Wednesday, December 19, 2007

Dua juta jemaah wukuf di Arafah

LAUTAN manusia yang berpakaian putih memenuhi jalan raya enam lorong untuk berhimpun di Padang Arafah semalam untuk berwukuf sebagai menandakan kemuncak kepada ibadat haji yang melengkapkan Rukun Islam kelima.

Mereka mula bergerak ke timur Makkah tengah hari kelmarin sama ada dengan berjalan kaki, menaiki bas atau kenderaan lain dari Mina atau kawasan lain menuju ke tempat perhimpunan utama umat Islam itu.

Solat Zuhur dan khutbah di Masjid Namera adalah acara utama sebagai mengingati apa yang dilakukan Nabi Muhammad dari bukit itu pada tahun kewafatan beliau pada 632 Masihi.

Padang Arafah juga adalah tempat dipertemukan Nabi Adam dan Hawa serta tempat pertama di bumi di mana Allah menerima taubat umatnya.

#sumber Harian Online

No comments:

There was an error in this gadget