Wednesday, October 29, 2008

DAKWAH: Sejauh mana kita mampu praktikkan?

dipetik dr blog shbt ana yg sempat buat berita... hehehe

Semalam saya bersama sahabat-sahabat diundang ke rumah terbuka Uncle Rajoo.. Tak sangka juga Uncle begeitu serius mengundang kami ke rumah terbukanya. "Ajaklah kawan-kawan student yang lain.." berharap benar Uncle menjemput. "jangan bimbang, hari nie saya ada tetamu orang Melayu juga.." kata Uncle lagi seolah-olah paham apa yang terbuku di dada kami.. Erm.. "Ingatlah satu hari nanti kita bukan sahaja jadi leader bagi orang Melayu sahaja, tapi leader bagi semua kaum termasuklah kaum Hindu.." Hati saya bermonolog. "Yang penting mereka faham apa yang 'tidak boleh' bagi orang Islam.."


eastmael bersama Arin..Berseleranya..

Sesampai di rumah Uncle Rajoo; saya,cakna,farouk,eastmael, aizatlegendz dan kembara disambut riang oleh ahli keluarga Uncle espcially si Arin anak lelaki keluarga ini. memang kami dah rapat dengan family nie cuma tak pernah la sebelum nie datang 'beraya' kat umah. Apatah lagi nak makan. Tapi, bagi saya dakwah bukan sekadar 'give' bahkan dakwah itu suatu proses 'give' dan 'take'. Kalaulah dia boleh menghormati agama kita, masakan pula kita tidak. Malah nabi SAW pernah bersabda; Sesiapa yang menyakiti mereka (kafir zimmi) maka dia seolah-olah menyakiti aku!

Rileks cakna.. Banyak lagi kat dapur tue..

Apa yang menariknya ialah; Family Uncle nie memang tahu batas-batas pergaulan bagi orang Islam. Semasa bersalam-salaman, si Aunty tak hulur tangan pun dengan kami sbb dia tahu Muslim lelaki tak boleh salam dengan org perempuan. Malah, anak-anak gadisnya berlarian ke dapur dan malu-malu melihat kehadiran kami. Terdetik juga di hati saya; kekadang gadis india lagi baik berbanding gadis melayu. Masakan tidak, tengoklah time Hari Raya siap boleh peluk-peluk lagi bila sambut rakan-rakan yang bertandang ke rumah. Mesra konon!

tosai.. pasti nak lagi..

Hmm.. Sedapnya hidangan yang Aunty bg nieh.. Sebelum mula makan, rasa seram sejuk juga sbb ialah first time kan.. Rasa nak bertanya juga, apa benda yang dihidangkan nie kan.. Alhamdulillah, cakna dengan nada berseloroh; Uncle, ini ayam potong kepala punya kan?.. Ya,ya; habis sahaja uncle mengiayakan, saya meninggalkan ketakutan di belakang lalu menyuap makanan ke mulut.=) Fuh, sedap juga ya.. macam makan kat kedai-kedai mamak la pulak.. Apalagi, dahlah tak sarapan pagi tadi.. 3 pinggan nasi tambah macam tak cukup-cukup lagi.. Begitu juga dgn eastmael dan cakna.. Kami bertiga cukup berselera. hehe.. Ini macam lebih-lebih la pula.. kata nak ambik syarat jer.. huhu.. Kembara mengingatkan.(",)

Nie namanya itteli.. Entah saya sebut ITALY jer.. huhu

Kalau pasal kari.. Aunty memang POWER!

Nie ayam potong kepala ek.. Maksudnya; ayam yang disembelih..

Alhamdulillah; habis juga nasi saya.. Nie gambar pinggan saya yang ketiga. huhu

Marukku malliii...

Cakna memang kuat bergurau.. Sebelum balik, sempat lagi cakna menguji Aunty; Aunty kalau kami bungkus boleh ke?.. Eh cakna; ingat nie kedai mamak ker? Saya berbisik kpd cakna sambil mencubit pahanya.. Tapi dalam hati kata; ok juga.. huhu. Maka, kami pun pulang dengan membawa ole-ole marukku dari family Uncle Rajoo buat bukti 'rehlah' kami ini dengan sahabat-sahabat lain yang tidak berkesempatan.

Alhamdulillah, moga ianya bakal menjadi pengikis sindrom phobia diri ini untuk mendekati mad'u dalam konteks hubungan kemanusiaan. Kerana manusia itu saling berhubung dan pasti perhubungan perlukan interaksi serta kepercayaan. Bila sifat percaya ada dan interaksi sudah tersedia maka mudahlah risalah dakwah disalurkan..

ISLAM FOR ALL

MENGUCAPKAN TAHNIAH PERAYAAN NON MUSLIM

Islam telah memberi kepada umatnya dua hari raya, iaitu hari raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha.

Didalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, berkata Ia;

Maksudnya;
“sampai Rasulullah SAW akan Madinah, bagi mereka dua hari yang mereka bergembira padanya. Lalu bertanya (Rasulullah SAW), apakah dua hari ini?. Mereka menjawab, dua hari yang kami bergembira padanya semenjak Jahiliyyah. Lalu bersabda (Rasulullah SAW), Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dengan kedua-dua hari ni dengan yang lebih baik, iaitu Aidil Adha dan Aidil Fitri”[1]

Dari hadis ini, dengan jelas Rasulullah SAW mengatakan bahawa perayaan Islam sahaja yang lebih baik dari perayaan agama-agama yang lain.

Ekoran dari itu, apakah pula hukum berkenaan dengan mengucapkan tahniah kepada perayaan mereka?

Sebelum dibahas lebih lanjut, ingin difahami, perayaan itu terbahagi kepada dua, iaitu perayaan yang berbentuk ibadat dan adat.

Sekiranya berkompromi dengan perayaan yang berbentuk adat, maka itu dibenarkan, ini kerana, adat bukanlah sesuatu yang berbentuk penyembahan, Seperti hari kemerdekaan, hari pekerja dan sebagainya[2].

Kebenaran yang Islam berikan adalah kerana berasaskan hubungan kemanusiaan. Maka dengan demikian, tidak menjadi satu kesalahan, bersama-sama dengan mereka dalam merayakan perayaan tersebut.

Antara dalil yang boleh diketengahkan adalah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bahawa Asma’ binti Abi Bakar telah berjumpa Nabi SAW dan bertanya, Ya Rasulallah SAW, Sesungguhnya Ibuku berjumpaku untuk memberi hadiah kepadaku, sedangkan dia masih musyrik. Apakah boleh menerima hadiah tersebut? Lalu jawab Rasulullah SAW, terimalah hadiah tersebut.[3]

Ini antara dalil untuk membenarkan menyambut perayaan bersama-sama dengan non muslim, selama perayaan itu berbentuk adat, bukan ibadat.

Adapun mengucapkan tahniah atas kehadiran perayaan yang berbentuk penyembahan atau ibadat, perkara ini telah dikhilafkan oleh ulama.

PANDANGAN IMAM IBNU TAIMIYYAH

Imam Ibnu Taimiyyah didalam kitabnya “iqtida’ as-Sirat al-mustaqim mukhalafah Ahl al-Jahim”, melarang keras atas berkongsi perayaan dengan kuffar, juga menghadiri majlis perayaan tersebut.

Antara alasan yang dikemukakan adalah firman Allah;

Maksudnya;
“dan mereka yang tidak menghadiri majlis kejahatan/kebatilan”

(surah al-Furqan : 72)

Imam Ibnu Abbas mentafsirkan maksud dengan majlis kejahatan adalah majlis kebatilan[4].

Adapun Mujahid, Rabi’ bin Anas dan Al-Qadhi Abu Ya’la, mereka berpendapat, maksud dengan menghadiri majlis kejahatan dalam surah furqan adalah menghadiri majlis perayaan musyrikin[5].

Imam Ibnu Taimiyyah juga beranggapan, menghadiri perayaan musyrikin dikira sebagai menyalahi maksud firman Allah[6];

Maksudnya;
“tunjuklah kami jalan yang lurus, jalan yang telah engkau beri nikmat, bukan orang yang dibenci dan bukan orang yang sesat”

(surah al-Fatihah : 6-7)

Didalam kitab itu juga ada menyebut, kebanyakan ulama bermazhab Hanafi berpendapat, menjadi kufur kepada mereka yang menyerupai kuffar pada perayaan dan pakaian mereka.[7]

Mengucapkan tahniah dengan kehadiran perayaan musyrik bermakna mengiktiraf agama mereka, maka dengan itu ianya menjadi haram, ini kerana, Islam adalah satu-satunya agama yang terbaik berbanding dengan agama-agama yang lain.

Firman Allah;

Maksudnya;
“Sesungguhnya Agama disisi Allah adalah Islam”

(surah al-imran : 19)

Kesimpulan dari ulasan di atas, sudah memadai difahami, pandangan Imam Ibnu Taimiyyah menyatakan bahawa meraikan, menghadiri majlis, mengucapkan tahniah dengan perayaan bukan Islam merupakan satu perbuatan haram yang boleh mengugatkan aqidah.

PANDANGAN DR YUSUF AL-QARADHAWI

Dr yusuf Al-Qaradhawi merupakan seorang ulama moden yang agak lembut pandangannya.

Didalam kitabnya, “al-fatawa al-maasarah”, beliau membenarkan mengucapkan tahniah dengan kehadiran perayaan agama-agama yang lain dari Islam.

kebenaran itupun sebenarnya tertakluk kepada niat kita yang meletakan atas alasan hubungan kemanusiaan[8], bukan mengiktiraf agama mereka.

Antara dalil yang diketengahkan;

Firman Allah;

Maksudnya;
“Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa)”

(Surah Al-Nisa’ : 86)

Dan juga, hadis yang pernah menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah menerima hadiah dari golongan non muslim, seperti Muqauqis iaitu raja Mesir, tetapi penerimaan hadiah tersebut didasarkan kepada syarat, iaitu tidaklah hadiah tersebut dari benda yang haram dimiliki oleh orang Islam, seperti arak, daging babi dan sebagainya[9].

SIKAP KITA TERHADAP KHILAF

Melihat kepada ulasan di atas, tidak dinafikan bahawa perbincangan tentang mengucapkan tahniah dengan kehadiran perayaan agama yang lain dari Islam merupakan perkara yang di khilafkan di kalangan ulama.

Khilaf yang berlaku selayaknya dihadapi dengan toleransi dan tidak perlu berlaku perbalahan dan berkeras mempertahankan pendapat masing-masing.

Walaubagaimanapun, dalam keadaan sebegini, sebolehnya, kita perlu mengelak diri dari melakukan perkara yang boleh jatuh kepada haram, lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan aqidah, walaupun ianya sesuatu yang khilaf.

Kaedah fiqh ada menyebut;

Maksudnya;
“Keluar daripada khilaf adalah digalakan[10]”

Maksudnya, sekiranya pendapat A mengatakan haram dan pendapat B mengatakan harus, maka sebaik-baiknya kita memakai pendapat B. walaubagaimanapun, kemungkinan disebalik menggunakan pendapat B itu boleh merugikan dari beberapa sudut, maka gunakan kepandaian dan kecerdikan kita untuk meraikan keadaan tersebut.

Misalnya, dalam isu mengucapkan tahniah dengan kehadiran perayaan Hindu. Mengucapkannya adalah khilaf dikalangan ulama, maka lebih baik tidak mengucapkannya dari mengucapkannya, kerana dibimbangi jatuh kepada pendapat yang mengatakan haram.

Tetapi, didalam masa yang sama, dibimbangi berlaku jurang antara non muslim dan muslim dalam melaksanakan tugasan dakwah, maka berusahalah sedaya upaya atau kecerdikan kita dalam keadaan tersebut, seperti kita menjawab “terima kasih” atau “ok” atau sebagainya, ketika kawan kita dari non muslim itu mengucapkan kepada kita “happy depavalli”.

Disamping itu juga, jika kemaslahatan dakwah lebih mendapat keuntungan dengan menyebut “Happy Depavalli”, maka tidak ada salahnya kita mengambil pendapat ulama yang membenarkan ucapan tahniah dengan kehadiran perayaan mereka.

PENUTUP

Islam adalah agama yang unik. Keunikan itu terdapat kerana Islam adalah agama langit yang diturunkan oleh Allah SWT. Dengan demikian, mana mungkin Islam menafikan hak kemanusiaan antara muslim dan non Muslim. Bahkan, jika dilihat dari nas Islam, didapati Islam memberikan hak kepada Non Muslim.

Firman Allah:

Maksudnya;
“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil”

(Surah Al-Mumtahinah : 8)

Non Muslim pada asalnya adalah adik beradik kita yang berbapakan Adam AS dan Hawa. Pun begitu, disebabkan penyelewengan terhadap Islam itu berlaku, menyebabkan timbulnya manusia yang tidak menyembah Allah.

Jurang antara muslim dan non Muslim berlaku, apabila muslim sendiri tidak ”bijak” dalam berdakwah. Dalam keadaan inilah, selayaknya perlu difikirkan cara yang terbaik untuk merapatkan jurang antara Muslim dan Non Muslim bagi menyampaikan mesej Islam ini.

Sekian

Al-Bakistani
http://one-g.blogspot.com

abu_abdillah_azzam@yahoo.com

[1] Al-Mustadrak ‘Ala Sahihain, karangan Muhammad bin Abdillah Abu Abdillah Al-Hakim An-naisaburi (1/434) hadis no :1091.
[2] Al-Fatawa Al-maasarah, Karangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi (3/673)
[3] Al-Fatawa Al-Maasarah, Karangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi (3/ 671)
[4] Tanwir al-Miqbas min tafsir Ibni Abbas (1/305)
[5] Iqtida’ as-sirat al-mustaqim mukhalafah ahl jahim, karangan Imam Ibnu Taimiyyah (1/181)
[6] Iqtida’ as-sirat al-mustaqim mukhalafah ahl jahim, karangan Imam Ibnu Taimiyyah (1/181)
[7] Iqtida’ as-sirat al-mustaqim mukhalafah ahl jahim, karangan Imam Ibnu Taimiyyah (1/135)
[8] Al-Fatawa Al-Maasarah, karangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi (3/672)
[9] Al-Fatawa al-maasarah, karangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi : (3/672)
[10] Perbahasan kaedah-kaedah Fiqh, karangan Ust Abd latif Muda dan Ustz Rosmawati Ali : m/s 366.

10 Muwasafat Tarbiyah

SIRI I

10 Muwasofat merupakan ciri-ciri utama pembinaan seorang kader dakwah. Dari detik pertama seseoarang itu menjejaki alam tarbiyyah, dia tidak dapat di pisahkan dengan pembinaan muwasofat-muwasofat ini sehingga dirinya terus di baluti oleh Islam yakni menjadi individu muslim yang unggul. Berikut merupakan sedikit pendetailan terhadap 10 Muwasofat.

Berkata Iman Hassan Al-Banna ketika melalui marhalah ini 'Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami'

1. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

  • Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
  • Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
  • Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

Pendetailan Ciri:

Tidak menjampi kecuali dgn al-Quran yg ma’thur

Tidak berhubung dengan Jin

Tidak meminta bantuan dari orang yg meminta bantuan jin

Tidak menenung nasib

Tidak mendekati tukang tilik

Tidak mengusap kubur

Tidak meminta bantuan dari simati

Tidak bersumpah dgn selain Allah

Tidak mempercayai adanya sial

Mengikhlaskan amal kerana Allah

Mengimani rukun-rukun Iman

Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat

Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh

Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yg di turunkan selain Allah swt


2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

  • Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
  • Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
  • Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

Pendetailan Ciri:

· Tidak menolak utk azan

· Bersuci dgn sempurna

· Sangat menghargai solat berjemaah

· Sangat suka berjemaah di masjid

· Memperbaiki mutu solat

· Qiamullail seminggu sekali

· Menunaikan zakat

· Berpuasa wajib

· Berpuasa sunat sehari setiap bulan

· Ada niat utk menunaikan haji

· Beriltizam dgn adab-adab tilawah

· Khusyuk ketka membaca al-Quran

· Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran

· Berdoa pada waktu-waktu yg diutamakan

· Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar

· Menjadikan setiap amalan mempunyai niat

· Menjauhi dosa-dosa besar

· Sentiasa membaca zikir pagi

· Sentiasa membaca zikir petang

· Mengingati Allah swt pada setiap situasi

· Menunaikan Nazar

· Menyebarkan Salam

· Menahan anggota dari perkara haram

· Beri’tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang

· Menggunakan sugi/siwak

· Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin


3. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

  • Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.

Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

Pendetailan Ciri:

· Tidak takabbur

· Mempunyai pendirian

· Tidak menipu

· Tidak mencaci

· Tidak mengadu domba

· Tidak mengumpat

· Tidak berdusta

· Tidak mengejek

· Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan

· Tidak berkawan dgn orang yg berkelakuan buruk

· Mengasihi orang yg lebih muda

· Menghormati orang yg lebih tua

· Menunaikan janji

· Menundukkan pandangan

· Menjaga rahsia

· Menutup dosa orang lain

· Cemburu terhadap isteri

· Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya


4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

  • Walaupun kaya, perlu bekerja.
  • Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
  • Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
  • Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
  • Menjauhi riba dalam semua lapangan.
  • Menyimpan untuk waktu kesempitan.
  • Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
  • Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

Pendetailan Ciri:

· Mejauhi pekerjaaan yang haram

· Menjauhi riba

· Menjauhi judi

· Menjauhi penipuan

· Menunaikan zakat

· Membuat simpanan walaupun sedikit

· Tidak menangguh-nagguhkan tugasan yg diamanahkan

· Memelihara harta awam

· Memelihara harta peribadi

Melabuhkan Tirainya



Sem ini hampir melabuhkan tirainya... Tinggal beberapa hari lagi.. Terkenang kesilapan dan kelemahan... Apakah ilmu yang telah aku dapat sepanjang sem ini?

Sem ini mempunyai 'class' yang tersendiri dalam mewanai hidup ku sbg seorang pelajar. Sem ini amat bermakna dan banyak mengenalkan aku erti sebuah kegagalan.

Ianya tidak mudah ditempuhi tapi tidak mustahil untuk diatasi!!!

Kegagalan adalah permulaan sebuah kejayaan.

Memang ada kebenaran kata-kata ini. Kadang-kadang kegagalan lebih manis daripada sebuah kejayaan kerana pada saat kita menempuh kegagalan maka seluruh anggota akn digerakkan untuk mengatasinya.

Moga kita semua dapat muhasabahkan diri. Harapan ku moga Allah menerima segala amal ku sem ini sebagai salah satu jihad dijalanNya. Amin...

Tuesday, October 28, 2008

Ukhuwwah Bahasa Yang Sukar Diterjemah



" Kpd shbt2 mantan .... ana minta maaf kpd antum spjg pershbtn kita telah menempuh liku-liku perjuangan. Saat sukar dan senang. Saat2 kita bermesyuarat, teguran dan kata-kata sahabt cukup memberikn kesan pd ana spjg kepimpinan kita. Ukhuwwah kita ada class yg tersendiri. Cukup t`kesan dhati ana. Ana xdpt kawal air mata ana. jadi sbg perkongsian bt shbt2. Moga ukhuwwah kita terus t`jalin selepas ini. Doakn ana agar tabah dan cekal m`harungi hari2 mendatang yg lbh m`cbr....."

Ukhuwwah adalah bahasa yang sukar utk digambarkan. Ianya bukan semudah dgn kata-kata. Tapi ia dirasai olh org yg berukhuwwah. Ukhuwwah kerana Allah.

Malam ketika bertolak balik, ana termenung dan tanpa ana sedari air mata mula keluar membasihi pipi ana. Dengan pemandangan lampu ditepi jln dan pokok-pokok menambah kesayuan dan keheningan dihati ana. Ketika itu, ana menoleh ke belakang. Ermmm hampir semua terlena dbuai mimpi keletihan.

Tapi ana terus dbuai oleh rasa ukhuwwah itu. Satu demi satu memori diimbas. Seolah-olah ana ditayangkan detik-detik suka dan duka.

Memang rasa itu telah menguasai ana sehingga ana tak dapat melelapkan mata sehingga sampai.

Sepanjang setahun, kami saling kenal mengenal antara satu sama lain. Cuba memahami watak dan perangai masing-masing. Kadang-kadang rasa sakit hati, dan kecil hati tapi perasaan itu segera ana tolak kerana ana tahu perasaan ini hanya mainan syaitan dan nafsu. Virus-virus ukhuwwah mula ditusuk ke hati. Tapi dgn berbekalkan ilmu dan iman yang ada. Alhamdulillah rasa mahmumah itu berjaya diatasi.

Akhirnya, buat shbt mantan pimpinan sudilah kiranya ana hadiahkan sebuah sajak pd antum.

Dikala aku kesedihan,
antumlah yang mengembirakan,
dikala aku hilang keyakinan,
antumlah yang memberikan kata-kata semangat,
dikala aku kesunyian
antumlah yang mengisinya dgn cerita-cerita mrk berjuang.




Saturday, October 18, 2008

Tuesday, October 7, 2008

Kisah Teladan Buat kita semua bergelar anak

Di kala kita bersuka ada insan yg berduka

Dikirim pada oleh HermanSamsudeen

Sebuah kisah sedih dari anak remaja yang menjadi mangsa kezaliman ISA. Sudah tujuh tahun ayahnya di ISAkan…bagaimanakah raya kali dapat mereka tempuhi….sayu…bantulah mereka…

Aku menuju ke peti surat dan mengambil dua keping kad Raya yang dihantar oleh suami yang masih ‘disimpan’ oleh Hamid Albar di Kem Kamunting. Satu untuk ku dan satu untuk Suhaib.

Jariku terlalu ingin untuk mengoyak dan membaca isinya tetapi segera disergah oleh Suhaib yang akan di hantar ke sekolah untuk program iktikaf dan mukhayyam.

“Ummi, kita baca kad dalam kereta saja lah, dah lewat ni..,” kata-kata itu mematikan segala keinginan tersebut.

Aku memandu agak perlahan. Suhaib yang kelihatan agak ceria, memasang memasang radio dan sesekali tersenyum mendengar celoteh DJ bertugas.

“Bacalah kad yang abah kirim tu” kataku sambil menjeling padanya yang tersandar disebelah ku. Dia segera mencapai envelope putih bersaiz 4 x 8 inci itu mengoyakkan kulit dan mengeluarkan isinya. Sebuah kad raya yang manis warnanya, coklat dengan kombinasi keemasan.

Suhaib membaca seketika, tapi kemudian segera meletakkan kad itu di dalam laci dashboard.

Wajahnya tiba-tiba muram dan muncungnya kelihatan agak panjang.

“Kenapa ni? Apa yang abah tulis? Abah marah Suhaib ke” tanya ku bertalu-talu.

Suhaib mendiamkan diri. Wajahnya dihalakan ke arah tingkap sebelah kiri.

Aku sudah masak benar dengan sikap orang bujang di sebelahku ini. Malas nak layan. Kami berdua sama-sama membatukan diri.

Perjalanan dari Keramat ke Gombak terasa begitu lama sekali. Tiba di laman sekolah, Suhaib segera menghulurkan tangan, bersalam dan mencium tanganku.

Aku ingin mencium pipinya tetapi cepat-cepat dia memalingkan wajahnya. Aku perasan hidung dan matanya merah sedikit.

Tanpa sepatah kata, terus saja dia membuka pintu kereta dan berjalan meninggalkan ku yang masih termangu-mangu.

Aku mencapai kad raya di laci kereta dan meneruskan perjalanan menghala ke Hulu Kelang. Aku cuba membaca kad Raya itu,tetapi tulisan yang agak halus itu menyukarkan aku memahami isi kandungannya.

Aku memberhentikan kereta di tepi jalan dan melihat kad itu semula.

“Suhaib, di Hari Raya ini, abah mohon jutaan maaf kerana sejak tujuh tahun yang lalu, abah tak pernah belikan baju Raya dan kasut baru untuk Suhaib. Abah juga terlalu ingin untuk membawa Suhaib ke kedai dan membeli barang-barang yang Suhaib suka.

“Abah juga minta maaf kerana tidak dapat membesarkan Suhaib dan memberi didikan yang baik sepertimana bapa orang lain. Abah terlalu rindu untuk bersama-sama Suhaib dan Umi dan menyambut Raya macam orang lain…..”

Ohhhh! Inikah ucapan yang menyebabkan Suhaib muncung macam ikan todak. Aku pun terasa sayu juga membaca ucapan itu.Air mataku sendiri bergenang. Nasib baik aku sedang bersendirian di kereta.

Pada ketika itu, aku hanya mampu berdoa supaya kezaliman ISA segera di angkat dari keluarga kami. - mr

There was an error in this gadget