Monday, May 25, 2009

PERPPIS dalam kenangan ku...

Tepat 10.30 pagi aku sampai lapangan terbang Tawau. Terasa syahdu bila menjejakkan kaki ke bumi Tawau setelah setahun tidak balik kampung.

Kulihat kiri tingkap.. Lautan pokok kelapa sawit menghiasi pemandangan sewaktu kapal terbang mula merendahkan penerbangannya.

Masih tidak banyak yang berubah... Geografinya masih kekal cuma beberapa infrastruktur telah berubah... Tapi itu semua tidak penting...

Cuti semester ini aku telah menanamkan azam untuk melaksanakan beberapa perkara. insya Allah aku akan ceritakan dalam blog ini sebagai perkongsian kepada semua sahabat maya.

Hari ini adalah hari kelima aku kembali dibumi Tawau. alhamdulillah, kelmarin aku sempat bersama-sama dengan adik-adik PERPPIS dalam program bulanan PERPPIS. Sekian lama aku tidak pernah berkesempatan untuk menghadirinya alhamdulillah peluang itu datang kali ini.

Walaupun masih belum puas tidur dirumah tapi aku gagahkan diri untuk bersama-sama adik-adik PERPPIS.

PERPPIS telah mewarnai lebih separuh usiaku ini. Terlalu banyak kenangan suka dan duka terpatri di dalamnya.

Semoga PERPPIS terus mekar dengan usaha dakwah yang diusahakan sejak berkurun zamannya..

nie gambar PERPPIS era kini...

PERPPIS era dulu... :)


sujud menyembah diluar kebiasaan banyak mendatangkan kekerdilan dlm diri.. lebih-lebih ditepi deruan sungai yang sungguh mendamaikan ini..
nie pula berlatarbelakangkan gunung Kinabalu.. masa nie baru tingkatkan 3. hehe orang yang paling disayangi masa XPDC Dakwah masa nie

nie meningkat dewasa dan mula sejati dgn perjuangan PERPPIS....... nie masjid kundasang.. sejuk sangat...carilah saya dlm gmbr terakhir nie...

Justify Full

Wednesday, May 6, 2009

Hajat yang tidak kesampaiannya….

" Amin… Da abis ke diskusi bersama NC?" aku menaip sms itu sebaik sampai sekitar kawasan Skudai.

"baru je abis… menarik" balas Amin pendek.

Terasa kerugian hari ini kerana terlepas menghadiri diskusi buku tulisan Naib Cancelor UTM Dato` Prof Dr. Ir Zaini Ujang; 'Mengangkasa Pengajian Tinggi'.

Alhamdulillah buku setebal lebih kurang 300 muka surat telah dikhatamkan dalam masa sehari kerana ingin mengikuti diskusi buku pada petang ini. Tapi perancangan Allah mengatasi perancanganku…

Tiada rezeki kata orang.

Buku yang memaparkan tentang ulasan,kritikan, dan cadangan yang bernas lagi kritis berkaitan tentang sistem pendidikan tinggi negara. Buku yang sangat segar dan padat dengan maklumat samada yang bersumberkan dari ilmuwan Islam dan Barat.

Penulis telah berjaya mengagaskan beberapa gagasan untuk dilaksanakan diperingkat pengajian tinggi untuk menaiktarafkan universiti tempatan dipersada antarabangsa. Perkara ini sejajar dengan wawasan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.

Penulis juga telah memberikan ulasan yang agak menarik tentang senario Universiti pada zaman kini. Universiti bukan lagi 'menara gading' tetapi sekadar 'kilang siswazah'. Tuntutan semasa menjadi matlamat utama kebanyakan universiti pada masa kini. Falsafah dan fungsi asalnya telah pun dinodai dek perkembangan yang berlaku.

Kebanyakan universiti tempatan pada hari ini telah hilang tradisi keintelektuan dan budaya keilmuan para penghuninya kerana masing-masing mengejar tuntutan semasa.

Penulis beberapa kali menegaskan dalam beberapa tajuk bahawa sejak kebelakangan ini idealisme asal universiti itu ditubuhkan telah semakin pudar.

"Sedikit demi sedikit falsafah, gagasan dan matlamat hakiki sebahagian universiti tersebut semakin pudar,dan akhirnya tersudut untuk menumpu kepada peranan penghasilan kelompok inteligensia bagi memenuhi keperluan pasaran kerja."

"…golongan intelektual di universiti perlu menyorot sejarah perkembangan intelektualisme agar idealism sesebuah universiti dapat disubur, dipertahan, dan direalisasikan serta berusaha menyumbang memperkasa wadah dan suasana keilmuan untuk pembangunan umat dan negara. Tanpa idealisme yang mantap dan jelas maka sukar untuk membina tradisi ilmu yang cemerlang, gemilang dan terbilang"

Aku semakin terpesona dengan perbincangan yang diutarakan oleh penulis. Seperti yang pernah aku katakan dalam entry sebelum ini dengan membaca kita dapat menganalisis dan 'membaca' corak pemikiran penulis sesebuah buku dengan lebih telus dan ikhlas.

Universiti adalah destinasi tertinggi bagi seorang penuntut ilmu. Bermula dengan tadika, Sekolah rendah, Sekolah Menengah, matrikulasi @ politeknik dan akhirnya universiti. Sudah pastinya khazanah ilmu yang terdapat dalam universiti jauh lebih kehadapan.

Aku mengucapkan syukur kepada ilahi kerana telah mentakdirkan dipimpin oleh seorang insan yang sangat menyanjung dan begitu gigih mempertahankan tradisi keilmuan yang sememangnya menjadi tuntutan kepada seorang muslim.

Islam adalah agama yang berteraskan ilmu.

Ilmu itu cahaya yang mendapat menerangi para pendokong dalam kegelapan dan kesamaran. Dengan ilmu seseorang dipandang tinggi oleh kawan dan lawan.

Teringat ulasan awal ust Hasrizal dalam buku terbarunya 'Rindu Bau Pohon Tin'. Dalam mukadimah buku ini ust Hazrizal telah mengupas dengan panjang lebar ayat 122 dari surah At-Taubat.

"dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang Yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu Yang dituntut di Dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)."

Sebaik tiba dibilik aku terus membuka laptop roommate untuk menulis rasa hati yang kecewa dan sedih dengan peristiwa hari ini. Tapi aku yakin ada hikmah disebalik peristiwa hari ini.

Akhirnya… aku mengharapkan agar dapat mengikuti diskusi buku ini pada masa akan datang memandangkan ianya merupakan suatu buku yang sangat besar manfaatnya kepada perkembangan sistem pendidikan tinggi negara.

"Ya Allah semoga aku dapat mencontohi kebaikan yang ada pada penulis buku 'Mengangkasa Pengajian Tinggi' YA Allah lepaskanlah diriku dari dosa yang tidak terampun, hati yang tidak bersih dan semangat juang yang tidak membara"

Tuesday, May 5, 2009

Mengangkasa Pembacaan…

" Read…. You will conquer the world`s." begitulah bingkasan kata seorang insan yang pernah mewarnai catatan sejarah di atas muka bumi ini. (Ianya juga tema bagi blog ust Syaari merangkap Setiausaha Agung GAMIS).

"Abg, ana ini memang seorang tak suka membaca. Nak buat macam mana? Ana suka menjadi pendengar" dialog seorang adik usrah kepadaku.

Aku ligat berfikir macamana nak merangsang atau menghairahkan seseorang untuk membaca buku? Sekarang bukan masa era 80an. Terpaksa bersesak menaiki bas atau beratur panjang untuk meminjam buku daripada library. Zaman kini ilmu berada dihujung jari kita sahaja. Persoalanya kita MAHU atau TIDAK MAHU?.

Membaca adalah anak kunci kepada ilmu. Dengan membaca kita akan mengalami proses pencerahan terhadap sesuatu isu. Dengan membaca kita akan menilai pemikiran penulis dengan lebih telus dan ikhlas. Dengan memBACA kita LEBIH MEMAHAMI daripada menDENGAR!!!

"..Kerana dengan membaca, bahasa kita akan lebih kemas, fikiran kita akan lebih tajam dan hati kita akan lebih subur!"

Alhamdulillah dalam keghairahan mengisi kekosongan masa cuti ini sebelum menempuh beberapa 'Program Jati Diri' aku telah mengkhatamkan beberapa buah buku sebagai ole-ole buat diriku pada masa akan datang.

Aku telah memaksa diriku untuk bangkit dari khalayan dan 'tidur' disiang hari. Beberapa kepayahan yang disengajakan aku usahakan. Semua ini adalah untuk 'menolak' diriku mara ke hadapan dengan satu matlamat yang jelas iaitu ingin menjadi seorang yang berNILAI untuk ummah setelah keluar dari alam kampus ini.

Memang sukar tapi ianya tidak mustahil!!! Begitulah nadanya aku memotivasikan diriku agar terus tekun menelaah bidang diluar pengajianku.

Buku 'Mengangkasakan Pengajian Tinggi';Prof Dato` Dr. Ir Zaini Ujang, 'Rindu Bau Pohon Tin'; Ust. Hasrizal Abdul Jamil, 'MURTAD jangan Pandang Sebelah Mata';Ann Wan Seng, 'Nota Hati Seorang Lelaki'; Pahrol Mohd Juoi, dan beberapa buku yang terlupa tajuk secara specifik kerana telah dipulangkan kepada pemilik buku selesai aku membacanya.

Beberapa lagi buah buku telah mencari tumpuan ku untuk membacanya… :) insya Allah…

Terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabatku; Hafizul,abg Muhajirih, Hafiz, Azim Jamil dan 'mereka-mereka' yang telah bermurah hati meminjamkan buku kepadaku.

Alhamdulillah….

Bukan riak atau ingin menunjuk…. Tapi bersamalah kita menghayati konsep fastabikul khairat… Semoga ianya menjadi motivasi kepada sahabat seperjuangan. Tetapi pencapaian ini sebenarnya masih berada ditahap yang permulaan.


 

" Dalam memperkatakan government waiting kita bukan sahaja memerlukan 'mereka-mereka' yang pandai menuturkan kata-kata indah dan 'falsafah' tapi manusia di zaman sekarang memerlukan 'mereka-mereka' yang berjaya menelurkan idea-idea yang bernas, konstruktif,dan segar dengan peredaran zaman kini. Organisasi kita sangat memerlukan 'mereka-mereka' yang boleh mendepani isu-isu global dan antarabangsa. Kita tidak selamanya membangkang tapi memberikan alternatif untuk kebaikan ummah ini!!! " antara intipati kata-kata MP Yb Salehudin Ayub ketika Majlis perasmian Muktamar Pemuda PAS negeri Johor baru-baru ini.

Aku merenung diriku dengan sedalam-dalamnya… Adakah aku sudah bersedia memimpin masyarakat apabila aku keluar dari alam kampus ini.?

Tersentak… Ternyata aku masih memerlukan lebih banyak persiapan. Mindaku perlu diasak dengan perkara-perkara yang lebih 'besar' dan 'berat'. Aku bukan lagi 10 tahun yang lalu…

Aku harus berubah… BERUBAH!!!!….BERUBAH!!!!….

BERUBAH cara berfikir… BERUBAH cara bertindak…

BERUBAH untuk sebuah perjuangan….

AKU hari ini bakal mencorak AKU pada masa akan datang!!!

There was an error in this gadget