Saturday, November 14, 2009

Catatan atas ‘Train’ menambah rasa ukhuwwah

12.15am (14/11/2009)


 

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang….

Alhamdulillah, segala kesyukuran di panjatkan kepada Allah swt. Semester ini sudah sampai ke penghujungnya. Begitu banyak pengalaman manis dan pahit yang telah diharungi.

Bermula dengan menjadi agen kepada Minggu Haluan Siswa, kemudian mengalami demam malaria yang akhirnya ana terpaksa ditahan di Hospital Sultanah Aminah selama seminggu. Pengalaman yang sukar untuk dilupakan dan terpahat dalam memori. Seperti hotel, hospital juga mempunyai layanan 'First Class' iaitu ana turut dimasukkan dalam unit rawatan rapi (ICU). Ukhuwah yang terjalin antara aku dengan jururawat dan pesakit lain amat bermakna untuk aku supaya bersyukur dengan nikmat kesihatan yang dianugerahkan oleh Allah swt.

Tidak dilupakan kak Yanti yang telah menziarahiku dan menemankan aku selama semalam dalam keadaan dia mengandung 7 bulan. Perjalanan selama 6jam lebih dari Ipoh ke Johor bahru dia terpaksa tempuhi semata-mata untuk melihat keadaanku ketika itu. Begitu juga sahabat-sahabatku yang tidak putus-putus datang menziarahiku memberikan sokongan moral dan doa. Aku amat menghargainya….

Adikku Ghazali, Azam dan Zulhelmi antara yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga mereka bersama aku dihospital. Tidak mampu aku bayar mengorbankan antum melainkan aku berdoa semoga Allah membalas kebaikan yang pernah kamu berikan kepadaku. Linangan air suci dari tangan Ghazali yang membasihi pipiku untuk berwuduk cukup manis untuk dikenang. Begitu juga dengan Zul dan Azam. Tidak mampu ana coretkan kebaikan2 yang mereka lakukan kepadaku kerana terlalu banyak….

Tidak terhenti setakat itu apabila semester ini aku terpaksa mengambil beberapa subjek yang 'berat'. Digagahkan juga diri untuk merempuh halangan tersebut. Alhamdulillah sedikit semi sedikit halangan tersebut berjaya dilalui.

Amanah yang terus bertambah selepas menjadi senior juga tidak kurang hebatnya. Awal-awal semester aku tidak dapat mengawal masa ku kerana kesibukan jadual akademik. Maklumlah bercuti seminggu di hospital….

Ramadan menjelma dengan membawa seribu pengalaman manis.

Begitu juga ukhuwwah yang aku lukiskan bersama adik-adikku forecast menambah lagi resepi semester ini. Terasa sedikit kesunyian bila diorang semua balik kg lebih awal daripada aku. Munzir, Iskandar, Wan Hazaman, Luqman, Syafiq, Hanif, Aidil,Madhi dll terima kasih kerana menghulurkan tangan untuk berukhuwwah dengan abg.

Akhirnya… tiada yang lain melainkan mengucapkan setinggi kesyukuran atas tarbiah yang dilalui sepanjang semester ini.

2 comments:

myikhwanfiideen said...

Salam buat kasihku hidup dan mati..

Alhmdllh.. Catatan yg ringkas tp mksd yg "luas" dan "smpi".. Syukran jg sbb sudi menyebutkn bbrp nama trmasuklh nama ana di situ..=)

Ukhuwwah, iya.. Pelbagai interpretasi org ttg ukhuwwah.. Bg ana, tdk semua ukhuwwah itu mnjanjikn suatu yg indah pd sesiapa yg mahu mnjunjungnya..

Bole saja, brukhuwwah kt akan diuji oleh ssuatu yg kita trpaksa dahulukan sahabat brbanding rasa ingin yg ada dlm diri kita. Ikram shbt inilah yg trtinggi dlm manifestasi brukhuwwah, ia adalah thp ITHAR. Ia ttp "sakit".. Tp, natijahnya "manis"..

Moga urusan enta dpremudahkan..

Salam kasih dr ana..

Kembara Muslim said...

tima kasih ats komen yg dicoretkan dlm blog ini...

doakn daku selalu dlm doamu zul...