Saturday, August 30, 2008

Logo Merdeka 50% tiru simbol Taiwan


Aug 29, 08 2:00pm

Logo sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-51 didakwa mirip logo anugerah produk cemerlang yang diberikan oleh kementerian hal-ehwal ekonomi Taiwan.

copy taiwan logo and merdeka 51st celebration logo fiasco 280808 02Logo tiga warna utama Jalur Gemilang yang memenangi hadiah RM10,000 berbeza sedikit daripada lambang anugerah Taiwan, yang serba merah, apabila ia memuatkan tiga bulatan kecil di tengah-tengahnya.

Sisi-sisi reka bentuk itu juga (foto atas, kanan) lebih bulat berbanding logo Taiwan itu.

Dengan kerjasama Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA), produk-produk yang cemerlang dari negara itu ditampalkan dengan logo anugerah itu setiap tahun sejak 2003.

Bersama logo merah itu yang telah didaftarkan sebagai cap dagang, produk terbaik republik itu bertulis "It's very well. Made in Taiwan."

Logo sambutan kemerdekaan Malaysia tahun ini dengan slogan 'Perpaduan Teras Kejayaan' dimenangi oleh seorang artis bernama Anuar Dan.

copy taiwan logo and merdeka 51st celebration logo fiasco 280808 04Dihubungi Malaysiakini hari ini, artis itu mengakui "50 peratus" logo sambutan kemerdekaan itu diambil daripada lambang produk terbaik Taiwan.

Lambang itu dirujuk sebagai bahan kajiannya sebelum menghasilkan logo 'Perpaduan Teras Kejayaan', katanya.

Anuar (foto kiri) menjelaskan, beliau memasukkan idea-ideanya sendiri untuk mencipta logo sambutan itu.

Logonya antara 800 penyertaan yang diterima untuk peraduan melukis logo sambutan ulang tahun kemerdekaan negara tahun ini yang bakal disambut dua hari lagi.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal melancarkan logo dan slogan itu awal bulan ini bersama lagu baru ciptaan Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) dan Lokman Ghani.

Menurut penjelasan rasmi, logo ini diilhamkan daripada "ikatan tiga figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan 'Perpaduan Teras Kejayaan'.

"Tiga ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara" yang mewakili pelbagai kaum mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Di logo sambutan kemerdekaan itu, merah membawa makna "keberanian rakyat", putih (kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia), biru (perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia), manakala kuning (sistem beraja dan Yang di-Pertuan Agong).

Malaysiakini telah dimaklumkan mengenai kemiripan kedua-dua logo itu melalui emel yang diterima daripada seorang pembaca.

Amaran....

RasuluLlah saw bersabda, "Datanglah kamu semua ke mimbar”, maka kamipun datanglah.

Apabila Baginda naik satu tangga, Baginda berkata: امين, apabila Baginda naik tangga kedua,

Baginda berkata: امين , apabila Baginda menaiki tangga ketiga ,

Baginda berkata: امين.Apabila Baginda turun, kamipun berkata:

Wahai RasuluLlah saw, sesungguhnya kami telah mendengar daripada kamu hari ini sesuatu yang kami tidak pernah dengar.

Baginda bersabda: Jibril as datang kepada aku dan berkata: “ ‘CELAKALAH’ sesiapa yang menyempurnakan Ramadan, tetapi masih tidak diampunkan baginya”.

Aku menjawab: امين.

Apabila aku menaiki tangga kedua, Jibril berkata: “ ‘CELAKALAH’ sesiapa yang kamu disebut di sisinya, tetapi dia tidak mensalawatkan ke atas kamu”.

Akupun berkata: امين.

Apabila aku menaiki tangga ketiga,

Jibril berkata, “ ‘CELAKALAH’ sesiapa yang menjaga di sisinya kedua ibubapanya yang sudah tua atau seorang dari keduanya, tetapi ibubapanya tidak memasukkannya ke syurga”.

Aku menjawab: امين.

'salam ramadhan, mg diberi kekuatn utk beramal iatiqamah dalam bulan mulia ini'

AKADEMI NASYID AKHIR TV9


Kepada semua sahabat dan pencinta industri nasyid , jangan lupa hari ini kita mengundi saudara Azhan Atan ( Finalis Akademi Nasyid ) yang akan membuat persembahan secara langsung dalam pertanding akhir Akademi Nasyid di TV9 pada malam ini .

Beliau juga adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjung Piai , Johor .

Cara mengundi : taip AN - jarak - AZHAN dan hantar ke 33399 .

Wednesday, August 27, 2008

FORUM KEMERDEKAAN 2008

FORUM KEMERDEKAAN 2008

PINDAAN AUKU : MAHASISWA MENUJU ERA BARU

Tarikh : 27 Ogos 2008 (Rabu)

Masa : 8-11 mlm

Tempat : Dewan Anuwar Mahmud, Fakulti Sains
Teknologi, UKM.

Anjuran : Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains
Teknologi (PMFST)

Persatuan Mahasiswa Fakulti
Kejuruteraan

(PEMATRA)

Panel :

1) Y.B Datuk Ir. Idris Haji Haron

(Timb. Menteri Kementerian Pengajian Tinggi)

2) Y.B Saifuddin Nasution Ismail

(Ahli Parlimen Machang)

3) Professor Dr. Kamal Halili Hassan

(Dekan Fakulti Undang-Undang UKM)

4) En. Abdullah Abdul Karim

(Peguam Tinggi Malaya-Mantan Presiden PMUKM)

Semua Dijemput Hadir

Ya Allah panjangkan umur kami utk sampai ke bulan ramadan al mubarak

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan berpuasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini ditetapkan pada petang Ahad, 31 Ogos ini bersamaan 29 Syaaban 1429 Hijrah.

Lokasi melihat anak bulan Ramadan yang telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja ialah Pontian Kecil di Johor, Balai Cerap AlKhawarizmi di Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Menara Kuala Lumpur di Kuala Lumpur; Bukit Melawati di Kuala Selangor, Pulau Angsa di Daerah Kuala Selangor dan Bukit Jugra, Banting di Selangor.

Lokasi lain adalah Pantai Pasir Panjang, Mukim Pangkalan Baru Daerah Manjong di Perak; Pantai Acheh di Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah di Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah serta Kuala Sungai Baru di Simpang Empat, Perlis; Bukit Besar di Kuala Terengganu, Bukit Kemuning di Kemaman, Pulau Perhentian di Besut dan Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin di Setiu, Terengganu.

Kawasan lain adalah Bukit Peraksi di Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling di Kuala Krai, dan Menara Bangunan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri di Kota Baharu di Kelantan; Menara Universiti Malaysia Sabah bagi kampus Antarabangsa Labuan, Tanjung Dumpil di Sabah; Tanjung Lubang di Miri, Teluk Bandung di Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak.

Lokasi lain adalah Bukit Tanjung Batu di Nenasi, Gunung Berincang di Cameron Highlands dan Bukit Pelindong di Kuantan, Pahang dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya.

Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Permulaan Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Permulaan Puasa yang ditetapkan melalui Radio dan Televisyen. - BERNAMA

Tuesday, August 26, 2008

Tahniah....

Anwar menang besar: Majoriti 15,671

Aug 26, 08

---------------
PKR (ANWAR) = 31,195
BN (ARIF) = 15,524
AKIM (HANAFI) = 92
MAJORITI = 15,671

MAC 08
---------
PKR (WAN AZIZAH) = 30,338
BN (FIRDAUS) = 16,950
MAJORITI = 13,388

PERBEZAAN MAJORITI BERTAMBAH = 2283 ATAU TAMBAHAN UNDI KEPADA ANWAR MENINGKAT SEBANYAK 14.56%.

RAKYAT PERMATANG PAUH TOLAK FITNAH BN.

Sunday, August 24, 2008

KASIH TUAN GURU HJ HADI PADA PAS!!!!

Membaca posting Roslan SMS tentang lawatan TG Presiden ke Maha 2008 di Serdang tiada luar biasanya. Ia hanya coretan berita perjalanan dan aktiviti TG Presiden.

Sebagai setiausaha akhbar, wajar bagi Sdr Roslan memuatkan beritanya kerana tiada media utama menyiarkan.Namun hati saya tersentuh apabila membaca perenggan Tg Presiden berpuasa.

Bukan kerana berpuasa semata.... biasa bagi umat Islam berpuasa sunnat terutama di bulan Syaban apatah lagi bagi seorang tuan Guru. Apa yang menyentuh hati saya ialah apabila sdr Roslan menulis bahawa puasa Tg Hj Hadi ialah puasa Nazar.

Nazar apa pulak tuan Guru???? Apakah anaknya lulus periksa? Atau beliau nak dapat anak lagi atau naik pangkat atau....atau.... berbagai sebab lagi nazar seperti kebanyakan orang. Nazar kerana Allh memberi atau menunaikan hajat berkaitan diri atau keluarga mereka.Roslan menulis ...

Nazar Tg Hj Hadi ialah kerana kemenangan PAS. Beliau bernazar untuk berpuasa sebanyak bilangan kerusi dimenangi PAS... Bukan hanya parlimen malah juga DUN.... Subhanallah.... Seakan ingin menitis air mata saya kerana terharu dikurniakan Allah seorang pemimpin yang begitu prihatin terhdap parti yang dipimpinnya.

Bayangkan PAS memperolehi 23 kerusi Parlimen dan 83 DUN. Ini bermaknPresiden akan berpuasa selama 106 hari..... Allah hu Akbar!!!Terlintas difikiran saya... masih adakah lagi dikalangan kita yang begitu prihatin seperti Tg Guru terutama dalam keadaan kesihatannya yang kurang memberangsangkan. Beliau dinasihatkan agar tidak berceramah pada malam terakhir muktamar di stadium Ipoh kerana gangguan kesihatan.

Ketika menggulung perbahasan Tg Guru kelihatan bersemangat sekali. Bernazar membotakkan kepal tidak menjadi masalah bagi yang berambut kepalanya. Bernazar untuk kenduri bukanlah masalah bagi yang berduit. Malah bernazar menghantar pisang ke masjid amat mudah. Berpuasa adalah nazar yang paling sukar. Sebab itun tak ramai ingin bernazar berpuasa.

Lebih muda barangkali bernazar umrah di Mekah dari berpuasa apatah lagi 106 hari!!!!Kepada mereka yang meragui kecintaan Tn Guru kepada parti dan perjuangan ini sewajibnya MENCERMIN MUKA. Lebih lebih lagi yang menghina dan memperlekehkan beliau.

bak kata pepatah melayu.... KALAU KAIL PANJANG SEJENGKAL LAUTAN DALAMJANGAN DIDUGA!!!!!

Semoga mengekalkan kesihatan Tn Guru untuk terus memimpin perjuangan Islam di Malaysia dan dunia!!!!!!!!!!

Apabila agama jadi bahan gurauan...

Semalam ana berfikir apalah nak jadi pada negara kita. Biar agama dijadikan bahan mainan.
Tiada langsung takut akan azab Allah swt. Sumpah sudah mainan bibir, tidak langsung takut akan laknat Allah. Moga Allah swt selamatkan kita drpd fitnah ini.

Di samping memikirkn pkr tersebut, ana terbaca beberapa artikel yg sgt mengujakan ana. Moga ianya dpr memberikn manfaat pd kita.

http://saifulislam.com/?p=2579
http://n32.blogspot.com/ - tajuk mengunjungi MAHA bersama tok guru.

Friday, August 22, 2008

Ku Pasrahkan Hati Ini...

Alhamdulillah setinggi kesyukuran ku panjatkan ke hadrat Allah swt...

Cuti nie telah melakar sesuatu yang amat manis dlm hidup ana. Walaupun, kadang terusik dgn gurauan dan sindiran sahabat seperjuangan. Ana tabahkan hati.. Biasalaa usik mengusik nie, bisik hati ini.

ermmm.... byk perkara yg nak dikongsi kpd sahabat sekalian. Cuti ini alhamdulillah telah berjaya menghabiskan 3 buah buku dan menghabiskn masa dgn menalaah tulisan ilmuwan islam Malaysia terhadap isu-isu semasa. Tidak kurang drpd 5 buah rencana.

i) Etika Pejuang: Nilai & Akhlak
ii) Kemuncup Dalam Perjuangan
iii) Cinta Hassan Al-Banna dalam keluarganya. (tak berapa ingat tajuk tapi lebih kuranglaa)

Terlalu byk mutiara yg ana kutip drpd pembacaan ini. Ini sedikit sebnyk akn menguatkan keazaman dan keiltizam ana dlm bergerak kerja dalam menyebarkan islam dibumi Malaysia nie.

Disini ana postkn sebuah artikel yg sgt baik utk kita muhasabahkan sbng pejuang islam.

Berjiwa besar...... Berlapang dada..... Terbuka.....

Syarat terpenting utk terus istiqamah dlm jalan ini.

Wallhualam...

KALAU BERKHILAF SESAMA AHLI JAMAAH

Sahabat-sahabat yang dikasihi.

MANUSIA ADA RUANG BUAT SALAH DAN SILAP



Kita semua adalah manusia. Manusia ada peluang buat salah dan silap. Gigi dan lidah lagilah tergigit, inikan pula kita dalam sebuah jamaah yang besar. Ahlinya daripada seorang ulamak sehingga kepada seorang jahil.......syarat utama keahliannya ialah Islam. Kalau kafir tak boleh.

Bila jamaah besar, ahlinya pelbagai tahap pemikiran, kerenah dan kedudukan, aktivitinya banyak MAKA pertelagahan mungkin berlaku DAN hampir mustahil tak berlaku perbalahan dan seumpamanya. Sebuah keluarga yang terdiri daripada ibu ayah dan beberapa orang anak boleh tercetus perbalahan, apatah lagi kita jamaah yang ratusan ribu ahlinya.

APA YANG KITA NAK PELIHARA DAN PUPUK?

Oleh itu semua kita samada AHLI dan PEMIMPIN hendaklah sedaya upaya menjaga sebaik-baiknya ..........

1. Ikatan Jamaah
2. Ikatan Iman dan
3. Ikatan Ukhuwwah.

Jagalah ianya lebih daripada menjaga keluarga sendiri. Sentiasalah meletakkan kepentingan jamaah mengatasi kepentingan peribadi. Jauhkan diri dari virus-virus dan kuman-kuman yang merosak dan menjahanamkan jamaah sekaligus membahayakan diri kita sendiri selaku individu dalam jamaah. Sentiasalah mengingati pesanan ALlah dalam surah al-Hujurat yang bermaksud

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada ALLAH supaya kamu beroleh rahmat

(Al-Hujurat : 10).

APA SIFAT DAN SIFAT YANG WAJIB ADA DALAM MENJAGA KEUTUHAN JAMAAH DAN UKHUWWAH?

1. Tabayyun bererti mencari kejelasan dan kesohihan maklumat yang diterima.

Jangan mudah menerima berita tanpa ditapis dan diselidiki kesohihannya. Suratkhabar, blog, tv, radio, sms adalah ibarat tong sampah.....jangan main hentam aje. Paling tidak, letakkan status benda-benda tadi adalah "fasiq".

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."

(al-hujurat:6)

2. ’Adamus Sukhriyyah ertinya tidak memperolok-olokkan.

Janganlah kita merasakan kita sahaja yang pandai, banyak sumbangan dan berkorban; orang lain baru sahaja berada di medan dakwah dan jihad......aku dah lama berjuang. Suka sangat syaitan mendengarnya. Al-Quran mengajar kita,

"Wahai orang-orang yang beriman janganlah satu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang memperolok-olokkan) ."

(al-Hujurat:11).

3. 'Adamul Lamz iaitu tidak mencela orang lain.

Surah Hujurat menjelaskan sikap yang patut diambil oleh mukmin mujahid;"Dan janganlah kamu mencela diri sendiri'"

Hujurat:ayat 11.

Mencela sesama muslim mukmin mujahid dalam ayat ini dianggap mencela diri sendiri, sebab pada hakikatnya kaum muslimin dianggap satu kesatuan. Apalagi jika celaan itu adalah masalah status dan standard kebendaan. Allah sendiri menyuruh Rasul dan orang-orang yang mengikutinya untuk bersabar atas segala kekurangan orang-orang mukmin.

Kita mesti sedar kalau kita memperlekehkan pimpinan bermakna kita memperlekehkan diri kita sendiri. Kalau kita mendedahkan keaiban jamaah bererti kita mendedahkan keaiban diri sendiri. Barang diingat bahawa media bukan medan tempat penyelesaian masalah jamaah.

4. Tarku at-Tanabuz yakni meninggalkan panggilan dengan sebutan-sebutan yang tidak baik terhadap sesama mukmin.

"Dan janganlah kamu saling memanggil dengan sebutan-sebutan (yang buruk).

al-Hujurat"

Janganlah memanggil atau menggelarkan sahabat sendiri dengan sebutan yang tidak baik. "Tengoklah ustaz gila tu!" "Wow hebat ustaz bingung tu" "Aku rasa kalau pemimpin umnowi, kita tendang aje".....macam-macam kita dengar di cuping telinga.

Tanabuz dalam bentuk yang paling parah adalah berupa pengkafiran terhadap orang yang beriman.

Sucikan hati mu. Janganlah kebencian, permusuhan kamu terhadap seseorang sekalipun musuhmu menyebabkan kamu tidak berlaku adil. Jangan diikut perasaan marah(ghadab).

5. Ijtinab Kathirun min az-zon iaitu menjauhi kebanyakan prasangka.

"Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, karena sebagian prasangka itu dosa.

AL-HUJURAT: 8"

Pada dasarnya seorang muslim harus berbaik sangka terhadap sesamanya, kecuali jika ada bukti yang jelas tentang kesalahan tersebut. Dan sebaliknya, kepada orang kafir dan musuh Islam, kaum muslimin harus menaruh curiga bila mereka bermanis budi. Dalam sejarah perjuangan terlalu banyak berlaku perkara yang tidak diingini akibat sifat Su' Zon(buruk sangka). Lebih-lebih lagi apabila musuh pandai mencampak isu.

Lihat surah an-Nur ayat 11 hingga 16.

Peristiwa yang menimpa Umm al-Mukminin 'Aisyah binti Abu Bakar yang difitnahkan "berbuat jahat" dengan Safwan sahabat Nabi saw. Bayangkan kalau zaman Jamaah Islam di bawah pimpinan RasuluLlah saw boleh berlaku......bagaimana di zaman kita ini.

Oleh sebab itu dua sikap yang mesti ada kepada ahli dan pimpinan Islam ketika DALAM MENGHADAPI ISU DAN PROVOKASI MUSUH ialah:

i. MENGUTAMAKAN HUSNU-ZAN (BERSANGKA BAIK). Salah satu sikap(mawaqif) yang harus kita miliki di dalam mengembangkan AMANAH DAN JIHAD MENEGAKKAN SYARIAT ALlah di bumi ini. BERHUSNUZAN(baik sangka) kepada saudara sejamaah walaupun siapapun dia atau dari kelompok manapun.

ii. MENGUTAMAKAN JAMAAH DAN PERPADUAN.

6. ’Adamu at-Tajassus adalah tidak mencari-cari kesalahan dan aurat orang lain.

Perbuatan ini amat dicela Islam. Setiap cara da'wah ada metodenya masing-masing, yang berusaha semaksima mungkin mendekati cara berda'wah Rasulullah SAW. Allah SWT amat suka bila kita berusaha menutup aib saudara kita sendiri. Kalau cari salah orang, memang jumpa. Salah sendiri walaupun "bapak besar" tak nampak.

7. Ijtinab al-Ghibah iaitu jauhi mengumpat.

Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tahukah kamu apakah ghibah?"

Jawab sahabat: "Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. yang lebih mengetahui." "Ghibah itu jika kau menyebut (membicarakan) hal keadaan saudaramu yang ia tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada orang lain, maka itu bererti ghibah padanya." Jawab Rasulullah s.a.w.

Lalu ditanya: "Bagaimana kalau saudaraku betul begitu?" "Jika yang kau sebut itu benar ada padanya. maka itu ghibah tetapi jika tidak betul maka itu buhtan (membuat-buat kepalsuan, pendustaan untuk menjelekkan nama orang)."

jawab Rasulullah s.a.w.

Menyebut: "Baju orang itu pendek atau panjang." itu bererti ghibah.

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abi Najih berkata: "Ada seorang wanita pendek datang kerumah Nabi Muhammad s.a.w. dan ketika telah keluar, Siti Aisyah r.a. berkata: "Alangkah pendeknya orang itu." Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Engkau ghibah." Aisyah r.a. berkata: "Saya tidak menyebut kecuali yang sebenarnya ada padanya." Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Engkau telah menyebut yang paling jelek padanya."

Khulasahnya kita wajib menjaga kesatuan dan perpaduan jamaah dan memelihara ukhuwwah/persaudaraan. BUKTIKAN anda benar-benar mukmin dan ikhlas dalam perjuangan dengan melakukan A, B dan C terhadap sahabat yang bertelagah dengan anda.

A = Memaafkan kesalahan sahabat kita tu.
B=Berdoa kepada ALLAH agar dosanya diampunkan.
C= Doa dan harapkan sahabat itu dalam kebaikan terutamanya dalam doa rabitah(bayangkan mukanya waktu berdoa).

Saya yakin, kita mampu melakukannya walaupun tidak mudah. Ayuh kita cari keredhaan ALlah walaupun dalam kemarahan manusia.

Saturday, August 9, 2008

BERKAITAN PUASA SYAABAN

BERKAITAN PUASA SYAABAN

Imam Al-Bukhari meriwayatkan, daripada Aisyah R.Ha;

عن عائشة رضي الله عنها قالت : " كان رسول الله يصوم حتى نقول لا يفطر ويفطر حتى نقول لا يصوم وما رأيت رسول الله استكمل صيام شهر إلا رمضان وما رأيته أكثر صياما منه في شعبان "

Maksudnya;
“Rasulullah SAW berpuasa hingga kami berkata bahawa baginda tidak puasa. Dan tidak berpuasa hingga kami kata baginda tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan melainkan Ramadhan. Dan aku tidak pernah melihat Baginda banyak berpuasa daripadanya pada bulan syaaban”

Riwayat Imam Muslim;

كان يصوم شعبان كله ، كان يصوم شعبان إلا قليلا

Maksudnya;
“Baginda SAW berpuasa syaaban semuanya. Baginda berpuasa Syaaban melainkan sedikit”

Dari hadis-hadis ini, ulama menyatakan bahawa Nabi SAW tidak pernah puasa cukup sebulan dalam bulan Syaaban, tetapi nabi hanya banyak berpuasa pada bulan tersebut.

Begitu juga, Ibnu Abbas memandang makruh berpuasa sebulan penuh melainkan Ramadhan.

Imam An-Nasai meriwayatakan hadis, Daripada Osamah bin Zaid berkata;

يا رسول الله لم أرك تصوم من شهر من الشهور ما تصوم من شعبان ، فقال : " ذاك شهر تغفل الناس فيه عنه ، بين رجب ورمضان ، وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين ، وأحب أن يرفع عملي وأنا صائم

Maksudnya;
“Wahai Rasulullah SAW, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa sebulan daripada bulan-bulan sepertimana kamu berpuasa pada bulan Syaaban. Bersabda nabi: ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya. Dia berada diantara rejab dan ramadhan. Ia adalah bulan yang diangkat padanya segala amalan kepada tuhan yang mentadbir alam. Dan aku suka amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa”

Ramai menyangka bahawa puasa sunat rejab lebih mulia berbanding puasa sunat Syaaban. Sebenarnya, puasa sunat syaaban lebih mulia berbanding puasa Rejab, walaupun rejab merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram.

Hujjah ini bersandarkan kepada perkataan Nabi SAW;

شعبان شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان

Maksudnya;
“Syaaban adalah bulan yang dilalaikannya oleh manusia, ia berada diantara rejab dan Ramadhan”

Apabila Baginda SAW menggambarkan syaaban merupakan bulan yang sering dilalaikan manusia, maka berbuat taat pada bulan itu adalah afdhal, kerana melakukan taat ketika orang sedang lalai adalah terlebih afdhal. Ianya sama seperti berzikir di Pasar, iaitu dikala orang sedang sebuk dengan jual beli. Solat malam dikala orang tidur.

PUASA SETENGAH SYAABAH

Berpuasa selepas setengah Syaaban (Nisfi Syaaban) adalah perkara yang khilaf dikalangan ulama. Jumhur Ulama mengharuskan, Hanabilah memandang Makruh dan Syafii pula mengharamkan.

Yang lebih utama, bagi mereka yang bukan berkebiasaan dengan puasa, maka lebih baik ia tidak berpuasa, melainkan dia melakukan puasa qada’.

Dengan demikian, antara dalil-dalil jumhur ulama yang mengharuskannya adalah hadis Imran bin Hushain bahawa Baginda SAW berkata;

يا فلان أما صمت سرر هذا الشهر ؟ قال الرجل : لا يا رسول الله ، قال : فإذا أفطرت فصم يومين من سرر شعبان

Maksudnya;
“Wahai Fulan, adakah kamu tidak berpuasa pada pertengahan bulan ini? Berkata lelaki ; tidak wahai Rasulullah. Bersabda : jika kamu tidak berpuasa, maka berpuasalah dua hari dari pertengahan Syaaban”

Kalimah “سرر” itu ditafsirkan sebagai pertengahan mengikut pendapat Jumhur ulama, maka dengan sebab itulah, mereka memandang harus berpuasa selepas pertengahan Syaaban.

Adapun dalil Hanabilah pula yang memandang makruh adalah hadis Abu Hurairah, bahawa Sabda Nabi SAW;

إذا انتصف شعبان ، فلا تصوموا

Maksudnya;
“Apabila dipertengahan Syaaban, maka jangan kamu berpuasa”

Dari hadis ini juga, Imam Syafii mengistinbatkan hukum berpuasa selepas pertengahan Syaaban adalah haram.

Imam Syihabuddin Ar-Ramli berkata;

إن المعتمد جواز الصوم إذا انتصف شعبان إن وصله بما قبل نصفه وإلا فيحرم.

Maksudnya;
“Sesungguhnya yang muktamad adalah harus berpuasa apabila berada dipertengahan Syaaban. Itupun jika puasa itu bersambung dengan sebelum pertengahan itu. adapun jika tidak (tidak bersambung), maka hukumnya adalah haram”

Sekian

Al-Bakistani