Tuesday, January 13, 2009

Amanah Sudah Ditunaikan

Hari yang dinantikan akhirnya tiba. Alhamdulillah, tepat pukul 10.30 pagi (13 Januari 2009) saya pergi menunaikan amanah untuk mengundi calon-calon mahasiswa yang bakal mengegarkan Majlis Perwakilan Pelajar pada sesi ini... insya Allah.

Hari ini sangat bertuah kerana selepas mengundi saya mendapat hadiah dari fakulti sebuah pendrive. Memang lama sudah lama hajat dihati ingin memiliki pendrive setelah sekian lama tidak menggunakannya. Hanya external hard disk yang menemani.

Melihat kepada pola pengundi, saya yakin calon-calon dari Pro-Mahasiswa mampu untuk menang dan menguasai 2/3 daripada kerusi yang dipertandingkan. Ini bukan omongan kosong tapi berdasarkan maklumat first hand yang diterima dari calon-calon dari Evolusi Mahasiswa yang sekiranya menang akan melompat 'parti' ke Pro-Mahasiswa.

Semua ini gara-gara ketidaktelusan dan menganak tirikan beberapa calon dalam beberapa hal. Disamping mereka lebih menyakini perjuangan yang dibawa oleh Pro-Mahasiswa.

Di sini ingin ditegaskan, bahawa menang atau kalah bukan persoalannya. Apa yang penting kami telah membawa suatu lanskap yang baru dalam kampus UTM Skudai dalam pilihanraya kampus baru-baru ini.

Bagi kami, menang alhamdulillah dan tak menang pun alhamdulillah.

Menang rasa syukur moga dengan amanah yang diberikan ini kami dapat membaiki beberapa kelompangan yang berlaku dalam kepimpinan.

Tak menang pun syukur kerana amanah suatu yang pastinya akan ditanya oleh Allah swt diakhirat kelak.

Jadi persoalan menang atau kalah, itu persoalan kedua bagi kami.

JANGAN BICARA SOAL PERJUANGAN KALAU TAKUT MENGAMBIL RISIKO!!!!

Kami telah mendapat beberapa aduan daripada calon ataupun penyokong Pro-M tentang ugutan buang kolej dan sebagainya.

Saya ingin nyatakan bahawa pihak tersebut jangan bongkah dan takbur dengan kuasa yang ada kerana kuasa hanya pinjaman. BUKAN HAK MUTLAK...

Hanya mereka-mereka yang buta mata hatinya dan tidak mengambil iktibar sahaja yang mengeluarkan kenyataan ini. Bukalah buku-buku sejarah...

Lupakah kalian tentang ayat Allah bahawa kuasa adalah milik Allah.

Allah yang berhak mengangkat sesuatu kerajaan dan menghinakan sesuatu kerajaan. Allah lah yang memuliakan atau Allah lah juga yang menghinakan seseorang....

SUNNAH PERJUANGAN

Wahai teman-teman seperjuanganku, sunnah dalam kita berjuang pasti ada cabaran... Pasti ada ugutan, pasti ada celaan, pasti ada hinaan.

Tapi ingatlah...

Kita punya senjata yang tidak dimiliki oleh lawan iaitu kebergantungan kepada ALLAH.

Kita ada Allah....

Mengadulah pada Allah...
Merintihlah pada Allah...
Pohon pertolongan dan perlindungan daripada Nya...

Tiada sapa yang dapat menandingiNya...

" Dan jika mereka berhimpun untuk membahayakan engkau dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat membahayakan engkau dengan kecuali dengan sesuatu yang telah dituliskan oleh Allah atas engkau" (hadith 19; Imam Nawawi)

Jika semua makhluk berkumpul untuk memberikan mudarat kepada seseorang tanpa izin dari Allah, nescaya mereka tidak dapat memudaratkan....

Dan, jika sekiranya seluruh makhluk berkumpul untuk memberikan manfaat kepada seseorang tanpa izin daripada Allah nescaya tidak akan boleh.

Akhirnya, saya ingin menyeru kepada semua warga kampus UTM Skudai... Inilah masanya untuk kita berubah.

Berani kerana benar, takut kerana salah....


No comments: