Saturday, March 28, 2009

Ingat Wahai diri….

Diriwayatkan dari Isa bin Yunus al-Ramliy , dari Uqbah bin Alqamah bin Khadiej al-Ma'afiriy dari Artah bin al-Munzir dari Abi Amir al-Alhaniyy dari Tsauban dari Nabi s.a.w bahawa Nabi s.a.w bersabda :

"Sesungguhnya aku mengenali segolongan manusia dari umatku yang akan datang pada hari Kiamat dengan kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih itu lalu Allah menjadikannya debu-debu yang berterbangan." Kata Tsauban kepada Nabi : "Wahai rasulullah ceritakanlah keadaan mereka pada kami supaya kami tidak jadi seperti mereka dalam keadaan kami tak mengetahuinya." Nabi memberitahu : "Mereka merupakan saudara-saudara kamu dari bangsa kamu sendiri, mengerjakan ibadah pada malam hari sepertimu juga tetapi mereka adalah golongan yang apabila bersendirian mereka terjebak melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan (bila mendapat peluang melakukannya di belakang manusia)"

Riwayat Ibn Majah no 4245, Kata al-Munziri perawi-perawinya adalah thiqat .Dikeluarkan olej al-Rawiyyaniy no 651, al-Tabaraniyy dalam al-Awsat no 4632 , al-Saghier no 662 dan al-Dailamiyy dalam Musnadnya no 7715 .Dinilai sebagai sahih oleh al-Albaniy.

Graviti Hati

Sahabat, apa yang kita fikirkan, sangat mempengaruhi hati. Justeru, jika kita ingin mengetahui bagaimanakah keadaan pemikiran kita - sama ada positif atau negatif, kesanlah perasaan kita. Ceria atau nestapa. Jika ceria, insya-Allah itu petanda fikiran kita positif dan insya-Allah tindakan-tindakan kita pun akan jadi positif juga. Tindakan yang positif, akan menghasilkan natijah yang positif.

What you see, is what you get - apa yang kita lihat, itulah yang akan kita dapat. Maksud "see" di sini bukan dengan mata, tetapi dengan pemikiran dan perasaan. Jika pemikiran kita positif terhadap sesuatu perkara, maka kita akan mendapat sesuatu yang positif daripadanya. Tetapi jika kita melihat sebaliknya, yang negatif akan kita dapat sebagai balasannya.

Dalam kaedah psikologi ada yang dinamakan "reframing" - yakni, memberi erti baru kepada sesuatu yang negatif. Misalnya, ketika dibuang kerja… Itu buruk bukan? Tetapi cuba beri erti baru, itu sebenar peluang untuk kita mencari pekerjaan yang lebih baik. Mungkin juga untuk memberi ruang bagi meneruskan pelajaran. Atau memberi tumpuan yang lebih kepada keluarga. Bukan menafikan realiti, tetapi dengan "reframing" kita akan dapat ketenangan hati dan kestabilan fikiran untuk menyelesaikan kemelut kehidupan.

Itu semua kaedah yang dianjurkan oleh pakar psikologi. Tetapi Islam punya kaedah yang lebih hebat daripada itu. Kita ada ajaran bersangka baik sekali gus dilarang berprasangka (itu satu dosa). Kita ada anjuran untuk berdoa - bukankah dalam doa kita pinta yang baik-baik dan pinta dijauhkan daripada yang buruk. Kita ada tawakal, ada solat hajat, ada istikharah dan ada muzakarah. Semuanya yang dibuat atas dasar yang baik dan mengharap yang baik-baik.

Semunya itu hakikat satu "mekanisme Ilahi" untuk melakarkan sesuatu yang positif dal;am fikiran dan hati para insani. Malah, Allah sendiri menegaskan -  AKU menurut sangka hamba-KU! Jadi, inginkan kebaikan? Sangka baik dengan Allah, dengan diri sendiri dan dengan orang lain serta sikon (situasi & kondisi) yang dihadapi.

Ingat betul-betul bahawa hati itu umpama magnet. Ia mempunyai kuasa menarik sesuatu yang di luar diri. Apa yang dirasakan, menentukan apa yang diterima sebagai pantulan. Justeru, penting sekali bersangka baik, agar kebaikan akan 'ditarik' ke dalam diri. Jauhi daripada prasangka dan dendam, kerana itu jua yang akan diterima sebagai balasan. Sekali lagi… hati umpama magnet, semaikan rasa yang baik-baik, pasti kita akan menuai kebaikan. Jangan sekali-kali menyemai badai, nanti terpaksa pula kita menuai taufan!

Hati itu bolak-balik sifatnya. Sabda nabi, bagai kuah yang mendidih dan menggelegak. Simpang-siurnya begitu licik. Naik turunnya, berbolak-balik. Kekadang ia baik, bagaikan asal mulanya sejak dulu. Jadi kain bersih yang menghamparkan kejernihan dan kesucian. Namun, seseketika bertukar menjadi kelam, kusam, hitam bagaikan lakaran syaitan yang memantulkan kejahatan.

Para Muttaqin pernah memberi petunjuk… Bila hatimu keras, buas dan liar sekali, bukalah Al Quran, bacalah dan tadabbur akan makna dan rasanya. Al Quran itu bukankah penawar hati? Namun jika masih keras juga, dirikan solat. Solat itu zikir penyucian hati. Namun sekiranya masih keras jua… bangunlah di dinihari. Berwuduk dan berdoalah, pintalah kepada Tuhan agar dikurniakan hati yang lain kerana hati yang kau miliki waktu itu hakikatnya bukan lagi hatimu!

Hati itu ditarik antara dua graviti. Pertama, graviti tahap tinggi pintalan ilham para malaikat. Kedua, graviti menjunam lembah kehinaan simpulan para syaitan. Ketika melihat simiskin meminta-minta, suara hati berdetik… bantulah dia, insan lara yang datang kerna kemiskinan. Namun sedetik cuma, tiba-tiba graviti bertukar, memberi alasan, biarkan… itu balasan buatnya akibat kemalasan! Kau prasangka? Bukan, cuma berhati-hati. Dan atas alasan 'berhati-hati' ramai yang telah enggan memberi tetapi masih merasakan diri baik hati!

Ingat mati - pembasuh hati yang gelisah dan jiwa yang resah. Cukuplah mati sebagai peringatan dan amaran. Ingat mati akan memadamkan rasa nikmat melakukan maksiat. Ingat mati akan memadamkan rasa enggan melaksanakan kebaikan. Ingat mati itu sesungguhnya menghidupkan hati. Tetapi… sayang, kita kian lupa untuk mengingatnya. Lalu, kita terkapa-kapa antara tarikan dua graviti hati… membuat kebaikan belum terasa kemanisannya, melakukan kejahatan tidak sunyi diburu rasa keresahannya!

Tuesday, March 24, 2009

Kembara Rasa

Mengembara bersama indera rasa
Menyusur simpang-siur terseni
Dari realiti menuju maknawi
Dari diri menuju Ilahi

Akal melonjak fikir mencari erti
Rasa menghidu emosi bersama memori
Jiwa menahan derita mencabar sabar
Jasad bergerak tangkas berlalu pantas

Kita adalah musafir di alam nyata
Musafir ke alam rasa
Kita adalah kembara yang fana’
Menuju ke alam yang baqa’

Thursday, March 19, 2009

Musawat: Siri 1

aSisters in islam (SIS) menganjurkan program yang membincangkan isu Musawah atau keadilan dan kesamarataan jantina dalam keluarga Islam.

Program tersebut dilihat akan melahirkan kesan negatif, menyebabkan sebilangan NGO Islam mengadakan bantahan, termasuk PUMPP dan Pemuda PAS.

Dari artikle ini, merupakan jawapan terhadap beberapa isu yang berkaitan dengan isu ”Musawah” atau kesamarataan jantian dalam kekeluargaan islam yang ditimbulkan oleh SIS ini, dan mudah-mudahan menjadi satu jawapan terhadap kekeliruan yang ditimbulkan oleh SIS ini.

POLIGAMI

Poligami atau difahami umum dikalangan orang melayu sebagai seorang lelaki mempunyai lebih seorang isteri.

Seorang lelaki mempunyai lebih seorang isteri adalah dibenarkan. Adapun seorang perempuan mempunyai lebih seorang suami adalah dilarang.

Jika dikaji dalam kitab-kitab suci, hanya Al-Quran sahaja menyuruh seorang lelaki mempunyai seorang isteri. Ini kerana, keizinan berkahwin lebih dari seorang isteri diasaskan kepada ”adil”.

Firman Allah:

"maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja”

(Surah An-Nisa’ : 3)

Dalam Islam, poligami bagi lelaki yang mahu mempunyai isteri lebih dari satu itu adalah mengikut kadar bilangan yang terhad; iaitu dibataskan kepada empat sahaja.

Ini menunjukkan bahawa, perkahwinan berpoligami ini meletakkan asas ”adil” yang mengikut fitrah lelaki. Ini kerana, jika lebih dari kadar empat isteri yang diperisterikan oleh seorang lelaki, pasti lelaki itu tidak mampu lagi untuk memberikan hak keadilan.

Secara logiknya pula, seorang kanak-kanak perempuan mempunyai perlindungan penyakit lebih tinggi berbanding kanak-kanak lelaki. Ekoran dari itulah, didapati terdapat kematian di kalangan lelaki amat tinggi berbanding perempuan.

Berdasarkan purata pula, didapati lebih ramai lelaki terkorban berbanding perempuan; didapati ramai lelaki terlibat kemalangan berbanding lelaki. Ini menunjukkan, jangka hayat wanita lebih tinggi berbanding lelaki. Lebih-lebih lagi, di zaman kini, ramai perempuan masuk universiti berbanding lelaki yang masuk Pusat Serenti.

Menurut satu kajian di Amerika Syarikat, didapati wanita melebihi bilangan dari lelaki di sana sebanyak 7.8 juta. Jika keadaan ini berlaku, lalu hanya dibenarkan lelaki tidak berpoligami, pasti ramai perempuan yang tidak akan berkahwin.

Apabila ramai perempuan yang tidak berkahwin, kemana agaknya nafsu seks perempuan itu mahu disalurkan?? Sudah pasti, mereka akan terlibat dengan berbagai-bagai gejala tidak sihat, seperti menjadi perempuan jalang, terlibat seks sejenis (lesbian atau pengkid) dan sebagainya.

Oleh itu, penyelesaian bagi gejala tidak sihat ini adalah dengan mengizinkan poligami; seorang lelaki berkahwin dengan lebih seorang isteri.

Bahkan, ianya akan wujud usaha hendak menjaga maruah kaum perempuan dari terlibat dengan gejala songsang yang menyalahi fitrah manusiawi.

KENAPA LELAKI SAHAJA??

Penciptaan Allah terhadap lelaki dan perempuan adalah sama, tetapi jika dirujuk dari sudut keupayaan dan tanggungjawab, pasti tidak akan ada kesamaan.

Ini kerana, penciptaan Allah sudah menentukan bahawa lelaki tidak boleh melahirkan anak, tetapi ianya diberikan khusus kepada perempuan; Allah menentukan anak menyusu dari ibu, tidak ada anak menyusu dengan bapa.

Bahkan, jika seseorang lelaki mempunyai isteri lebih dari satu, anak-anak yang dilahirkan akan mudah mengenali ibubapanya. ini kerana, jika perempuan kononnya dibenarkan berkahwin lebih dari satu, pasti anak hanya mampu mengenali ibunya, tetapi kesamaran dalam mengenali bapanya yang sebenar. Jika ini berlaku, sudah pasti akan rosak sistem kekeluargaan.

Secara tabiinya pula, kecenderungan lelaki untuk berpoligami lebih kuat berbanding kecenderungan perempuan berpoligami.

Begitujuga, seorang suami mudah untuk menjalankan kewajipannya sebagai suami meskipun mempunyai beberapa Isteri. Ini kerana, jika seorang perempuan mempunyai suami lebih dari satu, pasti perempuan itu tidak dapat menjalankan tugasnya sebagai isteri, lebih-lebih lagi dalam masalah kitaran haid dan bersalin.

Bahkan menurut kajian kedoktoran, didapati perempuan yang mempunyai banyak pasangan seks mudah dijangkiti penyakit kelamin atau penyakit jangkitan seksual kepada lelaki yang lain. Keadaan ini tidak berlaku terhadap lelaki yang mempunyai isteri yang lebih dari satu.

Oleh itu, nyata dan jelas kepada kita, bahawa Allah maha bijaksana dalam mengurus kehidupan manusia; lebih-lebih lagi manusia itu sendiri merupakan makhluknya yang diciptakan-Nya demi melihat kebahagiaan yang hakiki.

bersambung...

Sunday, March 8, 2009

Ukhuwwah Itu Perlu Dibina

“ abg syam, saya keluar tunggu abg dtepi jalan ke Pekan Nenas ye.. Tau kan?” Munzir memberikan maklum balas.

“ tau.. Munzir, bila abg sms baru keluar ke jalan tue nanti lama menunggu pulak. K J” aku membalas sms Munzir tadi.

“ syam,masalah kita ini. kereta kimi… dia tak dapat dikesan..” taufik menelefonku dalam pukul 7.35pagi.

“takpe taufik ana pi biliknya kejut..” aku terus menekan butang end call. Aku terus menuru ke bilik kimi.

Tok…tok…tok.. assalamualaikum… kimi…kimi… senyap.. tiada sebarang respon…

Ya allah… mudahkanlah perjalanan kami pagi ini. hatiku memanjatkan doa kepada Allah swt.

“ taufik, beginilah kita pinjam kereta Fatimah. Kejap ana dapatkan nombor telefona dari kak sutinah”.. aku cuba memenangkan Taufik yang agak bengaang dan tension pagi itu..

“ insya Allah… ada…”

Akhrnya tepat pukul 8.15 pagi fahmi pun tiba untuk group ana bergerak ke tapak rehlah kami. Taufik sudah berpesan sebelum kami berpisah tadi ana gerak dulu apabila Fahmi datang. Alhamdulillah, bersama-sama ana; amir dan wan. Dalam keadaan yang belum bersarapan tue aku terus berdoa moga group Taufik dimudahkan..

“ Fahmi, kita ikut pintu koleh 17 laa. Dekat sikit. Singgah nanti kita beli sarapan.. lapar ini..” aku menguntumkan senyum kepada Fahmi.. Fahmi membalasnya dengan senyum juga.

“ munzir, daa lama tunggu kami?” aku memulakan perbualan sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam kereta kancil milik Pijo…

“ baru je abg”.. munzir tersenyum.. hati ku lantas bermonolog bahasanya mesti difahami berlawanan.

Begitulah serba ringkas antara dialog yang berlaku antara aku dan beberapa oang sahabatku. Sahabat sekalian… sesungguhnya hidup ini akan lebih bermakna dan dan bernilai sekiranya kita mempunyai kawan yang bukan sahaja boleh bersenang bersama tetapi boleh bersusah dan berduka bersama.

Masih segar dalam ingatanku bagaimana aku dan beberapa orang sahabat telah menjalani beberapa siri-siri pembentukkan diri. Terlalu manis untuk ana kenang… hampir-hampir menitis air mata. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

Hujan malam yang membasahi rambutku, air tanah yang disimbahi ke mukaku dan beberapa hunusan pedang menikam hatiku telah melunturkan sikap ego yang selama ini merajai diriku. Tidak pernah aku melalui peristiwa yang cukup bersejarah malam itu.

Selama ini aku begitu bongkah dan sombong tetapi rupanya aku seorang yang hina dina… diciptakan dari air yang hina tetapi mengapakah aku terleka dan terlalai???

Tiada balasan yang mampu aku berikan hanya kuntuman-kuntuman doa yang membasahi lidahku mendoakan kebaikan orang yang telah memberikan aku kesedaran dan keinsafan. Tidak aku lupakan juga sahabat-sahabat yang telah sama-sama melalui siri-siri pembentukkan diri untuk menjadi seorang yang mempunyai prinsip dan menghargai nilai sebuah persahabatan.

Ingatlah sahabat ku…. Apa yang kita telah sama-sama paterikan ikrar untuk hidup dan mati bersama-sama memperjuangkan agama Allah swt. Ingatlah air najis yang pernah membasahi tubuh ini menjadi saksi diakhirat kelak.

Akhirnya, ingin aku tegaskan bahawa ukhuwwah itu perlu dibina dengan susah payah. Bukan hanya berkata-kata sahaja. Buktikan dengan perbuatan anda menyayangi sahabat anda dengan sepenuh jiwa raga…

Air suci lagi kudus mengalir tanpa disedari….

Saturday, March 7, 2009

HAKIKATNYA AKU TIDAK ADA APA-APA

Tidak ada apa pun yang ada padaku
Engkau suruh aku beribadah, aku pun beribadah
Aku pun beribadah, kemahuanku beribadah adalah kemahuan-Mu
Aku berusaha dan bertenaga ke arah itu semuanya qudrat dan kehendak-Mu
Engkau suruh aku membuat kebaikan
Setakat yang termampu aku membuatnya
Aku membuat setakat yang termampu adalah juga kehendak dan takdir dari-Mu
Tidak ada pun campur tanganku
Segala-galanya dari-Mu, terima kasih Tuhan
Aku patut bersyukur kepada-Mu
Engkau larang aku membuat maksiat
Sejauh yang termampu aku menjauhinya
Gerakan hatiku hendak meninggalkannya bukankah taqdir dari-Mu,
Engkau yang menggerakkan
Setakat yang termampu bukankah juga qadha dan qadar-Mu
Hakikatnya aku tidak ada usaha sekalipun sebesar habuk
Walaupun berusaha itu suruhan-Mu
Kalau begitu kalau ada pun sedikit kebaikan yang aku buat aku tidak boleh berbangga
Sepatutnya aku bersyukur kepada-Mu
Jika kejahatan yang aku buat walaupun hakikatnya dari Engkau juga
Sebagai beradab biarlah aku mengaku bersalah,
memang hamba sifatnya bersalah
Engkau sebenarnya tidak menzalim,
Maha Suci Engkau
Mesti ada hikmah yang tersembunyi yang aku tidak tahu
Aku baik sangka dengan-Mu
Mungkin juga selepas berdosa aku memohon ampun kepada-Mu
Itulah yang Engkau mahu
Aku pun memohon ampun, Engkau pun mengampunkan aku

Monday, March 2, 2009

Apa Musawah itu abg?

" apa musawah itu abg?" tanya adik usrah ku ketika aku selesai memberikan tazkira di sebuah kolej.

Program ‘Musawah’ atau Global Movement for Equality and Justice in the Muslim Family adalah anjuran pendukung kuat fahaman sesat Islam Liberal di Malaysia iaitu Sisters in Islam (SIS).

Pertemuan Musawah dilihat berhasrat mempertikaikan pelbagai pelbagai prinsip-prinsip Islam khususnya dalam hukum syariah berkaitan wanita dan kekeluargaan yang dipersetujui dan diterima oleh kesepakatan ulama’ muktabar.

Perjumpaan Musawah ini telah dihadiri oleh pelbagai tokoh Liberal Muslim yang dipertikaikan oleh ulama’ Islam muktabar. Mereka yang hadir termasuklah Muhammad Khalid Masud iaitu pengerusi Majlis Ideologi Islamik dari Pakistan, Farida Bennani dari Morocco, Sana Benachour (Tunisia), Hussein Muhammad (Indonesia), Ziba Mir-Hosseini (Britain), Zainah Anwar (Malaysia), Siti Musdah Mulia (Indonesia) dan Nur Rofia (Indonesia) dan aktivis bukan Islam seperti Cassandra Balchin (UK) dan lain-lain.

Liberalis Musawah Muslim telah dijemput dari 40 buah negara dan berkumpul di hotel mewah (bertaraf lebih lima bintang) The Prince Hotel, Kuala Lumpur pada 13 Februari 2009 bagi menghadiri mesyuarat 5 hari tersebut. Perjumpaan tertutup ini juga tidak membenarkan penyertaan dari pihak luar selain dari jemputan tertutup mereka.

Perjumpaan Musawah ini juga akan akan memberi persepsi dan negatif kepada Malaysia yang bakal digambarkan sebagai negara yang mengamalkan undang-undang Syariah yang mendiskriminasi wanita terutama apabila perjumpaan ini bakal dibawa perhatian kepada wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dengan kehadiran Professor Yakin Erturk yang akan merasmikan perjumpaan tersebut.

Kertas Musawah kerja dan bengkel-bengkel yang bakal dibentangkan semasa perjumpaan dilihat berhajat untuk menginterpretasikan semula al-Qur’an dan al-Hadith dari sudut pandang wanita yang selama ini dikatakan bias pada lelaki. Musawah juga bakal mengenengahkan isu hak samarata antara lelaki dan perempuan dalam kekeluargaan Islam melalui hukum-hakam seperti poligami, faraid, ketaatan isteri, izin keluar rumah, aurat wanita, dan sebagainya. Hukum-hakam ini bakal dipertikaikan dengan melanggar segala syari‘at yang dibawa oleh al-Qur’?n dan al-Sunnah.

Semoga Musawah masyarakat bukan Islam tidak terpengaruh dengan propaganda kumpulan Liberal Islam ini dan tidak campurtangan dalam urusan aqidah dan prinsip-prinsip ajaran Islam sepertimana Islam mengajar penganutnya untuk tidak campurtangan dan menghormati dalam ajaran agama-agama lain sepertimana penegasan al-Qur’an:

109:6 Untukmu agamamu, dan untuk ku agamaku!

Program ini bakal merosakkan lagi aqidah umat Islam di Malaysia seterusnya membawa perpecahan kepada umat Islam dan member persepsi yang salah kepada Islam kepada semua pihak termasuk masyarakat dunia yang hadir dan melihat perkembangan di Malaysia.

Dalam kesulitan pasti ada kemudahannya...

“ ok kelas.. saya bagi kamu masa sebulan untuk siapkan tugasan ini. Ada apa-apa soalan lagi? Kalau takde kelas kita bersura disinii“ en. Hisyam mengakhiri kuliah hari ini.


“Ya Allah biar betul banyak tugasan untuk se mini” hatiku berkata-kata.

Hari demi hari aku dihambat dengan tugasan kumpulan yang menyekat diriku. Belum selesai satu projek ditambah lagi dengan projek lain. Hanya dengan pertolongan dan bantuan dari Allah yang boleh meleraikan bebanan ini.


Ini belum dihitung amanah gerak kerja dakwahyang diberikan pada ana untuk cuti ini. Beberapa program telah disetup untuk cuti yang bakal mennjelma ini. Insya Allah program ini akan melahirkan pendokong-pendokong Islam dimuka bumi ini yang ikhlas dan sanggup berkorban apa sahaja untuk Islam. Hatta nyawa dan darah sekalipun. Itulah metlamat yang kami tetapkan. Tarbiah al-Fateh menjadi bahan kajian dan bacaan sebelum program ini di laksanakan.


“ Syam, ana minta tolong enta kendalikan projek megah ekonomi ini. Ana bukan apa kesian Nampak adik kita tue Uzair urus seorang diri. Ana pula kena gerakkan projek lain” Yazif pula mengadu pada aku pada suatu malam.


Hati kelam dan sedih melihatkan pengaduan ajip. Aku memang lama sudah mempunyai hajat dihati untuk membantu tapi dibataskan dengan gerak kerja tarbiah menyebabkan aku tidak mampu untuk membantunya. Hanya kata-kata dan doa yang mampu aku titipkan buat penguat kepada sahabat ana ajip.


“Insya Allah ajip. Ana cuba untuk mengerakkannya sekadar kemampuan ana.” Bukan apa projek memang mega kerana melibatkan 20 kampus diseluruh semenanjung Malaysia. Bukan calang-calang projek ini! Dan yang lebih penting modalnya menjangkau 18K.


Ana menerimanya kerana memang wujud dalam diri untuk menggerakkan pembudayaan al-Quran agar setiap orang memiliki tafsir al-Quran. Kita sedia maklum ramai diantara kita yang buta bahasa Arab. Jadi diharapkan dengan usaha ini warga ilmuan ini lebih menghayati al-Quran dalam kehidupan seharian.


“Assalamualaikum abg.. petang ini lebih jumpa tak nak bincang pasal adik-adik forecast. Kita jumpa dalam pukul 6-7pm k” sms ringkas ana terima dari seorang adik usrah ana.


“ insya Allah. Abg memang lama daa nak bincang.. insya Allah kita jumpa”. Balasku ringkas.


Kebetulan tadi ana telah membaca satu artikel yang bertajukShafwatul Islamiyyah Bainal Ikhtilafil Masyru’ wat Tafarriqi Mazmum” yang ditulis oleh seorang mujtahid zaman moden ini Prof Dr. Yusuf Qardawi.


Sekiranya kita semua menghayati dan memahaminya maka tidak akan timbul isu tikam menikam antara jemaah, memburuk-buruk antara satu sama lain dan sebagainya. Hampir-hampir lemas dibuatkannya kerana bagiku zaman kini sudah berubah. Kini perlu meluncur laju mengerakkan dakwah kita berbanding berbalah sesame sendiri. Insya Allah dalam enrty yang akan datang aku cuba membahaskan tentang perkara ini. Mudahan menjadi iktibar buat pejuang sekalian khususnya diriku.


Dalam artikel yang pendek itu Prof Yusuf al-Qardawi telah menjelaskan betapa pentingnya kita sebgai daie menguasai dan memahami Fiqh Ikhtilaf yang berlaku dalam kelompok-kelompok islam. Insya Allah dipanjangkan usia dan diberikan kelapangan masa ana akan berkongsi dengan anda semua.


Dalam kekalutan menyiapkan semua tugasan ini ana memohon kepada Allah swt moga diberikan kekuatan untuk menghadapi sunnah dalam menuntut ilmu. Teringat ana pesan tok guru Nik Abdul Aziz beliau berkata bila membaca surah insyirah pasti beliau akan menekan ayat yang membicarakan


“Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan. Sungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan”. (Insyirah:5-6)