yang sama…

Yakni mereka juga akhirnya tidak endah dan tidak peduli terhadap para suami. Ya, kalau rajukan mereka tidak diperdulikan ertinya suami sudah tidak menyayangi mereka lagi, kan kata orang tua, ‘merajuk pada yang kasih?” Jadi apa lagi hendak di tunggu? Mereka pun minta cerai atau kadangkala sanggup berlaku curang di belakang suami. Bayangkan kalau kura-kura buat tidak endah akan kesakitan yang dialami oleh isterinya atau tidak melayang lansung permintaan isterinya yang hendakkan hati tupai… Maka isteri kura-kura juga berkemungkin besar akan cabut meninggalkannya!

Adalah wajar kita melihat persoalan ini dengan lebih tertib dan tepat. Kejayaan menguruskan rumah-tangga bersama isteri seharusnya perlu didahulukan sebelum mencapai kejayaan mengurusan organisasi bersama kawan-kawan. Ini kerana menurut pakar-pakar motivasi, “personal victory must come first before public victory.”

Dalam Al Quran dan hadis jelas menunjukkan bahawa diri dan keluarga perlu diselamatkan terlebih dahulu sebelum menyelamatkan orang lain. Dari segi logik atau rasionalnya pun, sudah tentulah kemenangan di peringkat individu yang jauh lebih mudah perlu dicapai dahulu sebelum kemenangan di peringkat umum yang jauh lebih sukar.

Dan atas ketertiban inilah Rasulullah telah berjaya dalam kepimpinan dan tugas kerasulannya. Nabi Muhammad saw adalah orang yang ceria bersama isteri-isteri dan keluarganya dan baginda juga individu yang sentiasa ceria bersama sahabat-sahabatnya. Isteri-isteri baginda tidak pernah ‘cemburu’ melihat baginda akrab dengan sahabat-sahabatnya di luar rumah justeru mereka telah mendapat layanan, belaian, perhatian yang sempurna apabila baginda bersama-sama dengan mereka di rumah!

Ketertiban sangat dipentingkan dalam Islam dan ini semua telah disusun mengikat aulawiyat (keutamaan) masing-masing. Ada hak diri, keluarga dan sahabat yang perlu ditunaikan mengikut susunan yang telah ditetapkan. Tumpuan pada satu perkara bukan alasan mengabaikan perkara yang lain… Inilah indahnya jika Islam difahami, dihayati dan diamalkan, kita tidak akan menghadapi dilema seperti yang dialami oleh kura-kura – dilema antara isteri dan sah

Tuesday, April 29, 2008

Coretan Di Malam Hari

Fikiran ana menjadi tidak menentu pada malam ini....

Macam-macam ana fikirkan tentang diri ini...

Hamba ini penuh dengan najis dosa... Sempat kah ana bertaubat sebelum ajal datang...

Kerana sudah ramai kawan-kawan pergi buat selamanya. Tidak akan kembali lagi ke alam dunia ini. Ana selalu imbas kembali kehidupan ana sebagai seorang muslim sejak ana tingkatan 1 hinggalah sekarang...

Terlalu banyak perubahan pada diri ana.. Dari segi pemikiran, akhlak, amal ibadah dan lain-lain... Ermmm ada yang positif dan tidak kurang jugak banyak yang negatif...

Ya Allah,bantulah aku kerana aku sukar untuk mengawal nafsu ku... Sering kali aku tewas dan aku cuba untuk lawan kembali.. Kadang-kadang terasa give up tapi aku gagahkan diri jugak kerana kehidupan ini perjuangan...

Sebagai bahan muhasabah buat diri ini... Wahai SYAM...Ingat bahwa kehidupan ini sementara.. Tidak kekal ia akan musnah sepertimana musnah nya makhluk-makhluk Allah yang lain.

Ingatlah bahawa malaikat sentiasa bersamamu walau dimana engkau berada.. Ditandas, dibilik, diatas motor dan dimana-mana sahaja... Takutlah engkau kepada Allah swt

Tidak malukah engkau terhadap Allah yang memberikan rezeki kepada engkau setiap hari.. Walaupun kadang-kadang tiada duit tapi aku jugak rezeki dlm bentuk yg lain...

Ya Allah aku hamba berdosa... Aku hamba yang hina ya Allah... Aku hamba yang tiada malu bila melakukan maksiat kepadamu...

Izinkanlah aku hidup lagi esok ya Allah untuk menebus dosa-dosa yang telah aku lakukan...

Ya Allah banyaknya amanah yang belum aku tunaikan haknya... Banyaknya taklifan pada diri ini ya Allah.. Bimbinglah aku ya Allah ke jalan hidayah...

Tanpa bimbangmu Allah aku akan hanyut dalam laut nafsu yang tidak ada penghujung ini...

Ya Allah,hanya engkau yang mengetahui siapa aku yang sebenaranya...

Tuesday, April 22, 2008

Paku dan Dosaku

Manusia sering saja alpa tentang semua yang berlaku disekeliling mereka.Mereka sering menganggap mudah setiap inci perkara yang berlegar disekeliling mereka.Selagi aku juga manusia,maka aku juga salah seorang insan alpa yang tidak menyedari kesilapanku yang umpama titik-titik hitam yang menggelapkan seketul daging suci dalam diri.Aku pelajar IPTA yang bermusafir untuk mengejar cita-cita.

Aku rasakan inilah perjuangan dan pengorbanan untuk aku membela nasib diri dan keluarga. Tetapi,itu tidak bermakna aku akan melupakan tanggungjawab aku sebagai anak. Lantas,aku sering pulang ke kampung halaman untuk menjenguk ibu bapaku yang bersusah payah di kampung demi menyara pengajianku di sini. Jika ada sahaja cuti,aku terus pulang ke kampung untuk menjenguk mereka.

Manusia yang penuh kelemahan ini merasakan dirinya telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai anak yang baik. Yelah….sekurang-kurangnya,aku sering pulang ke kampung daripada berpeleseran dengan kawan-kawan. Aku juga bersungguh-sungguh mengejar cita-cita aku tanpa melibatkan diri dalam masalah muda-mudi seperti couple dan mcam-macam lagi…Aku mengharapkan ibubapaku bangga dengan anaknya ini.

Manusia itu,sering terlupa dan terleka. Aku jujurnya tidak pernah terperasan setiap kesilapan dan kekhilafan yang mungkin kecil di mataku..Aku tidak pernah menghitung,berapa banyak kesakitan yang aku berikan terhadap qalbu insan-insan yang ku sayang. Hinggalah,aku tiba-tiba terasa tersedak dengan perbuatan aku sendiri.


Suatu pagi yang hening,aku seperti hari-hari yang lain di kampungku, membantu ayahku yang merupakan seorang tukang rumah. Tiba-tiba,aku melihat ke suatu dinding. Dinding itu penuh dengan paku-paku yang tidak ku tahu apa tujuannya.`Mengapa paku-paku ini tercacak di dinding yang cantik ini?? Apakah tujuannya??`Itulah soalan yang terpancut keluar dari mulutku untuk lelaki tua yang timbul urat-urat jantannya kerana tenaga yang digunakan.`Ini adalah tanda yang ayah buat, setiap kali ayah merasakan engkau telah mengguris hati ayah. Tidak banyak yang engkau lakukan, tapi apabila dikumpul,engkau lihatlah dinding ini?`Aku benar-benar rasa terpukul dengan kealpaan aku selama ini.


Aku tanamkan tekad untuk menghilangkan semua paku-paku itu dengan menebus kembali dosa dan noda yang aku lakukan terhadap mereka. Sejak hari itu,aku lebih menghargai dan berhati-hati dengan tindakan aku. Aku sedar,dengan hanya pulang ke kampung tidak akan melangsaikan tanggungjawab aku sebagai anak. Aku berusaha menjadi anak yang baik terhadap ibubapaku.Suatu hari, tangan tua ayahku menarik aku ke dinding yang dulunya penuh dengan paku-paku. Aku gembira kerana,kini paku-paku itu telah hilang.


Lantas,aku terus bertanya pada lelaki yang sedang merenung aku dengan penuh hikmah.`Adakah ini bermakna,maka dosa-dosaku padamu telah terhapus,wahai ayahku?`Ayahnku cuma menjawab`anakku,kau lihatlah dinding ini,walaupun paku-paku ini telah hilang,adakah dinding ini masih sama seperti asalnya? Tidakkah kau melihat lubang-lubang,dan kesan-kesan dari paku yang telah ditusukkan terhadapnya. Engaku mempu mencabut paku itu,tapi bagaimana engkau ingin menjernihkan semula kesannya?`Aku benar-benar tersedak.


Hanya air mata sahaja yang dapat menjawab setiap soalan dari ayahku itu. Ayahku telah mengajar aku bahawa,kesilapan itu,bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Memang benar,Allah itu Maha Pengampun, tetapi dosa dengan manusia tidak akan mudah dihilangkan kesannya kerana hati manusia itu,sangat rapuh. Malahan sifat pengampun manusia takkan setanding dengan yang Maha Esa.Kadangkala,kita sering memohon maaf setelah melakukan kesilapan,dan dengan mudah kita mengganggap semua telah selesai.


Sebenarnya,sering kita lupa,benarkan hanya dengan `maafkan saya` atau 'I am sorry`dapat melangsaikan segala hutang kesilapan kepada mereka. Sebenaranya,ucapan itu adalah untuk diri sendiri,bagi melegakan hati bahawa kita telah menjadi insan yang mulia dengan meminta maaf.Bagaimana pula dengan insan yang telah terguris hatinya?

Kesimpulannya,minimunkan kesilapan yang dilakukan dan jangan sekali-kali menganggap bahawa maaf hanya dengan lafaz semata-mata. Tapi,andai telah terlanjur,mohonlah kemaafan dengan penuh ikhlas dan keinsafan..Bagi insan yang menjadi mangsa,janganlah telalu meletakkan harga yang mahal terhadap sebuah kemaafan kerana kita hanya insan biasa yang penuh kekurangan.

Monday, April 14, 2008

Wahai Diriku....


" Wahai anakku," kata Luqmanul Hakim pada anaknya.

"Wahai diriku," kataku pada diri.

"Wahai anakku, ingatlah dunia ini seperti lautan yang dalam." kata Luqmanul Hakim.

"Wahai diriku,ingatlah dunia ini seperti lautan yang dalam." aku menperingatkan diri.

"Wahai anakku, ramai manusia yang tenggelam di dalamnya,"kata Luqmanul Hakim.

"Wahai diriku, ramai manusia (termasuk aku) yang ditelan lauatan yang dalam dan luas tidak bertepi itu." kataku pada diriku.

"Maka janganlah kamu tertipu oleh kehidupan dunia."
Luqman:33

Dan aku pun mengambil iktibar daria ayat ini dgn mengetuk diriku, "wahai diriku, wahai rohaniku, wahai rohku, wahai jasadku, janganlah engkau tertipu dengan kehidupan dunia."

" Wahai anakku, jadikan taqwa pada Allah perahumu, jadikanlah iman isinya dan jadikan tawakal kepada Allah itu sebagai layarmu." nasihat Luqman pada anaknya.


Dan aku pun ingin mengambil iktibar dari nasiht Luqmanul Hakim ini. Ya iman, taqwa dan tawakal adalah iktibarnya. Perahu sbg taqwa, iman sbg isinya dan tawakal sbg layar perahu.

"Wahai anakku, mudah-mudahan engkau selamat," kata Luqman.

"Wahai diri, mudah-mudahan engkau selamat," kataku pada diri.



Wahai diri, apakah aku ini tenang dan tenteram jiwaku? demikian utk menghayati ketenangan jiwa tidak ada jln lain kecuali bertaqwa kpd Allah.

Wahai diri, kalau engkau tiada iman. wahai diri kalau engkau tiada taqwa. wahai diri kalu engkau tiada tawakal. Engkau akan tenggelam didunia ini kerana dunia laksana laut kata Luqmanul Hakim.


Wahai diriku, kalau tidak ada iman pasti karam dan tenggelam dan mati lemas di dlm lautan dunia. Wahai diri, ambillah iktibar dari ayat al-Quran ini:

"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman" (Al-Mukmin:1)

Taraf iman seseorg itu tidak sama dgn taraf iman yg dicapai olh seseorg. Islam membahagikan iman kpd 5 peringkat:
  1. iman taqlid
  2. iman ilmu
  3. iman ayyan
  4. iman hak
  5. iman hakikat
Sekarang wahai diriku, iman peringkat apakah aku ini? Wahai diri, apakah aku ini iman taqlid? Wahai diri, apakah aku ini iman ilmu?Wahai diri, apakah aku ini iman ayyan?Wahai diri, apakah aku ini iman hak? Wahai diri, apakah aku ini iman hakikat?


Ya, sambil memungut iktibar dr dunia laksana lautan, taqwa sbg perahu, iman sebagai muatan perahu dan tawakal sbg layar perahu, aku mengkoreksi diriku berkaitan dgn persoalan iman ini.
"sesungguhnya semulia-mulia manusia disisi Allah ialah org yg paling bertaqwa diantr kamu"

Wahai diri, berdirilah di tepi pantai dan tebarkan mata mu keseluruh lautan yg tidak bertepi. Hayati desiran angin dan debur ombak yg membantingkan tubuhnya ke pasir yang landai dan lembut.

Wahai diri, ambillah iktibar dr lautan, gelombang, buih, ikan-ikan,kapal-kapal dan perahu-perahu yg belayar dilautan dan pulau-pulau yg bertaburan.

Wahai diri, selalulah ucapkan, "Dunia laksana lautan dan ramai manusia yg tenggelam ditelan lautan."
Wahai diri, kalau engkau mahu mengambil iktibar yg lain betapa luasnya ilmu Allah seperti lautan yg tidak bertepi.

"Katakanlah, kalau sekiranya lautan menjadi tinta utk manusia menulis kalimat-kalimat Tuhanku, nescaya akn keringlah lautan sebelum sempat habis ditulis kalimat-kalimat Tuhanku meskipun Kami tambahkan lagi sebanyak itu."

5.30pm(14 April 2008)

Sunday, March 23, 2008

Bahan renungan aktivis kampus...








Bilakah biah ini wujud dalam kampus tercinta??



Sebelum matahari terbit dari arah barat... Ketika itu segalanya telah terlambat.

Renung dan fikirkanlah