Thursday, April 30, 2009

Tabahnya HATI anak seorang pejuang

#Terasa terlalu sulit untuk menulis entry ini kerana contentnya sangat berat. Tersilap menulisnya pasti melukakan hati manusia. Tujuan tulisan ini hanya ingin mengagumi ketabahan HATI seorang anak seorang pejuang!!!#

" Azam, apa rasanya kalu menjadi anak mangsa ISA?" aku memulakan berbualan.

" Entahla. Kenapa tiba-tiba pula enta tanya ttg ISA ini?" azam bertanya kembali kepada ku.

Azam sangat memahamiku.

Aku dalam kelam dan pilu cuba mengagahkan diri untuk menjelaskan.

"Saje lah. Mungkin terpengaruh dengan beberapa artikel yang ana baca tentang nasib keluarga mangsa ISA. Setiap baris perkataan yang menceritakan nasib mereka sangat menguris hati."

Beberapa buku tentang ISA telah dikhatamkan terutamanya tulisan dari YB Saari Sungip.

Pilu, sedih, kesian, geram.

GERAM kerana akta yang zalim ini masih diguna pakai zaman moden ini. PILU,SEDIH,DAN KESIAN mengenangkan nasib mereka yang mangsa kezaliman dan keluarganya.

Akhirnya, Allah mentakdirkan rupanya aku sedang berhadapan dengan mangsa kezaliman ini. Sejak kesian lama aku mengetahui dan membaca tentang ISA. Akhirnya perancangan Allah sungguh ajaib. DIA telah mengatur semua ini. Allah hadiahkan anak kepada mangsa ISA kepada ana. Terlalu besar hadiah ini kepadaku. Aku cuba untuk terus merenung jauh terlalu hebat perancangan Allah. Tetapi apa yang aku ingin memaparkan disini kehebatan dan kegagahan anak seorang pejuang!!!

Disebalik kejernihan wajahnya, tersemat seribu rahsia yang belum aku terokainya.

Disebalik ketenangan wajahnya, terpatri penjara perasaan yang sangat menyiksa jiwa. Seperti kata ust Pahrol ' PENJARA JIWA itu lebih dahsyat dan mengikat daripada mana-mana penjara di dunia'

Disebalik kemerduan sunyinya membaca ayat-ayat al-Quran itu tersimpan tawakal dan pergantungan kepada RabbNYA untuk memberikan kekuatan mengharungi ujian ini.

Ya Allah… tabahnya hatimu mengharungi ujian dan mehnah ini. Sama sekali aku tidak mempercayainya. Bijaknya engkau menyembunyikan rahsia ini.

Namun, aku tahu mengapa Engkau menyembunyikannya. Aku cuba memahami betapa hati sapa yang tidak terasa bila orang yang paling disayangi menjadi mangsa kezaliman akta ini. Hati sapa yang tiada terguris apabila ada orang memperlekehkan perjuangan suci yang diperjuangkan oleh orang yang paling banyak berkorban dalam hidup kita.

Namun, darah pejuang telah sebati dalam tubuhmu menjadikan engkau tegar!!

Lantas, aku mula merenung ke dalam diriku... Betapa mampukah aku setabah dia? Mampu aku…Ya Allah cekalnya hatinya melawan 'rasa' ini. Betapa aku yang hanya membaca sudah terasa bahanan kezaliman akta ini inikan pula orang yang menghadapinya. Allah… Allah…

Dalam keheningan malam yang melabuhkan tirainya, aku sempat menambahkan 'resepi' rasa dengan membaca tulisan dari ust Pahrol tentang "Terima Kasih ISA:Bunga Dari Kamunting".

Hatiku berdegus…. Mampu kah aku menjadi seorang pejuang yang mempunyai hati yang teguh menahan asakan perjuangan. Ya Allah… Kurniakan aku hati sehebat Ikrimah… Berjuang demi mendapat cinta MU yang terlalu mahal harganya.

Tanpa aku sedari, air mataku mengalir mengenangkan nasib keluarganya yang begitu tabah menghadapi ujian ini Walaupun sudah mencecah 9 tahun tidak bersama orang tersayang disisi!!!

Tuesday, April 21, 2009

Jom daftar d Unversiti Kehidupan!!!!

Universiti Kehidupan....

Terkejut dan teruja.

"Sejak bila pulak pihak KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) menubuhkan Universiti Kehidupan ini." hatiku berbisik.

Selebar demi selebar aku membaca buku itu. Semakin membaca semakin terasa untuk masuk dalam universiti ini. Seronok rupanya universiti ini.

Dengan silibus dan pensyarah yang tak pernah aku kenali dan laluinya sebelum ini.

Memang amat mengujakan. Baru tersedar rupanya selama ini aku sedang memasuki universiti ini. Macam mana aku boleh tak sedar ini.

PERISTIWA itu silibusnya dan MANUSIA itu pensyarahnya...

Bagitulah yang aku boleh simpulkan hasil pembacaan aku kepada buku NOTA HATI SEORANG LELAKI tulisan ust Pahrol Juoi.

Setiap PERISTIWA membawa nilai yang tersendiri dalam hidup kita. Siri-siri PERISTIWA yang berlaku dalam hidup lah yang banyak membawa perubahan dalam diri seseorang.

Bahkan PERISTIWA itu boleh membentuk persepsi dan corak pemikiran seseorang. Hebat bukan silibusnya. PERISTIWAnya biasa-biasa sahaja tapi boleh merubah manusia.

Kekadang gelanggang ceritanya sekangkang kera, namun peranannya saujana mata memandang. Adakalanya pangkat mereka cuma kuli dan petani sahaja tapi jasanya mengatasi negarawan,hartawan dan sarjanawan.
Ramai manusia yang hebat, mereka menulis menerusi amalan. Mereka melakar sejarah.
Tapi orang yang mencipta sejarah jarang-jarang mampu menulis sejarah.

Marilah kita belajar di "Universiti Kehidupan" dengan gugusan kisah dan rencah PERISTIWA sebagai teks kuliah yang tidak bernoktah. Kita amati nasihat daripada 'guru pengalaman' yang bersyarah tanpa suara dan kata.
Saya persembahkan buku kecil tapi sarat dengan permata kisah yang menggetarkan jiwa mereka yang ketandusan iman.... Rasailah kehangatan kisahnya...
" NOTA HATI SEORANG LELAKI: Pahrol Mohd Joui"

Pengajaran dari seekor ikan...

" Termenung nampak abg. Ada apa-apa ke?" Kimi mengusik pada suatu petang.

" Merenung dan berfikir untuk menambah rasa zikir dalam hati" jawabku ringkas.

Aku pun mula melihat keindahan petang tue.

Ya Allah.... terasa sangat kebesaran Mu ada dimana-mana.

"Tengok ikan tue Kimi... "

" Biasa je" jawab Kimi.

" Memang pada zahirnya biasa-biasa. Tapi cuba sebenarnya luar biasa. Betapa ribu jenis ikan yang Allah swt telah ciptakan sejak zaman nabi Adam as hingga sekarang? " tanyaku.

Ikan yang berada dilaut tapi air laut tak mampu untuk memasinkan dagingnya. Hanya setelah ikan tadi 'naik' ke darat maka dengan secubit garam sahaja sudah cukup untuk memasinkannya.

Sedangkan semasa dalam laut tadi bukan sekadar secubit tapi selaut garam!

Betapa kuatnya jati diri seekor ikan berbanding manusia zaman kini. Alangkah jika IKAN mampu memahami kehidupan manusia zaman kini pasti IKAN akan geleng kepala melihat jati diri menusia yang begitu rapuh dan mudah larut dengan keadaan sekelilingnya.

Allah... Allah...Allah....

Lagi apa ibrah dari ikan nie.

Sekarang mari kita lihat pula cara pergerakan ikan tue. Apa yang kita dapat saksikan? Apa yang kita dapat rasakan hasil pemerhatian itu?

Rasa bosan? Berserabut? Tenang? atau bagaimana?

ermmm.... Tepuk dada tanya HATI kita.

HATI kita jarang menipu kita kerana HATI tempat letaknya para malaikat. Penyeru kebaikan pencegah kemungkaran.

Terasa ketenangan... Terasa sebuah kebebasan yang diperjuangkan oleh seekor IKAN.

Banyak lagi pengajaran yang boleh kita kutip daripada penciptaan seekor IKAN itu. Hanya persoalannya kita mahu atau tidak sahaja.

Begitulah hebatnya ciptaan Allah. Namun berapa banyak daripada kita memikirkan apa yang tersirat disebalik ciptaan Allah itu.

Marilah kita ratibkan sebanyak mungkin puji-pujian kepada pencipta c IKAN itu.


Monday, April 20, 2009

IMAN PARA SAHABAT DAN KELUARGA MEREKA


Firman Allah;

“Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukan-Nya mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha terhadap mereka, dan merekapun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung”

(Surah Al-Mujadalah : 22)

Menurut Imam Ibni Abbas, ayat ini diturunkan berkenaan dengan Abu ‘Ubaidah bin Al-Jarrah yang telah membunuh bapanya yang bernama Abdullah bin Al-Jarrah ketika berlaku peperangan uhud; berkenaan Omar bin Al-Khattab yang membunuh bapa saudaranya yang bernama Al-‘As bin Hisham bin Mughirah ketika berlaku peperangan badar; berkenaan Mus’ab bin ‘Umair yang membunuh adiknya bernama ‘Ubaid bin ‘Umai; berkenaan Ali bin Abi Talib dan ‘Ubaidah yang telah membunuh ‘Utbah dan Syaibah dan Al-walid bin ‘Utbah ketika berlaku peperangan badar.

Tindakan mereka itu adalah kerana, mereka meletakan sayang mereka kepada Islam melebihi dari kaum kerabat mereka sendiri
.

Sekian

MENCARI KETENANGAN HATI…

tasawuf-21

Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”


Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi - dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.

Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah - ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.

  • Dimensi kata, rasa dan tindakan

Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi “hadiah” kepadanya. Firman Allah:


“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”

At Tahrim 8


Firman Allah lagi:
“… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri” al baqarah 222.

Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan - forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kina? Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.

Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah - zikir fikli!

Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:

  • Rasa kehambaan.
  • Rasa bertuhan.
  • Memahami maksud takdir.
  • Mendapat hikmah di sebalik ujian.

Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti. Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

  • Rasa kehambaan.

Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah. Firman Allah:


“Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman.” At Taubah: 51

Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita “memberontak” hati akan bertambah kacau.

Imam Ghazali rhm pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah “memberontak” kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya. Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya. Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu “demonstrasi” seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.

Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’ - innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah:


“…Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.” Al baqarah 156

Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja’? Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.

  • Rasa bertuhan.

Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.

Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, “la tahzan innallaha maana - jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!”

Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa. Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah. Firman Allah:


“Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.” Al Baqarah.

Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang. Firman Allah:


“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” Al Fathu 4.

Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:


Maksudnya: Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.” - Al Hadis.

  • Memahami maksud takdir Allah.

Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can’t direct the wind but we can adjust our sail - kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.

Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah - yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.

Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:


“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”
Surah Al Baqarah : 216


Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, “barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen¬deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”

Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan… mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.

Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.

Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini:


“Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”

Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih “kerja Tuhan” yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: “It’s not what happens to you, but it’s what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!”

  • Mendapat hikmah bila diuji.

Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh “mehnah” - didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. Ra¬sul¬ullah s.a.w. bersabda, “perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”


Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi - yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian. Ringkas¬nya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.


Firman Allah: Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan ke¬goncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”
(Surah al-Baqarah: 214)


Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu peng¬ampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.


Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: “Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.


Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.


Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.


Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah - sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita. Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat… hanya berada di dalam hati sendiri!

source:http://genta-rasa.com

Saturday, April 18, 2009

Selamat Menghadapi Final Exam buat shbt2 seperjuangan....


Hukum Non Muslim Baca Ayat Quran

salam, ustaz sy nk tanya, apa hukumnya bila seorang kafir atau bukan islam, berucap membaca ayat-ayat al-Quran, adakah itu dianggap sebagai kesan dakwah kepada bukan islam??

jawapan:

Orang bukan Islam kalau sebut ayat Quran untuk menghujahkan satu perkara, kalau istidlalnya betul, maka apa salahnya kita terima.

Dan adakah di sana ada larangan orang bukan Islam menuturkan ayat Quran?

Dalam Sahih Bukhari, diriwayatkan satu kisah seorang Yahudi berkata kepada Umar, “Wahai Amir al-Mukminin.. terdapat satu ayat dalam kitab kamu (Al-Quran) jika diturunkan kepada kami, golongan Yahudi, nescaya kami akan jadikan sebagai satu perayaan”.

Umar bertanya Yahudi itu, “Ayat apakah ia?”.

Lalu Yahudi itu membacakan:

اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتي ورضيت لكم الإسلام دينا

Lihat Sahih Bukhari (no: 45).

Bererti, orang bukan Islam tidak dilarang menuturkan ayat Quran.

Adapun, jika istidlalnya menyeleweng daripada maksud Al-Quran, memang ia mesti diingkari. Yang ini bukan setakat orang bukan Islam. Orang Islam sendiri pun, kalau menuturkan ayat Quran dalam konteks yang salah, ia mesti dicegah.

Wallahu A’lam.

Friday, April 17, 2009

PERALIHAN KUASA MENURUT PANDANGAN ISLAM

Ustaz Mohammad Naem Bin Mat Basir, Khatib Jumaat Masjid Sultan Ismail, Universiti Teknologi Malaysia pada 10 April 2009

Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekelian,
Marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah dengan mengerjakan segala suruhannya, dan meninggalkan segala larangannya, mudah-mudahan kita semua akan beroleh kebahagian hidup di dunia dan di akhirat.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Hari ini kita berada di bulan Rabiulakhir 1430H, seandainya Rabiulawal yang berlalu pergi mengingatkan kita tentang Maulidurrasul, maka kemunculan Rabiulakhir pula mengingatkan kita kepada kewafatan Saidina Abu Bakar As Siddiq sekaligus berlakunya peralihan kuasa kepada Saidina Umar bin al Khattab sebagai khalifah kedua. Fenomena ini mungkin hampir serupa dengan situasi negara sekarang ini, cumanya yang beza adalah syahsiyyah, ideologi dan zaman peralihan kuasa itu berlaku. Peralihan kuasa ini adalah sunnatullah, sepertimana yang ditegaskan oleh Allah Taala dalam surah al Imran, ayat 140: Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan diantara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) supaya sebagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada’. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim.

Sidang Jumaat Yang Diberkati Allah,
Sekiranya kita meneliti sejarah peralihan kuasa di antara Sultan Sulaiman bin Abdul Malik dengan Umar bin Abdul Aziz, sudah tentu kita meyakini bahawa kuasa yang menguruskan peralihan kuasa itu adalah Allah. Ini berikutan, ketika Sultan Sulaiman bin Abdul Malik ditimpa nazak, baginda ingin melantik pengganti selepas kematiannya itu kepada Yazid bin Abdul Malik iaitu anaknya, selari dengan sistem beraja pada zaman tersebut. Akan tetapi, perkara ini tidak mendapat persetujuan daripada ahli Majlis Syura yang terdiri daripada ulamak dan pembesar, malah Majlis Syura menyarankan agar yang layak menjadi penggantinya itu adalah Umar bin Abdul Aziz. Ini adalah kerana, pada waktu itu, Islam berhadapan dengan pakatan tentera Musyrik yang berpengkalan di Kota Konstantinople, lantaran itu, urusan menjaga dan mengurus tadbir negara dan rakyat antara cabaran terbesar di zaman itu, tambahan pula Yazid bin Abdul Malik ketika itu masih kecil. Akhirnya Sultan Sulaiman bin Abdul Malik setuju dengan cadangan tersebut, dan berlakulah proses peralihan kuasa. Namun, apa yang ingin dijadikan contoh daripada kisah ini adalah, Umar bin Abdul Aziz sama sekali tidak tahu urusan pelantikan beliau sebagai Khalifah, sehinggalah bai’ah untuk menabalkan beliau sebagai Khalifah telah dilakukan di penjuru masjid, tempat Umar bin Abdul Aziz sentiasa beri'ktikaf. Umar bin Abdul Aziz menerima tugas itu dengan seluruh badannya gementar, sehinggakan beliau terpaksa dipapah untuk naik ke atas mimbar disebabkan takut dengan amanah besar sebagai Khalifah. (Sila rujuk kisah ini di Mukhtasar Tarikh Dimasyk Li Ibnu Asakir, Jilid 19, m/s 104).

Daripada sirah ini, dapatlah diambil sedikit pengajaran, bahawa setiap peralihan kuasa itu akan mencorakkan masa depan generasi hari ini dan akan datang. Ini adalah kerana, semua urusan yang bersangkut paut dengan hak-hak orang Islam seperti ibadah, ekonomi dan sosial keseluruhannya bergantung penuh kepada siapa yang memegang tampuk pimpinan. Sekiranya pemimpin itu soleh, maka solehlah juga rakyat dan orang yang berada di bawahnya, dan seandainya pemimpin itu rosak, maka rosaklah keseluruhan rakyat dan sistemnya. Perkara ini bertepatan sepertimana yang telah digambarkan oleh Rasulullah s.a.w, bahawa akan berlaku peralihan kuasa selepas kewafatan baginda dalam hadisnya yang panjang dengan berbunyi:

Aku telah mendengar Huzaifah bin Yaman sedang berkata bahawa ramai sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang kebaikan, akan tetapi aku pula bertanyakan tentang kerosakan sebagai peringatan agar aku tidak terjerumus ke dalamnya, maka aku bertanya Ya Rasulullah, sesungguhnya kami telah berada dalam zaman jahiliyyah dan kerosakan yang amat sangat, sehinggalah Allah mengutus engkau untuk memandu kami ke arah kebaikan, maka adakah selepas kebaikan ini akan berlaku kerosakan ? Jawab baginda, Ya. Aku bertanya lagi, apakah selepas kerosakan itu ada kebaikan ? Jawab baginda, Ya, akan tetapi ketika itu kamu berada di dalam kekeliruan. Aku menyoal lagi, apa yang dimaksudkan dengan kekeliruan itu ? Maka baginda menjawab, Ada di kalangan kamu yang tidak mengikut sunnahku, dan menunjukmu panduan tanpa menggunakan petunjukku, adakalanya kamu mengenali mereka, dan adakalanya juga kamu tidak mengenali mereka, aku bertanya lagi, adakalah selepas kebaikan itu ada kerosakan ? Jawab baginda, Ya, waktu itu ada di kalangan kamu yang berterus terang mengajak kamu menuju ke pintu-pintu kerosakan, barangsiapa yang menjawabnya maka ia akan termasuk dalam golongannya, aku bertanya lagi, Ya Rasulullah, tolonglah tunjukkan siapa mereka itu ? Jawab baginda, Ya, mereka adalah sama kulit seperti kita dan bertutur dengan bahasa kita. Aku bertanya lagi, Ya Rasulullah apakah pandangan kamu sekiranya kami mengenali mereka, maka jawab Rasulullah, pada waktu itu, bersatulah kamu jamaah dan berpeganglah kepada pimpinanmu. (Hadis Sohih)

Sidang Jumaat Yang Diberkati Allah,
Hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab sohihnya di bawah tajuk ‘kitabul imarah’ iaitu kitab pemerintahan pada bab ‘babul wujub mulazamati jamaatul muslimin ie’nda zuhuril fitan’ iaitu bab wajib seseorang itu berpegang kepada kesatuan Islam ketika munculnya fitnah. Imam Muslim memasukkan hadis ini dalam kitab pemerintahan sebagai dalil dan bukti yang kukuh bahawa pengaruh sesebuah kepimpinan itulah yang akan memberi kesan kepada seluruh kehidupan rakyat.

Hari ini kita masih lagi tidak selesai dengan isu rasuah, isu murtad, isu menghina Islam mempersenda Rasulullah, isu gejala sosial, isu lirik lagu yang mempermainkan kalimah Allah, isu meringankan hukum hakam Allah, dan bermacam-macam isu yang sama sekali berhajat kepada penyelesaian segera daripada semua pihak khususnya kepimpinan. Penyelesaian sesuatu isu bukan boleh diselesaikan dengan hanya menggunakan bantuan kewangan dan sumbangan orang ramai, akan tetapi, sesetengah isu perlu dinyatakan pendirian, serta disokong dengan ketegasan dan keberanian menzahirkan aqidah kepada Allah S.W.T.

Sebab itu dalam masalah isu Gaza di Palestin baru-baru ini, berapa banyak negara yang menghulurkan bantuan, berapa ramai individu terkaya memberikan sumbangan, hatta orang yang bukan Islam turut tidak terkecuali menghulurkan bantuan dan berdemonstrasi menentang zionis. Persoalannya mengapa mereka membantu? Ini disebabkan mereka melihat peristiwa berdarah itu tidak lain hanya mengikut kaca mata erti kemanusiaan, tidak lebih daripada itu. Sedangkan pandangan al Quran melangkau erti kemanusiaan, melepasi batas kemaslahatan, malah lebih jauh daripada itu, menyarankan agar umat Islam bangkit menentang kezaliman, bangun mempertahankan Islam dalam apa jua cara dan kondisi sekalipun. Sebab itu, ketika mana Mesir di bawah pemerintahan Presiden Husni Mubarak, menutup sempadan Refah antara Mesir dan genting Gaza, apa yang berlaku ? Ulamak-ulamak al Azhar bangkit dengan mengeluarkan fatwa sambil menegaskan bahawa, setiap titis darah, bukan setiap nyawa, saya ulang sekali lagi, setiap titis darah yang mengalir di atas bumi Gaza, setiap umat Islam akan dipersoalkan dihadapan Allah kelak mana sumbangannya, jihadnya dan pengorbanannya dalam mempertahankan Islam.

Sidang Jumaat Yang Berbahagia,
Melihat kepada realiti yang berlaku pada hari ini, Rasulullah s.a.w sudah lama memberi panduan kepada umatnya, agar menjadikan dasar peralihan kuasa ini sebagai medan untuk saling nasihat menasihati antara pemimpin dan yang dipimpin. Ini tidak bermakna bahawa golongan dipimpin sahaja yang perlu dinasihati, ditunjuk ajar dan dipandu, sebaliknya golongan pemimpin juga perlu untuk menerima pandangan, teguran dan nasihat daripada orang bawahan. Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang berbunyi:

Daripada Abi Hurairah sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah berkata, sesungguhnya Allah meredhai kamu 3 perkara dan mengeji kamu 3 perkara, Allah meredhai kamu menyembahnya dan tidak mensyirikkannya, dan menyuruh kamu berpegang dengan tali Allah, dan menyuruh kamu saling menasihati antara pemimpin yang menguruskan urusanmu, dan Allah mengeji kamu saling menjaja cerita, mensia-siakan harta, dan banyak bersoal.

Sekiranya kita meneliti dan menghayati maksud disebalik hadis ini, ianya sudah cukup memberi panduan kepada kita supaya berpegang pada tali Allah setelah mana kita menyaksikan bermacam-macam isu yang menggugat kewibawaan Islam, dalam masa yang sama, Rasulullah s.a.w mengingatkan kepada pemimpin dan yang dipimpin agar sama-sama mengamalkan prinsip nasihat-menasihati dengan penuh keterbukaan menerima pandangan di waktu berlaku peralihan kuasa tatkala ini, malah Rasulullah s.a.w juga menyarankan, agar kita tidak mensia-siakan harta pemberian dan anugerah Allah ke jalan yang tidak bermanfaat, di waktu dunia kini diancam dengan krisis ekonomi.

Tidak kira peralihan kuasa itu berlaku pada peringkat kampung, daerah, pejabat, jabatan, fakulti, negeri dan sebagainya, semestilah menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai panduan utama dan contoh teladan. Sekiranya sesebuah organisasi itu cemerlang daripada sudut pentadbiran, maka sudah tentulah kejayaan itu akan merujuk kepada barisan kepimpinannya. Begitulah juga dengan Rasulullah s.a.w, bagaimana dakwah Rasulullah s.a.w boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat dan Islam mampu tersebar ke 1/3 dunia, sudah tentulah jawapannya, Rasulullah s.a.w memiliki barisan kabinet yang cukup cemerlang daripada segenap aspek. Pembentukan kabinet Rasulullah s.a.w selari dengan sabdanya yang berbunyi:

Daripada Anas bin Malik sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah berkata : ‘umatku yang paling mulia adalah Abu Bakar, dan yang paling berani menegakkan agama Allah adalah Umar, dan yang paling menjaga maruahnya adalah Osman, dan yang paling adil dalam hukuman adalah Ali bin Abi Talib, dan yang paling hebat bacaan al Quran adalah Ubai bin Kaab, yang paling mengetahui halal dan haram adalah Muaz bin Jabal, dan yang begitu teliti melaksanakan tuntutan Allah adalah Zaib bin Thabit, dan ketahuilah dan setiap daripada umat itu ada pemegang amanahnya, dan pemegang amanah ummah ini adalah Ubaidah bin al Jarrah.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Lantaran itu, marilah kita kembali kepada Islam melalui dasarnya al Quran dan as Sunnah untuk dijadikan sebagai pedoman dan panduan hidup kita. Betapa Rasulullah s.a.w begitu mencintai umatnya sehinggakan dalam masalah peralihan kuasa inipun baginda memberi tunjuk dan panduan melalui wahyu. Maka tidak hairanlah sekiranya, Rasulullah s.a.w telah mencapai satu tahap pemerintahan yang paling unggul apabila meletakkan orang yang soleh dan berwibawa sebagai pemimpin. Perkara ini juga ditegaskan oleh Allah Taala dalam surah an Nur ayat 55 yang berbunyi: Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

KHUTBAH JUMAAT BERTAJUK 'PERALIHAN KUASA MENURUT PANDANGAN ISLAM' DISAMPAIKAN DI MASJID SULTAN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PADA 10 APRIL 2009 OLEH USTAZ MOHAMMAD NAEM MAT BASIR, PENSYARAH PUSAT PENGAJIAN ISLAM DAN PEMBANGUNAN SOSIAL UTM.

Tuesday, April 7, 2009

MEMANG UMNO LEBIH BODOH DARI DAP TENTANG AL-QURAN

MEMANG UMNO LEBIH BODOH DARI DAP TENTANG AL-QURAN

Apabila mendengar petikan ceramah YB DAP yang mengutip surah An-Nahl ayat 90, aku tidak merasakan tindakan YB tersebut sebagai salah. Ini kerana, beliau membaca ayat Al-Quran tersebut dengan lahjah cinanya. Lahjah yang agak sukar untuk sama seperti orang arab membaca Al-Quran.

Jika kita berjalan ke mesir, sebilangan badwi di sana membaca Al-Quran dengan menyebut huruf ”jim” dengan hurum ”Ga”, sedangkan dalam bahasa arab, tidak wujud langsung huruf ”ga”. Jika mereka membaca ”iza JA a nas rullah”, mereka membacanya dengan ”iza GA a nas rullah”

Lahjah arab mesir ini, tidak sekadar dikalangan orang badwinya sahaja, bahkan ada sebilangan profesor yang mengajar di Universiti Al-Azhar pun membacanya sedemikian. Persoalannya, apakah membaca dengan lahjah tersebut adalah tindakan mempersendakan Islam??? lebih-lebih lagi, jika dibacanya itu disebabkan memang agak sukar lidah menyebut dengan sebutan yang betul.

Apabila aku mendengar YB DAP tersebut menyebut surah An-Nahl Ayat 90, aku agak kagum. Ini kerana, aku sendiri pun tidak ingat ayat yang sering dibacakan dalam khutbah jumaat itu adalah surah an-nahl ayat 90. dan aku yakin, kalau tanya sebilangan Orang islam beragama UMNO pun, masakan mereka tahu itu adalah surah an-nahl ayat 90, bahkan membaca ayat itu pun pasti mereka tidak mampu.

Cumanya, dalam mengulas isu ini, datang mufti Harussani yang mangkuk hayun ini mengeluarkan kenyataan seperti berikut;

”orang-orang bukan islam menggunakan ayat Al-Quran sebagai alasan dalam kempen mereka. pada saya, kalau orang-orang bukan islam menggunakan ayat Al-Quran dalam kempen, seolah-olah orang melayu, orang islam sudah terlalu bodoh. Sehingga dia sendiri tidak tahu lagi tentang kitab suci Al-Quran. Apakah kita boleh percaya terhadap tafsiran yang dibuat oleh orang kafir. Jadi saya harap mudah-mudahan, perkara seperti ini tidak lagi berlaku. Merupakan satu penghinaan kepada ugama kita. Maka dengan itu, harus dihentikan. Satu lagi hal, orang-orang kafir selalunya menyelewenkan benda-benda yang telah wujud dalam kitab, kerana mereka tidak percaya dengan yang wujud dalam kitab itu”

Membaca kenyataan Mufti perak ini. ingin dinyatakan seperti berikut;

(a) sekarang memang ada orang melayu lebih bodoh dari orang bukan Islam tentang Al-Quran. Orang melayu itu adalah, orang UMNO. sama ada mereka itu agamawan, mahupun tidak. Termasuk yang berjawatan mufti.


(b) Jika wujud unsur penyelewenan Al-Quran yang dilakukan oleh YB DAP itu. dimanakah unsur penyelewengan itu??? takkan semata-mata baca sudah cukup untuk dikatakan sebagai menyelewengkan Al-Quran.????

(c) Sejak bila si YB ini menafsirkan Al-Quran. Dia hanya sekadar mengungkapkan sesuatu yang benar berdasarkan kepada ayat Al-Quran yang menyuruh melakukan keadilan dan melakukan kebaikan. Apakah menyelewengkan kandungan Al-Quran, jika beliau menyeru kepada keadilan dan kebaikan seperti seruan surah An-Nahl ayat 90???

Nampaknya, di Malaysia, kita mempunyai seorang lagi tokoh mangkuk hayun berjawatan mufti.

Sekian

P/s : (1) UMNO lawan islam. mufti sokong UMNO. Maknanya; Mufti lawan islam. (2) UMNO parti perkauman, mufti sokong UMNO. Maknanya; Mufti sokong perkauman. (3) UMNO adalah assobiyyah, Assobiyyah adalah haram, mufti sokong UMNO. Maknanya, Mufti buat kerja haram.

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani

Http://g-82.blogspot.com

Saturday, April 4, 2009

Saya Sahih Sebab Rujukan Saya Sahih

# artikel ini ditujukn kpd pengunjung2 dlm shout box....

sultan.jpg

Saya sahih sebab rujukan saya sahih!

Ini merupakan salah satu penyakit pemikiran yang merunsingkan saya.

Terutamanya dalam trend kembali kepada Quran dan Sunnah, ramai yang ditimpa penyakit ini.

Oleh kerana alasan idea saya adalah al-Quran, maka idea saya sahih sesahih al-Quran. Oleh kerana rujukan saya adalah hadith yang sahih, maka apa yang saya faham tentang hadith itu, juga merupakan idea yang sahih.

Penyakit ini menimpa golongan yang menisbahkan fikiran mereka sebagai mewakili teks yang dianggap benar. Ia bukan sahaja berlaku dalam lingkungan Muslim, malah telah wujud juga penyakit yang sama di semua agama. Masalah ini bukan masalah agama, tapi masalah sikap dan pemikiran.

Ketika menyelak lipatan sejarah, saya teruja melihat gelagat golongan Jacobin.

Semasa Perancis sedang bertarung dengan usaha membebaskan masyarakat dari cengkaman penguasa diraja dan gereja, 1793 memperlihatkan rusuhan besar-besaran yang akhirnya memberi ruang kepada Jacobin mengambil alih pemerintahan. Mereka menganggap bahawa merekalah golongan yang mewakili suara rakyat, memahami aspek keadilan serta baik dan buruk masyarakat.

Mereka menganggap tafsiran mereka terhadap konsep cintakan tanah air La Patrie dan kefahaman mereka terhadap kehendak Social Contract adalah yang paling tepat. Lantas mereka mesti menerima sokongan dan kepatuhan yang mutlak dari rakyat, kerana dari situlah rakyat beroleh kebaikan.

robespierre.jpg

Antara tokoh terkenal dari kumpulan Jacobin ini adalah Maximilien Robespierre (1758 - 1794). Pemerintahannya dianggap pemerintahan yang luhur, berteraskan rujukan yang sahih, lantas dinamakan sebagai Republic of Virtue.

Tindakannya yang anti perhambaan, memberikan hak sivil kepada komuniti Yahudi dan pelbagai reformasi positif, di peringkat awalnya disambut baik oleh rakyat. Tetapi tindakan yang dinisbahkan kepada memenuhi kehendak iman telah menjadikan beliau dan pemerintahannya meng’kebal’kan diri dengan alasan mereka mewakili apa yang sahih.

… to detest bad faith and despotism, to punish tyrants and traitors, to assist the unfortunate, to respect the weak, to defend the oppressed, to do all the good one can to one’s neighbour, and to have with justice towards all men”

Robespierre telah membina imej agama kepada masyarakat yang ditadbirnya. Lantas, menentang pemerintahannya dianggap menentang kehendak agama.

Pemerintahan berteraskan tafsiran sahih terhadap kehendak rujukan yang sahih, telah membina sikap tidak boleh dikritik, lantas mereka menghukum sesiapa sahaja yang mempertikai. Mereka membanyakkan perisik untuk memastikan tiada usaha mempertikai dan menentang dari kalangan rakyat, dan sedikit demi sedikit, Republic of Virtue berubah menjadi Reign of Terror!

Saya bertemu dengan watak ini di dalam pusingan Sejarah. Sama ada Sejarah Islam, mahu pun sejarah yang di luar komuniti Islam. Golongan yang menganggap diri mereka mewakili teks yang sahih, terlupa bahawa teks yang sahih tidak menjadikan apa yang mereka faham tentang teks itu turut sahih dan tidak boleh menerima pertikaian.

Kerana itu, kita bertemu dengan pembiakan golongan yang mengambil teks secara literal tanpa mengambil kira peraturan-peraturan untuk teks tersebut difahami.

Misalnya, banyak hadith sahih tentang hubungan rakyat dan pemerintah diketengahkan. Teks hadith ini cuba untuk dijadikan prinsip siasah secara mudah, sedangkan kefahaman mengenai hadith-hadith itu langsung tidak mengambil kira apakah asbab al-wurud (sebab hadith itu disabdakan oleh baginda s.a.w), ‘illah, maqasid, hikmah dan apa yang mahu dicapai oleh Syariat Islam melalui hadith itu.

Lantas, usaha untuk mempertahankan ketaatan rakyat kepada pemerintah diperbesarkan dengan bahasa mutlak, bahawa pemerintah tidak boleh ditegur kerana hadith sahih berkata begitu, atas nama kehendak Sunnah!

sultan2.jpg

Masyarakat diajak agar mengenepikan tanggungjawab membetulkan pemerintah, apatah lagi dengan memperkatakan apa yang benar, kepada pemerintah yang zalim. Sebaliknya tumpuan diberi kepada menjauhkan diri dari menyatakan penentangan kepada penyelewengan dan kezaliman pemerintah, kerana ia dilabel sebagai tradisi Khawarij. Sedangkan taat kepada pemerintah, dan menjauhkan Kalimah al-Haq ‘inda al-Sultan al-Ja’ir, itulah Sunnah.

Fahaman ini sukar diperbetulkan kerana pemikiran pendukungnya ialah “saya sahih sebab rujukan saya sahih”!

Soal menegur pemerintah secara tidak beretika, itu soal lain. Al-Quran sendiri memberi garis panduan kepada insan setinggi Musa tentang cara yang betul menegur manusia sejahat Firaun. Teguran tentunya dengan bahasa yang tidak menjadikan penegur memberanakkan dosa. Teguran tentunya mesti berasaskan fakta yang diteliti. Semua ini kehendak Syariat Islam.

Tetapi memberikan imunisasi kepada pemerintah semata-mata dengan alasan hadith sahih tidak membenarkan pemerintah ditegur, adalah suatu yang menghairankan, bukan hanya kepada rakyat yang Islam, malah kepada pemerintah sendiri.

“Tidak sangka, rupa-rupanya kalau menurut Syariat Islam, kita ini tidak boleh ditegur!”, kata pemerintah di empat penjuru alam Muslim. Siapa yang tidak mahu ‘Islam’ versi ini?

Tindakan para Anbiya’ seawal Nuh ‘alayhi al-Salaam berdakwah terhadap golongan al-Mala’, sirah Nabi s.a.w yang menolak pemerintahan Jahiliah di zamannya, derita para Imam seperti Imam Malik dan Imam Ahmad kerana tidak menyetujui pendirian pemerintah di zamannya, malah kematian dan derita pejuang Islam di Mesir, Syria, Jordan, Iraq dan di merata pelusuk alam, semuanya dilupakan.

Di dalam dunia kita hari ini, menegur kuasa pemerintah bukan hanya merujuk kepada peranan yang dimainkan oleh pembangkang. Ia hanya salah satu daripada format menyatakan pendirian. Teguran dan nasihat juga disampaikan dalam format jurnalisma (seperti diskusi Edward Said di dalam bukunya Covering Islam), seni suara, seni lukis, karikatur dan sebagainya. Kesemua format itu berkongsi etika yang sama, bahawa menegur pemerintah adalah sebahagian daripada proses check and balance demi memastikan kuasa berada di tangan yang betul, dan turun ke rakyat dengan polisi-polisi yang betul lagi saksama.

sultan3.jpg

Gerakan Islam, NGO dan pelbagai pertubuhan yang ada di dalam masyarakat, mempunyai pelbagai tanggungjawab dan peranan.

Malangnya, dalam suasana seperti apa yang ada hari ini, agenda menyelamatkan ummah dari ancaman Sekularisma hilang prioriti. Tanggungjawab menegakkan keadilan pada ekonomi, sosial dan undang-undang ditolak ke tepi. Tugas umat Islam menyelamatkan saudara-saudara mereka dari gelombang Riddah apabila manusia murtad menerusi peruntukan undang-undang dan lemahnya penguatkuasaan, sudah tidak lagi dibicarakan.

Malah bukan hanya itu, apa yang dinamakan sebagai perjuangan Islam. Bagaimana pula dengan polisi kerajaan dalam isu alam sekitar, pencemaran udara dan air, hinggalah kepada pencemaran budaya dan cara hidup, semua itu juga sebahagian daripada agenda Islam. Sistem Islam bukan hanya memperkatakan tentang undang-undang, malah mencakupi seluruh aspek yang berkaitan dengan kehidupan manusia.

Tugas pendukung agenda Islam sangat banyak. Sekurang-kurangnya ia sama banyak dengan kementerian dan jabatan kerajaan itu sendiri. Mereka perlu memantau keberkesanan penguasa di dalam isu kehakiman, sama juga di dalam isu kesihatan, penjagaan alam sekitar, kebajikan pekerja, pendidikan, dan senarai ini berterusan.

Di mana perjuangan al-Quran dan al-Sunnah dalam memperkatakan hal ini, jika kita semua diheret kepada sekadar persoalan “boleh atau tidak kita menegur pemerintah?”. Pemerintah sendiri pun tidak sangka ada isu semacam itu di belakang mereka.

Bukanlah saya bermaksud mengajak pembaca menjadi pembangkang secara membuta tuli. Namun pemantauan oleh rakyat kepada pemerintah, adalah suatu amalan yang terlalu biasa yang manusiawi, tiada apa yang ganjil. Bukan sahaja sistem pemerintahan Islam, malah mana-mana sistem pemerintahan yang sedar akan ‘keadilan’ menerima kepada adanya saluran untuk mereka yang memerintah, dinasihati oleh mereka yang diperintah.

Tetapi dengan krisis pemikiran yang menimpa umat Islam, kita menjadi komuniti yang pelik.

Yang diutamakan ialah ‘jangan menentang pemerintah selagi mana mereka bersolat’. Ini berpunca daripada kegelojohan untuk memahami hadith tanpa menggunakan alat-alat Syara’ seperti Usul Fiqh, perbahasan mengenai Maqasid dan sebagainya. Apakah tujuan Rasulullah s.a.w mendisiplinkan proses menegur pemerintah? Ada besar hikmahnya di situ. Soal mencegah kemungkaran tanpa menimbulkan kemungkaran yang lebih besar, diberikan keutamaan di situ. Agar jangan sampai semua orang secara semberono membunuh kestabilan masyarakat demi membetul satu dua kesilapan pemerintah.

Tetapi perincian kepada soal ini begitu malas untuk diambil peduli. Yang penting, saya telah petik hadith yang sahih di dalam pendirian saya. Itu kehendak hadith sahih yang saya rujuk. Saya sahih kerana rujukan saya sahih. Rujukan anda apa?

Hanya dengan ‘Islam’, kesilapan dan kesalahan pemerintah dapat didiamkan! Mahukah anda sebagai mangsa kepincangan profil tinggi, dengan Islam yang begini?

Saya sakit kepala memikirkannya.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Hebatnya NIAT...

pada suatu hari,terdapat seorang paderi datang ke masjid dan naik ke mimbar,lantas berkata

"sesiapa di kalangan kamu yang terbaik,marilah berlawan fikrah denganku.jika aku kalah maka akanku masuk agama islam bersama seluruh penganut kristian dan jika anda kalah,maka anda dan sekuruh umat islam di sisni akan masuk agama kami (kristian)..."

makanye umat islam telah bincang2..dan telah memilih seorang wakil yg paling baik antara umat islam di situ utk berdebat dgn paderi kristian itu..tibalah saat yang ditunggu2...kelihatan ramai orang islam dan org kristian datang ke tempat dimana perlawanan itu dijalankan untuk melihat siapa yang lebih hebat..lawan punye lawan...last2 islam kalah...maka si kristian tersenyum

dan perlawanan kedua dijalankan dan orang islam memilih antara yg terhebat di kalangan mereka untuk mematahkan hujah si paderi.maka saat perlawanan tiba kelihatan sedikit orang islam yg melihat perlawanan itu kerana malu kes kalah time fes perlawanan..lawan punye lawan...si paderi menang lagi!...apekah..

dan ketika umat islam di kawasan itu resah apekah mereka akan menukar agama kristian sebagaimana perjanjian awal dahulu sebelum perlawanan bermula..dalam keresahan itu tiba2 seorang kanak2 berdiri dan berkata "biarlah saya yang berlawan dengannye!"maka sekeliling terkesima...apekah adek ini...orang yg terhebat kat situh pon b0leh kalah inikan soerang budak berhingus...si paderi p0n agak terkej0t la...sbb budak yg nk lawan dengannye.."apehal lah budak nih..mimpi ke ape...x pe2~aku terima cabarannye.."

maka si paderi meletakkan syarat utk perlawanan dgn budak itu..
1.ini perlawanan yg terakhir (perdebatan) antara muslim dengan paderi kristian itu..
2.tidak b0leh bersuara..hanye menggunakan BAHASE ISYARAT..

maka perlawanan pon bermula keesokan harinya.ntah kenapa tiada seorang pun umat islam di sekitar itu datang melihat dan memberi semangat untuk si budak itu.tetapi si pihak lawan(kristian) ramai yg datang melihat memandangkan mereka amat yakin yg kemenangan itu berpihak kepada mereka...
maka tibalah saat2 yg dinantikan..

soalan pertama...
si paderi menunjukkn jari telunjukknya...

maka si budak pon tunjukkan juga jari telunjuknya...

h0h?si paderi terkejut.ya!soalan pertama itu betul jawapannya!

soalan kedua..

si paderi menunjukkan 5 jarinya..

maka si budak itupun menunjukkan 6 jarinya...

hoh!...betul lagi soalannye yg kedua!
ketika itu umat islam di sekitarnye mula keluar dari rumah untuk melihat perlawanan yg semakin sengit itu..

soalan terakhir...yg menjadi penentuan kemenangan itu milik siapa...

si paderi menunjukkan jari telunjuknya ke arah budak tadi,dan memutar2kn jari telunjuknya itu dan menunjukkan ke arah dirinya.

maka apa si budak itu lakukan utk menjawab?


h0h...terkejut lagi si paderi!jawapannya betul!!maka sekian waktu itu jugala si paderi mengucapkan 2 kalimah syahadah (tiada tuhan disembah melainkan ALLAH dan muhammad itu pesuruh ALLAH..)
umat islam di sekitar itu pelik.paderi yg berlawan dgn 2 ulama' yg hebat pon menang..lawan dgn budak kecik tu kalah?make apekah soalan yg ditujukan oleh si paderi itu?maka orang islam pon bertanye kepada si paderi..

"ape yang anda tanye pada budak kecil itu?"
"soalan pertama..aku menunjukkn jari telunjukku..aku bertanya "apakah ALLAH itu SATU?"
maka si budak itu pon menunjukka jari telunjuknya.yg membenarkan kataku.."ya~ALLAH itu satu!"(perhatian!perlawanan ini tidak hanya menggunakan bahasa isyarat.mana mungkin kita dapat tahu soalan apa yg ditujukan?...)
"soalan kedua pula aku bertanya.."apakah rukun iman itu ada 5?" maka di budak itu menunjukkn 6 jarinya.ya~betul!rukun iman itu ada 6!
"dan soalan trakhir itu aku bertanya "apakah kau dan orang islam seluruhnya akan masuk kristian?" dan dia menunjukkan penumbuknya..tanda "mana b0leh!"

wau!semua terkesima mendengarkan kata2 si paderi itu...dan mereka segera mencari si budak itu dan bertanya apa yg dia aham tntg soalan dgn hanya menggunakan bhs isyarat dan jawapannye bet0l?

((iklan jap..si budak ini adalah sorang pengembala kambing...sekian..))

maka si budak itu menjawab..
soalan pertama dia meminta aku seekor kambing.no hal...aku pun bagilah seekor kambing padanya!
soalan kedua pula...dia meminta aku 5 ekor kambing..Islam mengajar kita untuk menjadi pemurah..nah!aku bagi dia 6 ek0r kambing..1 free!
soalan ketiga pulak dia tanya bolehka dia membeli semua kambing2 itu termasuk aku skali..maka aku tunjukkan penumbukku yg x brape besa nih kepada dia.."b0leh bla!"

heh.maka semua terkesima...walaupun jawapannya yg diminta oleh paderi memlalui bahasa isyarat pd perlawanan itu dijawab dgn tepat oleh budak itu.namun pada hakikatnya soalan sebenar si paderi dgn soalan yg difahami oleh si budak itu amatlah jauh bezanya.bagaimanakah ALLAH memberi kemenangan itu yg berpihak kepada umat islam di petempatan itu?

melihat kembali NIAT budak itu untuk menyelamatkan IMAN dan ISLAM umat islam di petempatan itu daripada tergadai hanya kerana perdebatan dengan paderi itu.bagaimana ALLAH menggerakkan HATINYA untuk menjawab soalan tersebut walaupun pada hakikatnya soalan yg ditujukan tidak sama langsung dgn apa si budak itu fikirkan!

1 persoalan untuk ikhwah dan akhwat......siapakah si budak itu...agak2?





HASSAN AL-BASRI...
tentu anda pernah mendengar nama ini bukan?

2.melihatkan betapa besarnya nilai walaupun sepotong NIAT...(berniat utk menyelamatkan islam dari tergadai begitu sahaja..)budak itu dapat mengalahkan si paderi yang hebat itu..

maka..adakah kita sudah bersedia untuk melalui hari2 yg mendatang dgn walau hanya SEPOTONG NIAT?

sm0ga crita di atas ini dapat membangkitkan semangat kita untuk berniat dalam setiap keadaan..walaupun hanya sepotong niat kerana ALLAH semata2...


"fastabiqul khairat!"

waLLAHU a'lam..