Thursday, August 20, 2009

Kapankah lagi???

Alhamdulillah...

Allah masih membenarkan untuk aku mensoretkan dalam blog kesayangan ini. Sedih mengenang kerana sudah terlalu lama tidak dapat mengupdatenya. Alhamdulillah pagi ini terasa ingin berkongsi sesuatu kepada sahabat sekalian.

Kesibukan ini mungkin banyak berpunca mungkin disebabkan oleh projek sarjana muda untuk semester ini. Kajian banyak melibatkan kerja-kerja teknikal yang terpaksa untuk diselesaikan. Aku terpaksa pergi ke fakulti sains untuk menyiapkan analisis air di makmal analisis dan FKKSA (fakulti kejuruteraan kimia dan sumber asli) untuk membuat menganalisis tanah.

Weekend lepas aku berkesempatan untuk mengikuti program PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia). Asalnya untuk mengikuti Kongres Pelajar tetapi apakan daya terpaksa melupakan hasrat itu kerana tiket bas lewat. Jadi aku hanya berkesempatan mengikuti Muktamar PKPIM. Alhamdulillah semua berjalan lancar… Tahniah dan takziah aku pada pimpinan baru. Moga gerakan dakwah terus mekar menyinar melihatkn usaha yang telah dibuat oleh PKPIM. Insya Allah…






Sempat bergambar dengan mantan Presiden PKPIM abg helmi..


Masa terus berlalu meninggalkan mereka-mereka yang lalai…

Bulan Ogos hamper melabuhkan tirainya.. tapi ana baru satu entry yang dapat aku postkan buat shbt2. Begitulah lemahnya diri ini.. Ya Allah hanya engkau yang memberikan kekuatan kpd para hambamu.

Akhirnya mari bersama kita tadahkan dua tangan moga Allah panjangkan usia kita untuk menyambut bulan Ramadan al-mubarak….

Ahlan ya Ramadan al-karim….

No comments: