Monday, December 29, 2008

Hijrah Suatu Proses Perubahan

Alhamdulillah... Tahun bertukar tahun, bulan bertukar bulan namun persoalannya sudahkah kita menunaikan janji dan azam kita 1429 H.

Ana turut bermuhasabah, moga kedatangan tahun baru islam 1430H ini menjanjikan hari-hari yang penuh dengan kebaikkan buat diri ana dan ummah ini.

Moga kehadiran tahun baru ini memberikan suatu sinar baru dalam untuk mendaulatkan islam dalam diri dan masyarakat.

Moga tahun baru ini akan memberikan suatu nafas baru dan meningkatkan dalam amal ibadat kepada Allah swt. Amalan sunat dipertingkatkan dan amalan wajib diperkemaskan.

Namun semua azam yang kita lafazkan menuntut kita untuk bekerja keras, sabar dan istiqamah dalam melaksanakna misi yang kita impikan.

Semoga Allah swt masih mengekalkan dan memilih diri sebagai barisan hadapan dalam memperjuangkan agama Allah dimuka bumi ini. amin...

No comments:

There was an error in this gadget