Wednesday, December 19, 2007

Info Wukuf Di Arafah




Maksud Berwuquf

  • Berada di bumi Arafah walau satu saat sekalipun dalam sebarang keadaan

Waktu Wuquf:

  • Bermula dari gelincir matahari hari 9 Zulhijjah hingga terbit fajar hari 10 Zulhijjah
Waktu Afdal Wuquf:
  • Berwuquf sebahagian dari siang hari 9 Zulhijjah dan sebahagian dari malam 10 Zulhijjah
Syarat Berwuquf:
  • Telah berihram dengan niat haji- Seorang yang ahli beribadat (Tidak Gila/Tidak Mabuk/Tidak Hilang Akal Sepanjang Masa)

  • Berada di bumi Arafah walau seketika di dalam waktu Wuquf

Amalan-Amalan Sunat Berwuquf:

  • Sembahyang berjemaah

  • Bertalbiah

  • Berdoa

  • Berzikir

  • Membaca al-Quran

  • Sembahyang-sembahyang sunat

Dua juta jemaah wukuf di Arafah

LAUTAN manusia yang berpakaian putih memenuhi jalan raya enam lorong untuk berhimpun di Padang Arafah semalam untuk berwukuf sebagai menandakan kemuncak kepada ibadat haji yang melengkapkan Rukun Islam kelima.

Mereka mula bergerak ke timur Makkah tengah hari kelmarin sama ada dengan berjalan kaki, menaiki bas atau kenderaan lain dari Mina atau kawasan lain menuju ke tempat perhimpunan utama umat Islam itu.

Solat Zuhur dan khutbah di Masjid Namera adalah acara utama sebagai mengingati apa yang dilakukan Nabi Muhammad dari bukit itu pada tahun kewafatan beliau pada 632 Masihi.

Padang Arafah juga adalah tempat dipertemukan Nabi Adam dan Hawa serta tempat pertama di bumi di mana Allah menerima taubat umatnya.

#sumber Harian Online

Sunday, December 16, 2007

Pengalaman Berharga

"Katakanlah jika bapa-bapa kamu,anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatirkan kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik."
At-Taubah:24

Pada entry kali ini ana ingin berkongsi cerita tentang diari kehidupan ana kepada sahabat alam maya sekalian. Sejak minggu lepas diari ana dipenuhi dengan program-program islah. Baik yang dianjurkan secara rasmi atau pun tidak rasmi. Bermula pada 9 Disember 2007...

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Ummi kesayangan pergi menyahut seruan ilahi untuk menunaikan fardu haji. Ibadah yang menjadi keidaman ramai umat Islam. Hasil daripada jualan nasi kuning pada setiap pagi dijadikan sebagai modal untuk menunaikan ibadah ini.

Semoga dengan hasil titik peluh itu akan menghasilkan haji yang mabrur apabila balik ke tanah air. Insya Allah.

Teringat ana akan pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh nabi Ibrahim as. dan anaknya nabi Ismail as.Sanggup mengorbankan anak tercinta demi memenuhi keinginan dan perinta Allah swt.

Jua pengorbanan Rasulullah saw dan para sahabat dalam melebarkan sayap Islam ke serata dunia. Sungguh tidak terbalas jasa dan pengorbanan yang telah dibuat oleh Rasulullah saw dan para sahabat itu..

Linangan air mata dan doa mengiringi pemergian ummi ku agar ummi selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air. Malam sebelum keberangkatan ummi ku masih terpahat memori indah detik-detik itu.

Tiba di lapangan terbang pagi 9 Disember dengan penuh syahdu. Ramai sanak keluarga mengiringi bakal-bakal haji pagi itu. Akhirnya saat keberangkatan bakal haji tiba, ku pasrahkan diri menguatkan hati agar menerima bahawa pemergian ummi ku adalah menunaikan ibadah agung dalam Islam.

Bukan sedikit pengorbanan yang telah dicurahkan untuk ibadah ini. AKU berdoa agar Allah memberikan kekuatan kepada ummi ku dan menerima ibadah yang dipersembahkan...

Sebaik pergi menghantar ummiku di airport. Ana bergegas pergi ke pejabat perhubungan untuk memenuhi janji dengan sahabat-sahabat kampus untuk menghantar tugasan..

Kursus Amal Islami (KAMI) Ke-14 (10-13 Disember 2007)

Pada 10-13 Disember yang lepas, Persatuan Putera Puteri Islam (PERPPIS) Bahagian Tawau telah mengadakan program Kursus Amal Islami (KAMI) kali ke 14.

Kursus ini telah berjaya menarik lebih kurang 100 orang golongan muda mudi yang berada disekitar Daerah Tawau. Dengan kekuatan ajk pelaksana seramai 30 orang program KAMI dijalankan dengan lancar dan baik. Walau terdapat beberapa kelemahan tapi diharapkan kelemahan itu perlu dirawat dengan cepat.

Ingin ana mengimbas tema-tema yang pernah dipilih antaranya Bajai Minda Suburi Iman, Pemurnian Aqidah, Akhlak Islami, Remaja Excellent dan pada tahun ini, PERPPIS Bahagian Tawau telah memilih tema ‘Tahsin Amal’ (Pembaikan Amal). Sebanyak empat buah kertas kerja telah dibentangkan untuk menghuraikan apakah isi yang tersurat dan tersirat disebalik tema ini.

Ana merasakan tema ini sangat signifikan pada ketika ini disebabkan ramai muda-mudi telah rosakkan amalannya. Baik amalan keduniaan mahupun amalan akhirat. Oleh itu, program KAMI telah menghuraikan secara terperinci tentang pembaikkan amal (Tahsin Amal) ini

Program KAMI amat bermakna bagi ana kerana program ini lah ana telah berubah. Berubah dari seorang insan yang hanya mementingkan diri sendiri kepada insan yang prihatin dengan saudara seaqidahnya.

Daripada seorang insan yang hanya berfikir seperti binatang; makan, minum, dan tidur kepada seorang insan yang memikirkan banyak masalah ummat Islam yang mencengkam hidup. Program KAMI inilah yang telah mengubah maksud hidup ana kepada ERTI HIDUP PADA MEMBERI.

Alhamdulillah setelah sekalian lama tidak mengikuti akhirnya Allah takdirkan jua untuk ana bersama dengan adik-adik junior dalam program ini. Dalam program ini ana diminta untuk membantu dari segi modul latihan dalam kumpulan.

Dengan berbekalkan sedikit pengalaman ketika berada dibumi semenanjung ana curahkan buat adik-adik yang berada di Tawau.

MUKTAMAR SANAWI PERPPIS KE-24 (14 Disember 2007)

Puku 12.30 pagi, ana mendapat satu pesanan daripada Penasihat Am PERPPIS cikgu Mohd Nasir Che Ali.

Syam, cikgu lantik enta sebagai pengerusi tetap utk Muktamar Sanawi PERPPIS. Minta bersedia.

Walaupun amat perit dan berat buat ana tapi ana gagahkan diri untuk melakukannya sebagai pengalaman yang berharga dalam diri. Ana cuba melakukan yang terbaik.

Alhamdulillah.... akhirnya muktamar berjalan seperti yang dirancang. Walaupun kali ini muktamar mencatat sejarah kerana berlangsung hingga lewat malam.. 12.oo mlm.. huhu.. Tapi semua sidang muktamirin dan muktamirat balik ke bilik dengan muka yang puas hati…

Walaupun agak keletihan pada malam tue. Tapi hati senang. Senang dengan keputusan bersama yang diambil. Secara umumnya, ana selaku pengerusi tetap muktamar berpuas hati dengan mutu perbahasan sidang muktamar.

Dengan penglibatan mantan dan super senior mematangkan lagi perbahasan usul.Sebanyak tiga usul yang dibahaskan dan terdapat satu usul tergempar... Dua daripada usul ini diterima dan dua lagi ditolak.

Kursus Penguruan Guru PASTI Kawasan Tawau (16-17 Disember 2007)

Jadual hidupku dipenuhi lagi dengan program bersama guru PASTI. Kursus ini adalah untuk meningkatkan kualiti perguruan dikalangan guru-guru PASTI. Disamping untuk merapatkan ukhwwah dikalangan mereka. Ana ditaklifkan sebagai ajk makanan....

Pejabat perhubungan telah menjadi rumah kedua ana.Inilah yang menghantui diri ana sejak akhir-akhir ini. Kadang-kadang datang perasaan dalam diri kenapa diri sanggup mengorbankan masa keluarga untuk bersama orang lain??? Adakah perbuatan ana ini tidak menzalimi keluarga ana??? Adakah perniagaan ini akan dibeli oleh Allah swt??? Adakah ini yang dikatakan pengorbanan???

Seribu satu macam persoalan timbul dalam kotak pemikiran ana... Ana cuba memahamkan diri dan hati agar memahami bahawa perjuangan ini bukan nya dibentang dengan permaidani merah. Dihiasi dengan bunga-bunga dan ditaburkan dengan wangi-wangian. Tapi perjuangan ini penuh dengan onak dan duri. Yang menutut seribu kepayahan dan kesusahan. Yang menuntut seribu pengorbanan.

Program Perkhemahan Unit Amal Kawasan Tawau kali ke-5 (24 Disember)

Pengerusi Unit Amal Kawasan Tawau sekali lagi memberikan ana kepercayaan untuk menjadi pengarah program. Dengan rendah diri ana menerima pelawaan itu. Moga ianya dikira sebagai salah satu saham yang ana laburkan dalam bursa saham akhirat. Insya Allah mesyuarat pertama akan dibuat pada 18 Disember 2007.

Akhirnya, begitulah sedikit cerita yang ana kongsikan kepada sahabat-sahabat alam maya sekalian. Apa yang ana inginkan sampaikan kepada antum semua bahawa hargailah nikmat masa yang Allah anugerahkan kepada kita. Sesungguhnya nikmat masa ini amat berharga sekali.

Keluarga merupakan suatu nikmat yang tak terhitung nilaianya. Tapi ingatlah para mujahid muda sekalian bahawa keluarga juga merupakan antara ujian yang Allah swt akan hadapkan kepada kita.

Persoalannya, bagaimana strategi dan persiapan yang telah kita buat untuk menghadapi ujian itu? Tepuk dada tanyalah iman. Hanya kita tahu jawapannya.

Aktiviti islah ditanah airku

Alhamdulillah... syukur kepada Allah kerana telah memberikan kekuatan kepada ana untuk meneruskan menulis. Moga dengan penulisan ini akan memberikan suatu momentum baru dalam hidup ana dalam menempuh ranjau kehidupan ini.

Di sini ana akan sisipkan beberapa gambar aktiviti dakwah sepanjang minggu ini. Sekadar perkongsian kepada sahabat dialam maya.
  • Muktamar PERPPIS sesi 2006/2007

antara sidang muktamirin yang hadir









Salam Perkenalan Buat Sahabat Alam Maya

Assalamualaikum wbt kepada semua sahabat-sahabat alam maya.

Segala puji hanya utk Allah Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad saw, para keluarga baginda serta para sahabat baginda.

Pertamanya, ana mengucapkan syukur kepada Allah kerana ana ruang dan peluang untuk meneruskan agenda dakwah di bumi amal ini. Selagi hayat dikandung badan selagi itulah kita diperintahkan untuk terus beramal. kerana dunia adalah bumi berAMAL dan akhirat adalah bumi meNUAI.

Dengan mengangkat tema pejuang keADILan. Insya Allah ana akan cuba memberikan ulasan dan pandangan peribadi terhadap beberapa isu yang mendepani umat Islam pada hari ini.

Akhirnya daripada ana sebagai mukadimah kepada blog ini. Ana mengharapkan agar usaha yang kerdil ini mendapat nilaian di sisi Allah swt.
There was an error in this gadget