Thursday, January 22, 2009

Demonstrasi Anti Israel Bebaskan Palestin dibumi Tawau... tanah air ku

Jumaat lepas (16hb Januari 2009), Unit Amal Tawau telah turun padang mengikut demonstrasi Anti Israel Bebaskan Palestin di perkarangan Masjid Al Kauthar.

Sambutan yang diberikan amat menggalakkan... barisan pimpinan dan ahli pemuda, Muslimat dan Nisa juga turut hadir memeriahkan suasana....












Pelbagai poster atau banner yang ditunjukkan seperti Zionis Murderer!! Hancur Yahudi!! Selamatkan Palestin!!! Ucapan ucapan pembakar daripada pimpinan PAS kawasan Tawau membakar semangat semua yang hadir disamping laungan Hancur Hancur!! Hancur Zionis!! Hidup Hidup!! Hidup Islam!! turut dilaungkan sepanjang demonstrasi diadakan diketuai oleh Saudara Daramansah Bin Lamasa , Naib Ketua Pemuda PAS Tawau.


Alhamdulillah semua telah berjalan dengan lancar... diharap semua yang mengikuti demonstrasi ini dapat terus komited dalam memboikot barangan Yahudi & Amerika disamping tidak putus putus mendoakan keselamatan saudara-saudara seIslam kita di Palestin.

Bacaan Doa dan Pembakaran Bendera Yahudi mengakhiri demonstrasi pada hari tersebut.

Hancur Hancur!! Hancur Yahudi!! Hidup Hidup!! Hidup Islam!!

PESAN RASULULLAH KEPADA MUAZ BIN JABAL

"Puji syukur untuk Allah yang melaksanakan sesuatu terhadap makhlukNya menurut kehendakNya."

"Wahai Mu'az,"

"Ya Sayyidal Mursalin."

"Aku akan menceritakan satu kisah kepadamu. Jika engkau menghafalnya (mengambil perhatian), ia akan bermenafaat untukmu tapi kalau engkau lupakan (tidak ambil berat) maka kamu tidak akan ada hujjah di hadapan Allah kelak."

"Hai Muaz, Allah telah mencipta tujuh malaikat sebelum Dia mencipta langit dan bumi. Setiap langit ada satu malaikat yang menjaga pintu langit. Tiap-tiap pintu langit itu dijaga oleh malaikat penjaga pintu mengikut kadar dan keagungannya."

Langit Pertama:

Malaikat yang memelihara amalan di hamba akan naik ke langit membawa amal ke langit pertama. Penjaga akan berkata kepada malaikat Hafazah,

"Saya penjaga tukang umpat. Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang umpat."

Langit Kedua:

Esoknya malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba. Di langit kedua, penjaga pintunya berkata "Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya sebab dia beramal mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya ditahan amalan ini jangan sampai lepas ke langit yang lain."

Langit ketiga:

Kemudian malaikat Hafazah naik lagi ke langit ketiga membawa amalan yang sungguh indah. Penjaga langit berkata "Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana dia seorang yang sombong."

Langit ke empat:

Berikutnya malaikat Hafazah membawa lagi amalan si hamba ke langit keempat. Lalu penjaga langit itu berkata "Lemparkan balik amalan ini ke muka empunyanya. Dia seorang yang ujub. Allah memerintahkan aku menahan amalan Si Ujub."

Langit kelima:

Seterusnya amalan si hamba yang lulus ke langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya dengan jihad, haji, umrah dan lain-lain tetapi di pintu langit penjaganya berkata "Ini adalah amalan tukang hasad. Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan pada hamba-hamba-Nya. Dia tidak redha dengan kehendak Allah. Sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan balik ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad."

Langit keenam:

Di langit kenam, penjaga pintu akan berkata "Saya penjaga rahmat. Saya diperintahkan untuk melemparkan balik amalan yang indah ini ke muka pemiliknya kerana dia tidak pernah mengasihi orang lain. Kalau orang dapat musibah dia merasa senang. Sebab itu amalan ini jangan melintasi langit ini."

Langit Ketujuh:

Malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba yang dapat lepas hingga ke langit ketujuh. Rupa cahaya bagaikan kilat, suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu ialah sembahyang, puasa, sedekah, jihad, warak dan lain-lain. Tetapi penjaga pintu langit berkata "Saya ini penjaga sum'ah (ingin mahsyur). Sesungguhnya si pengamal ini ingin masyhur dalam kumpulan-kumpulan dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin Allah memerintahkan padaku agar amalan ini jangan melintasiku. Tiap-tiap amalan yang tidak akan menerima dan mengkabulkan orang-orang yang riak."

Amalan yang melepasi langit ketujuh:

Kemudian malaikat Hafazah itu naik lagi dengan membawa amal si hamba yakni sembahyang, puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan pendiam, zikir pada Allah diiringi malaikat ke langit ketujuh hingga sampai melintasi hijab-hijab dan sampailah ke hadrat Allah s.w.t.



Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan soleh yang betul-betul ikhlas untuk Allah. Tetapi firman Tuhan "Hafazah sekelian, pencatat amal hamba-Ku, Aku adalah pengintip hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hamba-Ku ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas pada-Ku dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu Aku. Aku adalah Maha Mengetahui."



"Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagi-Ku apa saja yang terlindung. Pengetahuan-Ku atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang bakal terjadi."



"Pengetahuan-Ku atas orang-orang yang terdahulu adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hamba-Ku ini menipu Aku dengan amalanya ini? Laknat-Ku tetap padanya!"



ketujuh-tujuh malaikat berserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata "Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami semua bagi mereka."



Dan semua yang di langit turut berkata "Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat."

Apa Tindakan Yang Perlu?

Saidina Muaz (yang meriwayatkan hadis ini) kemudian menangis teresak-esak dan berkata "Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh selamat dari apa yang diceritakan ini?"



Sabda Rasulullah "Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan."



Muas bertanya kembali "Ya, tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanya Muaz bin Jabal. Bagaimanakah saya boleh selamat dan boleh lepas dari bahaya tersebut?"



Bersabda Rasulullah:

"Ya begitulah....

1. kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib.

2. Janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain.

3. Jangan riyak dengan amal supaya amal itu diketahui orang.

4. Jangan termasuk orang yang mementiingkan dunia dengan melupakan akhirat.

5. Kamu jangan berbisik berdua ketika di sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik

6. Jangan takabbur dengan orang lain, nanti luput amalanmu dunia dan akhirat

7. Jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut padamu.

8. Jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan

9. Jangan merobekkan peribadi orang lain dengan mulutmu kelak engkau akan dirobek-robek oleh anjing-anjing Jahannam sebagaimana firman Allah yang bermaksud "Di neraka itu ada anjing-anjing perobek badan manusia."



Muaz bertanya lagi "Ya Rasulullah... siapa yang tahan menanggung penderitaan seperti itu?"



Jawab Rasulullah:

"Muaz, yang demikian itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah s.w.t. Cukuplah untuk menghindarkan semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci apa yang berlaku kepada orang lain apa-apa yang engkau benci berlaku pada dirimu. Dengan demikian, kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar."

Wednesday, January 21, 2009

"Bunuh semua tentera Israel!"

EL-ARISH, 21 Jan (Hrkh) - Demikian ungkapan yang tidak terjangka oleh wartawan Harakah apabila bertanya kepada adik Muhammad Abdillah yang baru berusia 11 tahun.

Iklan

Gelojak amarah. Perasaan memberontak. Semangat berapi-api jelas terpancar bagi anak Palestin yang kini berada di El-Arish.

Jika di Malaysia, anak sekecil ini baru menginjak kakinya di tahun 5 dan sedang bergelut dengan dunia pendidikan PPSMI yang merimaskan.

Tetapi bagi majoriti anak-anak Palestin,mereka seringkali memberontak dalam diam dan luahan amarah mereka akan terpancar jika diduga dengan pertanyaan mengenai tanahair mereka dan Israel.

ImageHarakah ketika mengikuti rombongan Yayasan Amal Malaysia untuk misi kemanusiaan Gaza sempat merakamkan detik-detik yang dialami oleh anak kecil Palestin.

Menurut Muhammad, jika diberinya peluang untuk ke Gaza ketika ini, beliau sedia berjihad.

"Akan kubunuh setiap satu tentera laknatullah ini. Tiada ampun buat mereka.

"Andai terkorban,tidak mengapa...tidak takut Allah akan matikan kita jua,"jelasnya dengan penuh semangat.

Ketika ditanya apakah beliau tidak gentar ke sana dalam suasana perang ketika ini,katanya,"apa nak takut...kami di sini setiap hari sudah biasa dengan apa yang dilakukan mereka.

"Anda dapat saksikan sendiri...semuanya ada di kaca televisyen.Semua boleh dilihat di setiap hospital di sini,"tegasnya.

Bagi Muhammad, istilah syahid tidak menggusarkannya. Beliau tidak gentar dengan nama syahid.

"Ya,syahid...kami mahu syahid,kami mahu bunuh tentera Israel,"tegasnya lagi.

ImageMuhamad mengakui,dirinya cukup terasa dengan situasi di Gaza,kerana beberapa saudaranya turut terbunuh di sana.

Walaupun masih mempunyai ibu dan bapa, tetapi peristiwa saudara-maranya yang terbunuh di hadapan mata sendiri sukar untuk dilupakan.

"Saya tidak akan lupa. Setiap titis darah jika diberi peluang akan saya balas,"katanya.

Ditanya mengenai pandangan rakan-rakan sebayanya di sini,kata Muhammad,"kami sama bersatu hati. Setiap hari kami berdemonstrasi di sekolah.

"Tapi kami benci dengan guru-guru di sini. Mereka diam,"katanya.

Tambahnya, guru-guru di sekolah yang sedang dipelajarinya ketika ini hanya mendiamkan diri.

"Mereka tidak membuat apa-apa. Tidak guna guru sebegitu. Tidak ada perasaan pada kami di Palestin,"katanya dengan penuh rasa kesal.

Tuesday, January 13, 2009

Amanah Sudah Ditunaikan

Hari yang dinantikan akhirnya tiba. Alhamdulillah, tepat pukul 10.30 pagi (13 Januari 2009) saya pergi menunaikan amanah untuk mengundi calon-calon mahasiswa yang bakal mengegarkan Majlis Perwakilan Pelajar pada sesi ini... insya Allah.

Hari ini sangat bertuah kerana selepas mengundi saya mendapat hadiah dari fakulti sebuah pendrive. Memang lama sudah lama hajat dihati ingin memiliki pendrive setelah sekian lama tidak menggunakannya. Hanya external hard disk yang menemani.

Melihat kepada pola pengundi, saya yakin calon-calon dari Pro-Mahasiswa mampu untuk menang dan menguasai 2/3 daripada kerusi yang dipertandingkan. Ini bukan omongan kosong tapi berdasarkan maklumat first hand yang diterima dari calon-calon dari Evolusi Mahasiswa yang sekiranya menang akan melompat 'parti' ke Pro-Mahasiswa.

Semua ini gara-gara ketidaktelusan dan menganak tirikan beberapa calon dalam beberapa hal. Disamping mereka lebih menyakini perjuangan yang dibawa oleh Pro-Mahasiswa.

Di sini ingin ditegaskan, bahawa menang atau kalah bukan persoalannya. Apa yang penting kami telah membawa suatu lanskap yang baru dalam kampus UTM Skudai dalam pilihanraya kampus baru-baru ini.

Bagi kami, menang alhamdulillah dan tak menang pun alhamdulillah.

Menang rasa syukur moga dengan amanah yang diberikan ini kami dapat membaiki beberapa kelompangan yang berlaku dalam kepimpinan.

Tak menang pun syukur kerana amanah suatu yang pastinya akan ditanya oleh Allah swt diakhirat kelak.

Jadi persoalan menang atau kalah, itu persoalan kedua bagi kami.

JANGAN BICARA SOAL PERJUANGAN KALAU TAKUT MENGAMBIL RISIKO!!!!

Kami telah mendapat beberapa aduan daripada calon ataupun penyokong Pro-M tentang ugutan buang kolej dan sebagainya.

Saya ingin nyatakan bahawa pihak tersebut jangan bongkah dan takbur dengan kuasa yang ada kerana kuasa hanya pinjaman. BUKAN HAK MUTLAK...

Hanya mereka-mereka yang buta mata hatinya dan tidak mengambil iktibar sahaja yang mengeluarkan kenyataan ini. Bukalah buku-buku sejarah...

Lupakah kalian tentang ayat Allah bahawa kuasa adalah milik Allah.

Allah yang berhak mengangkat sesuatu kerajaan dan menghinakan sesuatu kerajaan. Allah lah yang memuliakan atau Allah lah juga yang menghinakan seseorang....

SUNNAH PERJUANGAN

Wahai teman-teman seperjuanganku, sunnah dalam kita berjuang pasti ada cabaran... Pasti ada ugutan, pasti ada celaan, pasti ada hinaan.

Tapi ingatlah...

Kita punya senjata yang tidak dimiliki oleh lawan iaitu kebergantungan kepada ALLAH.

Kita ada Allah....

Mengadulah pada Allah...
Merintihlah pada Allah...
Pohon pertolongan dan perlindungan daripada Nya...

Tiada sapa yang dapat menandingiNya...

" Dan jika mereka berhimpun untuk membahayakan engkau dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat membahayakan engkau dengan kecuali dengan sesuatu yang telah dituliskan oleh Allah atas engkau" (hadith 19; Imam Nawawi)

Jika semua makhluk berkumpul untuk memberikan mudarat kepada seseorang tanpa izin dari Allah, nescaya mereka tidak dapat memudaratkan....

Dan, jika sekiranya seluruh makhluk berkumpul untuk memberikan manfaat kepada seseorang tanpa izin daripada Allah nescaya tidak akan boleh.

Akhirnya, saya ingin menyeru kepada semua warga kampus UTM Skudai... Inilah masanya untuk kita berubah.

Berani kerana benar, takut kerana salah....


Wednesday, January 7, 2009

Ready To Fight!!!

Tinggal satu hari lagi proses pilihan raya kampus akan bermula.. Tanggal 8 Januari 2009, penamaan calon serentak di semua kampus sebagai mukaddimah kepada proses pengundian wakil-wakil mahasiswa yang akan menerajui tampuk pemerintahan kampus bermula awal tahun ini. Bagi hemat saya, pilihan raya kampus kali ini amat berbeza berbanding dahulu. Bermula dengan tsunami politik ketika PRU lepas, bahang peralihan kuasa masih dirasakan oleh semua peringkat rakyat jelata apatah lagi mahasiswa! Malah, sejarah negara telah dilakarkan ketika PRU lepas apabila mahasiswa turut menghantar calonnya melalui Parti Mahasiswa Negara dan ini sebenarnya suatu tanda bahawa mahasiswa kali ini bukan hanya mampu berpencak di pentas PRK bahkan juga di persada PRU!

A new DAWN for all CAMPUS!


Pilihan Raya kampus kali ini tambah menarik apabila ketumbukan ASPIRASI telah mendapat tentangan secara terbuka dari kelompok mahasiswa lain yang menamakan diri mereka sebagai Pro-MAHASISWA. Maknanya PRK yang akan berlaku adalah lebih 'demokrasi' berbanding PRK beberapa tahun yang lepas kerana rakyat mahasiswa mendapat hak mereka yang selama ini dicabuli iaitu 'hak untuk memilih'(Mahasiswa memilih atas dasar tahu dan faham apa sebenarnya manifiesto yang akan diperjuangkan oleh calon pilihan mereka, bukan sekadar melihat gambar semata-mata seperti yang berlaku sebelum ini)

Tuntasnya.. Detik keluarnya Gagasan Pro-Mahasiswa secara terbuka ini sebenarnya adalah suatu detik masa yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Mahasiswa selepas beberapa tahun kita menyaksikan mahasiswa kehilangan wakil-wakil rakyat yang memperjuangkan hak-hak mereka di Parlimen kampus.. Buktinya, isu-isu mahasiswa seperti kenaikan sewa bayaran asrama serta masalah-masalah kebajikan tidak dapat ditangani dengan baik dan YB-YB kampus hanya mampu menjadi Pak Angguk di Parlimen!

Walauapapun, samada kita menjangkakan 14 januari sebagai pagi subuh yang baru bagi semua kampus, itu terpulang kepada rakyat mahasiswa untuk menentukannya nanti.. Cuma, apa yang kita harapkan ialah biarlah Pilihan Raya kampus kali ini berjalan secara adil dan bersih. Biarlah medan ini menjadi landasan buat anak-anak muda kampus mengasah bakat memimpin dan juga menguji kemampuan berfikir.. Biarlah pertarungan yang berlaku atas landasan tanah yang sama rata..

Mengapa perlu bertarung sesama sendiri??


Usah ditanya soalan itu berulang kali.. Kalau nak jawapannya, kaji sendiri! Anda mahasiswa dan anda sewajarnya ada keupayaan untuk berfikir, menganalisa, dan seterusnya menemukan jawapan..

Lihat sahaja di Palestina..
Mengapa pertembungan berlaku antara HAMAS dan juga FATAH..? Bukankah mereka saudara sekandung dan juga saudara seagama..? Jahatkah HAMAS kerana mengambil tindakan melawan FATAH??

Renung sahaja tindakan Saidina Abu Bakr..
Mengapa ijtihad perang diambil keatas Musailamatul Kazzb?? Bukankah mereka itu masih dikategorikan saudara seakidah?? Apa dosa mereka sehingga darah mereka menjadi halal??

Saya hanya meminta saudara merenung dan berfikir.. Bukan maksud saya menganalogikan PRK ini sebanding pertembungan HAMAS-FATAH mahupun perang Saidina Abu Bakr keatas Mussialamatul Kazzb. Jauh sekali.. Apalah taraf nak banding antara senjata pedang dengan air-liur.. Antara menyarung baju besi dengan menyarung sepanduk calon!

Dan penegasan saya ialah, pertembungan yang berlaku dalam PRK ini hanyalah pertembungan ideologi dan kerangka berfikir secara kulitnya.. Cumanya, bagi mereka yang merenung dengan menggunakan pandangan siir(lubuk hati) maka pastinya dia akan nampak bahawa natijah dari pertembungan ini adalah kemenangan antara HaQQ dan juga BathiLL! Itu sahaja...

Monday, January 5, 2009

Satu dunia bersuara derita Gaza.


Helsinki , Finland.

Amman, Jordan.

Chicago, US.

Cape Town , Afrika Selatan.

Caracas, Venezuela.

London, England.

Belfast, Ireland Utara.

Mexico City, Mexico.

Montreal, Canada.

New York, US.

Istanbul, Turkey.

Sunday, January 4, 2009

Mahasiswa UTM telah Mula bersuara




Laungan takbir telah bergema di UTM sebaik sahaja selesai mengerjakan solat Jumaat semalam. Hampir ribuan Mahasiswa telah berkumpul bagi menyatakan respon mereka terhadap Peristiwa 27hb Dis 2009 baru-baru ini yang mana telah menumpahkan ribuan darah saudara Islam kita di Gaza, Palestin. Kekejeman ini menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia apabila Israel dengan sewenang-wenangnya membedil kawasan Gaza yang menempatkan jutaan Manusia. Serangan mengejut yang dilakukan oleh tentera Israel menyebabkan Hamas (parti pemerintah) tidak bersedia untuk menghadapi serangan yang dikenakan ke atas Palestin.

Saudara Amin sedang menyampaikan Ucapan semasa himpunan Aman

Saudara Mohd Amin dan Mohd Hamami dalam ucapannya dengan lantang mengecam tindakan zalim Israel yang telah menafikan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Beliau meminta agar umat Islam dapat bersatu bagi memberikan sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan atau sebagainya.

Saya Mewakili Pihak Pro Mahasiswa UTM amat berbangga kerana wujudnya Mahasiswa yang berani dan lantang seperti Saudara Mohd Amin Bin Mohd Hamami dalam menyatakan pendirian terhadap isu umat Islam yang berlaku khususnya di Palestin. Walaupun usaha ini hanya sebagai respon dari Mahasiswa tetapi sekurang-kurangnya, himpunan aman semalam telah membuka mata seluruh mahasiswa dan juga pihak pentadbiran agar sedar tentang penderitaan yang di alami oleh Warga Palestin di Gaza.

PIHAK ASPIRASI@EVO-MAHASISWA sebagai orang yang mengepalai kepimpinan Mahasiswa di universiti pada hari ini sepatutnya mengambil contoh kepada Saudara Mohd Amin Bin Mohd Hamami kerana keberanian dan kepekaan beliau terhadap isu yang berlaku dan mengambil inisiatif untuk bertindak. Kepimpinan Mahasiswa sepatutnya tidak hanya pandai berpencak di dalam kampus tetapi mesti berani dalam menyatakan pendirian dalam isu-isu nasional dan juga antarabangsa.

Usaha ini tidak sepatutnya berhenti di sini. Seluruh kepimpinan mahasiswa sama ada PMIUTM, Kelab Iqra, JKM Kolej, MPP dan pentadbiran seharusnya mengambil langkah yang lebih besar bagi memastikan UTM dapat menyumbang dalam meringankan penderitaan Rakyat Palestin pada hari ini. Sekali lagi, Tribute buat Saudara Mohd Amin bin Mohd Hamami.Wallahua'lam. Student!!!Power.

Thursday, January 1, 2009