Sunday, January 31, 2010

Keputusan Pilihanraya Kampus: Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia 2009/2010

Keputusan Pilihanraya Kampus: Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia 2009/2010

Kerusi Umum:

1. Muhammad Zaki Bin Omar - 7837
2. Nor Amanina Binti Ab Rahim - 7335
3. Mohd Rozi Bin Harun - 6778
4. Muhammad Miqdad Bin Che Mohd Rozi - 6360
5. Nur Syazana Binti Azahar - 5992
6. Ahmat Rajab Bin Khairul Yusri - 5899
7. Muhammad Uzair Bin Azizan - 5739
8. Farah Hanim Mohd Dexter Howell - 5729
9. Yin Leang Huat - 5659
10. Siti Mariam Abdul Lathiff - 5655

Kerusi Fakulti:

Fakulti Alam Bina:
1. Nurfatin Aqilah Binti Mohd Yusof -547
2. Noor Aimran Bin Samsudin - 503
3. Mohd Ainuddin Bin Khairuddin - 403

Fakulti Biosains Dan Biokejuruteraan:
1. Iezzat Emeer Bin Affandi - 189
2. Nor Hafiza Binti Omar - 183
3. Khairina 'Izzati Binti Amir Hussain - 149

Fakulti Kejuruteraan Awam:
1. Siti Amirah Binti Basirun - 683
2. Nurulhayati Bte Md Yusoff - 645
3. Mohd Affendi Bin Ismail - 621

Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan:
1. Ng Ken Hoo (menang tanpa bertanding)
2. Jihan Atikah Binti Md Jalani (menang tanpa bertanding)
3. Nazirahhanim Binti Sharipudin (menang tanpa bertanding)

Fakulti Kejuruteraan Elektrik:
1. Nur Azim Fahada Bin Ahmad - 870
2. Ku Abd Muhyi Bin Ku Abd Hamid - 841
3. Umi Kalsom Binti Mohamad Yusof - 633

Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli:
1. Izam Ikhwan Bin Kamaruddin - 918
2. Nor Aida Binti Yusoff - 713
3. Ahmad Syairazi Bin Rasid - 653

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal:
1. Muhammed Amirul Asyraf bin Hasnan - 822
2. Mohd Fadzli Bin Ismail - 818
3. Nurul Fatiha Binti Mesbah - 805

Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi:
1. Wan Ahmad Hazwan Bin Wan Daud - 545
2. Nur Syahida Binti Anuar - 472
3. Chew Jian Long - 467

Fakulti Pendidikan:
1. Mohd Sharhan Bin Abu Bakar - 636
2. Anis Bin Abd Wahab - 622
3. Ummu Sulaim Binti Osman - 542

Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia:
1. Berlina Dolores Doyou - 885
2. Mohd Hazizi Bin Ishak - 644
3. Loke Wei Kit - 458

Fakulti Sains:
1. Nurul Khalida Binti Hidzir - 772
2. Iskandar Zulkarnain Bin Mohamad Idris - 744
3. Lee Wei Bin - 540

Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat:
1. Mohamad Ariff Bin Makhfudz - 534
2. Nur Aqilah Binti Sabri - 529
3. Chaw Sau Shen - 463

Kampus UTMKL
5 Orang calon bebas telah menang tanpa bertanding


**Nota:
Pro Mahasiswa - 18 Kerusi
Evolusi mahasiswa - 28 kerusi
Bebas - 5 Kerusi

Friday, January 29, 2010

Tinggal Kenangan:Pilihanraya Kampus 2010

alhamdulillah... segalanya telah berlalu dengan jayanya...

sukar untuk tulis.. Hanya org yang betul2 terjun dlm lautan keletihan itu yg merasai kenikmatan Pilihanraya Kampus kali ini...

walaupun kdg2 terpaksa akur dengan kelemahan diri... namun kita buat yang terbaik utk perjuangan ini...

ingatlah shbt... apa2 yg kita buat sepanjang pilihanraya kampus baru2 nie merupakan zikir dan ibadat kita kpd Allah swt...

bahkan ianya lebih mulia drpd kita menadah kitab!!!

sebab apa saya katakan demikian???

tadah kitab utk kepentingan diri kita semata-mata... tapi apa yang kita buat baru ini adalah memberikan kefahaman, kesedaran dan penjelasan maka kita melibatkan lebih ramai org awam...

mahasiswa harus bangkit... ilmu dan mahasiswa tidak dapat dipisahkan...

intelek dan mahasiswa.... idealisme dan mahasiswa... semua ini tidak dapat dipisahkan drpd mahasiswa...

kita celikkan mata yang sebelum ini rabun atau buta dgn sekililingnya...

kita ketuk hati dan jiwa dia....

kita gegarkan hatinya... marilah lihatlah kebenaran...

apakah ush itu tidak mulia???

lupakah shbt akan sajak Abdullah Al-Mubarak kepada seorang shbt yang sedang beribadah dihadapan kaabah sambil menitiskan air mata....

Kata Abdullah al-Mubarak... " debu-debu yang melekat pada kaki kuda mereka yang berjuang dijalan Allah lebih mulia berbanding tangisan itu..."

Kenapa begitu??? Saudara kena cari jwpnnya...

Bukan ana menafikan kepentingan ilmu...

seterusnya shbt sekalian.... nasihat saya kpd kita semua marilah kita rapatkan saff kembali...

lihatlah apa hadaf (matlamat) kita dihdapn....

Kaji semula apakah rukun FAHAM dalam risalah taalim betul2 kita sudah hadam???

ilmu Aqidah perlukan praktikal... Ianya bukan teori semata-mata...

Dlm ilmu aqidah.. kita belajar hanya kepada Allah tempat kita berharap...

tapi bagaimana aplikasinya???

Aplikasinya marilah kita insafkkan diri kita dlm perjuangan ISlam....

Kerana perjuangan Islam tidak mudah... Kita diugut... Dicaci... Dikatakan Pengkhianat...

dikala itu barulah dtg keyakinan dlm diri bhw Allah betul2 jadi tempat pergatungan kita...

Ada shbt kita yang Pengetua telefon parentsnya... ugut parents supaya nasihat anaknya.. anaknya akan dibuang universiti dll...

Maka pd ketika itu pd sapa kita mengharapakan kekuatan???? Tidak lain tidak bukan hanya pada Allah swt...

Sebab itu shbt sekalian... kita kena bljr drpd kisah para shbt...

sekalian itu kali nie... keletihan masih terasa dlm diri ini... Semoga Allah membalas jasa dan keringat shbt dlm memberikn kefhman kebenaran kpd rakan2 mahasiswa lain...

Wednesday, January 27, 2010

Pendedahan Eksklusif : Evolusi disebalik tabir.

SURAT TERBUKA BUAT AYAHANDA NAIB CANSELOR SEMPENA PILIHANRAYA KAMPUS (PRK)

AUTONOMI UNIVERSITI YANG DICEMARI : MOHON PENJELASAN

1. Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa syukur saya panjatkan ke atas Ilahi atas limpah rahmat serta kasih sayangNya kita masih lagi dikurniakan pelbagai limpahan nikmat di bumi UTM yang tercinta ini.

2. Saya yakin dan percaya kehadiran surat ini mungkin akan mengundang sedikit rasa kecewa diperingkat Dato’ disebabkan selaku anak saya merasakan ianya agak kurang beradab untuk berbicara dalam ruang sesempit ini. Namun saya lebih yakin bahawa Dato’ akan lebih kecewa apabila melihat sendiri gelagat serta tindakan sebahagian daripada penggerak dan pentadbir universiti yang cuba untuk memburukkan serta mencemarkan imej dan nama baik universiti.

3. Selaku penggerak utama Pro-Mahasiswa, saya merasa sedih dan kecewa dengan tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr. Mohad Anizu Bin Hj Mohd Noor ( Pengetua Kolej Rahman Putra) kepada salah seorang calon Pro-Mahasiswa yang mana dalam ucapan beliau banyak menyentuh soal pencemaran terhadap autonomi universiti oleh pihak-pihak luar serta mengajar dan mendidik tentang budaya politik kotor yang sememangnya bertentangan dengan politik nilai yang Pro-Mahasiswa perjuangkan.

4. Di sini disertakan bersama rakaman suara lebih kurang 40 minit[link] berkenaan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr. Mohd Anizu Bin Hj Mohd Noor ketika bertemu dengan salah seorang calon Pro-Mahasiswa.

5. Antara kenyataan yang perlu diberi perhatian serta mendapatkan penjelasan terperinci daripada pihak pentadbiran Universiti Teknologi Malaysia setelah mendengar rakaman tersebut adalah seperti berikut :

5.1 AUTONOMI UNIVERSITI YANG DICEMARI

10 : 14 - “Dahulunya tak ada pengaruh luar, bila masuk pengaruh luar ada pemimpin-pemimpin di dalam kampus ini yang terpengaruh dengan pengaruh luar cuba bentuk satu kumpulan baru, sebab tu dulu tak ada aspirasi…”

13 :40 – “ menang diorang nih (PMI) sebab tu universiti tak dibagi apa…setiap universiti yang menang dianggap pembangkang dimana-mana kampus, org UMNO akan bersuara, apa tu pembangkang menang di kampus nih, jangan bagi apa-apa pada mereka…mereka menentang kerajaan..sebab tu lah kita tak dapat apa-apa, kita yang terakhir dapat stadium…”

14 : 08 – “ Jika Pro-M nih menang UTM akan mundur laa…ya, mungkin kerajaan..itu orang kata dasar kerajaan mana-mana sekalipun…”

15 : 00 –“ Budak-budak Pro-M kalau menang nanti kerajaan stop stadium ni apa awak nak ?..”

15 : 38 – “ Sebab tu saya kata kalau menang Pro-M, kita tidak akan dipandang oleh kerajaan..”

27 : 30 – “ Sama-sama..sebab dah mula ada pembangkang, sebab itu kita sendiri UMNO tu dia prihatin dengan pilihan raya kampus..ha…dia prihatin sebab kalau ada pembangkang habis kita..sebab tu la UMNO..memang saya akui UMNO pun support kita(Evolusi)…”

16 : 02 – “kerajaan memang bagi arahan, ya bagi jugak sebab…lima tahun lepas tu pernah dia kutuk UMNO..ahh NC, dia melibatkan sendiri kekalahan aspirasi menyebabkan NC jatuh, TNC NC jatuh, sebab dikira gagal menguasai pelajar…”


5.2 CAMPURTANGAN PENGETUA DALAM PERCATURAN PILIHANRAYA KAMPUS & DEMOKRASI MAHASISWA DITINDAS

8 : 06 – “ Jika awak berada di sebelah sana, awak tak bersama saya lah..sebab tu saya cakap, orang yang bersama saya saja akan dilantik jadi JKM…”

9 : 40 – “ Itu kuasa pengetua, pengetua buat apa yang patut..sebab awak berada di pihat satu lagi, awak tak bersama saya..saya,macam saya cakap tadi,calon-calon saya nih calon Evo..kalau awak nak bertanding mungkin awak nak menang…saya calonkan awak calon Evo..calon bersama pengetua…”

10 : 32 – “ Kira Aspirasi nih bawah pengetua lah..calon-calon aspirasi tu semua bawah pengetua..maknanya calon-calon kamilah..”


5.3 MENGANJURKAN AMALAN POLITIK KOTOR

12 : 07 –“ Kalau aktif kamu dapat kuota, tu macam tak professional..betul tu tak professional tapi orang kata nih hakikat, di luar sekalipun..di luar contoh..pasti dimana-mana pun di luar memerintah negeri pasti dah dia akan cantas parti-parti yang lain…kalau contoh BN perintah, semua org2 PAS dalam tu, contoh cikgu-cikgu kena pindah jauh”

32 :53 – “ Sebab tu wujudnya unsur kronisme, sebab orang ni je yang boleh bekerja dengan kita..takkan dia nak amik orang-orang…”

39 :08 – “Kalu awak bertanding untuk saya..Kita akan bagi support sepenuhnya,kolej akan bagi support, modal..”

6. Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan ini membuktikan sememangnya wujud campur tangan pihak politik terutama UMNO dalam mencatur kedudukan serta perjalanan universiti itu sendiri yang sepatutnya menjadi taman akademik melahirkan golongan intelektual yang terhindar daripada pengaruh kotor sebegini. Keadaan ini bukan sekadar menggugat autonomi universiti malah memberi kesan yang buruk kepada warga kampus itu sendiri khususnya mahasiswa. Saya selaku wakil mahasiswa amat kecewa dengan campurtangan politik khususnya UMNO yang mengganggu gugat perjalanan universiti.

7. Kami Pro-Mahasiswa mewakili suara seluruh mahasiswa kampus UTM amat-amat menantikan jawapan penjelasan dari pihak ayahanda NC andai sekiranya kenyataan yang dikeluarkan ini adalah tidak benar dan bercanggah dengan amalan universiti selama ini. Ini kerana, kami melihat perkara ini sebagai suatu masalah yang serius dan mampu mencemarkan nama baik universiti.

8. Sekiranya kenyataan yang dikeluarkan ini bercanggah dengan amalan universiti, saya amat berharap agar satu tindakan tatatertib dikenakan terhadap pihak yang terlibat. Ini kerana, kes seperti ini dilakukan secara berulang oleh orang yang sama. Saya menyarankan agar saksi yang terlibat dalam rakaman ini dijemput bersama untuk memberikan keterangan secara rasmi. Sekiranya pihak universiti gagal untuk menyelesaikan masalah ini, kami diperingkat Pro Mahasiswa akan cuba bawa perbincangan kes ini ke luar melalui khidmat guaman dan beberapa badan berkaitan yang akan cuba kami aturkan agar mahasiswa tidak lagi diperlakukan seperti ini.

9. Saya yakin dan percaya, UTM bukan sahaja mahu melahirkan mahasiswa yang memiliki daya intelektual dan sifat integriti yang tinggi, malah UTM juga mahu melahirkan kakitangan dan pentadbir yang berkualiti serta amanah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Universiti yang bersih serta tidak tercemar dengan amalan budaya membudakkan mahasiswa akan disanjung tinggi.

10. Akhir kalam, saya mewakili suara seluruh mahasiswa UTM meletakkan setingi-tinggi pengharapan pada Dato’ dalam usaha menjernihkan perkara ini. Harapan yang menggunung tinggi ini serta kerjasama yang diberikan oleh ayahanda Dato’ Naib Canselor kami dahului dengan ucapan jazakallahu khairan jaza’. Mudah-mudahan usaha sama yang dibuat menjaga kualiti serta integriti universiti ini member manfaat untuk jangka masa panjang.


Yang Benar,
MOHD AMIN BIN MOHD HAMAMI
Ketua Jentera
Pro-Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia
No.HP : 013-7143682

Wednesday, January 13, 2010

Lagi HAK MAHASISWA dipertikai...

UTM Skudai, 12 Jan - Seramai sebelas orang warga Kolej 11 terdiri daripada peserta PALAPES dan ahli JKM telah berjumpa dengan Ketua Jentera Pro-M, Saudara Mohd Amin Hamami semalam bagi menyatakan kerisauan mereka terhadap tindakan Pengetua mereka.

Kerisauan mereka timbul akibat ugutan yang dibuat oleh pihak pentadbiran kolej yang menyatakan akan mengenakan tindakan buang kolej dan digugurkan daripada PALAPES sekiranya mereka terlibat dengan jentera Pro-M.

Mereka mendakwa bahawa pengetua Kolej 11, Dr. Sulaiman bin Kadikon pernah memberi amaran kepada seluruh pelatih PALAPES dalam satu perjumpaan agar tidak melibatkan diri sebagai penggerak Pro Mahasiswa.Ironinya, pengetua juga telah mengumpulkan beberapa pelatih PALAPES dan ahli JKM untuk menjadi sebahagian daripada jentera penggera Evolusi Mahasiswa yang turut terlibat dalam Pilihan Raya Kampus yang akan datang.

"Kami berhasrat agar saudara Amin dapat berunding dengan Pengetua kami agar kami bebas memilih, dan bergerak di dalam jentera Pro-M" harapan mereka kepada Ketua Jentera Pro M.

Mereka juga berharap agar Amin dapat memperjuangkan isu ini supaya mahasiswa tidak lagi takut dan pengetua-pengetua lain tidak mengugut warga kolej mereka dengan ugutan sedemikian.Saudari Amin menerima kunjungan mereka dengan berbesar hati.

Beliau juga turut berasa bersimpati kepada nasib pejuang-pejuang mahasiswa yang ditekan oleh beberapa pihak."InsyaAllah kami akan cuba untuk berunding dengan beliau dan menggesa agar perkara ini tidak berlaku di pembukitan ilmu ini. Kami akan nyatakan pendirian kami tentang penglibatan pengetua dalam pilihanraya kampus" tegas beliau.

##ulasan Kembara Muslim: Sekadar nasihat kepada pengetua-pengetua kolej... Berikan KEBEBASAN dan HAK MEMILIH utk mahasiswa.. sampai bila nak sekat???

Sebenarnya, mahasiswa PELAPIS ini telah berjumpa dengan saya terlebih dahulu beberapa minggu lepas.. berbincang tentang hal yang sama. Mereka meluahkan apa yg terbuku selama ini dihati... Mungkin tiada tempat meluahkan perasaan agaknya...

Dahsyat2 juga cerita yang mereka kongsikan bersama saya...

Akhirnya, nasihat saya kpd mereka...

"Kamu diajar utk BERANI... Maka tunjukkan KEBERANIAN itu dlm mempertahankan PRINSIP. Sijil PELAPIS TIDAK ADA JAMIN KERJAYA MASA DEPAN yang MUTLAK... Ia hanya added value bukannya JAMINAN... "

Lantas mereka pun menyatakan kepada saya, mereka akan membuktikan KEBERANIAN itu..

Kita tunggu dan lihat...

KEMANISAN KEBENARAN akan berterus menjalar dalam urat nadi setiap mahasiswa masa kini...

Monday, January 11, 2010

Isu Kalimah Allah terus menBARA....

Isu kalimah Allah terus dipalukan oleh akhbar-akhbar perdana. Tidak kurang juga respon daripada orang perseorangan, badan-badan NGO Islam mahupun parti-parti politik. Lebih menarik lagi, golongan mahasiswa juga turut mengulas isu ini dalam Face Book ataupun blog. Ini suatu perkembangan yang sihat. Masyarakat kini tidak lagi mudah digula-gulakan oleh laporan drpd akhbar-akhbar perdana sahaja tetapi kemunculan media alternatif baru yang lebih bersifat segar dan ilmiah lebih mencorakkan minda.

Teruja melihat ulasan daripada adik Faiz Jamaludin dalam blognya. Disini….

Tidak kurang juga adik usrah Muhammad Ikram dalam FBnyya yang turut mengulas isu ini. Disini. Walaupun mereka berdua ini baru berada tahun 1 dalam pengajian namun kebolehan yang ada dalam diri mereka jangan diambil enteng.

Saya merasakan cukuplah ulasan yang telah diberikan oleh para ilmuwan mahupun politician. Cukuplah… langkah berdiam diri itu yang lebih baik buat masa kini buat mereka yang merasakan ilmunya cetek. Kerana bercakap tanpa ilmu akan menzahirkan kebodohan kita dlm mengulas isu ini...

Namun, apa yang saya ingin lontarkan adalah cukup kita lihat sekarang. Setakat pencarian saya tidak terdapat sebarang pun kenyataan dari pihak gereja atas isu ini. Bahkan ketika gereja dibakar pun tiada kenyataan balas oleh gereja. Setakat penulisan ini sudah 7 buah gereja yang menjadi mangsa.

Sekalung tahniah dan penghormatan saya ingin berikan kpd pimpinan PAS kerana telah menziarah gereja yang terbabit bahkan Tok Guru Nik Aziz telah menunjukkan akhlak yang terpuji apabila memberikan duit poket beliau kpd pihak gereja. Inilah dia dakwah merentas agama yg telah ditunjukkan olh TGNA.

Rakan mahasiswa perlu memahami siapakah dalang sebenar disebalik polemic ini? Selidikilah dgn MATA HATI. Islam tidak pernah mengajar umatnya membakar rumah2 peribadatan agama lain. Hujah dari ust Zaharuddin menjelaskan hal ini.

Akhirnya, insya Allah dlm masa terdekat tindkn proaktif drpd pihak PMI masih saya harapkn agar melakukan sst untuk menjernihkan situasi ini. Alhamdulillah,sempat melontarkan buah fikiran ini kpd pimpinan PMI dan saya yakin PMI mampu mengorak langkah yang lebih jauh kehadapan dlm mendepani isu2 agama seperti ini.

" ALLAH FOR ALL"

"ISLAM FOR ALL"

"ISLAM ADIL UNTUK SEMUA"

Saturday, January 9, 2010

KONVENSYEN PEMIKIRAN HASAN AL-BANNA DALAM MELAKAR AGENDA BANGSA

Sebagai sebuah NGO Islam, ISMA merasa amat terpanggil untuk mengemukakan pandangan dan kerangka fikrah dari perspektif yang bebas dan berasaskan kepentingan survival Islam dan umat Melayu. Oleh itu satu konvensyen pemikiran As-Syahid Imam Hasan Al-Banna akan diadakan pada bulan Januari 2010. Semua orang dijemput hadir.


TARIKH : 30 JANUARI 2010
TEMPAT : Dewan Universiti Tenaga Nasional Malaysia Bangi.
ANJURAN : IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA


OBJEKTIF

i. Memberikan kefahaman tentang manhaj perubahan Islam.
ii. Memberi kesedaran tentang kepentingan aspek Maqasid Syarak dalam menilai situasi politik semasa.
iii.Memberikan tasawur agenda perubahan yang jelas, praktikal dan berkesan.
Iv. Mengukuhkan kesedaran dan keyakinan mengenai pilihan penyelesaian Islam terhadap kemelut umat.


PEMBENTANG KERTAS KERJA

Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni
Naib Presiden II
Ikatan Muslimin Malaysia

Ustaz Hj Mohd Hazizi bin Hj Ab. Rahman
Timbalan Setiausaha Agung
Ikatan Muslimin Malaysia

Ustaz Hj Mohd Rusdi bin Hj Alias
Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia
Ikatan Muslimin Malaysia


Bayaran:

Perseorangan - RM50
Wakil Organisasi - RM100
Suami & Isteri - RM70
Pelajar - RM20

Thursday, January 7, 2010

Hak Bersuara Mahasiswa DiRAGUT!!!


This Page Cannot Be Displayed


Based on your corporate access policies, access to this web site ( http://promahasiswautm.blogspot.com/ ) has been blocked.

If you have questions, please contact your corporate network administrator and provide the codes shown below.


Notification codes: (1, BLOCK_DEST, BLOCK-DEST, http://promahasiswautm.blogspot.com/)

Kebebasan dan Hak Bersuara mahasiswa sekali lagi disekat dan diragut...

Terkejut... blog ProMahasiswa melalui wifi UTM telah diblock!!!

Tindakan yang tidak INTELEK lagi terkeji ini hanya akan membantut usaha pembudayaan Ilmu yang menjadi gagasan Naib Cancelor UTM.

Kenapa perkara ini boleh dalam kampus tercinta ini...

Rakan mahasiswa ada jawapan...

Kebenaran tidak melalui jalan yang mudah... Ianya PASTI dan PASTI disekat dan dihalang...

Tapi perjuangan ini ibarat air yangmengalir. Ia TIDAK akan berhenti. Lagi tersekat maka PENGARUHnya akan teus menyalar dalam darah anak muda UTM...

Kami MAHASISWA bukan orang yang boleh dibulikan sewenangnya...

Kami MAHASISWA akan terus bangkit menentang penindasan dan ketidakadilan ini...

Bangkitlah rakan sekalian...

Sedarlah.... Hak kita untuk mendapatkan maklumat diHALANG dan diSEKAT....

Jangan kita menjadi MAHASISWA BONEKA... Kita ada prinsip dan maruah...

Wednesday, January 6, 2010

Isu Kalimah Allah bertiup sepoi dibumi UTM

Laungan Allahu Akbar sekali lagi bergema di bumi UTM. Jika sebelum ini laungan tersebut bergema lantaran bantahan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) ke atas penindasan Israel ke atas rakyat Palestin. Tetapi kali ini, laungan yang sama digunakan oleh pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Evolusi Mahasiswa (EvoM) untuk menghantar isyarat mereka dalam bantahan penggunaan kalimah Allah untuk agama Kristian.

Saya tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut tentang perkara ini kerana saya bukanlah AHLInya. Rakan-rakan boleh membuka blog yang saya senaraikan ini untuk membaca pandangan mereka dalam mengulas isu ini. Kemudian timbanglah dan tetapkan pendirian masing-masing. Jadikan dalil dan hujah yang sahih sebagai pegangan kita sebagai seorang mahasiswa. Bukan sekadar luahan emosi yang tidak tentu pasal. Ingatlah akan firman Allah swt.

“Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.” (alHujurat:6)

#klik pada nama blog dibawah

Antara isu yang saya cuba ingin lontarkan kepada rakan mahasiswa sekalian untuk anda fikirkan adalah kita sebagai warga ilmuan, perlu menjadikan isu ini sebagai medan untuk kita berdiskusi dengan warga non-kampus yang bilangan mereka bukan sedikit dalam kampus ini. Sewajarnya MPP menyediakan pentas dan platform membuat penerangan kepada non muslim tentang isu ini. Dengan baki-baki masa yang ada untuk MPP gunakan sepenuhnya untuk kebaikan ISLAM dan warga kampus. (Anda masih mampu mengubahnya walaupun masa pembubaran semakin hampir.) Dengan tenaga kepakaran daripada Fakulti Tamadun Islam(FTI) boleh disinergikan kerana para sarjana daripada fakulti itu bukan calang-calang orangnya. Mereka boleh memberikan pandangan yang bernas dan jalan penyelesaian mengenai isu ini. Bukankah ini cara yang lebih intelek dan mahabbah? Bukan sahaja kepada warga muslim tetapi warga non muslim kampus.

Bukan sekadar menghantar surat bantahan melalui himpunan tersebut tetapi perkara yang lebih penting adalah bagaimana kita sebagai umat Islam menangani dan menguruskan isu ini dengan bijaksana. Memberikan kefahaman dan penjelasan itu lebih menampakkan kita sebagai umat Islam yang matang dan tidak mudah melata dengan provokasi daripada pihak musuh. Ini sekaligus dapat meruntuhkan sedikit demi sedikit tembok Islamphobia antara kita dengan warga non muslim.

Isu keduanya yang saya ingin bangkitkan adalah supaya isu ini TIDAK diambil kesempatan untuk kepentingan puak-puak tertentu. Berdasarkan pengamatan saya sepanjang himpunan yang dibuat oleh pihak EvoM dan MPP semacam ada niat tersirat disebalik himpunan tersebut (sempat lagi memperkenalkan calon). Buktinya, jika sekiranya MPP&EvoM betul-betul ikhlas dan berniat jujur dalam isu ini sepatutnya MPP&EvoM membuat pengumuman secara meluas sebelum himpunan ini dibuat. Ini untuk memastikan semua warga kampus dapat menyertai bantahan tersebut. Bukan sekadar mereka yang berbaju merah sahaja yang memonopoli himpunan itu. Hal ini disebabkan isu ini isu umat Islam… Bukan isu MPP&EvoM sahaja!!!

Seterusnya,saya ingin mempersoalkan layanan istimewa yang diberikan oleh pihak keselamatan sewaktu himpunan ini berlangsung. Pihak keselamatan lebih bersifat rasional dan matang dalam himpunan kali ini. Masih segar dalam ingatan saya bagaimana Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) telah melakukan himpunan aman untuk melahirkan rasa kekecewaan dan bantahan terhadap pembantaian tidak berperikemanusian Israel terhadap rakyat Palestin tetapi malangnya tidak mendapat layanan istimewa seperti EvoM.

Sebagai contoh Presiden PMI ketika itu Saudara Mohd Amin telah disoal siasat oleh pegawai keselamatan tidak kurang dari 2jam! Saya dan rakan-rakan lain bersama-sama beliau ketika itu. Tetapi kali ini pihak keselamatan universiti lebih bersifat lembut dengan tidak melakukan sebarang tindakan seperti merampas banner atau poster yang digunakan oleh peserta himpunan. Tidak dapat dipastikan kenapa tindakan berbeza kali ini. Adakah kerana himpunan kali dibuat oleh pihak EvoM maka ia di’restui’? Saya masih mencari-cari jawapannya.

Saya berani melontarkan perkara ini untuk menyeru kepada semua peringkat samada pihak pentadbiran mahupun mahasiswa supaya bertindak atas landasan keadilan dan kesaksamaan.

Terlalu banyak ayat Quran meminta supaya kita bertindak dengan adil dan saksama hatta dengan orang yang kita tidak suka (baca benci) sekalipun.

“Wahai orang-orang Yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang Yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan.” (al-maidah:8)

“Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan membawa kebenaran, supaya Engkau menghukum di antara manusia menurut apa Yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah Engkau menjadi Pembela bagi orang-orang Yang khianat.” (An-Nisa:105)

Hal ini yang amat dititikberatkan oleh rasulullah saw khususnya kepada mereka yang memegang kuasa atas muka bumi ini. Hatta dengan musuh Islam sekalipun Allah swt mengajarkan kita supaya berlaku adil. Lihatlah ayat ini,

“Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan Segala Yang haram (rasuah dan sebagainya). oleh itu kalau mereka datang kepadaMu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa Yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau Engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika Engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka Dengan adil; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil.” (al-Maidah:42)

Akhirnya, saya mengharapkan agar teguran dan lontar ini dapat memberikan sedikit sudut pandang yang berbeza kepada warga mahasiswa sekalian. Saya akhiri dengan sama-sama kita menghayati maksud ayat ini,

“Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai.” (al-a`raf:179)

Sunday, January 3, 2010

Mengapa Saya Menyokong ProMahasiswa (ProM)?


Tulisan kali ini saya ingin berkongsi kepada semua rakan mahasiswa mengapa saya menyokong ProM sebagai wadah perjuangan politik saya dikampus. Bahkan bukan sekadar menyokong tetapi turut sama mendokong perjuangan ProM. Walaupun saya sedia maklum TIADA sebarang IMBUHAN namun saya tetap memilih ProM. Sudah semestinya ini sesuatu yang menarik untuk saya kongsikan kepada rakan mahasiswa sekalian.

Namun, sebelum saya menyatakan hujah-hujah saya.. rasanya perlu saya jelaskan perkara yang lebih penting iaitu KENAPA kita perlu (sebagai mahasiswa) mempunyai sikap dan pendirian kita dalam politik kampus.

Dalam konteks Islam, politik merupakan sebahagian daripadanya. Tiada pemisihan antara Islam dan POLITIK. Sekiranya kita MENOLAK atau LARI dari politik, maka sedar atau tidak dia telah menjauhi ajaran Islam dari kehidupan kita. Buktinya…

"Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata." (al-Baqarah:208)

Sarjana Islam zaman lampau dan kini telah banyak menulis menulis perkaitan antara ISLAM dan POLITIK. Pernah seorang hakim Mesir lepasan Al-Azhar yang bernama Syeikh Ali Abdul Raziq di abad ini menulis satu buku yang diberi tajuk Al-Islam wa Usul Al-Hukm. Beliau telah menulis secara jelas memisahkan urusan negara dari agama.

Walaubagaimanapun, pandangan Syeikh Abdul Raziq tadi telah ditentang oleh semua ulama Al- Azhar pada masa itu dan seterusnya ijazah yang dianugerahkan kepadanya ditarik balik oleh Al-Azhar manakala idea-idea yang ditonjolkannya tentang pemisahan agama dari negara telah juga disanggah oleh tokoh-tokoh ilmuan di dalam buku-buku mereka, seperti Profesor Dr Abdul Hamid Mutawalli "Mabadi Nizam Al-Hukm Fil-Islam, Profesor Muhammad Dhiyauddin al-Rais, " Nazariat al-Siyasah Al-Islamiyyah' dan Profesor Dr Muhammad al-Bahi "Pemikiran Islam Moden dan hubungannya dengan penjajah Barat."

Begitu sedikit dapatan yang sempat saya kongsikan bersama rakan mahasiswa.

Saidina Umar al-Khattab ra pernah berkata,

" Jangan lihat siapa yang menyampaikan tetapi lihatlah apa yang disampaikannya".

Saidina Umar mengajarkan kita supaya melihat terlebih dahulu kebenaran sebelum mengenal siapa pembawa obor kebenaran tersebut.

Untuk itu, rakan mahasiswa boleh menilai sapa yang membawa kebenaran dan mendokong kebenaran. EvoM atau ProM...

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah"(al-Maidah: 8)

bersambung....

Saturday, January 2, 2010

Akhirnya…

Akhirnya…

Alhamdulillah.. .

Peralihan kuasa berlaku dengan baik…

Tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku…

Teruskan perjuangan..

Kerana perjalanan kita jauh beribu kilometer…

Kita hanyalah mata rantai perjuangan ini…

Kita bukanlah pemula dan pengakhir kepada perjuangan…

Kita mesti bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh untuk menanam sebanyak mungkin benih…

Kerana kita tak pasti apakah ada hari esok untuk kita…

Teruskan perjuangan….

Hingga ke titisan peluhmu yang terakhir…

Tiap air peluh yang mengalir untuk agama Allah pasti tidak disia-siakan dipadang Masyar nanti

Bahkan ia akan menyelamatkan kita daripada banjir peluh yang menghantui seluruh manusia ketika itu..

Usah engkau pedulikan cakap-cakap orang dalam berjuang…

Kerana perjuangan kita bukan kerana orang… bukan kerana nama… jauh sekali kerana duit…

Tapi kita berjuang… kerana matlamat kita jelas.. semuanya adalah untuk mencari redha Allah…

Kita serahkan apa jua yang ada untuk Allah… sebagai mahar untuk melamar syurga Allah...

104. dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) Dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka Sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa Yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan Yang baik pada hari akhirat kelak). dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.(An-Nisa:104)


Friday, January 1, 2010

Tribute Buat Adik Faiz Jamaludin


Dalam catatan yang ringkas ini... saya ingin mengucapkan setinggi tahniah dna syabas kepada adik Faiz kerana telah menyatakan sikap dan pendirian yang tegas dan berani. Saya kira ini adalah permulaan yg baik untuk mahasiswa lain utk turut sama menyatakan sikap dan pendirian secara anak jantan.

Tidak ramai yang bersikap demikian... Ada sesetengah sanggup ditunggi oleh pihak-pihak tertentu Hanya sekadar untuk sedikit habuan dunia namun mengadaikan prinsip kebenaran. Diri direlakan dikudakan utk kepentingan puak-puak tertentu...

Adikku Faiz....

Abg cuba untuk menyelami apa yg cuba Faiz sampaikan melalui entry yg terbaru itu... Setiap bait baris yang Faiz tulis abg teliti word by word....

Ternyata.... abg dapat mengesan sesuatu yang tersirat disebalik tersurat... hUUHU fhm tak???

KEPIMPINAN adlh soal PENGARUH...

Inilah qudwah yg telah ditunjukkan oleh rasulullah saw kepada kita semua... Menjadi KETUA sebelum mendapat JAWATAN DAN KUASA...

KUASA bukan senjata utama dalam kepimpinan...

Kepimpinan yang bergantung kepada KUASA tidak akan kemana...

Inilah contoh kepimpinan disesetangah kolej kediaman... Menggunakan kuasa yang ada pd dirinya untuk memaksa anak buahnya supaya menerima keputusan dan arahannya...

Kita tgk setakat mana PENGETUA2 ini boleh pergi.... INGAT hidup ini adalah RODA.... Sekejap diatas.. Sekejap dibawah...



Akhirnya... kepada adikku FAIZ... kekurangan diri jgn dianggap sebagai suatu KELEMAHAN... TAPI ia adalah sebuah KEISTIMEWAAN yang diberikan kepada kita oleh ILAHI.. cumanya HIKMAH keistimewaan ini belum atau kurang kita rasai buat masa ini... insya Allah... 10 atau 20 tahun lagi kita akan melihat hikmahnya...

Teruskan dengan obor yang FAIZ nyalakan dlm diri... Jangan padamkan ia dengan sedikit kekurangan yg ada...

GALI dan TERUS GALI.... nescaya FAIZ akan berjumpa dengan EMAS dan PERAK.... Ia berada dlm HATI... terasa jauh... namun ia sangat dekat dengan kita sebenarnya...

Wallauhualam...