Monday, March 31, 2008

Mencari CINTA



Bertemu cinta Teragung


Di dalam sujudku asyik menyanjung

Umpama pengembara di malam gelita

Tahu cintaNYA menerangi jiwa.



Sekian lama terbiar

Dalam belantara hidup nan liar

Di bukit ku tersepit

Di lembah terhina

Hidup yg pedih mengajar ku mencari cinta



Ku sangka teguh kiranya masih rapuh

Ku sangka mudah namun amat payah

Ku sedar semua pasti ada akhirnya

moga akhirku diselimut cinta

cinta agungNYA



Sekian lama

Diri terlalai

Kehidupan terabai

Akhirnya aku temui kadamaian abadi

Wednesday, March 26, 2008

Test...oh... test!!!

" Abg, sejak saya ikut gerakan dakwah ini. Akademik saya agak merosot la. Tapi ini mungkin ujian daripada Allah swt kan abg." ana tersenyum.

"Salah sapa ya?" ana cuba bertanya kepada adik usrah itu.

"Mungkin salah saya gak abg. " Jawab adik usrah itu.

Inilah antara realiti yang berlaku dewasa ini kepada ramai aktivis dakwah kampus. Tanpa ana ketepikan ramai juga yang cemerlang. Namun yang tersungkur, tersembab bumi tidak kurang banyaknya.

Disitulah suatu penilaian perlu diberikan perhatian oleh pimpinan kampus agar gerakan dakwah kita tidak menjadi fitnah.

Bukan dakwah yang kita bawa tapi fitnah kepada dakwah yang dijunjung.

Bukankah dakwah itu qudwah hasanah. Kepimpinan teladan.

Setelah puas ana berdialog dalam hati. Bagaimanakah dakwah ku ini? Mampukah ia memberikan impak yang baik atau telah menjadi fitnah kepada oarang lain. Adakah aku telah menjadi hijab kepada orang lain lantaran keputusan akademik yang agak tidak memberangsangkan?

Pagi tadi, ana ditakdirkan terbaca sebuah buku motivasi Dr. Tuah. Mungkin sedikit persoalan terjawab dalam diri.

Antara point penting yang disebutkan, akademik bukanlah ukuran yang muktamad untuk mengukur kebolehan seseorang. Ia hanyalah sebahagian kecil sahaja. Mungkin kita tak begitu cemerlang dari sudut akademik tapi kita cemerlang dari sudut yang lain. Cemerlang dari sudut akhlak, cemerlang dari sudut ibadah, cemerlang dari sudut pengurusan diri.

Termenung panjang ana dibuatnya...



Hati ana berbicara lagi...

"Dulu, Aku masih ingat munajatku bersama rabbku,ya Allah semoga aku dapat sambung degree di UTM skudai. Jangan engkau hampakan aku ya Allah. Hampir setiap malam, merayu, mengadu, mengharap, meminta-minta. Akhirnya, alhamdulillah syukur aku dapat sambung degree.



Tapi persoalannya, adakah aku telah menjalankan amanah ini dengan sebaiknya? Adakah aku telah melakukan yang terbaik dalam pelajaran ku?

Aduh... soalan ini membuatkan ana mengenangkan air mata. Betapa aku tidak menjalankan amanah ini dengan sebaiknya.

Bila mengenangkan ibu bapa yang berada diseberang laut menambahkan kesedihan di hati ini. Betapa tingginya harapan dan cita-cita mereka."



Aku kuatkan hati bahawa aku masih boleh melakukan sesuatu yang terbaik untuk sem ini. Masih belum terlambat untuk aku membaiki kekurangan dan kesilapan yang telah aku lakukan.

Semua ini adalah kesilapan diriku yang sering terlupa dan terlalai dengan kehidupan dunia yang menipu dan melalaikan ini.

Ya Allah berikan lah aku kekuatan dan bimbinglah aku untuk menjadi insan yang soleh. Insan yang dapat memberikan kebaikkan kepada ummat ini. Ya Allah aku tak mampu melakukan semua ini tanpa bantuan Mu. Ya Allah, janganlah engkau campakkan aku ke lembah kemaksiatan dan kehancuran. Ya Allah bimbinglah dan bantulah aku dalam mengawal nafsu ku yang tidak pandai puas-puas ini. Bantu aku ya Allah. Janganlah engkau aku menjadikan aku hamba kepada nafsu.

Kepada sesiapa kah lagi untuk aku mengadu dan meminta melainkan kepadamu ya Allah. Engkau tempat terbaik untuk aku mengadu dan meminta pertolongan. Kabulkan doa hamba mu ini ya Allah. Hamba yang sering kali tewas dengan godaan nafsu. Hamba yang penuh dengan najis dosa. Hambamu yang kurang beramal. Ya Allah, dengarlah rintihan ku ini."


Akhirnya, aku terjumpa dengan sebuah hadis Rasulullah saw yang sangat memberikan motivasi kepada ku pada malam itu.


Sunday, March 23, 2008

Bahan renungan aktivis kampus...








Bilakah biah ini wujud dalam kampus tercinta??



Sebelum matahari terbit dari arah barat... Ketika itu segalanya telah terlambat.

Renung dan fikirkanlah

Pesta Konvo Ke 40




"Apa usaha kita halang untuk konsert yang lagha dalam pesta konvo kali ini?" aku memecahkan keheningan petang tue.

"Ermmm... Sebelum-sebelum ini kita hantar surat harapan kepada pihak HEP. Biasalaa surat tue dicampak ke tong sampah je.Sia-sia je buat macam tue lagi. Tiada kesan!!!" keluh seorang aktivis dakwah.

" Daie tak boleh putus asa. Adakah dengan kita hantar surat harapan itu tiada nilaian disisi Allah swt? At least kita sdh melakukan sesuatu daripada duduk saje tak buat apa-apa. Lagi teruk!" kataku.

"Kali ini pesta konvo daa mencapai umur 40 tahun. Kalau dinisbahkan dengan umur manusia ia adalah umur dewasa. Yang boleh membezakan mana yang baik dan buruk. Mungkin daa ada 8 orang anak jika kahwin. Tapi kenapa dan kenapa kita terus mengekalkan perkara yang buruk terus berlaku. " jelas ku.



"Daa sampai masanya kita untuk melakukan demo dekat kampus!" semangat seorang sahabat yang lain.

Aku sampuk lagi, "Cuba kita muhasabah sikit, sejauhmana kita memberikan kefahaman kepada rakan-rakan kita yang menganjurkan pesta konvo itu tentang batas halal haram. Keperluan beragama dalam kehidupan. Seperti ikan yang selesa dengan kehidupan berair. Begitu juga dengan manusia. Manusia hidup bahagia dengan hidup berAGAMA."

Fitrah manusia sukakan kebaikan. Tiada siapa dapat nafikan. Terbukti malam pertama pesta konvo mahasiswa islam membanjiri tapak konvo untuk mendengar forum perdana. Aku yang pergi pada hari tersebut sedikit terkejut dengan bilangan yang hadir.

Tapi malangnya, malam-malam mendatang penuh dengan hiburan!!!

"Apa sudah jadi kepada universiti kita. Pesta konvo kali ini tercemar lagi. Mana penang penghayatan moto universiti kita 'KERANA TUHAN UNTUK MANUSIA'." keluh seorang pendidik sewaktu dalam bilik makan ketika selesai berforum.

"Kata nabi model kita. Buat forum sana-sini. Nabi suri teladan yang terbaik. Insan teladan sepanjang zaman. Tapi... kita munafik!!! Berpura-pura!!! " bisik hati ku yang tidak putus-putus.

Inilah yang membuatkan sukar untuk tidur sejak dua hari ini memikirkan apalah yang akan berlaku seterusnya.
Bagaimana aku mau menjawab dihadapan Allah dipadang mahsyar nanti. Apakah aku mampu menjawabnya?

"Ya Allah engkau saksikan bahawa aku telah menyampaikan isi hatiku untuk menentang kemungkaran ini. Ampunkan dosa ku yang tak mampu menghalang kemungkaran ini. Aku mengadu kepada ya Allah, tunjukkan hidayah kepada pihak atasan universiti dan ajk pelaksana PESTA KONVO moga suatu hari nanti mereka kembali kepada fitrah kehidupan berAGAMA."









Forum: Tiada Yang SetandingNya


Forum:
"Tiada Yang SetandingNya"

Tempat:
Dewan KTC

Tarikh:
19 mac 2008

Ahli-ahli panel:
Ust Ismail Mustari (Ahli Panel 1)

Ust Rifqi (Ahli Panel 2)

Mohd Khairul Syam (Moderator)


"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat suri teladan yang terbaik bagi mereka yang mengharapkn rahmat dan hari akhirat.."

Monday, March 10, 2008

Pengorbanan Itu Amat Manis



Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah swt...

Semuanya teka teki telah terjawab dengan gelombang tsunami menimpa BN... Beberapa tidak menggunakan internet kerana pergi berJUANG meningglkan bumi selatan ke sebuah negeri tadahan wahyu. KELANTAN.

Terlalu banyak pengalaman dan memori indah dan pahit untuk dikongsi utk shbt-shbt sekalian. Namun ana berfikir semua mungkin tidak semua ana mampu tuangkn hanya sekadar apa yg termampu.

Shabr-shbt leh buka bloggers ini untuk dapatkn liputan dan ulasan:

Mohd Sayuti Omar
Roslan
A.Kadir Jasin
Ust Hazrizal

Namun apa yang ana ingin kongsi kepada shbt sekalian ttg pengalaman pertama ana mengundi. Ianya cukup manis dan indah kerana setelah melalui banyak detik-detik yang memeritkan akibat pertukaran alamat.

Semuanya itu telah terubat dengan kemenangan yang diberikan oleh Allah swt. kepada kerajaan ISLAM Kelantan.

Suasana hening pagi itu telah dipecahkn dengan tangisan para alim ulama dan rakyat yang tertindas. Jika stadium itu boleh berkata-kata pasti ia menjadi saksi utama tangisan manusia yang ditindas penuh kezaliman.





Kata-kata tok guru masih ana ingat

" Ya Allah, kami diserang, dihimpit dari segenap penjuru dlm menegakkan agamamu, sesungguhnya hanya kami tidak berdaya. Maka kami berserah padaMu untuk membantu kami menegakkan agamamu."

Munajat golongan yang dizalimi tidak akan ditolak oleh Allah swt.

Akhirnya perancangan musuh telah diterbalikkan oleh Allah swt.

Sahabat sekalian...

Ana yakin masing-masing kita telah merasai pengalaman dalam PRU 12 ini. Ada yang jadi PACA ada yang fisrt time pengundi, ada yang diugut oleh pihak pentadbiran universiti, ada yang dipandang sepi oleh sahabat lain ketika berjuang dlm PRU ini dan macam-macam lagi.

Namun yang paling rugi dan naif adalah 'mereka-mereka' yang tidak menginfakkan diri dan segala apa yang dia ada untuk perjuangan kali ini. Mereka menyangka akan hidup lagi 5 tahun akan datang!!!

Sahabatku yang menginfakkan diri dlm PRU kali ini. Sesungguhnya kita akn mereasai bagaimana kemenangan diberikn oleh Allah dalam beberapa negeri kali ini cukup menharukan.

Ana yang ketika itu berada dalam ribuan manusia menunggu keputusan berhadapan Pejabat Perhubungan PAS Kelantan telah menitis air mata kemenangan.

Tidak ana sedar pipi ana dibasihi air suci. Penat letih dan pengorbanan yang dituangkan dlm PRU kali ini cukup-cukup bernilai. Dengan pelbagai sekatan dan halangan (AUKU,Test,Kuliah) telah kita harungi bersama.

Walaupun ada beberapa ketika kita tewas dlm keletihan namun kita sama-sama gagahkan diri ini untuk menunaikan amanah sebagai seorang penuntut ilmu.

Disini ana titipkn gambar mengenangkn memori indah.







bergambar sebelum bertolak ke Negeri Tadahan Wahyu Bersama sahabat seperjuangn. waaa besarnya wau nie... singgah sebentar berehat dkt pantai
Akhirnya... marilah kita meraihkan kemenangan ini dengan penuh rasa kesyukuran yang tak terhingga kepda Allah swt. Moga amanah yang diberikn ini dapat dijalankn dengan penuh cermat dan teliti dalam mencari redha Allah swt.

Tuesday, March 4, 2008

Kecelaruan Politik Kampus

Ali Bukhari Amir Sun Mar 02, 08 8:03:34 pm MYT

Baru-baru ini, sekumpulan pelajar universiti Teknologi Malaysia (UTM) mungkin telah mengirim aduan kepada seorang Exco Pemuda PAS Johor Nazman Ibrahim tentang kes kempen Umno-BN di universiti tersebut pada 1 Mac lalu. Lalu, berita itu disampaikan saudara Nazman. Menurutnya, bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato' Seri Mohd Khaled Nordin adalah individu yang telah pun memasuki kawasan universiti atas nama kementerian, diiringi pasukan konvoi bermotor. "Masalahnya, mereka masuk dengan menonjolkan imej kepartian. Anak-anak muda pakai baju BN mengelilingi kawasan kampus tersebut," kata Nazman. Tidaklah diketahui anak-anak muda itu dibawa daripada kawasan dan bahagian mana.
-->
Seorang pelajar UTM pada malam itu juga mengirim gambar-gambar TNC HEP, Khaled Nordin dan anak-anak muda Umno-BN kepada saya melalui Yahoo Messenger. Tapi, apa yang menarik perhatian saya bukanlah kempen Umno-BN.

Khaled Nordin itu memang orang politik. Beliau dan sesiapa pun yang bergelar politikus, akan menikus di balik bayang-bayang intelektual.

Mereka menggunakan apa saja alat dan perkakas demi memelihara kelangsungan politik. Terkini, Khaled berselindung di sebalik universiti untuk berkempen, demikian seorang pelajar itu lagi kepada saya.

Demikian juga anak-anak muda rempit yang entah diupah dari kawasan dan bahagian BN itu. Kedua-dua kumpulan ini; Khaled sebagai politikus dan anak-anak muda itu bukanlah boleh diajak berbincang. Hanya pihak universiti boleh diajak berdebat secara sihat.

Yang penting, kenapa TNC HEP izinkan kehadiran bekas menteri dengan imej kepartian? Saya yakin, pelajar-pelajar termasuklah parti penasihat dan parti penegur (nama lain bagi pembangkang) tidak ambil kisah dengan kehadiran menteri di universiti, asalkan saja tak dibawa lambang parti yang boleh diterjemahkan sebagai kempen dalam universiti.

Kita boleh anggap, tanggap dan terjemahkan semua itu sebagai acara kementerian. Tiada masalah. Kementerian mengusung agenda kerajaan, bukan kepartian. Titik! Semua orang atau kebanyakan orang telah maklum dan 'settle' bab ini. Sekali lagi... Titik!

Yang masih belum selesai adalah soal makam dan darjah pemikiran TNC HEP yang berat sebelah, penakut bertuhankan Auku, menyembah pemerintah mutakhir ini serta mungkin buat selama-lamanya.

Pemimpin universiti dulu, tidak ketara politiknya. Politik disimpan saja dalam perut. Tidak menunjuk-nunjuk. Pelajar dan pensyarah pun hormat mereka.

"TNC HEP menganggap universiti akan jadi universiti pondok. Kita akan menjadi seperti Taliban di Afghanistan," kata Nazman yang memegang Lujnah Perpaduan Nasional.

Dari apa yang saya faham, kenyataan itu mungkin berpunca daripada kiriman sms TNC. Atau, ia mungkin berpunca daripada hasil perbualan telefon antara pelajar dengan TNC itu.

Inilah isu yang wajib dikuliahkan iaitu tentang tahap pemikiran para pemimpin universiti. Sejak di bangku kuliah, saya tak peduli dengan siswa universiti yang suka berpesta. Tapi, saat TNC HEP dan Ketua Penolong Pendaftar tergedik-gedik menyanyi, oh ini dah lebih!

Pendek kata, apabila pemimpin universiti sudah rosak, jangan diharap anak-anak kampus itu menjadi lebih baik. Apa nak jadi dengan bangsa kita jika pemimpin universiti kita kini sudah terbabas, melebihkan agenda kepartian daripada agenda kerajaan? Rosak bangsa!

Apakah TNC tidak boleh berpesan kepada Khaled Nordin sebelum itu agar tidak dibawa segala lambang kepartian jika mahu masuk ke universiti? Bisik-bisiklah ke Dato' Khaled, "Saya pun orang Umno juga Dato' Khaled, tapi jangan ditunjukkan sangat logo parti tu."

Mak Lang Timah pun pandai jaga maruah Umno-BN
Buletin Utama 2 Mac baru-baru ini menyiarkan liputan berita mengenai Mak Lang Timah di Pendang. Beliau ini pernah menjadi calon di Sg Tiang dan rumahnya tak jauh daripada kawasan taman perumahan saya juga. Mak Lang Timah ini memang sangat masyhur.

Tapi, dalam kenyataannya yang terbaru ketika ditemubual oleh wartawan Buletin Utama, apa kata Mak Lang Timah?

"Saya berkempen pun tidak menonjolkan imej parti. Saya tak bawa logo dacing atau pun orang di sini kata lambang kati. Kalau tidak, orang jadi takut," kata beliau.

Tambah Mak Lang Timah, beliau pergi ke mana-mana pun tak akan bawa logo parti agar penerimaan orang-ramai lebih banyak dan makin terbuka lagi. Demikianlah falsafah, dan pemikiran calon Umno-BN itu. Beliau memang ramai pengundinya berkat amalan itu.

Ertinya, beliau diundi kerana kekuatan peribadi dan bukan kerana parti. Adakah Khaled Nordin, para pensyarah dan pimpinan universiti yang ada cita-cita menjadi calon Umno-BN itu bergantung kepada nama partinya atau kekuatan akhlak dan nama peribadinya? Mereka yang bergantung kepada nama parti bukanlah pemimpin sejati.

Cubalah TNC beri nasihat begini kepada menteri-menteri. Mana mereka berani?
Hatta, calon Umno-BN di kampung sendiri sedar bahawa rakyat dah takut kepada Umno-BN. Bukan kita kata. Calon BN sendiri mengaku, jangan bawa logo, nanti orang takut.

Saya fikir TNC HEP dan cendekiawan universiti kena selalu berikan nasihat positif serta panduan berguna kepada Dato' Khaled supaya meniru-niru gaya Mak Lang Timah. Tidak perlu membawa masuk logo dan lambang parti ke dalam universiti.

Nanti pensyarah dan pelajar semakin takut kepada Umno-BN dan ketakutan kepada parti itu mengatasi ketakutan mereka terhadap pelajar Taliban dan Afghanistan pula. Dan, jika sampai tahap ini, imej siapa lebih parah? Mereka dan keluaga Umno-BN mereka juga.

Putera Harry diajak berperang ke Afhanistan

Alkisahnya, Putera Harry, cucu kepada Ratu Elizabeth di England telah pun pergi berlatih atau berperang betul-betul di Afghanistan.
Entah-entah dia diberi ruang berperang dengan puak-puak Taliban agaknya. Menurut laporan, sudah 10 minggu beliau berada di sana.

Asalnya, pemergian beliau dirahsiakan. Tapi, akhirnya sebuah laman sesawang telah pun mendedahkan laporan itu. Akibatnya, telah merebaklah berita tersebut.

"Saya bukannya wira," demikian kata Putera Harry. Mungkin, beliau pun terpaksa hidup dalam suatu sistem pemerintahan yang memaksa beliau memasuki tentera. Jadi, putera itu enggan dirinya dianggap sebagai perwira walaupun terpaksa berentap dengan Taliban.
Berbicara mengenai Taliban, kita tidak dapat mengelak berbicara tentang Musharraf yang sering meletakkan puak itu sebagai sasaran guna meneruskan kekejamannya. Keadaan ini memaksa orang-orang ternama seperti Imran Khan untuk memasuki lapangan politik.

Imran, seorang pemain kriket akhirnya mengambil keputusan menubuhkan sebuah parti untuk melawan Musharraf. Dalam suatu temu bual ringkas di Newsweek, beliau berkata, negara-negara luar perlu lebih mengetahui kebejatan Pervez.

"Saya wujudkan yayasan sendiri bagi membela rakyat yang sukar mendapatkan rawatan di sini," demikian tulis beliau dalam sebuah rencananya dalam majalah antarabangsa itu ketika memperihalkan betapa hebatnya bejat si Musharraf ini.

Saat Benazir Bhutto dibunuh, Presiden Pakistan Pervez Musharraf menipu bahawa puak-puak Taliban itulah yang membunuh Benazir, walaupun satu dunia mengesyaki bahawa Musharraf itulah yang membunuh Benazir, iaitu pesaingnya dalam dunia politik.

Penipuan Musharaf mengenai pembunuhan Benazir ini lebih kurang sama dengan ucapan Najib di Ijok: "Apa kaitan kena-mengenanya antara saya dengan Altantuya?" Padahalnya kita cuma bertanya, gerangan siapa yang meluluskan penggunaan bom yang meledakkan tubuh wanita malang dari Monggolia itu?

Sebab apa pula dengan tiba-tiba Taliban membunuh pihak yang tidak pernah bersalah dan menindas mereka selama ini? Lebih baik Taliban membunuh Musharraf yang amat kejam itu daripada membunuh Benazir. Musharraf juga ada rekod buruk ke atas demokrasinya.

Satu dunia tahu bagaimana Musharaf telah melucutkan jawatan hakim yang membatalkan pilihan raya anjurannya sendiri. Ini rekod buruk demokrasi junta di mana tipu daya sering berlaku sepertimana Abdullah Ahmad Badawi menipu tentang tarikh pembubaran Dewan Rakyat terhadap kira-kira 27 juta rakyat Malaysia.

Jadi, siapa yang teruk? Taliban? Benazir? Musharraf? Najib? Abdullah Ahmad Badawi? Ini soalan yang perlu diperhalusi TNC HEP dan pimpinan universiti yang mengharapkan jawatan menteri atau menyimpan angan-angan tinggi menggunung sebagai calon BN.

Ini soalan yang perlu dijawab sebelum beliau terlalu melulu menuduh universiti kita akan menjadi universiti pondok, negara kita menjadi seperti Afghanistan di mana puak Taliban memerintah. Ini semua hipotesis yang perlukan kajian sebelum diangkat sebagai hukum dan teori.

Tetapi sebelum mengulas hipotesis jawablah dulu soalan tentang tipu daya bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi ketika membubarkan Parlimen. Ini tidak perlukan teori dan hipotesis apa-apa. Baik atau tidak tindakan menipu kira-kira 27 juta rakyat Malaysia?

lagi Berita Panas UTM!!!

Ali Bukhari Amir Tue Mar 04, 08 4:37:39 am MYT

JOHOR BAHRU, 4 Mac (Hrkh) - Ekoran pendedahan Harakahdaily ke atas kempen Umno-BN secara tersirat baru-baru ini di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), beberapa kumpulan pelajar mula mendapat tekanan pihak-pihak tertentu di universiti itu seperti tindakan merakam gambar markaz pertemuan pergerakan mereka.
-->
Seorang pelajar Hasbullah Amin (samaran) berkata, pihaknya mula menerima banyak kiriman pesanan ringkas daripada kumpulan Aspirasi-Umno dan pihak pentadbiran universiti setelah pendedahan tersebut.

"Pada malam 2 Mac lalu, lebih kurang 20 orang pengawal keselamatan datang merakam gambar markaz kami. Mereka mencatit nombor pendaftaran motor dan kenderaan kami. Mereka berlegar di sekitar kampus mungkin untuk memantau kegiatan pelajar.

"Setelah tersiar laporan Harakahdaily, pada malam itu juga mereka datang. Mungkin juga dikerah pihak atasan universiti. Petang esoknya, tiga orang pelajar Aspirasi-Umno datang rakam gambar kenderaan di markaz kami," kata Hasbullah, mewakili jurucakap pelajar-pelajar berkenaan.

Hasbullah berkata, beliau mengesyaki bahawa ada kemungkinan Pengarah Ko-Kurikulum terlibat dalam hal tersebut. "Ini kerana, gambar beliau yang memakai baju kuning turut tersiar secara jelas dalam laporan sebelum ini," katanya. Namun begitu, katanya, setakat ini tiada lagi sebarang tangkapan dilakukan ke atas para pelajar itu.

Beberapa hari lalu, sekumpulan mahasiswa UTM membangkitkan persoalan mengenai kehadiran seorang bekas menteri di universiti itu dalam keadaan mencurigakan.
Kecurigaan itu bertambah kerana kehadirannya diiring sekumpulan anak muda luar kampus yang dibekalkan logo parti Umno-BN sehingga membangkitkan rasa cemas dalam kalangan warga kampus.

Ekoran itu, salah seorang mahasiswa telah menghantar pesanan ringkas SMS kepada pimpinan universiti itu bagi meminta penjelasan berhubung acara bekas menteri tersebut.
Respon pihak universiti melalui SMS

"Jawapan yang diterima daripada pimpinan universiti amat mengecewakan," kata Hasbullah.

Kiriman SMS daripada pimpinan universiti kepada mahasiswa itu adalah: "Sekarang kementerian ialah BN. Jadi (pemuda Umno-BN) tu ialah penyokong menteri, jadi mereka nak tunjuk sokongan mereka.

"Bila menteri balik mereka pun balik, lagi pun Univ (universiti) ni BN punya, hasil kejayaan dari pemerintahan mereka (Umno-BN). Kalau PAS perintah, jadi macam Afghanistanlah Malaysia ni.. Univ (universiti) Pondok," demikian petikan SMS daripada pimpinan universiti itu.

Monday, March 3, 2008

Peringatan dari Rasulullah SAW

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

Tiga orang Allah tidak akan bercakap cakap dengannya pada hari kiamat kelak. Malah Allah tidak akan menoleh (memandang) kepadanya, Allah tidak akan menyucikan dirinya (daripada dosa) . Sebaliknya disediakan untuknya seksa yang sangat pedih.

1) Orang yang mempunyai bekalan air yang banyak di suatu kawasan lapang atau sahara tapi ia enggan untuk memberi minum Ibnu al-Sabil (para musafir yang kehabisan bekalan minuman).

2) Orang yang menawar untuk membeli barangan selepas asar dengan bersumpah atas nama Allah; bahawa dia akan membeli atau mengambil barang itu dengan harga tertentu. Janjinya itu dipercayai benar oleh penjual. Pada hal dia sebenarnya langsung tidak berniat untuk membelinya.

3) Orang membai‘ah pemimpin (mengundi dan memilih atau melantik pemimpin) semata-mata kerana perhitungan keduniaan (kebendaan). Kalau orang yang dipilihnya itu memberikan janji habuannya maka barulah dia akan menunaikan kewajibannya. Kalau tidak ia akan bersikap enggan (atau ingkar).” (Hadith Muttafaqun ‘Alaihi).

Umno-BN mula berkempen di UTM

Ali Bukhari Amir
Sun | Mar 02, 08 | 1:54:26 pm MYT

JOHOR BHARU, 2 Mac (Hrkh) – Sikap pemimpin Umno–BN yang mengguna jentera parti melibatkan badan berkanun milik kerajaan makin menjadi-jadi dan hal ini mendapat perhatian beberapa pihak sejak akhir-akhir ini.

ImageDalam kes terbaru, segolongan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, melalui pemerhatian mereka kelmarin menyifatkan sebuah program anjuran bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato' Seri Mohd. Khaled Nordin sebagai kempen anjuran Umno-BN.

"Ia kelihatan seolah-olah kempen Umno-BN, tapi kempen itu masuk ke universiti dalam bentuk acara keusahawanan kementerian di bawah Khaled Nordin.

Image"Kami anggap sedemikian kerana beberapa orang pemuda Umno-BN boleh masuk secara bermotorsikal mengiringi ketibaan bekas menteri tersebut," kata seorang mahasiswa yang mahu dikenali sebagai Shabab.

Menurut Shabab, hal kempen Umno-BN di UTM akhirnya dirujuk kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTM untuk diminta pendirian pimpinan universiti berhubung isu berkenaan.

Beliau tidak menolak kemungkinan program tersebut ada kaitan rapat dengan TNC HEP.

"Kami kirim pesanan ringkas SMS kepada TNC HEP dan jawapan beliau mengecewakan kami. Beliau mempunyai pandangan dan tanggapan negatif berhubung pembangkang.

Image"Kata TNC, acara itu tidak bermasalah kerana universiti memang hak milik BN. Tambah beliau menerusi SMS, jika pembangkang memerintah negara ini universiti kita akan jumud dan tidak berkembang," kata beliau.

Tambah Shabab, TNC menyifatkan universiti di Malaysia akan berubah seperti Afghanistan di mana puak-puak Taliban akan menguasai negara.

"Antara lain, katanya melalui kiriman SMS itu, universiti di Malaysia akan berubah seperti universiti pondok jika pembangkang dibenarkan memerintah Malaysia," katanya.

Mengulas kejadian tersebut, Exco Pemuda PAS Negeri Johor Lujnah Perpaduan Nasional Nazman Ibrahim berkata, pihak kementerian dan pimpinan universiti perlu rasional dan bersikap profesional dalam menjalankan tugas mereka.

"Mereka mesti dapat membezakan antara kerajaan dan parti. Paling mengejutkan, ialah sikap pimpinan universiti yang sanggup melabelkan universiti kita seperti Afghanistan yang melahirkan puak-puak Taliban dan universiti kita akan menjadi pondok.

"Ini dakwaan yang tidak berasas," kata Nazman kepada Harakahdaily kelmarin.