Tuesday, April 29, 2008

Coretan Di Malam Hari

Fikiran ana menjadi tidak menentu pada malam ini....

Macam-macam ana fikirkan tentang diri ini...

Hamba ini penuh dengan najis dosa... Sempat kah ana bertaubat sebelum ajal datang...

Kerana sudah ramai kawan-kawan pergi buat selamanya. Tidak akan kembali lagi ke alam dunia ini. Ana selalu imbas kembali kehidupan ana sebagai seorang muslim sejak ana tingkatan 1 hinggalah sekarang...

Terlalu banyak perubahan pada diri ana.. Dari segi pemikiran, akhlak, amal ibadah dan lain-lain... Ermmm ada yang positif dan tidak kurang jugak banyak yang negatif...

Ya Allah,bantulah aku kerana aku sukar untuk mengawal nafsu ku... Sering kali aku tewas dan aku cuba untuk lawan kembali.. Kadang-kadang terasa give up tapi aku gagahkan diri jugak kerana kehidupan ini perjuangan...

Sebagai bahan muhasabah buat diri ini... Wahai SYAM...Ingat bahwa kehidupan ini sementara.. Tidak kekal ia akan musnah sepertimana musnah nya makhluk-makhluk Allah yang lain.

Ingatlah bahawa malaikat sentiasa bersamamu walau dimana engkau berada.. Ditandas, dibilik, diatas motor dan dimana-mana sahaja... Takutlah engkau kepada Allah swt

Tidak malukah engkau terhadap Allah yang memberikan rezeki kepada engkau setiap hari.. Walaupun kadang-kadang tiada duit tapi aku jugak rezeki dlm bentuk yg lain...

Ya Allah aku hamba berdosa... Aku hamba yang hina ya Allah... Aku hamba yang tiada malu bila melakukan maksiat kepadamu...

Izinkanlah aku hidup lagi esok ya Allah untuk menebus dosa-dosa yang telah aku lakukan...

Ya Allah banyaknya amanah yang belum aku tunaikan haknya... Banyaknya taklifan pada diri ini ya Allah.. Bimbinglah aku ya Allah ke jalan hidayah...

Tanpa bimbangmu Allah aku akan hanyut dalam laut nafsu yang tidak ada penghujung ini...

Ya Allah,hanya engkau yang mengetahui siapa aku yang sebenaranya...

Wednesday, April 23, 2008

Who Shaykh Mishary Rashid?


Shaykh Mishary Rashid Ghareeb Mohammed Rashid Al-Afasy is a Kuwaiti national and was born in 1976. He is married, has two daughters, and he is also nicknamed (Abu Norah).

He studies at The Islamic University in Medina(KSA), College of the Holy Quran and Islamic Studies and specialized in The ten readings and translation of the holy quran. He has read the quran to Sheikh Ahmed Abdulaziz Al-Zaiat born in 1325(H) in the year 1907. Read the whole quran to him Hafs-from-A'sim from Al-Shatebeya, and Sheikh Abraham Ali Shahata Al-Samanodei born in 1333(H)in the year 1915 and who read to him Sheikh Al-Hosiery and Sheikh Mohammad Sadiq Al-Menshawy and Sheikh Mustafa Ishmael and Sheikh Abdulbaset Abduls mad, and he reads to him Fatehat al Kitab and he accepted it, an oral acceptance following the acceptance of his student Sheikh Abulrafea Redwan, and he also read to Sheikh Abdurarea Radwan born in 1351(H)in the year 1932 read to him the whole quran Asm-bin-abialnojoud from Al-Shatebya.



قرأ القرآن الكريم على:


1- فضيلة الشيخ العلامة / أحمد عبدالعزيز الزيات رحمه الله ، من مواليد 1325 هجري / 1907 ميلادي قرأ عليه القرآن الكريم كاملاً برواية حفص عن عاصم من طريق الشاطبية.
2- فضيلة الشيخ العلامة / ابراهيم علي شحاته السمنودي ، من مواليد 1333 هجري- 1915 ميلادي والذي قرأ عليه الشيخ الحصري والشيخ محمد صديق المنشاوي والشيخ مصطفى اسماعيل والشيخ عبدالباسط عبد الصمد ، وقرأ عليه فاتحة الكتاب فأجازه إجازة شفوية متابعة لإجازة تلميذه الشيخ عبدالرافع رضوان .


3- فـضـيـلة الشيخ العلامة / عبد الرافع رضوان علي الشرقاوي مـن مـوالـيد 1351 هــــجري/1932 ميلادي قرأ عليه القران الكريم كاملا بقراءة عاصم بن أبي النجود بالروايتين من طريق الشاطبية .
4- فضيلة الشيخ الدكتور أحمد عيسى المعصراوي ، رئيس مجمع البحوث الإسلامية ومراجعة المصاحف بالأ زهر الشريف ، قرأ عليه بقراءة عاصم بن أبي النجود .


وغيرهم من الكويت ومصر والسعودية










Tuesday, April 22, 2008

Paku dan Dosaku

Manusia sering saja alpa tentang semua yang berlaku disekeliling mereka.Mereka sering menganggap mudah setiap inci perkara yang berlegar disekeliling mereka.Selagi aku juga manusia,maka aku juga salah seorang insan alpa yang tidak menyedari kesilapanku yang umpama titik-titik hitam yang menggelapkan seketul daging suci dalam diri.Aku pelajar IPTA yang bermusafir untuk mengejar cita-cita.

Aku rasakan inilah perjuangan dan pengorbanan untuk aku membela nasib diri dan keluarga. Tetapi,itu tidak bermakna aku akan melupakan tanggungjawab aku sebagai anak. Lantas,aku sering pulang ke kampung halaman untuk menjenguk ibu bapaku yang bersusah payah di kampung demi menyara pengajianku di sini. Jika ada sahaja cuti,aku terus pulang ke kampung untuk menjenguk mereka.

Manusia yang penuh kelemahan ini merasakan dirinya telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai anak yang baik. Yelah….sekurang-kurangnya,aku sering pulang ke kampung daripada berpeleseran dengan kawan-kawan. Aku juga bersungguh-sungguh mengejar cita-cita aku tanpa melibatkan diri dalam masalah muda-mudi seperti couple dan mcam-macam lagi…Aku mengharapkan ibubapaku bangga dengan anaknya ini.

Manusia itu,sering terlupa dan terleka. Aku jujurnya tidak pernah terperasan setiap kesilapan dan kekhilafan yang mungkin kecil di mataku..Aku tidak pernah menghitung,berapa banyak kesakitan yang aku berikan terhadap qalbu insan-insan yang ku sayang. Hinggalah,aku tiba-tiba terasa tersedak dengan perbuatan aku sendiri.


Suatu pagi yang hening,aku seperti hari-hari yang lain di kampungku, membantu ayahku yang merupakan seorang tukang rumah. Tiba-tiba,aku melihat ke suatu dinding. Dinding itu penuh dengan paku-paku yang tidak ku tahu apa tujuannya.`Mengapa paku-paku ini tercacak di dinding yang cantik ini?? Apakah tujuannya??`Itulah soalan yang terpancut keluar dari mulutku untuk lelaki tua yang timbul urat-urat jantannya kerana tenaga yang digunakan.`Ini adalah tanda yang ayah buat, setiap kali ayah merasakan engkau telah mengguris hati ayah. Tidak banyak yang engkau lakukan, tapi apabila dikumpul,engkau lihatlah dinding ini?`Aku benar-benar rasa terpukul dengan kealpaan aku selama ini.


Aku tanamkan tekad untuk menghilangkan semua paku-paku itu dengan menebus kembali dosa dan noda yang aku lakukan terhadap mereka. Sejak hari itu,aku lebih menghargai dan berhati-hati dengan tindakan aku. Aku sedar,dengan hanya pulang ke kampung tidak akan melangsaikan tanggungjawab aku sebagai anak. Aku berusaha menjadi anak yang baik terhadap ibubapaku.Suatu hari, tangan tua ayahku menarik aku ke dinding yang dulunya penuh dengan paku-paku. Aku gembira kerana,kini paku-paku itu telah hilang.


Lantas,aku terus bertanya pada lelaki yang sedang merenung aku dengan penuh hikmah.`Adakah ini bermakna,maka dosa-dosaku padamu telah terhapus,wahai ayahku?`Ayahnku cuma menjawab`anakku,kau lihatlah dinding ini,walaupun paku-paku ini telah hilang,adakah dinding ini masih sama seperti asalnya? Tidakkah kau melihat lubang-lubang,dan kesan-kesan dari paku yang telah ditusukkan terhadapnya. Engaku mempu mencabut paku itu,tapi bagaimana engkau ingin menjernihkan semula kesannya?`Aku benar-benar tersedak.


Hanya air mata sahaja yang dapat menjawab setiap soalan dari ayahku itu. Ayahku telah mengajar aku bahawa,kesilapan itu,bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Memang benar,Allah itu Maha Pengampun, tetapi dosa dengan manusia tidak akan mudah dihilangkan kesannya kerana hati manusia itu,sangat rapuh. Malahan sifat pengampun manusia takkan setanding dengan yang Maha Esa.Kadangkala,kita sering memohon maaf setelah melakukan kesilapan,dan dengan mudah kita mengganggap semua telah selesai.


Sebenarnya,sering kita lupa,benarkan hanya dengan `maafkan saya` atau 'I am sorry`dapat melangsaikan segala hutang kesilapan kepada mereka. Sebenaranya,ucapan itu adalah untuk diri sendiri,bagi melegakan hati bahawa kita telah menjadi insan yang mulia dengan meminta maaf.Bagaimana pula dengan insan yang telah terguris hatinya?

Kesimpulannya,minimunkan kesilapan yang dilakukan dan jangan sekali-kali menganggap bahawa maaf hanya dengan lafaz semata-mata. Tapi,andai telah terlanjur,mohonlah kemaafan dengan penuh ikhlas dan keinsafan..Bagi insan yang menjadi mangsa,janganlah telalu meletakkan harga yang mahal terhadap sebuah kemaafan kerana kita hanya insan biasa yang penuh kekurangan.

Monday, April 21, 2008

Bagaimana Bercinta Cara Islam?

Bagaimana Bercinta Cara Islam?


khub-bu bermaksud cinta,kasih

Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya. Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".

Masyarakat Sudah Lari

Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.

"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.


Konsep Meminang

Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah HARAM perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.

"Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan."

Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.




Perigi Cari Timba

Ada pula yang berkata, “Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, ‘macam perigi mencari timba’, ‘wanita tidak bermaruah’ dan macam-macam lagi.” Sabar dahulu saudari.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah??

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

Indahnya Cara Islam

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.

Untuk mereka yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita.

Akan tetapi, bagi mereka yang merasakan diri sudah mampu untuk memikul tanggungjawab berumah tangga, mampu memberi nafkah zahir dan batin, maka bernikahlah. Tiada salahnya bernikah ketika belajar. Itu adalah lebih mulia daripada mereka yang ber’couple’, dan memuaskan nafsu mengikut telunjuk syaitan. Ikutilah cara-cara menuju pernikahan yang telah diterangkan di atas. Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.

"Jika tepat masa,ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya" -Ustaz Pahrol Mohd Juoi, penulis buku "Tentang Cinta"

Saturday, April 19, 2008

Adakah kita benar-benar sibuk?


Firman Allah s.w.t.

Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh.

~Surah Ali-Imran, ayat 114~

Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu) dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.

~Surah An-Nisa, ayat 40~


Skop amal kebajikan amat luas; dari semudah melemparkan senyuman yang menggembirakan orang lain sehinggalah sepayah mengorbankan harta dan masa untuk agama Allah. Ia mudah bagi yang mahu dan sukar bagi yang suka memberi alasan.




Ketika acapkali kita mengajak orang melakukan kebajikan yang memerlukan sedikit pengorbanan masa seperti mengajak sahabat untuk solat jemaah di masjid atau mengajak sahabat ke program-program dakwah, acapkali juga kita mendengar alasan-alasan skema seperti 'takda masa la', 'bizy la nak siapkan homework', 'aku tak sempat pegi. Lain kali ek' dan macam-macam lagi.

Maklumlah, 24 jam sehari amat pendek dan jika ke masjid nak solat jemaah, dah ambil masa 30 minit. Membazir masa namanya. Namun adakah kita benar-benar sibuk atau tidak mempunyai masa sedangkan dalam sehari, kita mampu:


  • menghabiskan 2 jam di depan laptop/komputer untuk 'layan' Youtube
  • menghabiskan 2 jam membaca manga/komik samada online atau offline
  • menghabiskan sejam untuk check akaun friendster/myspace/facebook dan melihat gambar terbaru rakan-rakan kita
  • menghabiskan 2 jam setengah menonton drama bersiri jepun/korea kegemaran kita di samping melihat awek-awek cun jepun/korea berlakon
  • menghabiskan 3 jam di hujung minggu untuk window shopping di shopping complex terutamanya di KLCC
  • menghabiskan sejam setengah sebelum tidur untuk bermain computer games
  • tidur terlalu lama; melebihi had yang sepatutnya
  • dan macam-macam lagi aktiviti yang tidak membawa manfaat kepada ummah

Jika kita kerap melakukan perkara-perkara di atas, patutkah kita memberikan alasan bahawa kita busy/sibuk tatkala kita di offer untuk melakukan kebajikan?? Jawapan di 'tangan' kita semua.

Friday, April 18, 2008

Pembersihan Jiwa

Assalamualaikum..
Ketawalah sedikit dan menangislah banyak



Dalam seharian kita hidup didunia,jiwa yang kadang-kadang sering jauh dari Allah sentiasa membuatkan kita alpa...

Astagfirullah,kita banyak bergembira dari bersedih...kita banyak ketawa dari menangis,kita banyak menyayangi keduniaan kita dari Allah s.w.t....

Saya mahu nasihatkan diri saya dan kalian semua,marilah kita kurangkan ketawa didunia..kita mungkin ketawa didunia dan menangis di Akhirat,kita mungkin bergembira didunia dan bersedih di Akhirat....
jgnlah seperti itu....

Biar kita semua bersedih,menangisi dosa-dosa kita agar di akhirat kelak ...
Kita menjadi Manusia yang paling gembira...

insyallah..

Kita mesti menanggung kesusahan

biar kita terasa susah mengawal nafsu didunia agar terasa senang diakhirat...

kurangkan ketawa banyakkan menangis....

Ya Allah, sesungguhnya engkau amat pemaaf, menyukai kemaafan, maka maafkanlah kami



Sesungguhnya Allah berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.



pohonlah keampunan dari Allah sebelum terlambat...

mungkin dalam kita dok gembira,bersuka ria...malaikat maut datang menjemput..

bersederhanalah dalam kehidupan..

"kurangkan ketawa banyakkan menangis"

Allahu allam...apa yg benar itu datang dari Allah dan yng salah itu dtg dari diri ana yg jahil...

Mencari jodoh atau menunggu jodoh?



Oleh: Abi Muslih dan Mama Farhah

“Jodoh ditangan Tuhan, apa boleh buat”

“Bukan saya tak mahu kawin, belum jodoh lagi!”

“Apa nak susah-susah kalau dah rezeki nanti, adalah yang datang meminang”

“Takkanlah perigi nak cari timba?”

Dialog di atas tak asing bagi kita. Baru-baru ni seorang pengunjung bergelar sinar mengemukakan komen berikut kepada kami:

first time sy masuk laman ni ,…ape pun nak cari jodoh dan apakah pergertian sebenar jodoh itu…

Beliau juga memberikan komen:

akum,
selalu sangat berbicara mengenai isu calon suami dan isteri … sy minta di adakan isu kenapa jodoh masih tiada…..ini adalah untuk ramai anak -anak gadis yang masih belum bertemu jodoh walaupun telah berusaha ke arah itu……apakah maksud ketentuan atas jodoh,ajal dan maut. Moga dengan ini dapat melegakan hati gadis-gadis (ardartu) untuk terus bertawakal……..

Ya, soal jodoh adalah satu soal yang amat kritikal dalam membina rumahtangga yang bahagia. Masalah jodoh ini bukan sahaja disebut-sebut oleh orang belum berpunya, bahkan ada juga yang telah berkahwin masih keliru dan bingung dalam soal jodoh ini.

Ramai orang kita yang beranggapan soal jodoh ini adalah satu ketentuan yang tidak perlu diusahakan. Bagi mereka rezeki, jodoh dan ajal di tangan Allah, dan manusia hanya perlu pasrah. Lantas mereka terus ‘bertawakkal’ mengikut fahaman yang tidak tepat.

Sahabat besar sayyidina Umar Al-Khattab pernah menangis melihat satu kumpulan jemaah haji dari Yaman yang datang tanpa menyediakan bekalan makanan. Umar menegur dan membetulkan tindakan mereka yang silap dalam memahami konsep tawakkal.

Umar bertanya: Siapakah kamu?

Rombongan Yaman itu menjawab: Kami adalah al-mutawakkilun (orang-orang yang bertawakkal kepada Allah).

Umar menjawab: Kamu sebenarnya al-muta’akkilun (orang-orang yang mengharapkan diberi makanan). Orang yang sebenar-benar bertawakkal ialah orang yang menabur benih di bumi, kemudian bertawakkal kepada Allah.

Nah, itulah jawapannya.

Kisah diatas tentang rezeki. Sama juga dengan jodoh. Jika rezeki perlu diusahakan, maka jodoh juga perlu diusahakan. Jika Ummul Mukminin Khadijah berikhtiar dengan menghantar orang untuk menyatakan hasrat untuk mengahwini Nabi, maka takkan lah wanita hari ini yang lebih terbuka tak berani untuk menyatakan hasrat kepada pihak lelaki secara terhormat begitu.

Itu jika sudah ada pilihan. Jika belum ada, usahakan lah dengan membuat tinjauan dan membuat senarai pendek secara sendirian. Kemudian, teliti dengan penuh hemah dan jangan lupa untuk bersolat istikharah. Jika kenalan dan maklumat terhad, mintalah bantuan dari rakan dan keluarga yang diyakini, berakhlak dan boleh diharap. Jika ada banyak pilihan, pilih lah yang memenuhi sifat yang pernah saya bincangkan dulu. Jangan pula terlalu gopoh sehingga tersilap pilih.

Moga lepas ini para anak-anak dara (andartu) dan bujang (terlajak) tidak mengambil sikap ‘menunggu jodoh’, tetapi bertekad untuk ‘mencari jodoh’. Kami doakan moga permudahkan jalan.

Selamat Berusaha!

http://abimuslih.wordpress.com

Wednesday, April 16, 2008

Apa itu ukhuwwah???

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian???... ermmm pada malam yang mulia ini ana ingin berkongsi kepada semua peminat Kembara Muslim dengan sebuah perkataan yang sering kita dengar...

Apakah perkataan itu??? Perkataan itu adalah UKHUWWAH...

huhuhu... Mesti semua sudah maklum apa makna nya kan.. persaudaraan.. mahabbah dll... Tapi apa yang ana nak bawakan kepada sahabat sekalian pada entry kali ini adalah beberapa pengalaman UKHUWWAH Kembara Muslim sepanjang bergelar sbg seorg mahasiswa atau pelajar...

Ini disebabkn perkataan ini seringkali berkumandang dalam gegendang telinga...Lebih-lebih lagi 'mereka-mereka' yang melibatkan diri dalam gerakan dakwah... Insya Allah anda pasti akan mendengarnya bahkan didiskusikan oleh para ustaz.. Begitulah kehebatan perkataan ini


Kembara Muslim ingin membawa sebuah untaian kata daripada Imam Hassan al-Banna ketika membahaskn isu UKHUWWAH dlm bukunya Risalah Taalim.

"Tiada Ukhuwwah tanpa iman, dan tiada keimanan yg sempurna tanpa ukhuwwah sepertimana tidak ada persahabatn tanpa taqwa dan tiada ketaqwaan tanpa persahabatan"

Begitu hebat kata-kata ini.. Menucuk jiwa Kembara Muslim yang sentiasa mencari ruang-ruang yang ada dalam hidup untuk menambahkan UKHUWWAH...

Bermula dengan kehidupan Kembara Muslim mengenali Persatuan Putera Puteri Islam (PERPPIS), kemudian masuk ke kampus UTMKL, kemudian berusrah dengan sahabat sefikrah. (Amin, Ridhwan, Mahadir, Sobri, Ana dan soffan.)...

Kemudian dilantik menjadi presiden sebuah persatuan mahasiswa.... Memasuki Unit Amal... Berhijrah ke bumi selatan tanah air... Dan akhirnya ana pada saat ini..

Terlalu manis setiap pengalaman yang pernah ana lalui... Supaya ianya tidak dimamah usia dan zaman ingin benar ana menulisnya sebagai tatapan buat umum dan khasnya buat sahabat-sahabat yang mengenali Kembara Muslim.

Sewaktu menjadi Timb Presiden PERPPIS... huhuhu persatuan ini yg telah banyak mengasah bakat ana untuk memimpin. Bayangkan dalam seusia dalam 16-17 tahun itu telah diamanahkan memegang jawatan yang begitu besar.


Sebaik selepas selesai muktamar PERPPIS, Kembara Muslim adalah orang yang paling syahdu sehingga mengalir air mata. Kembara Muslim masih lagi betapa beratnya amanah ini. Berlalu kepimpinan ana dengan jayanya... Beberapa pembaharuan yang telah ana buat... Moga Allah kira ia sebagai saham akhirat Kembara Muslim...Amin..


Kemudian pengembaraan hidup ini diteruskan lagi dengan memasuki alam kampus. UTMKL namanya diberi. Dengan berbekalkan semangat membara dalam hati ingin menjadi insan berguna buat keluarga, agama dan negara.

Kembara Muslim meninggalkan bumi Di Bawah Bayu dengan linangan air mata hati dan azam kental. "Izinkan Kembara Muslim pergi menuntut ilmu nun disebarang laut sana mak..." Berat hati emak nak melepaskan anak kesanyangannya ini... Namun apakan daya.. Dia memberikan keizinan...

Di sana ana bertemu dengan ramai sahabat-sahabat yang sefikrah dengan ana. Dipendekkan cerita ana telah bertemu dengan sekelompak manusia yang mempunyai cita-cita yang sama dengan ana untuk mendaulatkan Islam. Maka kami bersama-sama membentuk sebuah UKHUWWAH kerana dengan inilah kami dapat bersama-sama berganding bahu membawa risalah ini.



Dalam keadaan yang agak tidak stabil itu... Kami dengan kuasa UKHUWWAH telah melalui pelbagai halangan dan tribulasi dengan jayanya...

Sahabat sekalian, tidak ana lupa untuk menceritakan ahli-ahli Darus Salam... Amin, Ismail, Wafi, Ise, Hilmi, Hendri, Rizal... Antum semua banyak mengajar ana erti sebuah persahabatan. Sama-sama bersusah takde duit... Lapar bersama... Kenyang bersama... Minum air buah bersama.. Terlalu indah saat itu.. Buat adikku Hendri dan Syarizal... Terima lah kami selaku senior ini dengan seadanya... Aku mendoakan agar saat itu kembali....


Sebahagian gambar yang masih dalam tatapan bila kerinduan suasana DS

Tidak adil rasanya kalau Kembara Muslim tidak mengenang jasa abang-abang senior yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat juga kritikan terhadap diri Kembara Muslim... Ana tahu semua krtikan itu dilontarkan adalah untuk melihat benih Islam terus subur di bumi UTMKL...


Tidak cukup dengan itu, Kembara Muslim terus berukhuwwah dengan sahabat dalam Unit Amal Kawasan Tawau... Sahabat disini lain pula UKHUWWAH yang terbina. Kenapa lain kerana manusia juga lain. hehehe...



Sesungguhnya sahabat Unit Amal banyak mengajar ana erti memahami perasaan sahabat yang lain... Selalu sahaja hati ini tercalar tapi cepat-cepat diubati bahawa inilah kemanisan ukhuwwah.. Takkan manis jeee mesti ada pahitnya jugak...


Dan sekarang ini ana tengah membina UKHUWWAH dengan manusia yang berlainan pulak... Memcabar juga untuk menyesuaikan diri... Namun dengan berbekalkan pengalaman UKHUWWAH yang ada ianya pasti mudah... Insya Allah...


Alhamdulillah, baru beberapa bulan Kembara Muslim sudah membina UKHUWWAH itu dengan baik... Bahkan sudah terasa kehangatan UKHUWWAH itu.. Tapi ana masih lagi berusaha untuk memantap lagi UKHUWWAH ini... Sampai bila???? Wallahualam.. Tapi bagi ana tips mudah banyak pengembaraan bersama... Insya Allah UKHUWWAH akan mudah terjalin.


Akhirnya... sampai laa ke saat ini....

Ana ada membaca sebuah sms dr drpd tel shbt ana.Ana begitu teruja dgn beberapa perkataan dlm sms tue.Ana rasakan tidak salah utk ana paparkn disini semata-mata ana nak bicarakn UKHUWWAH..

"... Maaf .... ana ucapakn Selamat Menyambut Ulang Tahun. Ana segan nak ucap depan-depan... Melainkn enta da .... "

Ermmm..nak tau mereka ini adalah roomate.Penerima dan Pengirim sms.Walaupun mereka berdua ini roomate tapi sampai macam tu sekali.Ana pun terkejut.Apakah yang menyebabkan si pengirim malu???

Ana sebenarnya nak bagitau kepada peminat hawa Kembara Muslim bahawa gol syabab sekarang pemalu orangnya.ermmm setuju tak wahai syabab???

Memang benar syabab sekarang amat pemalu orangnya kerana banyak sebab.Sebab tu laa baru-baru ni Kembara Muslim telah membeli sebuah buku "Aku Terima Nikahnya"... Mungkin disitulah akan mendapat Kembara Muslim jawapannya...

Opssss.... tersasar sikit...

Ok kita berbalik kpd isu UKHUWWAH...

Wahai shbt ku sekalian ukhuwwah ini lah yg menyebabkn kita kekal dlm medan dakwah ini.. Tanpa shbt2 yg sama berjuang kita akn down dan putus asa dlm perjuangan ini.. Oleh itu, marilah kita hubungkn kembali talian UKHWWAH yg telah lama terputus dgn shbt lama kita...

Jangan biarkn diri kita tergolong dlm doa rasulullah saw yg menyatakn mrk yg memutuskn tali persaudaraan bukan dr gol baginda...

huhuhu....

sbl mengakhiri entry ini... Kembara Muslim ingin mengemukakan sebuah pertanyaan kpd peminat Kembara Muslim...

Dimana anda meletakkn nilaian sebuah UKHUWWAH ini??? ermmm Apakah parameter yg digunakn?? Moga kita terus berUKHUWWAH...

Perlukan sumbangan..

Assalamualaikum buat pengunjung setia Kembara Muslim... Ana mengharapkan kita meringankan ringan untuk membantu prog2 di bawa. Sumbangan anda amat bermakna buat mereka yg memerlukn

Sila klik pada gmbr untuk lebih jelas... Selamat Menderma


Monday, April 14, 2008

Wahai Diriku....


" Wahai anakku," kata Luqmanul Hakim pada anaknya.

"Wahai diriku," kataku pada diri.

"Wahai anakku, ingatlah dunia ini seperti lautan yang dalam." kata Luqmanul Hakim.

"Wahai diriku,ingatlah dunia ini seperti lautan yang dalam." aku menperingatkan diri.

"Wahai anakku, ramai manusia yang tenggelam di dalamnya,"kata Luqmanul Hakim.

"Wahai diriku, ramai manusia (termasuk aku) yang ditelan lauatan yang dalam dan luas tidak bertepi itu." kataku pada diriku.

"Maka janganlah kamu tertipu oleh kehidupan dunia."
Luqman:33

Dan aku pun mengambil iktibar daria ayat ini dgn mengetuk diriku, "wahai diriku, wahai rohaniku, wahai rohku, wahai jasadku, janganlah engkau tertipu dengan kehidupan dunia."

" Wahai anakku, jadikan taqwa pada Allah perahumu, jadikanlah iman isinya dan jadikan tawakal kepada Allah itu sebagai layarmu." nasihat Luqman pada anaknya.


Dan aku pun ingin mengambil iktibar dari nasiht Luqmanul Hakim ini. Ya iman, taqwa dan tawakal adalah iktibarnya. Perahu sbg taqwa, iman sbg isinya dan tawakal sbg layar perahu.

"Wahai anakku, mudah-mudahan engkau selamat," kata Luqman.

"Wahai diri, mudah-mudahan engkau selamat," kataku pada diri.



Wahai diri, apakah aku ini tenang dan tenteram jiwaku? demikian utk menghayati ketenangan jiwa tidak ada jln lain kecuali bertaqwa kpd Allah.

Wahai diri, kalau engkau tiada iman. wahai diri kalau engkau tiada taqwa. wahai diri kalu engkau tiada tawakal. Engkau akan tenggelam didunia ini kerana dunia laksana laut kata Luqmanul Hakim.


Wahai diriku, kalau tidak ada iman pasti karam dan tenggelam dan mati lemas di dlm lautan dunia. Wahai diri, ambillah iktibar dari ayat al-Quran ini:

"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman" (Al-Mukmin:1)

Taraf iman seseorg itu tidak sama dgn taraf iman yg dicapai olh seseorg. Islam membahagikan iman kpd 5 peringkat:
  1. iman taqlid
  2. iman ilmu
  3. iman ayyan
  4. iman hak
  5. iman hakikat
Sekarang wahai diriku, iman peringkat apakah aku ini? Wahai diri, apakah aku ini iman taqlid? Wahai diri, apakah aku ini iman ilmu?Wahai diri, apakah aku ini iman ayyan?Wahai diri, apakah aku ini iman hak? Wahai diri, apakah aku ini iman hakikat?


Ya, sambil memungut iktibar dr dunia laksana lautan, taqwa sbg perahu, iman sebagai muatan perahu dan tawakal sbg layar perahu, aku mengkoreksi diriku berkaitan dgn persoalan iman ini.
"sesungguhnya semulia-mulia manusia disisi Allah ialah org yg paling bertaqwa diantr kamu"

Wahai diri, berdirilah di tepi pantai dan tebarkan mata mu keseluruh lautan yg tidak bertepi. Hayati desiran angin dan debur ombak yg membantingkan tubuhnya ke pasir yang landai dan lembut.

Wahai diri, ambillah iktibar dr lautan, gelombang, buih, ikan-ikan,kapal-kapal dan perahu-perahu yg belayar dilautan dan pulau-pulau yg bertaburan.

Wahai diri, selalulah ucapkan, "Dunia laksana lautan dan ramai manusia yg tenggelam ditelan lautan."
Wahai diri, kalau engkau mahu mengambil iktibar yg lain betapa luasnya ilmu Allah seperti lautan yg tidak bertepi.

"Katakanlah, kalau sekiranya lautan menjadi tinta utk manusia menulis kalimat-kalimat Tuhanku, nescaya akn keringlah lautan sebelum sempat habis ditulis kalimat-kalimat Tuhanku meskipun Kami tambahkan lagi sebanyak itu."

5.30pm(14 April 2008)

Friday, April 11, 2008

Mencari Kesembuhan dari Kuasa Allah melalui usaha manusia

Oleh : abufateh


هناك فرق كبير بين العلاج والشفاء
هناك فرق كبير بين المراجعة والنجاح


"Di sana terdapat perbezaan yang besar antara rawatan dan kesembuhan
dan perbezaan yang ketara antara mengulangkaji pelajaran dan kejayaan"

Tegas Dr. Husam Muafi dalam kuliahnya, khamis lepas. Walaupun topik asal beliau ialah agar pelajar-pelajar menggandakan usaha dalam pelajaran sempena semester break kali ini, namun rangkap kata ini cukup bermakna untuk tatapan kita bersama.

Jadi mengapa perlu kepada rawatan apabila kita sakit? Juga usaha menekuni buku-buku yang terkadang menjemukan untuk sebuah kejayaan? Jawapannya mudah, rawatan dan membaca adalah ‘usaha’ namun kesudahannya hanyalah satu ketentuan dari Allah Ta’ala. Inilah akidah kita.

Usaha yang setimpal pastinya akan mendapat hasil yang setara mengikut tahap kudarat yang kita curahkan, namun bagi kita sebagai muslim ‘doa’ adalah senjata terakhir untuk sebuah keberhasilan. Doa diiringi dengan tawakal, roja’ (pengharapan) dan jiwa tanpa putus asa.

Terkadang kita mungkin terlupa pergantungan kepada Alllah SWT tika mana terasa usaha yang telah dikerahkan sudah mencukupi lagi memadai untuk sesuatu tujuan. Kita insan yang berTuhan, jangan lupakan kuasa yang mentadbir segala-galanya.

Kita hanya berusaha.

Saya agak tekilan dengan sikap segelintir individu yang taasub terhadap satu-satu aliran perubatan seterusnya menganggap perubatan yang lainnya silap, tidak kena dengan method kesembuhan penyakit yang sebenar dan sebagainya.

Berlakulah pertembungan antara aliran perubatan moden, homopathy, perubatan tradisional dan pelbagai aliran perubatan alternatif yang makin bercambah di negara kita. Kutuk mengutuk, sindir menyindir sedikit sebanyak berlaku antara pendokong dan penyokong aliran masing-masing. ‘Saya betul kamu silap.’

Inilah realiti khilaf dalam dunia perubatan, bukan sahaja khilaf dalam kefahaman beragama di antara umat Islam sahaja yang berlaku.

Juteru saya ingin membawa kita kembali kepada konsep rawatan dan kesembuhan yang hakiki. Rawatan adalah usaha yang dilakukan untuk mendapatkan kesembuhan daripada penyakit atau mengekangnya daripada menganggu kerja buat kita sehari-hari, dengan kata lain rawatan perubatan tidak kira daripada mana cabang ilmu perubatan adalah untuk memberikan dan meneruskan kualiti kesihatan seseorang individu. Semuanya adalah dengan usaha makhluk.

Manakala konsep kesembuhan pula, sembuh bukannya kuasa kemampuan individu yang berusaha. Ianya adalah anugerah Allah Ta’ala, bukan kuasa teknologi perubatan moden, juga bukan kemampuan rawatan homopathy dan kehebatan seseorang bomoh tradisional. Justeru, sewajarnya pengamal perubatan peka dengan fakta ini. Kita berusaha Allah penentu segalanya.

Justeru mengapa masih mendabik dada dengan perubatan saya betul dan hebat, rawatan kamu silap dan lemah. Pada saya, carilah rawatan daripada punca mana sekalipun, biar tanpa kajian saintifik yang membuktikan keberkesanannya, selagi mana ianya tidak membawa kepada unsur syirik dan khurafat, teruskan. Usaha adalah tugas kita, kesembuhan adalah bidang kuasa Allah Ta’ala.


Doa sebagai pemangkin

Doa mampu memberikan manfaat kepada makhluk dengan izin Allah. Masakan ianya tiada manfaat bilamana ayat Allah banyak menyarankan kepada kita agar ‘meminta-minta’ kepadaNya. Tiada jemu bagi Allah dalam melayan permintaan hamba.

Bahkan para anbiya dan nabi saw turut bermunajat memohon pertolongan. Sekadar renungan kita bersama saya bawakan beberapa saranan al-Quran dan hadis Nabi saw kepada kita agar terus dan terus ‘meminta-minta’ kepada Allah.


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِي إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." (Surah al-Baqarah, ayat 186)


Firman Allah yang bermaksud :

"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina." (Surah Gahfir, ayat 60)

Sabda Nabi saw :

‘Doa adalah ibadat’ (Riwayat tarmizi)

‘Doa adalah Ibadat’ (Riwayat Imam Ahmad dan Muslim)

InsyaAllah saya akan cuba panjangkan tajuk berkenaan doa dalam artikel yang keseterusnya untuk tidak memanjangkan kalam. Namun sebagai renungan ingatlah bahawa doa hakikatnya umpama ubat, terkadang ianya memberi kesan kepada kita dan terkadang tidak. Semuanya bergantung kerpada kehendak Allah Ta’ala. Namun ‘meminta-minta’ kepada Allah adalah galakan dalam beragama, tanda kita bertuhan dan tunduknya seorang hamba kepada tuannya.

Akhirilah usaha dengan pergantungan kepada Allah

Iman kita kepada kekuasaan Allah bukannya sekadar luahan bicara mulut namun biarlah ianya ditancap kejap di lubuk hati. Usaha tidak kira dalam apa jua matlamat kita, sandarkan keputusannya kepada Allah dengan limpahan doa munajat.

MANUSIA BERHADAPAN DENGAN ENAM PERSIMPANGA

Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu.

Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh menagajakmu melakukan dosa.

Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."

Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya.


Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."

Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.


Selamat Menghadapi Imtihan

Monday, April 7, 2008

Aktivis siswa UM disiasat polis


Seorang pelajar Universiti Malaya disiasat polis berhubung pembabitannya ketika kempen pilihanraya umum lalu di Rembau.

Azlan Zainal, presiden penaja Parti Mahasiswa Negara (PMN), memberitahu Malaysiakini, seorang pegawai polis berpangkat asisten supritenden datang bertemunya di kampus universiti itu minggu lalu.

Pegawai polis daripada ibu pejabat polis Negeri Sembilan ingin mendapatkan maklumat peribadinya dan juga penjelasan lanjut berhubung kenyataan akhbarnya di Dataran Senawang pada 2 Mac lalu.

Menurut Azlan, pertemuan pegawai itu dengan beliau memakan masa dua jam pada Isnin lepas di pejabat ijazah dasar, Akademi Pengajian Islam - tempat beliau menuntut dalam jurusan bioteknologi dan agama di peringkat semester terakhir.

PMN, dalam kenyataan bulan lalu, menyatakan kesediaannya untuk bertemu dua calon generasi muda yang bersaing merebut kerusi parlimen Rembau - Khairy Jamaluddin yang mewakili BN dan Badrul Hisham Shaharin (PKR).

Kerusi itu dimenangi Khairy, yang juga naib ketua Pemuda Umno, pada 8 Mac.

Kenyataan itu mengkritik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan mendakwa perdana menteri "memperalatkan mahasiswa untuk membantu kempen dan memperalatkan mereka untuk menyokong BN" seperti satu program di Putrajaya pada 1 Mac.

Parti itu cuba meletakkan calon di Kepala Batas untuk mencabar Abdullah.

Bagaimanapun, menurut parti yang baru memohon pendaftaran awal tahun ini, calonnya dihalang oleh polis untuk masuk ke dewan tempat pencalonan.

Azlan berkata polis atau pihak universiti tidak pernah menyiasat atau mengambil tindakan terhadap pembabitannya di Kepala Batas.

Setakat ini juga, katanya lagi, beberapa lagi pemimpin dan aktivis PMN tidak dikenakan sebarang tindakan.

Universiti Islam Antarabangsa (UIA) akan mengambil tindakan tatatertib kepada seorang pelajar tahun akhir berhubung pembabitannya dalam kempen pilihanraya umum ke-12.

Meor Isfandi Meor Azizan, yang dipanggil menghadap jawatankuasa disiplin universiti itu esok, telah digantung pengajiannya.

Beliau dihalang menerima pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melarangnya mengambil keputusan penuh.

Mengantuknya....Esok test

Harapkan doa shabat-sahabat yg soleh agar dpt dapat jawab dengan paper 7 april 2008.... sempat tgk wajah shbt ku yg huffaz quran tenangkn hati...




yusuf ingatlah kita shbt sedunia dan seakhirat... Ana sentiasa mendoakn kejayaan enta.. jgn lupa doakn ana gak.

Yusuf bersama Sheikh Hassan, Guru Qiraat





masjid azhar... bilalaa agak ana dpt menjejaki kaki dimasjid azhar nie yusuf... ermm

Nasihat Abu Yala` Al Maududi Kepada Mahasiswa


"Wahai Pelajar! Kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggu saat di mana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah.


Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus-terang kepada kamu pada saat ini.


Walaubagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik ini, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan.


Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan.


Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut.


Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk. Aku seperti seseorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat di sini."

Sunday, April 6, 2008

Harapkan doa insan-insan soleh

t
Esok ana ada test lagi... Doakn semiga dapat jawab dengan tenang dan penuh keyakinan....

Tajuk: Material Characterisation & Quality Control.

Dengan dua bab electron microcopy dan non destructive testing cukup untuk menguji kekuatan fahaman fakta utk setiap testing....

Wednesday, April 2, 2008

Impian Rakyat Melihat KEADILAN dan KESAKSAMAAN

"Rakyat bukan mengharapkan dari pemimpin untuk menunjuk-nunjuk kemewahan diri seperti mana peraga fesyen mempamerkan gaya dan keranggian pakaian mereka di atas pentas. Apa yang rakyat harapkan adalah pemimpin melakukan keadilan dan kesaksamaan."

Rakyat akan bangga melihat pemimpin mereka adil amanah terhadap harta negara. Rakyat tidak bangga untuk mendengar cerita pemimpin mereka mewah dengan penuh tanda tanya tentang hartanya dan berjalan dengan penuh kebongkakan seakan dia ialah maharaja yang tidak boleh dikalahkan atau dipersalahkan.

Seseorang pemerintah dibangga dan dikasihi oleh rakyatnya apabila terselah keadilannya. Khalifah Umar bin al-Khattab pernah membahagi-bahagikan kepada rakyatnya pakaian lalu beliau naik ke atas mimbar dan berkata: “Wahai manusia dengarlah!”

Tiba-tiba bangun Salman al-Farisi berkata: “Kami tidak mahu dengar”.

Lantas Umar bertanya: Kenapa wahai Salman?” Jawabnya: Engkau berikan kamu semua seorang sehelai, sedangkan engkau memakai dua helai”. Kata ‘Umar: “Jangan tergesa-gesa wahai Salman”. Lalu Umar memanggil anaknya Abd Allah. Kata Umar: aku menyerumu dengan nama Allah, bukankah pakaian yang aku pakai ini adalah peruntukanmu yang engkau berikan padaku”.

Jawabnya: Ya!. Maka kata Salman: “Sekarang kami akan dengar”.

Maka kita tidak peliklah mengapa umat ini sepanjang sejarahnya amat merindui dan mencintai pemerintahan al-khulafa al-rasyidin terutama Khalifah Umar bin al-Khattab r.a. ini. Beliau pernah berkata kepada gabenor yang dilantiknya iaitu Abu Musa al-‘Asy’ari: “Wahai Abu Musa! Sesungguhnya engkau hanyalah salah seorang dari orang ramai, melainkan Allah menjadikan engkau yang paling berat menanggung beban antara mereka”.

Justeru itulah al-‘Adl wa al-Musawah (keadilan dan kesaksamaan) adalah teras kepada pemerintahan dalam Islam. Disebabkan keadilan yang pernah ditunjukkan oleh para khalifah yang adil dalam sejarah merekalah maka ribuan manusia menganut Islam atau ingin berlindung di bawah pemerintahan Islam.

Namun, apabila umat Islam gagal mempamerkan sistem dan perlaksanaan pemerintahan yang adil lagi saksama, maka bukan muslim bukan sahaja tidak mahu menerima Islam, bahkan tidak memandang hormat kepada Islam. Lebih memalukan jika mereka pula lebih bermoral daripada kita dalam mernguruskan harta rakyat mereka.

Lihatlah Khalifah ‘Umar bin al-Khattab, ketika beliau berkuasa sebagai khalifah lalu berselisih dengan seorang yahudi yang merupakan rakyat negaranya mengenai kuda yahudi berkenaan yang hendak dijual. ‘Umar mencubanya sehingga cacat. Umar berkata kepada yahudi berkenaan: “Carilah seorang yang dapat memutuskan kes ini”.

Kata yahudi berkenaan: “Aku redha dengan Shuraih al-‘Iraqi sebagai hakim. Shuraih yang merupakan seorang muslim yang bertakwa lagi bijak dalam penghakiman. Apabila diangkat kes ini kepada Shuraih dia berkata kepada Umar yang merupakan seorang khalifah yang berkuasa: “Engkau telah mengambilnya dalam keadaan elok, maka engkaulah penjaminnya maka hendaklah engkau pulangkan semula dalam keadaan yang elok dan tidak cacat”.

Kerana kes itu, Shuraih dilantik menjadi hakim besar oleh ‘Umar. Ini keadilan dan keinsafan. Seseorang yang adil lagi berkelayakan itu ditabalkan, bukan dipecat. Sekalipun keadilan itu terpaksa dirasai kepedihannya oleh pemerintah sendiri.

Prinsip kesaksamaan ini ditegaskan oleh banyak nas-nas Islam. Firman Allah (maksudnya): Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah al-Hujurat: 13).

Sabda Nabi s.a.w pula: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuailah! Tiada kelebihan orang arab ke atas a’jam (yang bukan arab), atau a’jam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Inilah dasar Islam yang agung. Menghapus kebongkakan atas nama keturunan atau puak, kerana manusia semuanya sama di sisi tuhan. Islam agama yang memusuhi sistem kasta yang membeza-beza manusia disebabkan keturunannya. Islam tidak pernah menyatakan keturunan semata mewarisi kemuliaan, tetapi nilai dan sikap seseorang yang memastikan sama ada dia mulia atau sebaliknya.

Justeru itu, manusia tidak menjadi mulia disebabkan pangkat yang dia ditabalkan. Tetapi ketakwaannya. Maka ketakwaan seorang pemimpin adalah apabila dia amanah dan adil terhadap rakyat bawahan. Tidak menyalahgunakan kuasa dan mengambil harta yang bukan haknya. Jika itu berlaku, maka dia adalah pemimpin yang mulia.

Jika tidak, dia seorang yang memecahkan amanah lagi hina. Sekalipun orang memberikan pangkal namanya dengan berbagai gelaran; Yang Berhormat atau Yang Amat Berhormat. Namun tiada kehormatan untuknya di sisi Allah jika dia merompak harta rakyat secara senyap atau terang-terangan. Ramai pemimpin yang dari jenis ini, apabila kekuasaannya hilang orang kelilingnya juga pun ‘terbang’. Hilang tak berbayang.

Terbukti bahawa yang bersorak ketika dia berkuasa hanya mengharapkan habuan istimewa yang sebahagiannya adalah harta rakyat jelata. Namun jika pemimpin adil dan berjasa, sehingga hari dia hilang kuasa, rakyat akan terus mengingati dan mengenangnya. Sekalipun dia tidak lagi dijemput ke majlis-majlis rasmi, namun budinya tetapi tersemat di hati. Lebih penting, pemerintahan yang adil itu adalah ibadah yang agung yang bakal dibawa olehnya bertemu Allah pada hari kiamat kelak.

Dengarlah apa yang Allah ingatkan Nabi Daud tentang kekuasaan. Firman Allah: (maksudnya) “Wahai Daud, Sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka berhukumlah antara manusia dengan yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya mereka yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu” (Surah Sad: 26)

Ketegasan terhadap keadilan adalah prinsip dan syiar pemerintahan Islam. Jangan sampai seseorang pemerintah atau pemimpin menjadikan kuasa jawatannya untuk kepentingan suku sakat atau anak pinak atau sahabat handainya. Sehingga kaum keluarga atau kroninya mendapat keistimewaan apa yang tidak diperolehi oleh rakyat biasa.

Surah al-Nisa ayat 135: Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah

kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Janganlah pula kebenciannya kepada sesuatu puak atau golongan menyebabkan dia tidak berlaku adil sedangkan Allah berfirman: :(maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan m

endalam akan apa yang kamu lakukan”.

Inilah impian setiap rakyat. Sebab itu maka setiap individu yang berada di bawah naungan kerajaan muslim yang sebenar merasa aman, terbela dan tidak dianayai. Namun, jika pemerintah mula campur tangan dalam sistem pelaksanaan qada’ (kehakiman) maka keadilan akan menjadi mangsa.

Inilah yang diucapkan oleh Khalifah Abu Bakr al-Siddiq apabil

a memegang tampok kuasa: “Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik di kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat.

Orang yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat di kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya Allah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan. Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan RasulNya, maka tiada ketaatan untukku” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361). Memberikan kesaksamaan dan keadilan untuk semua adalah teras pemerintahan Islam.

Saya kurang setuju jika seseorang memikirkan yang dikatakan kerajaan Islam yang adil itu perkara pertama yang terbayang dalam kepalanya ialah memotong tangan pencuri. Walaupun nas itu ada dalam al-Quran, namun ianya hanya jalan ke arah memastikan keamanan dan ketenteraman, bukan teras asas pemerintahan.

Teras pemerintahan Islam adalah seperti firman Allah: (maksudnya): :”Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha melihat”. (Surah al-Nisa: 58).

Jelas dari ayat ini menegakkan keadilan di kalangan manusia, memberikan hak kepada yang berhak, amanah terhadap kuasa dan harta yang dipertanggungjawabkan, selalu mengingati Allah dalam melaksanakan kepimpinan adalah asas kerajaan Islam yang adil. Mengapakah kita suka menonjolkan hukum, bukan menonjolkan kerahmatan sistem Islam itu terlebih dahulu?.

Saya amat hiba apabila membaca kisah Khalifah Umar bin Abd al-Aziz apabila beliau dilantik menjadi khalifah. Beliau seakan terngamam dan begitu hiba. Ketika para pembesar menanti kemunculan setelah dilantik, mereka berbisik menanya anaknya, mengapa ayahnya belum keluar ke khalayak ramai. Katanya: “Ayahku sejak dilantik, beliau terus bersendirian bersolat dan menangis. Apabila ibuku masuk kepadanya, airmatanya bercucuran hingga ke janggutnya.

Apabila ditanya, dia berkata: “Wahai Fatimah! Aku telah dikalungkan urusan umat Muhammad ini yang berbagai bangsa. Maka aku terfikir tentang orang yang fakir, yang lapar, yang sakit lagi derita, orang biasa yang susah, orang yang dizalimi lagi dipaksa, tawanan perang yang dijauh, orang tua yang uzur, orang mempunyai keluarga yang ramai sedangkan wangnya sedikit dan seumpama mereka yang berada di segala tempat dan penjuru negara. Aku tahu tuhanku akan bertanya aku mengenai mereka pada hari kiamat kelak. Aku bimbang alasanku tidak cukup kukuh untuk menjawabnya, lalu aku pun menangis” (lihat: Mahmud al-Baji, Muthul ‘Ulya min Qada al-Islam, 144).

Betapalah saya hiba menterjemahkan perkataan Umar bin Abd al-Aziz ketika menulis rencana ini. Terasa kerinduan yang amat dalam untuk melihat dan memiliki kepimpinan yang penuh dengan keikhlasan seperti itu. Aduhai indahnya dunia ini, jika pemerintah jujur lagi takutkan Allah seperti. Maka terpeliharalah kebajikan rakyat dan tersebarlah keadilan untuk semua.

Tidaklah lagi kita akan terus mendengar cerita harta negara menjadi warisan keluarga atau sanak-saudara, atau sahabat setia. Bayangkanlah ungkapan ‘Umar dengan sesetengah manusia yang ketika rakyatnya sedang menderita, atau ditimpa kesusahan, dia masih lagi punyai masa bersuka ria bersama keluarga.

Jika pemimpin menangis mengenangkan nasib mereka di akhirat. Mudah-mudahan rakyat mereka akan tersenyum gembira di dunia dan mereka pula tidak akan menangis lagi pada hari akhirat kelak. Namun, jika pemimpin asyik ketawa besar di dunia sedangkan rakyat ramai yang menangis derita, pemimpin jenis ini dibimbangi akan menangis besar di hari akhirat.

Wahai para pemimpin, kami sekelian rakyat merindui keadilan, kejujuran dan kesaksamaan dalam pemerintahan kalian. Kami mempunyai hak di dunia untuk bertanya dan memintanya, juga hak di hari akhirat untuk mendakwa dan menuntutnya.