Hampir 2 minggu ana tidak dapat membuka internet dan mengupdate info-info terkini kerana aktiviti yang agak padat sebaik sahaja selesai exam. Alhamdulillah, semuanya telah berakhir dengan jayanya..,
Suka ana untuk berkongsi kepada semua sahabat sekalian tentang beberapa pengalaman menarik ana sepanjang cuti ini... Pada 9-14 Mei yang lalu ana telah mengikuti program Khidmat Bakti diPerkampungan Orang Asli Tanah Abang, Mersing.
Sepanjang 6 hari bersama mereka memang terlalu banyak pengalaman berdakwah ana kutip. Seringkali hati bermonolog begini lah agaknya Rasulullah berdakwah dahulu.
Sahabat sekalian, orang asli mempunyai pelbagai ragam yang perlu kita hadam dan fahami. Antaranya mereka sangat sensitif, pemalu, kurang terdedah dengan masyarakat luar, sangat berpegang dengan kepercayaan nenek moyang, mempunyai ilmu sihir dan sangat memerhatikan setiap gerak geri kita apabila masuk ke kampung mereka.
Sebelum bertolak ke perkampungan orang asli, kami telah diberikan taklimat yang menyebabkan ana hampir tidak sanggup menanggung beban amanah dan tanggungjawab. Amanah menyebarkan agama Allah. Baru ana terasa betapa berat nya amanah dan tanggungjawab dakwah ini.
Namun apabila melihat wajah-wajah sahabat, ana kembali bertenaga dan bersemangat lantas ana kuatkan azam moga usaha ini menjadi bekal di hari akhirat nanti.
Kami pun bertolak dengan berbekalkan doa dan tawakal kepada Allah swt...
" Ya Allah, berilah kami kekuatan dalam menyebarkan agama mu ini. Betapa beratnya amanah ini ya Allah. Ya Allah, Engkau berikanlah sinaran iman dan hidayah kepada seluruh penduduk kampung Tanah Abang. Ya Allah, janganlah disebabkan dosa kami Engkau menghijapkan hidayah kepada mereka. Ya Allah,janganlah mati mereka dalam kekufuran kerana dalam mereka terlalu kebaikkan. Ya Allah, akhirnya kami serahkan jiwa raga kami kepadaMu. Tiada sapa yang mampu melindungi kami melainkan Engkau ya Allah."
Akhirnya, kami sampai telah yang dituju...
Kerana Allah Untuk Manusia
No comments:
Post a Comment