Wednesday, March 24, 2010

PMIUTM Teruji.. Mampukah PMIUTM???




Pesta Konvokesyen merupakan antara acara terpenting dan tahunan yang diadakan disetiap IPTA dalam negara kita. Tidak terkecuali UTM, tahun ini adalah sambutan kali ke-44. Sudah tentu telah banyak warna-warni sepanjang pesta konvo tersebut diadakan. Sepertimana ‘tradisi-tradisi’ sebelum ini PMIUTM adalah antara organisasi yang lantang dan tegas dalam menyatakan ketidaksetujuan mereka dalam penganjuran konsert atau Battle Of The Band. Walaupun kadang-kadang tersendiri dalam menyatakan pendirian ini. Tetapi bagi ‘meraka’ yang HAK mesti dinyatakan yang HAK dan yang BATIL wajib dinyatakan BATIL. Bagi ‘mereka’ aktiviti (baca:konsert) ini banyak memupuk nilai-nilai hedonisme yang akan meruntuhkan nilai keintelektualan sebagai seorang mahasiswa.

Masih segar dalam ingatan penulis beberapa pimpinan PMIUTM sebelum ini telah berjumpa dengan pelbagai pihak pentadbiran universiti untuk menjernihkan penganjuran pesta konvo terutamanya aktiviti konsert. Begitu istiqamah pendirian PMIUTM dalam perkara ini.

Namun, pesta konvo kali ini ada membawa konotasi yang berbeza. Perbezaannya apabila Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUTM) telah diberikan mandat dan kepercayaan untuk mengendalikan beberapa slot yang dirasakan penulis sesuatu yang ditunggu-tunggu selama ini. PMIUTM telah diberikan slot Forum Perdana dan Malam Simfoni Nurani. Sudah tentu, ini merupakan pentas penilaian untuk menguji kemampuan PMIUTM dalam menganjurkan kedua-dua slot ini. Selama ini PMIUTM hanya menjadi golongan yang berada diluar gelangggang tetapi sekarang mereka akan berpencak dalam gelanggang tersebut.


Merujuk kepada buletin Suara Siswa yang dikeluarkan oleh PMIUTM baru-baru ini, melalui Lujnah Sukan dan Kebudayaan (LSKPMIUTM) telah mengariskan panduan untuk berhibur dengan cara Islam. Beberapa isu yang ditimbulkan antaranya:

1. Lirik lagu yang akan dipersembahkan kepada penonton tidak membawa ke arah yang bertentangan syariat Allah swt. Dengan kata lain, tidak membawa kepada perkara yang sia-sia.

2. Suatu persembahan yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah, hak mencari dan memberi nafkah, menuntut ilmu dan sebagainya.

3. Tiada percampuran diantara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan batasan hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki dan wanita ajnabi, tiada majlis tari menari dan aksi-aksi yang melampau dikalangan artis yang membuat persembahan.

4. Orang yang melakukan persembahan tersebut hendaklah dari kalangan lelaki jika penontonya adalah lelaki dan wanita manakala jika persembahan itu tertutup dan semua yang berkait dengannya adalah wanita maka dibolehkan persembahan tersebut dari kalangan wanita.

5. Penyanyi, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga auratnya, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan, sekalipun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik, dalam keadaan ini ianya tetap menjadi HARAM…

Inilah lima garis panduan yang pihak PMIUTM gariskan dalam penganjuran konsert. Atas dasar ini jugalah selama ini PMIUTM menentang penganjuran konsert sebelum ini disebabkan pihak penganjur sebelum-sebelum ini mengabaikan lima perkara pokok ini. Untuk itu, apabila peluang dan ruang yang diberikan kali ini, PMIUTM MESTI menujukkan kepada masyarakat kampus khususnya yang ‘mereka’ yang tidak bersetuju dengan PMIUTM selama ini untuk sama-sama menilai dengan jujur dan ikhlas dengan akal dan mata hati.

Apakah PMIUTM betul-betul sudah bersedia memberikan menyediakan hiburan alternatif kepada warga kampus yang begitu ketandusan hiburan alternatif cara Islam. PMIUTM kali ini betul-betul diuji keupayaan dan kemampuan mereka dalam mengendalikan kedua-dua slot ini terutamanya Malam Simfoni Nurani tersebut. Sekiranya, PMIUTM GAGAL dalam mengendalikan kali ini pasti PMIUTM akan mengalami episode-episod gelap dan sukar selepas ini untuk diberikan kepercayaan oleh pihak penganjur pesta konvo pada masa-masa akan datang. Namun, TIDAK MUSTAHIL juga PMIUTM mampu memberikan yang terbaik untuk kedua-dua slot ini sehingga membuka mata warga kampus semua bahawa PMIUTM mampu memberikan alternatif kepada hiburan dengan cara yang lebih murni.

Sekiranya PMIUTM BERJAYA bermakna ada sinar Islam yang cukup cerah untuk menjadi penganjur utama pesta konvo pada akan datang. Disinilah letaknya kayu pengukur kemampuan PMIUTM dalam meletakkan ISLAM sebagai JALAN PENYELESAIAN kepada masalah ummat hari ini. Bukan kepalang tanggungjawab dan beban yang terpaksa PMIUTM galas kali ini.

Bersama-sama kita saksikan tranformasi yang bakal PMIUTM sajikan dalam Malam Simfoni Nurani…..

PMIUTM betul-betul teruji….

2 comments:

Masturah Abu Bakar said...

Yang Haq itu Haq, yang Batil itu Batil. Ini sudah nyata. Namun jangan diimpi semudah itu kenyataan itu dipandang benar.

Anonymous said...

tahniah kpd PMI UTM y telah pn berjya mngnjurkn aktvti. sbg seorg y trlibt scra xlngsng pd majls pesta trsbut...ingin ketenghkn sdkt mngenai publisiti. publisiti y agk kurang mngenai progrm y akn dilaksanakn ole PMIUTM.atau mngkin juga agk sdkt lmbt y sbnrnya ia mmpu menarik minat lbih ramai mahasiswa. hebohan dr mulut ke mulut dlm jngka y lma lebih baik bkn?walaubgmnapn, prog ini brjln dgn sgt baik tambhn dpt mnyediakn bahkan memastikan kerusi2 y disediakn menepati beza lelaki dn perempuan. TAHNIAH!-Kita mnjlnkn prkara y besar, tp mst memastikn lubang2 maksiat y 'kecil' itu diselesaikn....