Wednesday, September 8, 2010

Temubual Bersama Presiden: Berkongsi Pandangan tentang kempen Perlembagaanku


Dalam usaha mendekatkan perlembagaan persekutuan dihati rakyat negara ini, Badan Peguam Malaysia telah mengambil langkah proaktif dengan melancarkan ‘Kempen Perlembagaanku’. Kempen ini amat tepat dan relevan pada masa sekarang memandang situasi politik negara pada masa kini yang berwarna warni. Justeru, pihak Lujnah Penerangan dan Multimedia PMIUTM telah menebual dengan saudara Mohd Khairul bin Abdullah Halim selaku Presiden PMIUTM untuk bertanyakan pandangan beliau berhubung isu ini;

AZIM JAMIL: Apa pandangan saudara tentang kempen Perlembagaanku yang telah dilancarkan oleh Badan Peguam Malaysia baru-baru ini?

Mohd Khairul: Pertamanya, terima kasih kepada pihak LPM kerana sudi untuk menemuramah saya. Alhamdulillah, saya kira ini merupakan usaha proaktif yang sepatutnya semua kita wajar memberikan sokongan dan menghargai usaha murni ini. Dulu-dulu kurang orang yang mahu memperkatakan tentang perlembagaan tetapi situasi itu telah berubah. Kesedaran untuk mengetahui kandungan dalam Perlembagaan Persekutuan semakin meningkat dan saya kira ini sesuatu yang baik. Dan perlu diingat kesedaran ini perlu diurus dengan baik agar kesannya nanti positif kepada perkembangan kematangan masyarakat.

AZIM JAMIL: Kiranya saudara setuju lah dengan kempen ini?

Mohd Khairul
: Iya saya setuju. Dan saya rasa kempen ini perlu diluaskan ke segenap pelusuk negara tanpa mengira etnik dan agama.

AZIM JAMIL: Apa faktor yang mendorong saudara bersetuju dengan kempen ini?

Mohd Khairul:
Saya melihat kempen ini daripada dimensi yang positif. Walaupun ada pihak yang tidak bersetuju namun saya kira kita perlu bersikap matang dan objektif dalam menilai sesuatu isu tanpa sebarang prejudis terhadap mana-mana pihak.

Pertamanya, walaupun saya tidak merujuk kepada kajian yang analitikal tetapi sepanjang saya berada dipentas mahasiswa ini, kesedaran mahasiswa sendiri kurang terhadap perlembagaan. Walaupun perkara ini ada dalam silibus pengajian wajib universiti namun penghayatan kepada perkara sangat kurang. Saya rasa kalaulah subjek ini dijadikan sebagai subjek pilihan pasti ramai yang tidak akan mengambil subjek ini. Ini kita lihat dalam konteks mahasiswa yang seringkali digelar agen perubah. Jadi bagaimana pula kesedaran dikalangan pakcik-pakcik kg? Yang kehidupan mereka bermandikan peluh di ladang, di laut, di tanah sawah dan sebagainya. Anda pasti jawapannya.

Keduanya, kalau kita lihat selepas pilihanraya 2008, pola kesedaran masyarakat terhadap politik sedikit berubah dimana masyarakat semakin matang untuk membuat penilaian. Lebih-lebih lagi beberapa insiden pergelutan politik menyebabkan mood masyarakat terhadap perlembagaan turut berubah. Saya mengambil beberapa kes yang melibatkan perlembagaan seperti tradegi rampasan kuasa di negeri Perak, isu hak keistimewaan orang melayu,isu Bahasa Melayu dalam PPSMI, isu kedudukan agama Islam dalam negara, isu pembayaran royalti minyak oleh kerajaan persekutuan ke atas kerajaan negeri dan pelbagai lagi isu lain yang saya kira semua sudah maklum. Semua situasi ini menuntut untuk rakyat memahami perlembagaan persekutuan dengan baik. Ini penting supaya setiap kita mengetahui hak dan tanggungjawab kita terhadap negara ini.

Ketiganya, kefahaman yang adalah permulaan kepada semua perkara. Tanpa kefahaman maka sesuatu yang perkara baik pun akan menjadi negative. Oleh itu usaha untuk memupuk kefahaman ini adalah usaha yang amat positif. Dengan kefahaman yang baik terhadap perlembagaan akan menambahkan rasa patriotik dikalangan rakyat kerana mereka akan lebih memahami hak dan tanggungjawab dalam memastikan perlembagaan ini terus dipatuhi oleh setiap daripada kita. Usaha kefahaman ini juga akan mewujudkan masyarakat yang matang dan bijak dalam membuat sebarang penilaian. Kalau kita tinjau masyarakat negara maju,maka kita akan menyaksikan masyarakat sangat matang dan terbuka dalam sebarang keputusan dan penilaian. Semua ini bertitiktolak dari kefahaman yang baik tentang hak dan tanggungjawab terhadap negara mereka.

AZIM JAMIL: Saudara ada cadangan terhadap kempen ini?

Mohd Khairul
: Seperti yang saya katakana diawal tadi bahawa kempen ini perlu disebarluaskan di segenap negara. Risalah kemepen ini perlu sampai ke tangan setiap warganegara dalam negara ini. Ini bagi memastikan tiada lagi penindasan hak dan setiap daripada kita mengetahui ke mana untuk menuntut hak dan mengadu sekiranya berlaku penindasan dan pencabulan hak sebagai warganegara.

Disamping itu, saya melihat diskusi dan forum secara terbuka perlu diadakan dengan kerap untuk memantapkan kefahaman masyarakat terhadap kempen ini. Media massa perlu memberikan sokongan terhadap kempen ini.

AZIM JAMIL: Akhirnya, ada nasihat kepada mahasiswa tentang kempen ini?

Mohd Khairul: Seperti yang perkatakan oleh Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah bahawa mahasiswa adalah kelompok kanan yang harus bersama-sama membangunkan negara ini. Oleh itu, persiapan perlu dilakukan agar kita benar-benar mampu memberikan input yang baik untuk membangun negara ini. Salah satu persiapan itu adalah dengan memahami perlembagaan persekutuan dengan baik. Bertitiktolak dari sinilah akan bermula sebuah tindakan yang progresif dan proaktif daripada kita untuk pembangunan negara, Ingatlah bahawa kita dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin untuk membawa ummah menuju ke sebuah destinasi yang mengulangi kegemilangan ketamadunan masyarakat.

No comments:

There was an error in this gadget