Showing posts with label Dialog Hati. Show all posts
Showing posts with label Dialog Hati. Show all posts

Wednesday, May 18, 2011

Membuka Tirai Lama

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar semua sahabat2ku? Setelah sekian lama aku menyepi dari alam blog ini.

Akhirnya, insya Allah dengan kekuatan yang Allah swt berikan kepadaku akan kita serikan kembali rumah Kembara Muslim ini.

Kita segarkan kembali...

Semoga perkongsian ini menjadi tali tautan kepada shbt2 yang telah berjauhan...

Aku merindui kalian....

Wednesday, September 22, 2010

Tidur Selepas Subuh...


Fuqaha’ memandang makruh tidur selepas dari solat subuh.

Dalil-dalil mereka adalah seperti berikut;

Pertama;

Anak kesayangan nabi SAW, Fatimah bercerita bahawa satu hari Rasulullah SAW lalu di rumahnya dalam waktu subuh, dan didapati bahawa Fatimah sedang berbaring. Lalu Rasulullah SAW menggerakkan Fatimah dengan kakinya sambil berkata;

يا بنية قومي اشهدي رزق ربك ، ولا تكوني من الغافلين ، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس

Maksudnya;
“Wahai anak perempuanku, carilah rezeki tuhanmu, dan jangan kamu jadi dari kalangan orang yang lalai. Kerana sesungguhnya Allah SWT membahagikan rezeki-rezeki manusia itu, diantara terbit fajar hingga terbit matahari” [Sya’b Al-Iman : 4550 : sanad hadis ini lemah]

Kedua:

Daripada Aisyah, bahawa Rasulullah SAW bersabda;

باكروا طلب الرزق والحوائج ، فإن الغدو بركة ونجاح

Maksudnya;
“berpagi-pagilah kamu dalam mencari rezeki, kerana bekerja pada awal siang itu terdapat keberkatan dan kejayaan” [Al-Mu’jam Al-Awsat : 7458]

Ketiga;

Daripada Sokhr Al-Ghamidzi bahawa Rasulullah SAW ada berdoa;

اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا

Maksudnya;
“Ya Allah, berilah keberkatan kepada umatku pada waktu paginya” [Abu daud : 2239]

Keempat:

Kebiasaan Nabi SAW, apabila berlaku peperangan, nabi SAW akan menghantar tentera dalam peperangan, atau ekspedisi pada awal pagi. [Abu Daud : 2239]

Kelima:

Saidina Ali berkata;

مِنْ الْجَهْلِ النَّوْمُ فِي أَوَّلِ النَّهَارِ

Maksudnya;
“sebahagian dari kejahilan, tidur pada awal siang”

Monday, September 20, 2010

Tribute Buat Adikku Iskandar Zulkarnain

Ini merupakan entry kali kedua aku menulis KHAS tentang seseorang....

Pertama kali adalah untuk Faiz Jamaludin... Yang akhirnya membawa aku bersama dengan dia mengendalikan program motivasi bersama pelajar maahad tahfiz...

Kali ini, entry ini khas aku tujukan buat adikku ISKANDAR ZULKARNAIN...


-iskandar yang memakai nick tie-

Walaupun usia perkenalan hampir setahun ini masih muda tetapi aku merasakan sudah banyak mengenali diri Iskandar Zulkarnaian....

Bermula perkenalan dgn program foundation.... Akhirnya bunga-bunga ukhwwah itu semakin mekar dan mewangi... bukan hanya setakat kepada Iskandar tetapi kepada rakan-rakan dia yang lain...

Begitu kemanisan ukhuwwah jika kita letakkan Allah sebagai asasnya...

Macam-macam yang telah dikongsikan bersama... Kadang-kadang suka... Tidak kurang juga yang pahit....

Semua itu mematangkan lagi ikatan ukhuwwah antara kami...

Dan apa yang istimewa pada dirinya untuk aku kongsikan bersama-sama rakan Kembara-Muslim???

Iskandar Zulkarnain telah mengambil langkah berani dna proaktif untuk bersama-sama dlm barisan ProM untuk membawa PERUBAHAN kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM)...

Alhamdulillah dia kini menjadi semakin matang dengan membawa idealisme dan kepimpinan yang tersendiri.

Program Bersamamu Gaza lebih menyerlahkan lagi gaya kepimpinannya walaupun masih banyak ruang yang perlu dibaiki.

Terkini dia baru balik dari Perth Autralia bersama rombongannya. Macam biasa sampai-sampai je bilik terus cerita...hehehehe... Lama kami tak bercerita dek cuti yang membatskan keduanya.

Ketika entry ini ditulis dia sedang tertidur keletihan. Dia yang tak habis-habis tunjukkan gambar dan cerita pengalaman pahit dan manis sepanjang berada disana. Walaupun badan kurang mengizinkan tapi cuba untuk menggagahkan diri untuk mennjadi pendengar yang baik.

Akhirnya, aku mendoakan agar dia terus berjaya mengharungi seribu macam jenis lagi kembara dimuka bumi ini. Kembara seorang Muslim sudah pasti akan membuahkan AKHLAK yang amat berguna untuk diri kita semua...

Taqabballahu MInna wa Minkum Ajma`een....

Saya mengucapkan salam Taqabballaahu Minna wa Minkum Ajma`een kepada semua yang mengenali diri ini. Semoga tarbiah Ramadhan Kareem telah memberikan kita suatu momentum baru dalam menggerakkan amal tarbbawi dalam diri kita..

Friday, January 1, 2010

Tribute Buat Adik Faiz Jamaludin


Dalam catatan yang ringkas ini... saya ingin mengucapkan setinggi tahniah dna syabas kepada adik Faiz kerana telah menyatakan sikap dan pendirian yang tegas dan berani. Saya kira ini adalah permulaan yg baik untuk mahasiswa lain utk turut sama menyatakan sikap dan pendirian secara anak jantan.

Tidak ramai yang bersikap demikian... Ada sesetengah sanggup ditunggi oleh pihak-pihak tertentu Hanya sekadar untuk sedikit habuan dunia namun mengadaikan prinsip kebenaran. Diri direlakan dikudakan utk kepentingan puak-puak tertentu...

Adikku Faiz....

Abg cuba untuk menyelami apa yg cuba Faiz sampaikan melalui entry yg terbaru itu... Setiap bait baris yang Faiz tulis abg teliti word by word....

Ternyata.... abg dapat mengesan sesuatu yang tersirat disebalik tersurat... hUUHU fhm tak???

KEPIMPINAN adlh soal PENGARUH...

Inilah qudwah yg telah ditunjukkan oleh rasulullah saw kepada kita semua... Menjadi KETUA sebelum mendapat JAWATAN DAN KUASA...

KUASA bukan senjata utama dalam kepimpinan...

Kepimpinan yang bergantung kepada KUASA tidak akan kemana...

Inilah contoh kepimpinan disesetangah kolej kediaman... Menggunakan kuasa yang ada pd dirinya untuk memaksa anak buahnya supaya menerima keputusan dan arahannya...

Kita tgk setakat mana PENGETUA2 ini boleh pergi.... INGAT hidup ini adalah RODA.... Sekejap diatas.. Sekejap dibawah...



Akhirnya... kepada adikku FAIZ... kekurangan diri jgn dianggap sebagai suatu KELEMAHAN... TAPI ia adalah sebuah KEISTIMEWAAN yang diberikan kepada kita oleh ILAHI.. cumanya HIKMAH keistimewaan ini belum atau kurang kita rasai buat masa ini... insya Allah... 10 atau 20 tahun lagi kita akan melihat hikmahnya...

Teruskan dengan obor yang FAIZ nyalakan dlm diri... Jangan padamkan ia dengan sedikit kekurangan yg ada...

GALI dan TERUS GALI.... nescaya FAIZ akan berjumpa dengan EMAS dan PERAK.... Ia berada dlm HATI... terasa jauh... namun ia sangat dekat dengan kita sebenarnya...

Wallauhualam...

Tuesday, September 15, 2009

Lima tahanan ISA dibebaskan menjelang Bagan Pinang

oleh:Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 15 Sept: Menjelang pilihan raya kecil Bagan Pinang, lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dilaporkan akan dibebaskan hari ini.

Ia sama seperti pembebasan pemimpin utama pertubuhan Hak Asasi Hindu (Hindraf), menjelang pilihanraya kecil Bukit Selambau.

Namun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Husein sekeras-kerasnya menafikan pembebasan kali ini ada kaitan dengan pilihan raya kecil.

Namun sehingga berita ini ditulis, Gerakan Mansuh ISA (GMI) masih menunggu janji pembebasan lima tahanan tanpa bicara ISA, sebagaimana yang diumumkan Hishamuddin pagi tadi.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh petang tadi, menjelaskan bahawa pihaknya sendiri hanya mendapat pengkhabaran itu dari media masa, bukannya pihak berwajib secara rasmi.

"Tidak ada lagi pihak polis menghubungi kami (GMI). Tapi, saya telah dihubungi oleh Norlaila (isteri kepada tahanan, Mat Sah Mohamad Satry) dan dia memberitahu pihak polis tidak menghubunginya untuk beritahu bila dibebaskan dan di mana pembebasan itu berlaku."

Bagaimana pun, kalau pembebasan itu merujuk kepada tahanan yang dituduh anggota Jamaah Islamiyyah (JI), Ibrahim menjelaskan ianya terdiri oleh enam orang, rakyat Malaysia; bukannya lima orang.

Puan Norlaila Othman, suami Mat Sah yang juga aktivis GMI sendiri gagal dihubungi kemudiannya, untuk mengesahkan hal demikian.

Laman web The Malaysian Insider melaporkan, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin membuat pengumuman tersebut setelah mendapati kelima-lima tahan terbabit telah insaf.

Pembebasan itu dikatakan juga sempena meraikan Hari Raya Puasa, tidak lama lagi. Selain tahanan lapan tahun, Mat Sah, Pensyarah Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Dr. Abdullah Daud dipercayai khalayak turut dibebaskan.

Baki yang lain adalah Mohd Nasir Ismail, Mohd Kamil Mohd Hanafiah dan Mohd Amir Hanafiah; masing-masing ditahan di bawah akta yang dikatakan zalim itu sejak 30 Mei 2007.

#Ya Allah.. Moga berita ini benar dan dapat merawat kerinduan ahli keluarga mangsa ISA

Wednesday, July 15, 2009

Kembali Bersua... Baru Keluar Dari Tarbiah Hospital...

Alhamdulillah.... Setinggi dipanjat kehadrat Allah swt kerana masih meneruskan nikmat kesihatan dan kehidupan kepada ana.

syukur dapat mengambil sedikit masa mencoret sesuatu dalam blog ini yang telah lama disepikan. Cemburu melihat kemeriahan shbt2 blogger yang dapat mengupdate blog. Ana pendamkan seketika rasa itu untuk memberikan hak yang lebih utama.

Pada kali ini ana ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas doa yang diberikan kepada ana agar cepat sembuh. Kepada shbt yang tidak mendapat maklumat selama seminggu ana berada di hospital kerana dijangkiti penyakit Malaria jenis Vivax dan Falciparum...

Terlalu banyak yang ingin ana catatkn pengalaman berada di hospital. Tetapi kekangan masa untuk menguruskan hal-hal peribadi tidak dapat dielakkan.

hari ini merupakan hari pertama ana mengikuti kuliah walaupun sebenarnya sudah 2 minggu kuliah berjalan. Satunya kerana ana baru keluar wad minggu lepas dan keduanya memang kuliah untuk pelajar tahun akhir tak mula lagi memandangkan ramai kawan-kawan yang masih ada Latihan Industri (LI).

Alhamdulillah.... Semuanya telah berjalan dengan baik. Allah memudahkan urusan. Tapi tinggal hanya sekotak sahaja lagi yang masih terus misteri kehilangan. Ana dan azam yang mengangkat kotak itu sendiri masuk ke dalam rumah sewa (RS) ermmm ana minta maaf kalu tersilap akronim....

insya ALLAH sampai sini dulu buat coret yang ringkas ini. Insya Allah moga Allah berikn kekuatan utk terus berbakti di alam maya ini

Sunday, March 8, 2009

Ukhuwwah Itu Perlu Dibina

“ abg syam, saya keluar tunggu abg dtepi jalan ke Pekan Nenas ye.. Tau kan?” Munzir memberikan maklum balas.

“ tau.. Munzir, bila abg sms baru keluar ke jalan tue nanti lama menunggu pulak. K J” aku membalas sms Munzir tadi.

“ syam,masalah kita ini. kereta kimi… dia tak dapat dikesan..” taufik menelefonku dalam pukul 7.35pagi.

“takpe taufik ana pi biliknya kejut..” aku terus menekan butang end call. Aku terus menuru ke bilik kimi.

Tok…tok…tok.. assalamualaikum… kimi…kimi… senyap.. tiada sebarang respon…

Ya allah… mudahkanlah perjalanan kami pagi ini. hatiku memanjatkan doa kepada Allah swt.

“ taufik, beginilah kita pinjam kereta Fatimah. Kejap ana dapatkan nombor telefona dari kak sutinah”.. aku cuba memenangkan Taufik yang agak bengaang dan tension pagi itu..

“ insya Allah… ada…”

Akhrnya tepat pukul 8.15 pagi fahmi pun tiba untuk group ana bergerak ke tapak rehlah kami. Taufik sudah berpesan sebelum kami berpisah tadi ana gerak dulu apabila Fahmi datang. Alhamdulillah, bersama-sama ana; amir dan wan. Dalam keadaan yang belum bersarapan tue aku terus berdoa moga group Taufik dimudahkan..

“ Fahmi, kita ikut pintu koleh 17 laa. Dekat sikit. Singgah nanti kita beli sarapan.. lapar ini..” aku menguntumkan senyum kepada Fahmi.. Fahmi membalasnya dengan senyum juga.

“ munzir, daa lama tunggu kami?” aku memulakan perbualan sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam kereta kancil milik Pijo…

“ baru je abg”.. munzir tersenyum.. hati ku lantas bermonolog bahasanya mesti difahami berlawanan.

Begitulah serba ringkas antara dialog yang berlaku antara aku dan beberapa oang sahabatku. Sahabat sekalian… sesungguhnya hidup ini akan lebih bermakna dan dan bernilai sekiranya kita mempunyai kawan yang bukan sahaja boleh bersenang bersama tetapi boleh bersusah dan berduka bersama.

Masih segar dalam ingatanku bagaimana aku dan beberapa orang sahabat telah menjalani beberapa siri-siri pembentukkan diri. Terlalu manis untuk ana kenang… hampir-hampir menitis air mata. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

Hujan malam yang membasahi rambutku, air tanah yang disimbahi ke mukaku dan beberapa hunusan pedang menikam hatiku telah melunturkan sikap ego yang selama ini merajai diriku. Tidak pernah aku melalui peristiwa yang cukup bersejarah malam itu.

Selama ini aku begitu bongkah dan sombong tetapi rupanya aku seorang yang hina dina… diciptakan dari air yang hina tetapi mengapakah aku terleka dan terlalai???

Tiada balasan yang mampu aku berikan hanya kuntuman-kuntuman doa yang membasahi lidahku mendoakan kebaikan orang yang telah memberikan aku kesedaran dan keinsafan. Tidak aku lupakan juga sahabat-sahabat yang telah sama-sama melalui siri-siri pembentukkan diri untuk menjadi seorang yang mempunyai prinsip dan menghargai nilai sebuah persahabatan.

Ingatlah sahabat ku…. Apa yang kita telah sama-sama paterikan ikrar untuk hidup dan mati bersama-sama memperjuangkan agama Allah swt. Ingatlah air najis yang pernah membasahi tubuh ini menjadi saksi diakhirat kelak.

Akhirnya, ingin aku tegaskan bahawa ukhuwwah itu perlu dibina dengan susah payah. Bukan hanya berkata-kata sahaja. Buktikan dengan perbuatan anda menyayangi sahabat anda dengan sepenuh jiwa raga…

Air suci lagi kudus mengalir tanpa disedari….

Saturday, March 7, 2009

HAKIKATNYA AKU TIDAK ADA APA-APA

Tidak ada apa pun yang ada padaku
Engkau suruh aku beribadah, aku pun beribadah
Aku pun beribadah, kemahuanku beribadah adalah kemahuan-Mu
Aku berusaha dan bertenaga ke arah itu semuanya qudrat dan kehendak-Mu
Engkau suruh aku membuat kebaikan
Setakat yang termampu aku membuatnya
Aku membuat setakat yang termampu adalah juga kehendak dan takdir dari-Mu
Tidak ada pun campur tanganku
Segala-galanya dari-Mu, terima kasih Tuhan
Aku patut bersyukur kepada-Mu
Engkau larang aku membuat maksiat
Sejauh yang termampu aku menjauhinya
Gerakan hatiku hendak meninggalkannya bukankah taqdir dari-Mu,
Engkau yang menggerakkan
Setakat yang termampu bukankah juga qadha dan qadar-Mu
Hakikatnya aku tidak ada usaha sekalipun sebesar habuk
Walaupun berusaha itu suruhan-Mu
Kalau begitu kalau ada pun sedikit kebaikan yang aku buat aku tidak boleh berbangga
Sepatutnya aku bersyukur kepada-Mu
Jika kejahatan yang aku buat walaupun hakikatnya dari Engkau juga
Sebagai beradab biarlah aku mengaku bersalah,
memang hamba sifatnya bersalah
Engkau sebenarnya tidak menzalim,
Maha Suci Engkau
Mesti ada hikmah yang tersembunyi yang aku tidak tahu
Aku baik sangka dengan-Mu
Mungkin juga selepas berdosa aku memohon ampun kepada-Mu
Itulah yang Engkau mahu
Aku pun memohon ampun, Engkau pun mengampunkan aku

Monday, February 23, 2009

Senyap Tak Semestinya Tidak Hilang...

Syam, lama tak update blog ” tegur seorang kawan sewaktu makan di arked Meranti.
Ana hanya mampu melemparkan senyuman tanpa sebrang respon. Komen-komen yang diberikan dalam shout box tidak kurang juga. Alhamdulillah, dari satu seginya rupanya ramai jugak peminat blog ana. Walaupun blog ini tidaklah seberapa tapi rupanya sudah mula bertapak dialam siber ini.

Suka untuk ana berkongsi kepada sahabar sekalian. Terlalu pengalaman yang ana telah lalui sepanjang semester ini sehingga ana tak mampu nak menulisnya. Ada yang manis dan tidak kurang juga yang pahit. Semuanya ini untuk mematangkan pemikiran ana sebagai seorang anak muda Islam.

Melihatkan politik tanah air yang tidak menentu menambahkan lagi kelemasan ana. Rampasan kuasa secara tidak bermoral oleh kerajaan BN menambah kebencian ana kepada parti itu. Gila kuasa, gila harta, gila pangkat dan segala jenis gila. Detik-detik rampasan kuasa itu ana ikuti teliti disamping hanya doa yang mampu ana utuskan untuk kekuatan pimpinan Pakatan Rakyat menyelesaikan kemelut itu.

Ketika mana isu itu belum reda, Allah yang Maha Adil telah menjemput hambaNya yang menjadi ahli Parlimen Bukit Gantang yang dalam parlimen ini terdapat ahli dun yang melompat parti. Tidak berhenti setakat itu, satu dun dinegeri Kedah yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah telah meletak jawatan kerana tidak tahan dengan tekanan oleh BN.

Seterusnya…. Kita menyaksikan terlalu banyak babak politi berlaku selepas itu. Ana rasa tidak perlu ana huraikan kerana kita leh membacanya dalam harakahdaily.net dan banyak lagi laman-laman web yang menyiarkan berita berkenaan.

Begitu asyik kita melihat politik tanah air sehingga hamper-hampir kita melupakan nasib saudara seaqidah kita diPalestin. Ya Allah hancur hati melihat kerakusan zionis Israel meratah nyawa umat Islam di bumi Palestin. Tidak kurang kempen kesedaran yang digerakkan oleh sahabat-sahabat kepada warga kampus. Hanya Allah yang mampu membalasnya jasa antum semua. Moga ianya akan menjadi saksi bahawa itulah tanda antum mengasihi saudara kita diPalestin insya Allah.

Akhirnya kepada pengunjung Kembara Muslim sekalian… Insya Allah beberapa artikel ana akan menyusul selepas ini tentang perjalanan hidup ana yang tidak seberapa ini. Moga ada kebaikan untuk dikongsi kepada sahabat sekalian…

Wassalam

6.56pm 22 feb 2009

Friday, September 26, 2008

Salam Lebaran...


Ana dengan sukacitanya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Moga Ramadan kali ini telah melahirkan jiwa-jiwa bertaqwa yang bakal mengegarkan lapangan dakwah 11 bulan yang akan mendatang.

Teringat pesan roomate ana, jangan main mercun... Nanti macam fizi... hehehe... Okla...

Ana doakan semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Update:
- nasihat ana kepada mereka yang menunggang motor berhati-hatilah dijalan raya.

Pasti tidak akan kembali...

" Tut...Tut.." Hansetku K530i Sony Ericsson bergegar. Petanda ada sms masuk dalam inbox.

" Salam, macam mana cuaca tempat kamu skg? Dtempt akak ni redup je. Matahari xterik walaupun da pukul 10.Mybe smlm lailaturqadr."

Aku terus menoleh kebelakang bilik kuliah untuk melihat cuaca diluar. Ternyata, keadaan mendung. Terus aku menggerakkan jari jemari ku membalas sms dari kakak ku sebentar tadi.

"sama jugak'' jawap ku ringkas. Kemudian aku cuba melihat kalender dalam handsetku. Ternyata 25 Ramadan pada hari ini!!!

Fikiranku mula melayang. Fikiranku ligat memutar kembali memori. Apa yang telah aku buat semalam?


Akhirnya.... aku menjumpai titik tersebut. Aku dengan dua orang teman seperjuangan dan sahabat baik telah setelah berdiskusi, brainstorming, menganalisis, muhasabah tentang halatuju tarbiah dan jamaah.

Apa kelemahan added value dan end product yang perlu ditambah untuk masa hadapan dan membincangkan beberapa masalah dalaman.

Ya Allah... hatiku bermonolog.Adakah muqabalah 6 mata kami ini diterima sebagai ibadah dan salah satu cara mengisi keberkatan malam qadr?

Kami tidak menitiskan air mata keinsafan di atas sejadah jauh sekali solat berpuluh-puluh rakaat tapi kami menghabiskan masa dengan memerah otak berfikir dan terus berfikir untuk menyusun strategi dalam penjanaan dakwah dan tarbiah agar ianya sentiasa segar dan diterima arus masyarakat kampus.

Telah banyak kritikan dan pandangan kearah memperbaiki modus perandi dakwah dan tarbiah. Kebijaksanaan diperlukan untuk menguruskannya. Jika tidak kita LOSE BIG!!!

Dakwah adalah coaching bukannya preaching. Dakwah bukan sahaja menukar cara berpakaian, cara bercakap dan cara bergaul tetapi dakwah juga menuntut untuk kita menukar maksud dan erti kehidupan kita.

Coaching itulah yang dinamakan sebagai TARBIYAH. Bila mana proses tarbiyah itu bersifat coaching, maka soal jawab dan kritis dalam memperkatakan topik-topik dakwah, adalah suatu kemestian.

Dari pengabdiaan sesama manusia kepada pengabdiaan Allah azzawajalla

Atas kefahaman ini, kami cuba untuk memberikan nafas baru dan segar kepada gerakan dakwah islam kampus agar dakwah kita lebih merakyat. Dakwah memang berat bagi mereka yang menjadikan faktor insite to outsite tetapi tidak bagi bagi faktor insite to outside dijadikan teras pegangan dan fahaman.

Aku masih teringat akan keratan teks Forum Remaja peringkat kebangsaan 2002,

"Sidang hadirin sekalian. Tau kah anda dalam diri manusia ini terdapat semua tenaga yang lebih hebat daripada bom atom iaitu tenaga dalaman yang terdapat dalam diri manusia. Tenaga ini jika diurus dan ditadbir dengan baik maka ia akan menghasilkan manusia yang hebat"

Persoalannya, kita ketemu tidak tenaga itu? Atau kita telah mensia-siakannya kepada sesuatu yang tidak berfaedah.

Dalam perbincangan kami, dakwah yang dilakukan sekarang adalah dakwah program. Bukannya dakwah sentuhan (touch body) daripada seorang daie kepada mad`u.

Di mana perginya kefahaman dan semangat dakwah islamiyah kita semasa bertamrin untuk diaplikasikan di medan lapangan amal? Ummah merana dan menderita kerana kita.

Mereka perlukan cahaya untuk keluar dari lembah kegelapan. Kita yang mempunyai sedikit cahaya itu bertanggungjawab besar untuk berkongsi dan mungkin memberikannya sedikit untuk sama-sama kita harungi ujian hidup atas muka bumi ini.


Pendekatan dakwah kini perlukan banyak untuk kita mempelajari ilmu psikologi walaupun sebenarnya ilmu psikologi ini telah diajar oleh rasulullah secara tidak langsung. Setiap perkara mesti di PROSES supaya dapat diNILAI berdasarkan kemampuan dan kefahaman seseorang.

Setelah puas dan letih berbincang. Akhirnya kami akur dengan sunnahtullah. Malam sebagai tempat untuk kita berehat. Kami melabuhkan tikai perbincangan pada pukul 3pagi dengan sebuah kepuasan walaupun esoknya kami ada kuliah bermula pukul 8pagi!

Demi sebuah kepercayaan yang luar biasa!!!

" Jom kita iktikaf di surau at-Taqwa. Nanti kantoi pulak subuh." seru Amin kepada kami. Kami hanya mampu mengangguk sahaja.


Wednesday, September 24, 2008

Tidak Ku Sangka

" Biarlah betul..." Macam tak percaya ja.

Hati ana berkata-kata bila melihat statistik pelawat Kembara Muslim. Dari Yaman, Indonesia, Japan,United States dan Malaysia.

Tidak pernah dalam jangkaan ana semua ini berlaku.

Lalu tersemat dalam hati ana perasaan malu dan segan dgn isi-isi sebelum ini mungkin kurang nilainya.

Tersemat dalam diri agar dapat memberikan sesuatu yang lebih baik dalam Kembara Muslim agar ianya lebih bermanfaat untuk sahabat pembaca sekalian.


Kuasa bercerita insya Allah ana akan gunakan dengan sebaiknya untuk berkongsi nilai dengan sahabat pembaca.

Apapun sekali lagi ana ucapkan ribuan terima kasih buat kalian semua. Sesungguhnya kalian telah memberikan sebuah motivasi kepada diri untuk terus memBERI.

Sunday, September 21, 2008

Kenangan Indah



"Ukhuwwah terbaik yang pernah dibina oleh manusia adalah ukhwwah yang dibina oleh rasulullah antara kaum muhajirin dan ansar. Mereka sanggup memberikn apa yg paling mereka sayangi untuk sahabat mereka yang baru berhijrah." jelas ana pada suatu majlis usrah.

Tergerak pulak minda untuk memberikn sedikit pandangan dan pendapat tentang ukhuwwah.

Ukhuwwah adalah anugerah drpd Allah yg dikurniakn kpd mereka yg ikhlas di kalangan hambaNya, para penolongNya, pengikut dan kelompak yg berjiwa bersih dan suci.

Surah al-anfal ayat 62 dan 63 menjelaskn hal ini.

Rasulullah mengingatkn kita tidak akan merasai nikmat iman tanpa merasai ukhuwwah.


Imam Hassan al-Banna menjelaskn tahap ukhuwwah yg paling rendah adalah berlapang dada dan yang paling tinggi adalah ithar (melebihkn shbtnya).

Dan terlalu byk lagi perbahasan para ilmuwan ttg ukhuwwah ini. tak larat ana unutk nukilkn dlm enrty kali ini.

Tapi sahabtku sekalian, ana ingin berkongsi ttg suatu sindrom dlm ukhuwwah apa yg ana panggil sebagai 'ukhuwwah pilihan'.

Kenapa ana berkata demikian? Apa dalilnya? Apa hujahnya?

sukar sebenarnya nak diluahkn tapi sekadar nak berkongsi dgn shbt sekalian. Kita kdg2 menipu diri kita sendiri. Hipokrit pd org lain.

Begini, 'ukhuwwah pilihan' ini lebih kepada kita memilih org utk kita berukhuwwah atau kelompok tertentu sahaj.

Kenikmatan ukhwwah dirasai sesama ahli kumpulan tersebut sahaja.

Kadang-kadang sukar kita nak 'masuk' dengan sahabat yang bukan sebulu dengan kita.

Macam-macam alasan diberikn ana tak selesalah, tak biasa, dan lain-lain yang kadang melemaskn ana dengan alasan-alasan ini.

ermmm... ana ceritakan cerita ukhwwah kami serumah. Tapi mcm segan plak. Nanti ada pulak yang kata mcm2 kan. Tapi ana tak tau plak nak ambil cerita sapa melainkan yang melibatkan diri ana.

Mungkin proses Tarbiyah itu telah menerbitkan nilai ukhwwah dikalangan kami.


Walaupun begitu kami terus melawan perasaan kepentingan diri yang kadang-kadang menyengkap diri.

Ana masih berharap agar ukhwwah yang wujud adalah ukhwwah seperti para sahabat bukan pseudo-ukhuwwah.

huhuhu apa yang ana merepek nie. entahlah.... ana tulis apa yang terlintas difikiran jaaa....

Oklah... moga ada manfaatnya.

Tuesday, September 16, 2008

Tiada Yang Terindah

Katakanlah:
‘ inilah jalanku,
aku mengajak kalian kepada Allah dengan bashiroh,
aku dan pengikut-pengikutku
Mahasuci Allah!
dan aku bukan termasuk orang-orang yang musyrik

Jalan dakwah panjang terbentang jauh ke depan
Duri dan batu terjal selalu mengganjal,
lurah dan bukit menghadang
Ujungnya bukan di usia,
bukan pula di dunia
Tetapi Cahaya Maha Cahaya,
Syurga dan Ridho Allah Cinta adalah sumbernya,
hati dan jiwa adalah rumahnya.

Pergilah ke hati-hati manusia ajaklah ke jalan Rabbmu
Nikmati perjalanannya,
berdiskusilah dengan bahasa bijaksana
Dan jika seseorang mendapat hidayah karenamu
Itu lebih baik dari dunia dan segala isinya…



Pergilah ke hati-hati manusia,
ajaklah ke jalan Rabbmu
Jika engkau cinta maka dakwah adalah faham,
Mengerti tentang Islam,
Risalah anbiya dan warisan ulama
Hendaknya engkau fanatik dan bangga dengannya
Seperti Mughiroh bin Syu’bah di hadapan Rustum Panglima Kisra

Jika engkau cinta maka dakwah adalah ikhlas menghiasi hati,
memotivasi jiwa untuk berkarya Seperti kata Abul Anbiya,

“Sesungguhnya shalatku,
Ibadahku,
hidupku,
dan matiku semata bagi Rabb semesta".
” Berikan hatimu untuk Dia,
katakan “Allah Ghayatuna”

Jika engkau cinta maka dakwah adalah amal
Membangun kejayaan ummat kapan saja di mana saja kamu berada
Yang bernilai adalah kerja bukan semata ilmu apalagi lamunan
Sasarannya adalah perbaikan dan perubahan,
al ishlah wa taghyir
Dari diri pribadi,
keluarga, masyarakat hingga
Negara Bangun aktivitas secara tertib untuk mencapai kejayaan


Jika engkau cinta maka dakwah adalah jihad
Sungguh-sungguh di medan perjuangan melawan kebatilan
Tinggikan kalimat Allah rendahkan dugaan syaitan durjana
Kerja keras tak kenal lelah adalah rumusnya
Tinggalkan kemalasan, lamban, dan berpangku tangan


Jika engkau cinta maka dakwah adalah taat
Kepada Allah & Rasul, Al-Qur’an & Sunahnya Serta orang-orang bertaqwa
Taat adalah wujud syukurmu kepada hidayah Allah
Karenanya nikmat akan bertambah melimpah penuh berkah

Jika engkau cinta maka dakwah adalah tsabat
Hati dan jiwa yang tegar walau banyak rintangan
Buah dari sabar meniti jalan,
teguh dalam barisan
Istiqomah dalam perjuangan dengan kaki tak tergoyahkan
Berjalan lempang jauh dari penyimpangan

Jika engkau cinta maka dakwah adalah tajarrud
Ikhlas di setiap langkah menggapai satu tujuan
Padukan seluruh potensimu libatkan dalam jalan ini,
Engkau da’I sebelum apapun adanya engkau
Dakwah tugas utamamu sedang lainnya hanya selingan

Jika engkau cinta maka dakwah adalah tsiqoh
Kepercayaan yang dilandasi iman suci penuh keyakinan
Kepada Allah, Rasul, Islam, Qiyadah dan junudnya
Hilangkan keraguan dan pastikan kejujurannya…
Karena inilah kafilah kebenaran yang penuh berkah

Jika engkau cinta maka dakwah adalah ukhuwah
Lekatnya ikatan hati berjalin dalam nilai-nilai persaudaraan
Bersaudaralah dengan muslimin sedunia,
utamanya mukmin mujahidin
Lapang dada merupakan syarat terendahnya,
itsar bentuk tertingginya
Dan Allah yang mengetahui menghimpun hati-hati para da’I dalam cintaNya
Berjumpa karena taat kepadaNya
Melebur satu dalam dakwah ke jalan Allah
Saling berjanji untuk menolong syariatNya

Monday, September 15, 2008

JAT 3754

Pertamanya, ana nakucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat perjuangan ana, akh Zulhemi kerana telah membuat sebuah sajak khas buat JAT3754. Motor yang sentiasa menemani ana berulang alik ke kampus.

Naik motor ini memang memberikan kesan tarbiah. Kesabaran, tawaduk dan rasa sentiasa cukup dengan apa yang ada. Moga Allah melimpahkan rahmatnya kepada abg Ja kerana sudi membenarkan ana menggunanya sepanjang sem ini dan harap-harap kontrak disambung. hehehe....

Akhirnya, ana terbitkan semula hasil nukil sahabat seperjuangan ana, akh Zul.


JAT...
Namamu sentiasa disebut dan menjadi igauan..
Oleh sang pengembara dan kelana..
Engkau sangat istimewa..
Walaupun rupa paras wajahmu tidak secantik mana..
Tapi, mereka tahu bahawa..
Engkau sungguh Ikhlas berkhidmat..
Buat mereka yang mengembara dan berkelana..

Di pagi buta..
Engkau di cari dan menjadi rebutan..
Buat mereka yang memerlukan..
Bisa sahaja engkau dibutuhkan pada saat ini..
Sehingga engkau sedih kiranya..
Kalau tidak mampu membawa semua..
Disebabkan usiamu yang sudah panjang..
Engkau juga menyaksikan..
Bagaimana kawan-kawanmu lain berlari laju..
Meninggalkan engkau yang istiqamah berjalan..
Ya..
Yang penting jalan dan sampai..
Itu lagi baik serta wajar..
Berhati-hati itu adalah Prinsip..

Tapi,
Bila malam tiba..
Engkau dilupakan..
Tersadai tanpa sebarang minuman..
Keesokannya..
Engkau tercungap-cungap di tengah jalan..
Sang pengembara hanya membiarkan..
Malah, ada yang menyumpah dikau..
Wahai JAT,
Tabahlah berhadapan dengan Manusia seperti itu..
Yakinlah bukan semuanya macam itu..
Pasti masih lagi ada orang yang sayang..

JAT..
Aku berharap engkau sentiasa tabah..
Jangan kecewa dalam perjuangan..
Kita berjuang bukan kerana Manusia..
Bahkan, kita berjuang kerana Allah dan RasulNya..
Jika engkau difitnah atau dibenci..
Asbab kerana berbuat yang Hak..
Maka, ketahuilah Allah bersama kita..

Wahai JAT,
Aku juga ingin memohon kemaafan..
Jika hak-hak engkau terlupa untukku penuhi..
Manusia memang lemah dan lalai..
Anggaplah ia sebagai asam garam perjuangan..
Moga ukhuwwah kita sentiasa mekar..
Demi Allah dan RasulNya!

Wednesday, March 26, 2008

Test...oh... test!!!

" Abg, sejak saya ikut gerakan dakwah ini. Akademik saya agak merosot la. Tapi ini mungkin ujian daripada Allah swt kan abg." ana tersenyum.

"Salah sapa ya?" ana cuba bertanya kepada adik usrah itu.

"Mungkin salah saya gak abg. " Jawab adik usrah itu.

Inilah antara realiti yang berlaku dewasa ini kepada ramai aktivis dakwah kampus. Tanpa ana ketepikan ramai juga yang cemerlang. Namun yang tersungkur, tersembab bumi tidak kurang banyaknya.

Disitulah suatu penilaian perlu diberikan perhatian oleh pimpinan kampus agar gerakan dakwah kita tidak menjadi fitnah.

Bukan dakwah yang kita bawa tapi fitnah kepada dakwah yang dijunjung.

Bukankah dakwah itu qudwah hasanah. Kepimpinan teladan.

Setelah puas ana berdialog dalam hati. Bagaimanakah dakwah ku ini? Mampukah ia memberikan impak yang baik atau telah menjadi fitnah kepada oarang lain. Adakah aku telah menjadi hijab kepada orang lain lantaran keputusan akademik yang agak tidak memberangsangkan?

Pagi tadi, ana ditakdirkan terbaca sebuah buku motivasi Dr. Tuah. Mungkin sedikit persoalan terjawab dalam diri.

Antara point penting yang disebutkan, akademik bukanlah ukuran yang muktamad untuk mengukur kebolehan seseorang. Ia hanyalah sebahagian kecil sahaja. Mungkin kita tak begitu cemerlang dari sudut akademik tapi kita cemerlang dari sudut yang lain. Cemerlang dari sudut akhlak, cemerlang dari sudut ibadah, cemerlang dari sudut pengurusan diri.

Termenung panjang ana dibuatnya...



Hati ana berbicara lagi...

"Dulu, Aku masih ingat munajatku bersama rabbku,ya Allah semoga aku dapat sambung degree di UTM skudai. Jangan engkau hampakan aku ya Allah. Hampir setiap malam, merayu, mengadu, mengharap, meminta-minta. Akhirnya, alhamdulillah syukur aku dapat sambung degree.



Tapi persoalannya, adakah aku telah menjalankan amanah ini dengan sebaiknya? Adakah aku telah melakukan yang terbaik dalam pelajaran ku?

Aduh... soalan ini membuatkan ana mengenangkan air mata. Betapa aku tidak menjalankan amanah ini dengan sebaiknya.

Bila mengenangkan ibu bapa yang berada diseberang laut menambahkan kesedihan di hati ini. Betapa tingginya harapan dan cita-cita mereka."



Aku kuatkan hati bahawa aku masih boleh melakukan sesuatu yang terbaik untuk sem ini. Masih belum terlambat untuk aku membaiki kekurangan dan kesilapan yang telah aku lakukan.

Semua ini adalah kesilapan diriku yang sering terlupa dan terlalai dengan kehidupan dunia yang menipu dan melalaikan ini.

Ya Allah berikan lah aku kekuatan dan bimbinglah aku untuk menjadi insan yang soleh. Insan yang dapat memberikan kebaikkan kepada ummat ini. Ya Allah aku tak mampu melakukan semua ini tanpa bantuan Mu. Ya Allah, janganlah engkau campakkan aku ke lembah kemaksiatan dan kehancuran. Ya Allah bimbinglah dan bantulah aku dalam mengawal nafsu ku yang tidak pandai puas-puas ini. Bantu aku ya Allah. Janganlah engkau aku menjadikan aku hamba kepada nafsu.

Kepada sesiapa kah lagi untuk aku mengadu dan meminta melainkan kepadamu ya Allah. Engkau tempat terbaik untuk aku mengadu dan meminta pertolongan. Kabulkan doa hamba mu ini ya Allah. Hamba yang sering kali tewas dengan godaan nafsu. Hamba yang penuh dengan najis dosa. Hambamu yang kurang beramal. Ya Allah, dengarlah rintihan ku ini."


Akhirnya, aku terjumpa dengan sebuah hadis Rasulullah saw yang sangat memberikan motivasi kepada ku pada malam itu.