Sunday, November 16, 2008

Jersi Baru Pasukan Bola Sepak Malaysia?

Pemain Malaysia (Aidil Zafuan) menggayakan jersi baru Malaysia?
Cuba lihat hadapan jersi Malaysia
Jersi Inter Milan, Kelab Serie A Itali

Inikah jersi baru pasukan bola sepak Malaysia? lihat hadapan jersi terpampang lambang apa? Kemaraan Pasukan bola sepak Malaysia sejak akhir-akhir ini agak membanggakan. Ranking FIFA telah meningkat daripada tangga 162 kepada 151 dan aksi pada Pesta Bola merdeka juga turut menaikkan lagi nama Pasukan bola sepak Malaysia apabila menjadi Naib Juara. Tetapi setelah kemenangan demi kemenangan dikecapi, Pasukan Malaysia berhasrat untuk menukar penampilan di atas padang dengan menggunakan Jersi yang amat Kontroversi.

Jersi yang ditaja oleh Nike seumpama ini memang sudah dipakai oleh pasukan kelab Serie A Itali, Inter Milan. Saya tidak pernah terbayang pasukan Malaysia yang terkenal dengan jersi kuning hitam juga akan memakainya. Apapun jersi ini tidak dipakai lagi oleh pasukan Malaysia dalam mana-mana perlawanan. Sekiranya benar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggunakan jersi ini, ianya akan mengundang kemarahan penonton nanti terutama umat Islam.

#post dr sahabat ana ismail

No comments: