Thursday, June 20, 2013

Assalamulaikum wbt....

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam yang memerintah langit dan bumi. Selawat serta salam keatas junjungan mulia nabi muhammad saw bersama para keluarga dan sahabatnya yang sentiasa mulia.

Betapa lemahnya diri ini dalam menempuh dunia yang penuh dengan ujian ini. Seringkali diri ini tersungkur dalam belitan syaitan dan nafsu yang menguasai diri. Namun, aku terus mencuba untuk melawan dan bertawakal kepada Tuhanku agar menolongku dan membantuku dalam peperangan yang tak bertepi ini. 

Sungguh lama aku menyepi dalam dunia blog dek kesibukan dan kemalasan. Iyalah sekarang zaman fb, twitter dan macam-macam lagi. Jadi blog ini telah kutinggal sejak sekian lama....

Namun, takdir Allah seseorang telah menyedarkan aku telah blog ini. Alhamdulillah password masih ingat. Masya Allah, aku terkejut kerana masih ada mengunjung blog ini. Walaupun tidaklah banyak namun ia memberikan aku gambaran aku harus memanfaatkan ruang ini untuk kehidupan akhiratku nanti. 

Insya Allah... Dengan segala kelemahan dan rendah hati kita akan bersama memanfaatkan ruang ini. Semoga Allah terima ia sebagai amal jariah yang berterusan. 


Wednesday, May 18, 2011

Membuka Tirai Lama

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar semua sahabat2ku? Setelah sekian lama aku menyepi dari alam blog ini.

Akhirnya, insya Allah dengan kekuatan yang Allah swt berikan kepadaku akan kita serikan kembali rumah Kembara Muslim ini.

Kita segarkan kembali...

Semoga perkongsian ini menjadi tali tautan kepada shbt2 yang telah berjauhan...

Aku merindui kalian....

Saturday, September 25, 2010

Keputusan Perbicaraan Kes 'Puaka'


Kuala Lumpur, 24 Sept: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan tiada prima facie dalam kes Rosmah 'bini puaka' terhadap lima mahasiswa Universiti Malaya (UM).

Sehubungan itu, Hakim Rozana Ali Yusoff mengarahkan mereka - yang berdepan dengan tuduhan cubaan melakukan khianat dengan menggunakan api dan melakukan pencerobohan jenayah - dibebaskan.

Rozana membuat keputusan tersebut di Mahkamah Sesyen 2, di Kompleks Jalan Duta Kuala Lumpur.

Lima mahasiswa berkenaan - Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani,Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli dari Universiti Malaya - dituduh melakukan jenayah dibawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.

Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani - yang bakal dilalui isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor - dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu kira-kira jam 4 pagi.

Manakala bagi Seksyen 436, kelima-lima mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.

Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.

Semua itu, gara-gara mahasiswa berkenaan dikaitkan dengan contengan perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Rozana dalam penghakimannya pagi ini berkata dalam pertuduhan seksyen 436 pihak pendakwaraya gagal membuktikan elemen-elemen penting dalam pertuduhan bahawa semua tertuduh telah melakukan khianat dan mempunyai niat bersama.

Katanya lagi, tiada keterangan bagi mengenal pasti bahan api serta kesan kerosakan daripada bahan api berkenaan.

Manakala bagi seksyen 447 pula, pendakwaraya gagal membuktikan niat bersama tertuduh untuk melakukan kesalahan tersebut.

Sementara bagi seksyen 427 pula, Rozana berkata pihak pendakwaraya turut gagal membuktikan bahan api yang digunakan ke atas permaidani merah berkenaan adalah bahan petrol.

"Setelah meneliti dan menimbang semua keterangan daripada saksi pendakwaraya, exibit dan hujah, mahkamah mendapati, di atas penilaian mahkamah, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

"Dengan ini melepaskan tertuduh dan membebaskan terhadap tiga pertuduhan itu tanpa memanggil untuk pembelaan," kata Rozana.

Sumber:
Malaysiakini

Nota kaki:

Pro-Mahasiswa UTM mengucapkan syabas kepada lima orang mahasiswa Universiti Malaya atas pembebasan mereka daripada pertuduhan yang tidak lengkap daripada pendakwaraya yang tidak bertanggungjawab.

Sesungguhnya sikap mereka dalam menghadapi tekanan yang mereka alami semasa dalam proses siasatan kes ini menjadi kebanggaan dan inspirasi mahasiswa seluruh negara dan.

Keberanian mereka berlima bersemuka dengan kebenaran harus diteladani dan kejayaan dalam kes ini menunjukkan betapa ada pihak yang tidak bertanggungjawab skeptik terhadap perjuangan mahasiswa yang bebas daripada apa-apa kepentingan.

Syabas & Tahniah!

Student Power! - Admi

Wednesday, September 22, 2010

Tidur Selepas Subuh...


Fuqaha’ memandang makruh tidur selepas dari solat subuh.

Dalil-dalil mereka adalah seperti berikut;

Pertama;

Anak kesayangan nabi SAW, Fatimah bercerita bahawa satu hari Rasulullah SAW lalu di rumahnya dalam waktu subuh, dan didapati bahawa Fatimah sedang berbaring. Lalu Rasulullah SAW menggerakkan Fatimah dengan kakinya sambil berkata;

يا بنية قومي اشهدي رزق ربك ، ولا تكوني من الغافلين ، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس

Maksudnya;
“Wahai anak perempuanku, carilah rezeki tuhanmu, dan jangan kamu jadi dari kalangan orang yang lalai. Kerana sesungguhnya Allah SWT membahagikan rezeki-rezeki manusia itu, diantara terbit fajar hingga terbit matahari” [Sya’b Al-Iman : 4550 : sanad hadis ini lemah]

Kedua:

Daripada Aisyah, bahawa Rasulullah SAW bersabda;

باكروا طلب الرزق والحوائج ، فإن الغدو بركة ونجاح

Maksudnya;
“berpagi-pagilah kamu dalam mencari rezeki, kerana bekerja pada awal siang itu terdapat keberkatan dan kejayaan” [Al-Mu’jam Al-Awsat : 7458]

Ketiga;

Daripada Sokhr Al-Ghamidzi bahawa Rasulullah SAW ada berdoa;

اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا

Maksudnya;
“Ya Allah, berilah keberkatan kepada umatku pada waktu paginya” [Abu daud : 2239]

Keempat:

Kebiasaan Nabi SAW, apabila berlaku peperangan, nabi SAW akan menghantar tentera dalam peperangan, atau ekspedisi pada awal pagi. [Abu Daud : 2239]

Kelima:

Saidina Ali berkata;

مِنْ الْجَهْلِ النَّوْمُ فِي أَوَّلِ النَّهَارِ

Maksudnya;
“sebahagian dari kejahilan, tidur pada awal siang”

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Amal Gelang Patah

Tuesday, September 21, 2010

Himpunan Bebaskan Mahasiswa: Hadir sebagai tanda SOKONGAN!!!


Pada 29 Jun 2009 yang lalu lima mahasiswa Universiti Malaya telah diheret ke mahkamah atas tuduhan menghina isteri perdana menteri Rosmah Mansur dengan contengan hasutan ketika dalam lawatannya ke Universiti perdana itu. Bermula dari tarikh berkenaan sehingga ke hari ini kita dapati kes ini masih belum selesai sehinggalah pada 24 september ini kita bakal menantikan keputusan dakwaan itu samaada wujud kes atau dibebaskan.

RINGKASAN KRONOLOGI SEPANJANG PERBICARAAN

Mahkamah Seksyen Jenayah 2 (MSJ2)

1 JULAI 2009

OKT 1 dan 2 (Mohamad Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahrul Deen) dituduh ke mahkamah kali yang pertama dan mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Pertuduhan dibaca di Mahkamah Seksyen Jenayah 2 (MSJ2) dan Mahkamah Majistret Jenayah 4 (MMJ4). Tarikh mula perbicaraan di MSJ2 ditetapkan pada 7 Disember 2009 bagi Seksyen 427,436/511 Kanun Keseksaan dan 447 manakala di MMJ4 bagi Seksyen 14(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan pada 24 & 25 Jun 2010.

7 DISEMBER 2009

OKT 3, 4 dan 5 (Mohd Syazni Munir, Mohd Aizat & Muhd Saufi) dibacakan pertuduhan. Kesemua mereka tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.Perbicaraan bagi OKT 1 dan 2 terpaksa ditangguhkan kerana pihak forensik masih belum menyediakan laporan kimia sepertimana yang dikehendaki.
Perbicaraan ditunda pada 15 Jun 2010.

15 Jun 2010

Saksi Pendakwaan (SP) pertama mengesahkan bahawa tiada sebarang bahan hidrokarbon meruap (petrol) dikesan dan tiada sebarang cap jari.

Mahkamah Majestret Jenayah 4 (MMJ4)

12 Julai 2010

Hakim MMJ4 memutuskan OKT 1 dibebaskan tanpa bela diri.

Mahkamah Seksyen Jenayah 2 (MSJ2)

28 Julai 2010

SP ke-17 iaitu pakar forensik multimedia mengesahkan laporan forensik terhadap simkad dan telefon bimbit OKT 1 dan 2 adalah negatif.

30 Julai 2010

SP ke-19 iaitu Pegawai Penyiasat kes, mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan saksi-saksi lain.

6 Ogos 2010

Kemenangan OKT 1 dalam perbicaraan di MMJ4 ditarik semula.Pihak pendakwaraya mengemukakan semakan kehakiman ke Mahkamah Tinggi/Rayuan.

12 Ogos 2010

Rayuan diterima.

13 Ogos 2010

SP-19 (Pegawai Penyiasat) dipanggil memberi keterangan semula, beliau mengakui sepanjang penyiasatan wujud beberapa campurtangan dari Speacial Branch (SB) dan unit D7 ketika soal siasat dilakukan. Beliau juga mengakui beberapa arahan penangkapan OKT 3 dan 4 bukan dikeluarkan oleh beliau.

1 September 2010 (Sesi Penghujahan)

Barisan penguambela menyatakan pihak pendakwaraya gagal mewujudkan prima facie terhadap pertuduhan dan apa yang cuba dibuktikan hanya satu anggapan semata-mata tanpa ada sebarang bukti fizikal mahu pun laporan forensik yang menyokong andaian tersebut.

Hakim menetapkan 24 September ini sebagai tarikh menetapkan keputusan.

TUNTUTAN
Di peringkat mahasiswa, atas dasar menghormati perlembagaan dan undang-undang, kita mengharap agar mahkamah bersikap rasional dalam membuat keputusan, bebas dari sebarang unsur campurtangan dan tekanan politik. Badan kehakiman perlulah menjadi perunding yang baik kepada mahasiswa atau rakyat.
Mahasiswa amat menghormati dan meletakkan penuh kepercayaan terhadap kehakiman Negara. Sepanjang pemerhatian daripada kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan Ustazah Norliza Ishak.

Kita yakin mahkamah cuba mempamerkan kredibiliti serta kejujuran dalam membuat sesuatu keputusan.

PERTUDUHAN:

1) Seksyen 14(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan dan boleh dihukum denda maksimum RM300
2)Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang membawa hukuman dua tahun penjara.
3)Seksyen 436/511 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api mengakibatkan maksimum 10 tahun penjara
4) Seksyen 447 iaitu kesalahan melakukan pencerobohan jenayah membawa hukuman 6 bulan penjara.

Semoga Berjaya dengan Cemerlang Amirah...


Hari ini merupakan hari yang amat penting untuk anak buahku Amirah Syahidah. Hari ini merupakan hari pertama untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Seramai 494493 murid menduduki UPSR bermula hari ini hingga 23 September ini diseluruh negara.

Semoga Amirah Syahidah mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR nanti insya Allah.

Teringat ketika aku menduduki peperiksaan ini 12 tahun yang lalu. Disekolah yang jauh dari kesibukkan lalu lintas, kebisingan kenderaan dan jauh daripada jenayah sosial seperti yang berlaku hari ini.

Disekolah itulah , kami telah bersama-sama dididik mengenal dunia ini dengan membawa agama bersama kita. Jangan tinggalkan agama walau berada dimana kita berada. Bekalan inilah yang aku pegang sepanjang kehidupan sampai hari ini.

Terima kasih cikgu-cikgu yang kenal mengajar huruf dan nombor yang menyebabkan aku berjaya sehingga ke hari ini. Tanpa kalian sapalah aku pada hari ini.