Monday, May 25, 2009

PERPPIS dalam kenangan ku...

Tepat 10.30 pagi aku sampai lapangan terbang Tawau. Terasa syahdu bila menjejakkan kaki ke bumi Tawau setelah setahun tidak balik kampung.

Kulihat kiri tingkap.. Lautan pokok kelapa sawit menghiasi pemandangan sewaktu kapal terbang mula merendahkan penerbangannya.

Masih tidak banyak yang berubah... Geografinya masih kekal cuma beberapa infrastruktur telah berubah... Tapi itu semua tidak penting...

Cuti semester ini aku telah menanamkan azam untuk melaksanakan beberapa perkara. insya Allah aku akan ceritakan dalam blog ini sebagai perkongsian kepada semua sahabat maya.

Hari ini adalah hari kelima aku kembali dibumi Tawau. alhamdulillah, kelmarin aku sempat bersama-sama dengan adik-adik PERPPIS dalam program bulanan PERPPIS. Sekian lama aku tidak pernah berkesempatan untuk menghadirinya alhamdulillah peluang itu datang kali ini.

Walaupun masih belum puas tidur dirumah tapi aku gagahkan diri untuk bersama-sama adik-adik PERPPIS.

PERPPIS telah mewarnai lebih separuh usiaku ini. Terlalu banyak kenangan suka dan duka terpatri di dalamnya.

Semoga PERPPIS terus mekar dengan usaha dakwah yang diusahakan sejak berkurun zamannya..

nie gambar PERPPIS era kini...

PERPPIS era dulu... :)


sujud menyembah diluar kebiasaan banyak mendatangkan kekerdilan dlm diri.. lebih-lebih ditepi deruan sungai yang sungguh mendamaikan ini..
nie pula berlatarbelakangkan gunung Kinabalu.. masa nie baru tingkatkan 3. hehe orang yang paling disayangi masa XPDC Dakwah masa nie

nie meningkat dewasa dan mula sejati dgn perjuangan PERPPIS....... nie masjid kundasang.. sejuk sangat...carilah saya dlm gmbr terakhir nie...

Justify Full

1 comment:

Rusni Tajari said...

Salam..PERPPIS yg mencorakkan ramai pejuang2 Islam di bumi Tawau..pasti sts berada dalam ingatan xkira berada kat mana..thanks 2 PERPPIS..thanks 2 our sifu..Ckgu Mohd Nasir Che Ali..Syukran Kasir..

There was an error in this gadget