Wednesday, January 7, 2009

Ready To Fight!!!

Tinggal satu hari lagi proses pilihan raya kampus akan bermula.. Tanggal 8 Januari 2009, penamaan calon serentak di semua kampus sebagai mukaddimah kepada proses pengundian wakil-wakil mahasiswa yang akan menerajui tampuk pemerintahan kampus bermula awal tahun ini. Bagi hemat saya, pilihan raya kampus kali ini amat berbeza berbanding dahulu. Bermula dengan tsunami politik ketika PRU lepas, bahang peralihan kuasa masih dirasakan oleh semua peringkat rakyat jelata apatah lagi mahasiswa! Malah, sejarah negara telah dilakarkan ketika PRU lepas apabila mahasiswa turut menghantar calonnya melalui Parti Mahasiswa Negara dan ini sebenarnya suatu tanda bahawa mahasiswa kali ini bukan hanya mampu berpencak di pentas PRK bahkan juga di persada PRU!

A new DAWN for all CAMPUS!


Pilihan Raya kampus kali ini tambah menarik apabila ketumbukan ASPIRASI telah mendapat tentangan secara terbuka dari kelompok mahasiswa lain yang menamakan diri mereka sebagai Pro-MAHASISWA. Maknanya PRK yang akan berlaku adalah lebih 'demokrasi' berbanding PRK beberapa tahun yang lepas kerana rakyat mahasiswa mendapat hak mereka yang selama ini dicabuli iaitu 'hak untuk memilih'(Mahasiswa memilih atas dasar tahu dan faham apa sebenarnya manifiesto yang akan diperjuangkan oleh calon pilihan mereka, bukan sekadar melihat gambar semata-mata seperti yang berlaku sebelum ini)

Tuntasnya.. Detik keluarnya Gagasan Pro-Mahasiswa secara terbuka ini sebenarnya adalah suatu detik masa yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Mahasiswa selepas beberapa tahun kita menyaksikan mahasiswa kehilangan wakil-wakil rakyat yang memperjuangkan hak-hak mereka di Parlimen kampus.. Buktinya, isu-isu mahasiswa seperti kenaikan sewa bayaran asrama serta masalah-masalah kebajikan tidak dapat ditangani dengan baik dan YB-YB kampus hanya mampu menjadi Pak Angguk di Parlimen!

Walauapapun, samada kita menjangkakan 14 januari sebagai pagi subuh yang baru bagi semua kampus, itu terpulang kepada rakyat mahasiswa untuk menentukannya nanti.. Cuma, apa yang kita harapkan ialah biarlah Pilihan Raya kampus kali ini berjalan secara adil dan bersih. Biarlah medan ini menjadi landasan buat anak-anak muda kampus mengasah bakat memimpin dan juga menguji kemampuan berfikir.. Biarlah pertarungan yang berlaku atas landasan tanah yang sama rata..

Mengapa perlu bertarung sesama sendiri??


Usah ditanya soalan itu berulang kali.. Kalau nak jawapannya, kaji sendiri! Anda mahasiswa dan anda sewajarnya ada keupayaan untuk berfikir, menganalisa, dan seterusnya menemukan jawapan..

Lihat sahaja di Palestina..
Mengapa pertembungan berlaku antara HAMAS dan juga FATAH..? Bukankah mereka saudara sekandung dan juga saudara seagama..? Jahatkah HAMAS kerana mengambil tindakan melawan FATAH??

Renung sahaja tindakan Saidina Abu Bakr..
Mengapa ijtihad perang diambil keatas Musailamatul Kazzb?? Bukankah mereka itu masih dikategorikan saudara seakidah?? Apa dosa mereka sehingga darah mereka menjadi halal??

Saya hanya meminta saudara merenung dan berfikir.. Bukan maksud saya menganalogikan PRK ini sebanding pertembungan HAMAS-FATAH mahupun perang Saidina Abu Bakr keatas Mussialamatul Kazzb. Jauh sekali.. Apalah taraf nak banding antara senjata pedang dengan air-liur.. Antara menyarung baju besi dengan menyarung sepanduk calon!

Dan penegasan saya ialah, pertembungan yang berlaku dalam PRK ini hanyalah pertembungan ideologi dan kerangka berfikir secara kulitnya.. Cumanya, bagi mereka yang merenung dengan menggunakan pandangan siir(lubuk hati) maka pastinya dia akan nampak bahawa natijah dari pertembungan ini adalah kemenangan antara HaQQ dan juga BathiLL! Itu sahaja...

No comments:

There was an error in this gadget