Thursday, September 24, 2009

PERUT oh… PERUT

Alhamdulillah, hari ini kita telah 5 hari menyambut kedatangan bulan Syawal. Kemeriahan eidulfitri masih terasa… dari satu rumah ke satu rumah kita kunjungi..Pelbagai jenis hidangan yang kita nikmati… Yang menjadi mangsa keadaan adalah PERUT. Kesian kat PERUT… Baru berehat sebulan sudah dibebankan dengan tugasan yang berlambak.

Oleh itu, kesempatan ini saya ingin berkongsi sedikit beberapa nasihat Imam Al-Ghazali berkenaan tentang PERUT dlm kitabnya Minhajul Abidin. Semoga prestasi ibadah kita tidak terjejas selepas ditarbiyah sebulan. Bukan senang nak dapat tarbiyah Ramadan ini. Hanya pilihan Allah sahaja yang menerimanya. Baiklah… Mari sama-sama kita menghayati dan mengamalkan nasihat Hujjatul Islam ini.

PERUT merupakan bahagian yang paling sukar dibaiki serta paling besar mudarat dan pengaruhnya. PERUT ibarat mata air dan merupakan sumber tenaga bagi seluruh badan. Maka, WAJIB bagi kita menjaganya dari perkara yang HARAM dan SYUBHAT.

Ini kerana menurut Imam al-Ghazali ada 3 sebab mengapa kita perlu menjaga perut kita dr pkr yg HARAM dan SYUBHAT iaitu:

  1. Takutkan api neraka seperti dlm hadis nabi saw:

    " setiap daging yg tumbuh dr makanan HARAM, api neraka akn lebih cepat menyambarnya"


     

  2. Tidak akan diberi taufik dlm beribadah. Ini kerana org spt ini tidak layak utk berkhidmat kpd Allah swt.


     

  3. Terhalang dari melakukan kebaikan. Jika dia melaksanakan kebaikan pun amalannya itu akan ditolak.

    "Allah tidak akan menerima solat seseorang yang dlm perutnya penuh dgn makanan HARAM" (riwayatkan oleh Ibnu Abbas)


 

Yahya bin Muaz berkata bahawa TAAT itu tersimpan dlm gudang-gudang Allah yang lubang kuncinya adlh DOA dan anak kuncinya adlh barang yang HALAL. Jika anak kunci itu tidak ada maka pintu tidak akan dapat dibuka. Dan jika pintu tidak dpt dibuka maka bagaimana seseorang itu boleh mendapat TAAT??

Memakan makanan yang HALAL secara berlebihan merupakan PENYAKIT bagi ahli ibadah dan BALA` bagi ahli ijtihad.

Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa ada terdapat banyak keburukan apabila kita tidak menjaga PERUT dr pkr HARAM dan SYUBHAT serta makan makanan yg berlebihan. Antaranya adalah:

  1. Menjadikan HATI keras dan memadamkan sinarnya.

    "jgnlah kamu mematikan HATI dgn makan dan minum berlebihan meskipun mknan dan minuman itu halal. Sebab HATI ibarat tumbuh-tumbuhan jika terlalu byk disiram ia akan mati"
    (al-hadith)

  2. Menyempitkan akal, fikiran dan pengetahuan. Imam ad-Daraquthni pernah berkata, "jika engkau menginginkan sst di antara kebutuhan dunia dan akhirat jgnlah makan dulu sebelum tercapai maksud itu. Sebab makan menjadikan fikiran menjadi lesu. Hal itu jelad dirasakan oleh yg pernah mengalaminya."


     

  3. Mengakibatkan malas beribadah.


     

  4. Menghilangkan kemanisan beribadah.

    "Sejak memeluk Islam belum pernh aku merasakan kenyang kerana aku ingin mengecapi manisnya beribadah." Abu Bakar As-Siddiq.


     

  5. Menjerumuskan kepada perbuatan SYUBHAT dan HARAM.

    "Sesungguhnya yg halal itu tidak datang kpdmu melainkan sbg bekal. Dan yg HARAM dtg kepadamu dgn melimpah"
    (al-hadith)


     

  6. Akan menyukarkan kita sewaktu sakaratul maut dan dipadang mashyar nanti.

    "sakitnya sakaratul maut itu ditentukan oleh banyak atau sedikitnya kenikmatan dunia. Sebab, byk mengambil kesenangan dunia bererti byk menerima kepayahan diakhirat" (al-hadith)


     

  7. Mengakibatkan berkurangnya pahala.

    "Dan (ingatlah) hari (ketika) orang-orang kafir dihadapkan ke neraka (kepada mereka dikatakan); Kamu telah menghabiskan rezkimu yang baik dalam kehidupan duniawimu (saja) dan kamu telah bersenang-senang dengannya; maka pada hari ini kamu dibalasi dengan azab yang menghinakan karena kamu telah menyombongkan diri di muka bumi tanpa hak dan karena kamu telah fasik."(al-Ahqaf:20)


 

" barangsiapa menginginkan dirinya menjadi orang yang paling mulia, hendaklah bertaqwa kepada Allah."

Wednesday, September 16, 2009

Doa Qunut

Baru-baru ini, aku sering kali dihujani dengan pertanyaan adik-adik usrahku tentang doa qunut... Beberapa buah surau kolej tidak membaca doa qunut ketika solat subuh.

Dengan ilmu dan kefahaman yang sedikit aku memberikan respon, "doa qunut ini sunat ab`ad menurut Imam Syafie. Jadi sewajarnya Imam solat subuh tersebut menghormati pegangan kita ini walaupun mungkin imam tersebut mempunyai hujah lain. Belajarlah akhlak bermahzab daripada Imam Syafie"

Alhamdulillah, diberikan sedikit kelapangan masa. Disini aku turunkan perbahasan berkenaan doa qunut itu. Semoga ia menjadi manfaat kepada kita semua... Belajarlah kita bersikap tasammuh (menghormati) pegangan orang lain...

  1. Para ulama madzhab Hanafi berpendapat bahwa qunut dibaca didalam sholat witir. Mereka berpendapat qunut ini dilakukan sebelum ruku’. Qunut tidak dilakukan pada sholat-sholat selain witir kecuali apabila terjadi suatu bencana maka ia dilakukan di sholat-sholat yang dikeraskan bacaannya. Adapun bahwa nabi telah melakukan qunut selama satu bulan saat sholat subuh ini telah dimansukh (dihapus) menurut ijma, dengan apa yang diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahwa beliau saw pernah melakukan qunut didalam sholat subuh selam satu bulan kemudian dia saw meninggalkannya.” (HR. al Bazaar, Thabrani dan Ibnu Abi syaibah).
  2. Para ulama madzhab Maliki berpendapat bahwa disunnahkan qunut dibaca dengan suara pelan didalam sholat shubuh saja dan tidak disaat sholat witir dan selainnya karena hal itu makruh. Qunut itu afdhol dilakukan sebelum ruku’ walaupun jika dilakukan setelah ruku’ juga boleh.
  3. Para ulama madzhab Syafi’i berpendapat bahwa disunnahkan qunut itu dilakukan saat i’tidal (bangun dari ruku’) di raka’at kedua sholat subuh, berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik bahwa Rasulullah saw melakukan qunut sholat subuh hingga beliau meninggal dunia.” (HR. Ahmad, Abdur Razaq dan Daru Quthni). Dan Umar ra juga melakukan qunut di sholat subuh dan dihadiri oleh para sahabat yang lainnya.
  4. Para ulama madzhab Hambali berpendapat seperti para ulama madzhab Hanafi bahwa qunut disunnahkan didalam sholat witir yang satu rakaat.sepanjang tahun, ia dilakukan setelah ruku’. Dan sebagaimana pendapat Syafi’i bahwa qunut juga dilakukan pada sholat witir di bagian kedua akhir dari bulan Ramadhan, namun jika ada yang melakukan qunut sebelum ruku’ pun tidak masalah, sebagaimana yang diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahwa Nabi saw melakukan qunut setelah ruku’.” (HR. Muslim) serta yang diriwayatkan dari Humaid berkata, “Bahwa Anas pernah ditanya tentang qunut didalam sholat shubuh? Dia menjawa,’Kami dahulu melakukan qunut sebelum ruku’ juga sesudahnya.” (HR. Ibnu Majah) – (al Fiqhul Islami wa Adillatuhu juz 2 hal 1001 -1008)

Isu: Ganyang Malaysia...



Inilah lagu TERANG BULAN yang dikatakan menyerupai lagu NEGARAKU.....

Sejak zaman Presiden Soekarno lagi Indonesia telah kerap mendakwa lagu kebangsaan Malaysia "Negara Ku" telah meniru bulat-bulat melodi lagu "Terang Bulan" karya seorang warga Indonesia yang tidak diketahui namanya.

Ketika sebuah kapalterbang komersial Korea Selatan ditembak jatuh oleh pesawat pejuang Sukhoi Soviet Union pada 1979 dahulu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan seluruh masyarakat dunia mengutuk tindakan kejam Soviet Union tersebut.

Namun Presidennya ketika itu, Leonid Brezhnev mengguna pakai kaedah "The Rules Of Hundred Days". Ikut keyakinan Brezhnev selepas 100 hari dunia akan melupakan peristiwa itu. Ada benarnya kata Brezhnev. Kini peristiwa itu hanya menjadi satu catatan nota kaki pada satu mukasurat buku sejarah sahaja.

Sebagai negara yang mempunyai penduduk Islam yang ramai Malaysia dan Indonesia tentunya mahu perkara ini dapat diselesaikan dengan semangat ukhwah islamiah juga. Ini hanya isu lama yang didendangkan semula. Presiden Soekarno ketika hidupnya pun sudah tidak mahu mengungkit isu lagu 'Terang Bulan' ini lagi.

Cara segelintir rakyat Indonesia yang 'terlebih emosional' dan golongan 'pendek akal' di Jakarta melakukan 'Sweeping Malaysian' dengan buloh runcing kerana memprotes penggunaan visual tarian pendet Bali yang terdapat dalam videoclip pelancungan terbitan Discovery Channel bukanlah cara 'orang cerdik' masyarakat bijak pandai dan bertamadun bertindak.

Kita hanya mampu mendoakan yang terbaik agar isu ini dapat di redakan (kalaupun tidak dapat diselesaikan) dengan cara yang lebih bertamadun bukan dengan mengikut rentak kaki para demonstrasi jalanan yang 'pendek akal' menyalak bukit melepaskan geram emosi yang tak bertempat.

Atau kita mengguna pakai kaedah Brezhnev "The Rules Of Hundred Days"?

Namun bagamaimana pula dengan tarian poco-poco yang kini popular dan dijadikan lagu resmi senam robik anjuran kerajaan negeri Johor? Melodi dan lirik lagunya diambil bulat-bulat.

#sekadar mengambil respon dari ust Zabidi... Bersama kita fikir dan renungkannya...

Tuesday, September 15, 2009

Bermuhajadahlah Wahai Syabab!!!

Dalam hidup, kita sentiasa berdepan dengan dua perkara. Pertama, perkara yang perlu kita lakukan. Kedua, perkara yang suka kita lakukan. Sudah menjadi "sunnatullah", kedua-dua perkara itu saling bertentangan antara satu sama lain.

Biasanya perkara yang perlu
kita lakukan adalah perkara yang tidak suka kita lakukan. Dan perkara yang kita suka lakukan adalah perkara yang tidak perlu kita lakukan.

Contohnya, sembahyang Subuh. Bila hampir masuknya waktu Subuh, perkara yang perlu kita lakukan ialah bingkas bangun, terus membersihkan diri, bersuci dan berwuduk. Itulah "perkara-perkara" yang perlu kita lakukan. Pada masa yang sama, apakah perkara yang suka kita lakukan?

Ya, diikutkan rasa, kita suka untuk terus tidur dan bersenang-senang. Bangun Subuh ialah perkara yang perlu kita buat, manakala terus tidur ialah perkara yang suka kita buat.

Bagi anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan pula, perkara yang perlu mereka buat ialah menelaah dan mengulang kaji. Sebaliknya, perkara yang suka mereka buat ialah bermain secara keterlaluan, berbual-bual kosong, menonton dan berhibur.

Untuk berjaya, mereka mesti menelaah dan mengulang kaji. Itu yang perlu mereka buat. Namun, sekiranya mereka terus berhibur dan melakukan perkara-perkara yang suka mereka buat, mereka akan gagal.

Tegasnya, untuk berjaya dalam hidup, kita mesti lakukan perkara yang perlu kita buat walaupun kita tidak suka melakukannya. Tidak ada pilihan, paksa diri untuk melakukannya! Lawan godaan dan rangsangan yang menggamit hati kita untuk melakukan perkara yang suka kita lakukan.

Dalam hidup, untuk berjaya dan bahagia kita perlu melakukan perubahan. Kita perlu keluar daripada "zon selesa" menuju "zon mencabar" kerana di zon yang mencabar itulah letaknya kemajuan, perkembangan dan peningkatan dalam kehidupan kita. Zon selesa ialah keadaan yang kita berada sekarang, sementara zon mencabar ialah keadaan yang kita inginkan pada masa depan.

Untuk mencapai apa yang kita inginkan, kita mesti melakukan perubahan. Kita perlu lebih berusaha, menambah ilmu dan berani melakukan langkah-langkah baru dalam kehidupan. Ringkasnya, kita perlu berubah. Tetapi perubahan itu "awkward"- yakni canggung, kekok dan tidak selesa sifatnya.

Oleh sebab itulah ramai yang tidak mahu berubah. Mereka ingin terus selesa di zon selesa walaupun terpaksa menerima nasib atau menanggung keadaan yang sama. Kesannya? Mereka terus gagal, hina, miskin, lemah atau jahil kerana enggan berubah.

Berlakulah apa yang sering diungkapkan:
"Orang yang berjaya ialah orang yang memaksa dirinya berubah manakala orang yang gagal berubah hanya apabila terpaksa!"

Hidup ini adalah perubahan. Kata bijak pandai, yang tidak berubah hanyalah perubahan. Manusia tidak akan mampu menahan perubahan. Ia mesti berubah, atau dipaksa berubah. Mereka yang berubah dengan rela akan berjaya. Manakala yang berubah dengan terpaksa akan gagal.

Contohnya, mereka yang memaksa diri untuk berjimat ketika berada, akan berjaya menguruskan ekonomi dan keadaan kewangannya dengan baik dalam keadaan apa sekalipun. Sebaliknya, orang yang boros, akan "terpaksa" berjimat apabila gaji mula dipotong, dibuang kerja atau ditimpa musibah.

Perokok tegar yang memaksa dirinya untuk tidak merokok akan berjaya melepasi belenggu ketagihannya, manakala yang terus berdegil akan terus merokok hinggalah diberitahu bahawa dia mengidap barah paru-paru!

Untuk melakukan perkara yang "perlu" dibuat walaupun kita tidak "suka" membuatnya, menagih ketabahan, keberanian dan istiqamah (konsisten). Ini semua seolah-olah "menyeksa" diri sendiri. Ketika orang lain nyenyak tidur menjelang Subuh, mampukah kita bangun?

Ketika kawan-kawan leka melayari Internet, bermain komputer atau "video game", bolehkah kita terus belajar dan menelaah pelajaran?

No pain, no gain - tidak ada "kesakitan", tidak ada ganjaran. Berakit-rakit ke hulu, berenang-berang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Begitu yang dipesan sejak dulu. Justeru, untuk berjaya "mujahadah" itu adalah wajib.

Mujahadah ertinya "berperang" dengan diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang sangat dibenci oleh hawa nafsu. Hawa nafsu hanya inginkan kejahatan, kelalaian dan keseronokan. Sebaliknya, ia sangat bencikan kebaikan, peringatan dan ketaatan.

Menentang hawa nafsu, samalah dengan menentang diri sendiri. Terseksa. Ini yang menyebabkan satu mujahadah selalu patah. Atau belum pun bermujahadah sudah mengaku kalah. Terlalu sayangkan diri untuk "disakiti".

Padahal mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Letih sedikit, tak boleh. Hendaknya… banyak rehat. Pahit sedikit sudah mengeluh. Pedih sekelumit sudah mengaduh.

Dunia hakikatnya adalah gelanggang mujahadah. Kita di sini untuk "menanam". Di sana (akhirat) nanti barulah kita menuai. Musim bertanam memanglah payah - mencangkul, membaja, menjaga dari serangga dan bermacam-macam-macam lagi kesusahan. Bila menuai nanti baru terasa nikmat dan seronoknya.

Dunia diumpamakan tempat "membayar". Di akhirat nanti tempat "bermain". Pay now, play later. Bayar di sini, "berseronoklah" di sana. Apa sahaja di dunia ini menuntut bayaran. Pilihlah, sama ada untuk membayar dahulu, atau membayar kemudian. Tetapi sekiranya kita membayar dahulu, kejayaan di kemudian hari akan menjadi lebih manis dan bererti.

Orang mukmin sentiasa rela bersusah payah untuk melakukan ketaatan, kebajikan dan kebaikan. Hidupnya, terlalu sibuk dengan ibadah. Berpindah dari ibadah khusus kepada ibadah umum, berpindah lagi kepada ibadah sunat. Begitulah sehari semalam, sentiasa berpindah dari satu ibadah ke satu ibadah.

Banyak kepahitan yang perlu ditempuh oleh orang mukmin untuk menempah syurga selaras dengan sabda Rasulullah SAW:
"Syurga dipagari dengan kesusahan, manakala Neraka dipagari oleh keseronokan."

Sebaliknya, bagi orang kafir dan fasik mereka berpegang kepada konsep: Play now, pay later. Demikianlah kehidupan, tidak ada yang percuma. Apatah lagi kehidupan di syurga.

Justeru marilah sama-sama kita berpesan agar rela menerima "kepahitan" yang sedikit dan sementara demi menikmati kemanisan yang banyak dan abadi di sana. Oh, alangkah jahilnya kita sekiranya rela menanggung seksa yang begitu dahsyat dan kekal di akhirat hanya kerana nikmat yang sedikit dan sementara di dunia.

Sebaliknya, kita bijak kalau terus bermujahadah untuk melakukan perkara-perkara yang perlu dilakukan sehinggalah tiba ketikanya kita boleh melakukan apa sahaja perkara yang kita suka melakukannya. Di mana? Bila? Jawabnya, di SYURGA!

Saudaraku, aku sudah menunaikan janjiku. Jalannya tidak ada lain..

BERMUJAHADAHLAH....

Merungkai disebalik maksud ayat 9 surah at-Taubah…

" abg, boleh tak jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan menjualkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit dalam surah at Taubah?" seorang adik usrah bertanya kepadaku baru-baru ini.


 

Aku dengan ringkas menjawab, "wallhualam". Tapi hatiku berdetik apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh Allah swt di dalam ayat itu.


 

Dulu masa kecil-kecil, aku selalu diingatkan bahawa bila menbeli al-Quran jangan tawar harganya. Beli terus tanpa tawaran. Itulah pendidikan informal daripada persekitaranku sepanjang 23 tahun.


 

Alhamdulillah… akhirnya aku berjumpa dengan jawapan malam tadi (22 Ramadan 1230H) suatu artikel pendek yang ditulis oleh ust Zaharudin Abdul Rahman. Mungkin boleh dikongsikan bersama dengan sahabat alam maya sekalian.


 

Apakah maksud "menjual agama" di dalam ayat 9 surah at-Taubah?


 

Menurut Tafsir Jalalain, "Mereka menjualkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit" itu bererti mereka meninggalkan ajaran dan perintah ayat-ayat tersebut demi keinginan hawa nafsu semata. Lalu mereka menghalangi manusia daripada mengikut jalan Allah iaitu agamaNya.


 

Menurut Tafsir al-Qurtubi, ayat 9 dalam surah at-Taubah menjelaskan bahawa ayat ini ditujukan kepada orang yahudi yang menjual ayat-ayat Allah dengan penjelasan yang kabur demi mendapatkan kepimpinan dan harta benda.


 

Siapa sahaja yang mengambil sogokan (rasuah) untuk mengubah kebenaran, menyatakan batil suatu kebenaran, menolak melakukan apa yang dia ketahui hakikatnya ia termasuk dalam ayat tersebut. (Tafsir al-Qurtubi, 1372H.)


 

Menurut Tafsir Ibn Kathir, ayat 9 dalam surah at-Taubah bermaksud mereka yang menolak mengikuti ayat-ayat Allah kerana digelincirkan oleh urusan-urusan dunia yang rendah. Lalu mereka menghalang orang ramai daripada mengikut jalan-Nya iaitu mereka menghalangi kaum mukmin untuk mengikuti kebenaran.


 

Jelas dari tafsiran para ulama tafsir, "menjual agama" yang disebut di dalam ayat itu merujuk kepada:


 

  1. Kumpulan ahli agama atau mana-mana umat Islam yang menghalalkan yang haram demi menjaga gaji, status dan kedudukan mereka. Memutarbelitkan kebenaran kerana mempertahankan kebatilan.


     

  2. Kumpulan ahli agama atau mana-mana umat Islam yang menyembunyikan kebenaran daripada disampaikan kerana menjaga pangkat dan kedudukan mereka atau mencari keredaan majikan atau perintah.


     

  3. Kumpulan ahli agama atau mana-mana umat Islam yang menukarkan erti dan tafsiran ayat al-Quran dan hadis demi menyokong sesuatu tindakan batil atau salah mereka demi menjaga kedudukan, pangkat dan harta mereka.


     

Begitulah penjelasan yang telah mencerahkan pemikiranku selepas membaca artikel daripada ust Zaharuddin. Rupanya, selama ini aku telah diserapkan kefahaman yang silap dalam menafsirkan ayat "menjual agama dengan ayat-ayat yang sedikit".


 

Jadi selepas ini, kita bolehlah melakukan tawar-menawar ketika membeli al-Quran tapi biarlah ia berlangsung dengan penuh akhlak islami. Janganlah terlalu bersikap menawarkan harga yang terlalu rendah tapi berpada-padalah… Hak peniaga perlu dijaga.

Lima tahanan ISA dibebaskan menjelang Bagan Pinang

oleh:Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 15 Sept: Menjelang pilihan raya kecil Bagan Pinang, lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dilaporkan akan dibebaskan hari ini.

Ia sama seperti pembebasan pemimpin utama pertubuhan Hak Asasi Hindu (Hindraf), menjelang pilihanraya kecil Bukit Selambau.

Namun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Husein sekeras-kerasnya menafikan pembebasan kali ini ada kaitan dengan pilihan raya kecil.

Namun sehingga berita ini ditulis, Gerakan Mansuh ISA (GMI) masih menunggu janji pembebasan lima tahanan tanpa bicara ISA, sebagaimana yang diumumkan Hishamuddin pagi tadi.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh petang tadi, menjelaskan bahawa pihaknya sendiri hanya mendapat pengkhabaran itu dari media masa, bukannya pihak berwajib secara rasmi.

"Tidak ada lagi pihak polis menghubungi kami (GMI). Tapi, saya telah dihubungi oleh Norlaila (isteri kepada tahanan, Mat Sah Mohamad Satry) dan dia memberitahu pihak polis tidak menghubunginya untuk beritahu bila dibebaskan dan di mana pembebasan itu berlaku."

Bagaimana pun, kalau pembebasan itu merujuk kepada tahanan yang dituduh anggota Jamaah Islamiyyah (JI), Ibrahim menjelaskan ianya terdiri oleh enam orang, rakyat Malaysia; bukannya lima orang.

Puan Norlaila Othman, suami Mat Sah yang juga aktivis GMI sendiri gagal dihubungi kemudiannya, untuk mengesahkan hal demikian.

Laman web The Malaysian Insider melaporkan, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin membuat pengumuman tersebut setelah mendapati kelima-lima tahan terbabit telah insaf.

Pembebasan itu dikatakan juga sempena meraikan Hari Raya Puasa, tidak lama lagi. Selain tahanan lapan tahun, Mat Sah, Pensyarah Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Dr. Abdullah Daud dipercayai khalayak turut dibebaskan.

Baki yang lain adalah Mohd Nasir Ismail, Mohd Kamil Mohd Hanafiah dan Mohd Amir Hanafiah; masing-masing ditahan di bawah akta yang dikatakan zalim itu sejak 30 Mei 2007.

#Ya Allah.. Moga berita ini benar dan dapat merawat kerinduan ahli keluarga mangsa ISA

Friday, September 11, 2009

Menjelang Syawal: Gembira Berulamkan Duka….

Tiada kata yang mampu aku lafazkan melainkan mendoakan agar 'mereka' diberikan kekuatan oleh Allah swt untuk meneruskan hidup ini. Setelah membaca artikel "Syawal kelam selubungi keluarga mangsa ISA" dalam harakahdaily.net, hatiku kelam, sedih dan pilu....

Hanya orang yang mengetahui mampu menafsirkannya...

Di sini ana lampirkan artikel itu... Semoga pengunjung blog ini dapat memberikan sumbangan moga ianya dapat merawat sedikit hiba kepada mangsa kekejaman akta ISA ini...

Bacalah dengan MATA HATI bukan MATA FIZIKAL..


 

Ramadan ini merupakan yang ketiga kalinya, suasana berbuka puasa dan gurau senda keluarga ini tanpa ayah. Cukup sunyi, pilu dan termanggu sendiri. Di kala orang lain, usik-mengusik sambil berjalan beriringan ke pasar juadah bersama insan yang tercinta, dia dan dua adiknya hanya menggenggam jemari ibunya. Sesekali soalan sama terpacul dari mulutnya.

"Mana ayah mak?" tanya Fathur Rahman Al- Ghazi, 5 tahun kepada ibunya, yang mula bergenangan air mata. Setiap hari, tiap malam tanpa jemu, soalan sama diaju. Namun susuk tubuh ayah dikasihi, masih tak muncul di pintu rumah mereka.

Sehinggalah pagi 10 September (semalam), ketika kami memberhentikan kereta di laman rumahnya di Simpang Durian, Negeri Sembilan kira-kira tiga jam lebih dari Kuala Lumpur. Tatkala itu terdengar dan tergiang-ngiang suara riuh adik-adiknya Ubaidah Al-Harith, 3 dan Uwais Al-Qarani, 4 membuat hati kami bertiga tersentak.

"Yei, ayah balik...ayah balik!" riuh mulut mereka sambil memanggil ibunya, Hidayu Kamrulzaman, 26 supaya membuka selak pintu. Dan tatkala ianya terkuak, empat pasang mata si comel terpaku, bercahaya lantaran kelibat kami bertiga disangka ayah, muncul secara tiba-tiba. Wajah mereka persis kecewa.

Serentak itu, mereka terus bertubi-tubi bertanya saya yang sedaya upaya menahan sebak. Ya, tahun lalu, di rumah ini juga, saya 'berjanji' bahawa suatu hari nanti ayahnya kan pulang jua tetapi kedatangan kali ini cukup hampa. Saya kandas menunaikan janji 'ahli-ahli syurga' ini.

"Acik, mana ayah...acik tak bawa ayah balik ya..?" tanya mereka, membuatkan saya, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman dan Jurugambar Nasir Sudin terdiam sejenak lantas melabuhkan tubuh sambil menenangkan sikecil yang tidak berdosa ini.

Bayangkan ketiga-tiga kanak-kanak ini, ditinggal ayah secara paksa pada suatu malam durjana, 5 April 2007. Ketika itu Ubaidah, 5 bulan baru lepas menyusu badan manakala Hidayu lantas menyiapkan sajian makanan untuk suami yang tercinta.

Dengan tidak semena-mena rumah mereka 'dirempuh' masuk. Tanpa banyak cerita, suami Muhammad Amir Mat Hanafiah digari lalu dibawa pergi kononnya atas keselamatan negara di bawah ISA, Akta tanpa jiwa.

Esakan sikecil dan rayuan isteri, tidak langsung meruntun jiwa penguasa yang tidak bermata itu. Kering dan kasar. Dan saat itu suasana di Flat murah di Petaling Jaya itu, hiba dan sayu mendengar tangisan empat beranak memecah kesunyian malam. Dan derita itu, sampai kini ditanggung badan dan perasaan.

"Saya hampir pengsan dan tak boleh nak menjamah secubit pun makanan, sedangkan anak bongsu menyusu badan...cukup sengsara waktu itu," jelas Hidayu sambill sesekali mengusap air mata dengan bucu tudungnya. Lutfi dan Nasir mendengar cukup tenang manakala kedua-dua si comel itu, lasak mengerumuni saya.

Hidayu terus menceritakan detik sayu ketika anak bongsunya dimasukkan ke Hospital Jelebu kerana sakit teruk di tekak. Dia merayu kepada pihak Kamunting dan polis agar membebaskan sementara, agar sikecil dapat bertemu ayahnya sekejap cuma.

Namun, rintihan itu tidak diambil pusing. Kata mereka tiada menteri yang boleh tandatangan surat pelepasan suami kerana hari itu, hari cuti.

"Saya sedih sangat. Anak sakit teruk dan anak sebut nama ayah tapi tak ada yang endah..." luah Hidayu dengan nada yang tersekat-sekat. Malah, bulan Julai baru-baru ini ketika melawat ayahnya di Kementa, si bongsu dan Uwais meronta-ronta tidak mahu melepaskan ayahnya setelah waktu melawat tamat.

Lebih pilu, hanya tatkala berlaku kematian, barulah penguatkuasa tersentak dan memberi izin tahanan ISA menziarahi jenazah insan tercinta dengan masa yang sangat suntuk.

Itulah yang berlaku kepada dua tahanan ISA, Mat Sah Mohd Satray, 46 yang sudah ditahan lebih 8 tahun ketika ibu tercinta meninggal dunia dan saat Shahrial kehilangan anak tersayang, yang jatuh nazak secara tiba-tiba sehari sebelumnya.

Pastinya di saat ibu Mat Sah, Saoda, 71 bergelumang maut, wajah anaknya yang tercinta cukup didambakan. Begitu juga Aina Mardhiah Shahrial, 17 pasti mengharapkan belaian manja tangan sang ayah, Shahrial buat kali yang penghabisan.

Tapi apa kan daya, Akta dan penguasa lebih rela membiarkan kedua-dua mereka menatap wajah jernih jasad kaku pergi tanpa salam perpisahan.

Beginilah antara derita, kepiluan dan trauma yang dilalui keluarga mangsa ISA. Siang malam, jadi igauan ngeri. Tanpa kecuali gangguan panggilan misteri dan aneka tekanan yang diterima anak dan isteri.

Setelah mendengar kisah duka Hidayu dan menceriakan seketika keletah tiga anaknya, kami berangkat pulang sambil Lutfi menghulurkan wang derma hasil sumbangan orang ramai yang begitu simpati dan prihatin nasib malang yang menimpa keluarga-keluarga mangsa ISA ini.

Sekurang-kurangnya, sumbangan itu bak cahaya lilin mampu menerangi Ramadan dan Syawal mereka yang tak beerti ini.

(Gambar: Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman menyampaikan bantuan)

Ketua Minggu depan, 15 September, Ketua Pengarang Harakah ini akan terbang ke Sabah, menunaikan hajat orang ramai untuk terus membantu dan menyampaikan dana lebih 10 keluarga mangsa ISA di Sandakan, Tawau dan sekitarnya. Khabarnya, kisah dari sana juga turut menyayat hati sanubari.

Ada ibu yang membesarkan 7 anak, ada yang daif dan buta huruf,malah anak-anak tidak pernah menjenguk dan menjejak kaki ke sekolah, lantaran pencari rezeki - siayah dan suami tersumbat sepi di tirai besi.

Dan apalah ertinya sambutan Hari Raya apabila kasih sayang terpisah jua.

ISA kejam memisahkan suami dengan isteri, ayah dan putera-puterinya, juga anak dari ibu bapa. Ada keluarga berantakan, cerai-berai dan terjerumus ke lembah hina malah ada anak yang akhirnya menjadi gila! Begitu puaka akta itu.

Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, kami berkali-kali cuba menghubungi sebuah keluarga mangsa ISA yang tinggal di sekitar Kuala Pilah, namun tidak berjawab sedangkan sebelum ini, mereka cukup menyantuni dan mengalu-alukan kedatangan kami.

Tapi kali ini sepi. Andaian mungkin, keluarga mereka dikenakan syarat tertentu, untuk tidak mendedahkan diri kepada pihak media, setelah tahanan dibebaskan.

Saya masih lagi teringatkan Fathur yang bersama ibunya tiap Hari Raya kedua, membelah gelap subuh pagi menuju ke utara dengan menaiki bas. Selama lima jam perjalanan, dibalas dengan sejam masa lawatan. Alangkah sedihnya

Panggilan 'ayah' tidak putus di bibir sang anak. Menghilangkan rasa rindu, datuknya juga dipanggil ayah. Malah kehadiran kami selama sejam, dirasai cukup bermakna, kerana untuk seketika, ada teman sepermainan dan gurau senda mereka.

Mata Hidayu berkaca ketika menceritakan Fathur yang saban hari menyebut nama ayahnya malah lebih sayu melihat anak sulungnya itu terpinga-pinga tanpa jawapan pabila kawan-kawan tadikanya bertanyakan di mana ayahnya itu.

"Ini kali ketiga mereka sambut Raya tanpa ayah...entahlah, bagaimana mereka lihat orang lain ada ayah sedangkan dia tidak..." jelas Hidayu.

Kemudian imbauan saya terkenang pula lokasi Kampung Sg. Tiram, Johor, menyelami derita seorang kanak-kanak perempuan Hawa Baraah Zakaria, 7 tahun yang 'kehilangan' ayahnya secara tiba-tiba, seminggu selepas hari raya beberapa tahun yang lalu.

Hawa, ketika saya tiba bersama Lutfi tahun lalu, kelihatan pucat lesi. Matanya buntang melihat begitu ramai mengunjungi rumah kecilnya itu. Dia mengesyaki seolah-olah saya akan membawa 'pergi' ibunya sama seperti ayahnya juga.

Lantas, dalam keadaan kelihatan canggung dan takut-takut terus merapati sambil tangannya tak lekang dari jemari ibunya. Tidak ada senyuman diraut wajahnya nan comel itu.

"Maafkan anak saya ini. Dia takut-takut sejak dari penahanan ayahnya itu sehingga dia merasakan ada orang nak memisahkan antara saya dan dia," kata ibunya, Saodah Matin, 26.

Akibat dari trauma dan ketakutan yang amat sangat, Hawa tidak pernah bersekolah sedangkan rakan sebayanya sudah berada di dalam darjah satu. Tidak mahu ketinggalan dalam pelajaran, Saodah terpaksa mengupah guru mengajar di rumahnya dengan bayaran RM200 sebulan.

Teringat juga saya kepada sebuah keluarga bekas pensyarah Institusi Pengajian Tinggi Awam, yang turut menjadi mangsa akta ISA ini.

"Suami dan menantu saya ditahan pada Januari 2002 sebelum menunaikan solat subuh. Rumah kami digeledah sementara kami sekeluarga diarah duduk di anjung rumah bersama anak-anak yang lain," kata Zakiah Mat menceritakan trauma enam tahun lalu.

Wajahnya yang kelam dan tunduk ketika ditanya menzahirkan segala kesusahan yang dirasai. Menampung kehidupan, isteri pensyarah ini membuat dan menjual kuih 'Tepung Pelita' sekitar kawasan perumahannya.

Ya, seorang demi seorang anak-anak hilang kasih sayang, lantaran akta padah ini. Mereka 'ahli-ahli syurga' yang dicengkam derita dan terpaksa melalui kehidupan sengsara, tidak seperti rakan-rakan yang lain yang riang gembira.

Bermain-main, bersenda-loka dan memeluk erat tubuh ayah, suatu nikmat seorang anak yang dianugerahkan Tuhan kepada 'ahli-ahli syurga' ini. Si kecil ini tidak pernah mahu apa-apa melainkan, ada ayah di sisi di kala malam hari, di waktu lepas sekolah siang hari dan tatkala tiba Syawal nanti.

Namun itu hanyalah mimpi, selagi pengubal, pencipta, pemimpin dan pelaksana akta ini tidak pernah ambil peduli. Letakkanlah, diri kita di tempat mereka atau bagaimana anak-anak kita, seperti mereka?

Dan soalan bertali arus ini tidak pernah putus dari ingatan selagi Akta ini masih ada di depan mata.

Bantu mereka yang teraniaya, hulurkanlah tangan untuk meringankan beban keluarga mangsa tahanan ISA. Sudilah menyalurkan derma ikhlas anda ke akaun Maybank HARAKAHDAILY DOT COM bernombor 5640 7000 0336.

Dengan sedikit perhatian dan dana, moga dapat menyinari hati dan perasaan keluarga mereka yang duka lara tanpa insan yang tercinta menjelang Syawal tiba

‘Ganyang Malayasia’: MPMN minta semua pihak bertenang

Bangi 4 September 02:12a.mTimbalan Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Hisyamuddin Che Ali melahirkan nada kesal dengan tindakan berpuluh-puluh mahasiswa Indonesia yang menyerbu Kedutaan Malaysia di Jakarta semalam dan melemparnya dengan telur busuk serta menaikkan bendera Indonesia di kedutaan terbabit.

indonesia

Menurut Metro TV, siaran televisyen Indonesia melaporkan bahawa perhimpunan itu adalah tindakan membantah kontroversi terbaru membabitkan penggunaan tarian tradisi Bali dalam promosi pelancongan Malaysia.

Bantahan itu turut dikaitkan dengan dakwaan bahawa lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, ditiru daripada lagu Indonesia, Terang Bulan.

Beliau yang juga Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (MPP UKM) berkata “tindakan keterlaluan” mahasiswa Indonesia itu boleh menimbulkan rasa kurang senang rakyat negara ini dan perkara ini tidak seharusnya timbul kerana menurutnya, setiap masalah yang wujud boleh diselesaikan melalui rundingan.

“Saya berharap agar pihak Indonesia mengambil jalan tengah menyelesaikan isu ini secara diplomasi dan jika tidak dapat diselesaikan secara elok, segala isu bertindih kedua-dua negara perlu di bawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa” katanya dalam satu kenyataan..

bakar bendera malaysia

Sebelum ini, sekumpulan mahasiswa turut membakar bendera Malaysia di jalanan dua hari sebelum sambutan kemerdekaan ke-52 sambil melaungkan slogan “Ganyang Malaysia”.

Hisyamuddin berharap insiden yang menghina rakyat negara lain itu tidak berlaku lagi di masa depan.

“Jika tuduhan itu adalah palsu, mahasiswa Malaysia tidak teragak-agak melakukan perkara sama yang dilakukan mahasiswa Indonesia kerana tindakan mereka yang sanggup merampas dan menurunkan bendera di sesuatu kedutaan adalah satu sikap yang biadab dan tidak menghormati negara ini”

“Saya yakin bahawa mahasiswa Indonesia merupakan mahasiswa yang beridealis dan bukannya mengikut khabar angin mahupun emosi semata-mata. ” katanya beliau lagi.

Tambahnya lagi bahawa kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menyelesaikan segera isu ini dan jika benar kerajaan Malaysia bersalah dalam hal ini, kerajaan perlu meminta maaf secara terbuka kepada rakyat Indonesia.

telur-busuk

Hisyamuddin juga katanya, meminta Jabatan Peguam Negara untuk membuat kajian terhadap perundangan antarabangsa bagi menyelesaikan isu berkenaan di mahkamah jika terpaksa kerana bantahan rakyat Indonesia terhadap kedua-dua isu ini jelas memberikan imej yang buruk kepada negara ini yang pada sama turut mengguriskan perasaan rakyat di negara ini.

Terdahulu, sekumpulan mahasiswa Indonesia yang membaling telur busuk ke Kedutaan Malaysia di Indonesia beberapa hari lepas menyemarakkan lagi protes mereka kepada Malaysia sehingga mendesak kerajaan Indonesia memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Isu terbaru ialah tarian Jawa oleh iklan Melawat Malaysia dan isu hangat lagu Negaraku yang mereka dakwa adalah diciplak dari lagu Indonesia – “Terang Bulan”.

Beberapa sumber juga menyatakan bahawa saluran televisyen tersebut iaitu Discovery Channel juga sudah menulis surat memohon maaf dan menjelaskan situasi sebenar bahawa promosi pelancongan Malaysia yang dihasilkan mereka yang memuatkan tarian tradisi Bali berkenaan bukan dilakukan kerajaan Malaysia.

Dalam pada itu, kemarahan kumpulan tersebut juga didakwa berpunca dari beberapa isu yang terjadi sebelum ini seperti perebutan isu Pulau Ambalat, penderaan amah dan elemen kebudayaan yang didakwa “diciplak” dan beberapa panggilan seperti “Mat Indon” yang dilihat sebagai penghinaan kepada warganegara tersebut.-mahasiswakini

Thursday, September 10, 2009

Respon isu kepala lembu

Semenjak minggu lepas, isu pemindahan kuil dari seksyen 19 ke seksyen 23 menjadi focus para media massa eletronik mahupun cetak. Pertikaman lidah antara puak yang menyokong dan membantah terus membelit isu ini. Terbaru, selepas sesi dialog bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telah menyaksikan beberapa insiden yang cukup memalukan. Memalukan kepada Islam dan Melayu.

Kenapa saya mengatakan demikian? Ini kerana Islam tidak pernah mengajar penganutnya mencemuh ajaran agama orang lain. Apatah lagi menghina lambang yang menjadi kesucian agama lain. Saya menulis isu ini bukan untuk menjelaskan perkara teknikal dalam isu ini tapi sekadar ‘hadiah’ musahasabah buat saudara seislam saya yang tinggal di seksyen 23. Bukan untuk membela kerajaan negeri atau menyokong mana-mana pihak. Semoga selepas membaca komentar ini akan menjadi kita lebih rasional dan tolenransi.

Beberapa soalan saya ingin lontarkan kepada anda semua…

· Betulkah dalam kawasan majoriti penduduk umat Islam maka rumah ibadat agama lain tidak boleh dibina?

· Wajarkah kita menghina lambang kesucian umat lain selain Islam?

Baru-baru ini, saya sempat menghabiskan buku terbaru Tuan Guru Hj. Hadi Awang yang bertajuk “ISLAM Adil Untuk Semua”. Alhamdulillah telah mencerahkan kembali pemikiran saya tentang keadilan Islam dalam pelbagai sudut.

Apabila isu ini menjadi panas, terus saya teringat akan perbincangan yang sangat menarik dalam buku ini. Saya menyarankan agar orang muslim seksyen 23 membaca buku ini. Moga Allah mencampakkan nur Islam pada hati kita.

“Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim, walaupun sebesar debu paling halus” ( An-Nisa:40)

Masya Allah, terpaku saya bila penulis memulakan penulisan buku ini dengan mengambil ayat ini sebagai ayat permulaan perbincangan. Ini menunjukkan kepada kita bahawa persoalan keadilan adalah persoalan yang sangat penting. Setiap manusia mendambakan keadilan kerana keadilan adalah fitrah manusia.

Pemimpin mesti memberikan keadilan kepada anak buahnya. Seorang suami dituntut memberikan keadilan kepada isteri. Seorang bapa mesti adil kepada anak-anaknya. Ini menunjukkan bahawa Islam mewajibkan umatnya berlaku adil dalam segenap penjuru kehidupan samada bergelar seorang bapa, suami, ataupun pemimpin.

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” Al-Maidah:8

Ayat diatas secara jelas menyebut bahawa kita dituntut untuk menegakkan keadilan dan Allah swt mengingatkan bahawa jangan sampai kebencian kepada kepada sesuatu kaum menyebabkan kita hilang pertimbangan keadilan. Dan Allah menegaskan lagi bahawa adil itu lebih dekat dengan taqwa.

Sekarang, saya ingin menjelaskan apakah hak orang bukan islam dalam sesebuah negara menurut Islam. ‘Mereka’ yang tidak memusuhi Islam mesti diberikan hak mereka dengan seadilnya dan diharamkan berlaku zalim kepada mereka.

Golongan ini digelar sebagai ‘ahli zimmah’ iaitu golongan yang diberi perlindungan dalam Negara islam. Nabi Muhammad saw sendiri mengangkat golongan ini dengan menyatakan, “Sesiapa yang menyakiti ahli zimmah iaitu bukan Islam yang menjadi rakyat maka dia menyakiti diriku sendiri”.

Begitulah nabi Saw membela golongan ini.

Dalam aspek pentadbiran, orang non-muslim diizinkan untuk memegang jawatan menteri kabinet yang terlibat dalam melibatkan dasar yang dinamakan oleh golongan fuqaha sebagai Wazarah al-Tanfiz.

Dalam aspek pembinaan rumah ibadat pula, Islam tidak pernah melarang non-muslim daripada mendirikan rumah ibadat mereka. Sepanjang pembacaan saya tidak pernah berjumpa lagi ada nabi saw atau para sahabat melarang pembinaan rumah-rumah ibadat.

Jadi fikir-fikirkanlah yang kita menjadi tak tentu hala kenapa? Kenapa perlu sampai arak kepala lembu ke bangunan SUK? Bukankah lembu merupakan lambang kesucian bagi agama hindu? Kenapa majlis dialog yang ingin mencari kata sepakat menjadi majlis yang mencemarkan akhlak kita sebagai orang Islam. Dibulan yang penuh magfirah tapi tercemar dengan kata-kata kesat.

Monday, September 7, 2009

saya paste dr blog shbt seperjuangan ana... http://mujahideen-islam.blogspot.com/

Salam alayk'.. ini kali pertama penulis mem'publishkan' entri sebanyak dua kali dalam satu masa iaitu entri ini dan entri mengenai peristiwa di sebalik 17 Ramadhan dimana pengunjung blog boleh membacanya di bahagian bawah. Namun entri kali ini memang amat-amat penting buat umat Islam khususnya di Malaysia kerana ia menyentuh mengenai masalah keselamatan umat Islam (security of ummah). Namun, entri ini merupakan perkongsian penulis bersama pengunjung blog dalam penyiasatan ke sebuah kapal asing yang berlabuh di Kota Kinabalu.

Penulis pada mulanya 'tertarik' dengan banner iklan kapal tersebut yang mempelawa orang ramai mengunjungnya . Banner itu tergantung di tepi jalanraya berdekatan pelabuhan dan ianya terkandung dengan perkataan 'Floating Bookshop'. Ia bererti anak-anak kapal tersebut melakukan service menjual buku-buku di dalam kapal besar mereka itu. Kedatangan kapal ini agak meragukan kerana penulis berasa hairan dengan kaedah 'service' yang digunakan oleh kapal ini yang mana caranya hampir sama dengan 'missionary' kristian yang cuba menyebarkan sesuatu tambahan lagi kapal besar ini datangnya dari Eropah. Maka, perasaan ingin tahu menjadi lebih kuat. Lantas, penulis bersama seorang sahabat terus melakukan sedikit tinjauan terhadap kapal tersebut.

Kapal Laut yang dimaksudkan penulis

Apabila penulis menyiasat masuk ke dalam kapal tersebut dan meninjau situasi di dalam kapal, memang tepat sangkaan awal penulis bahawa memang berlakunya agenda kristianisasi. Kapal besar ini membawa begitu banyak buku-buku ajaran kristian dari luar negara. Hanya sedikit sahaja buku-buku ilmiah dan buku cerita yang mungkin dijadikan sebagai kosmetik untuk mengaburi beberapa pihak.

Sebahagian buku-buku yang menjadi kosmetik bagi mengaburi mata pengunjung


Penulis ketika dalam 'tugas' menyiasat


Buku yang baru mungkin hanya 'muqaddimah' sahaja


VCD Christian Song pun ada juga?? Dahsyatnya..


Inilah bukti paling penting yang terdapat agenda di sebaliknya bahawa mereka ini merupakan missionary yakni pendakyah kristian

p/s: Kita sebagai umat Islam patut menyedari hal ini dan Sabah kini sudah terancam gerakan kristianisasi dan angka murtad kian naik mendadak. Ya ALlah, bantulah kami ya ALlah..