Wednesday, December 31, 2008

Hati Sapa yang tak menangis???


Masya Allah.... Melihatkan ratusan saudara seaqidah kita mati bergelimpangan akibat serangan tanpa henti oleh zionis yahudi dibandar Gaza baru-baru ini.





Hati sapa yang tidak menangis bila melihat dan mendengar saudara-saudara seakidah kita di aniaya oleh musuh Islam sejak zaman berzaman iaitu yahudi laknatullah.



Hampir setiap hari sms masuk dalam inbox telefon menceritakan tentang isu Palestin. Seruan solat hajat beserta bacaan qunut nazilah pada rakaat kedua solat, doa khusus umat para mujahidin dan tidak kurang juga seruan untuk mengadakan himpunan aman untuk menunjukkan kesatuan kita terhadap isu palestin.

Semua seruan ini tidak lain mempunyai niat yang ikhlas kerana Allah swt. Atas kesedaran dan rasa mahabbah yang lahir dari lubuk hati yang suci terhadap saudara seaqidah maka kita menyebarkan sms ini kepada teman-teman kita. Moga Allah swt menerima sebagai salah satu usaha kecil kita untuk saudara-saudara kita diPalestin.

Namun pada pendapat ana yang terpenting adalah diri sendiri perlu untuk mengerakkan seruan-seruan itu terlebih dahulu. Bukan sekadar kita menekan butang forword kemudian menyebarkannya kepada teman-teman kita.

Moga usaha kita mendapat redha Allah swt....


No comments: