Wednesday, August 27, 2008

Ya Allah panjangkan umur kami utk sampai ke bulan ramadan al mubarak

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan berpuasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini ditetapkan pada petang Ahad, 31 Ogos ini bersamaan 29 Syaaban 1429 Hijrah.

Lokasi melihat anak bulan Ramadan yang telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja ialah Pontian Kecil di Johor, Balai Cerap AlKhawarizmi di Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Menara Kuala Lumpur di Kuala Lumpur; Bukit Melawati di Kuala Selangor, Pulau Angsa di Daerah Kuala Selangor dan Bukit Jugra, Banting di Selangor.

Lokasi lain adalah Pantai Pasir Panjang, Mukim Pangkalan Baru Daerah Manjong di Perak; Pantai Acheh di Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah di Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah serta Kuala Sungai Baru di Simpang Empat, Perlis; Bukit Besar di Kuala Terengganu, Bukit Kemuning di Kemaman, Pulau Perhentian di Besut dan Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin di Setiu, Terengganu.

Kawasan lain adalah Bukit Peraksi di Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling di Kuala Krai, dan Menara Bangunan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri di Kota Baharu di Kelantan; Menara Universiti Malaysia Sabah bagi kampus Antarabangsa Labuan, Tanjung Dumpil di Sabah; Tanjung Lubang di Miri, Teluk Bandung di Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak.

Lokasi lain adalah Bukit Tanjung Batu di Nenasi, Gunung Berincang di Cameron Highlands dan Bukit Pelindong di Kuantan, Pahang dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya.

Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Permulaan Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Permulaan Puasa yang ditetapkan melalui Radio dan Televisyen. - BERNAMA

No comments:

There was an error in this gadget