Monday, December 15, 2008

Kasihanilah Aku Tuhan....

Alhamdulillah, setelah sekian lama ana menanti bilakah ana dapat berkongsi dalam entry yang baru. Akhirnya, allah berikan sedikit kelapangan masa.

Syukur alhamdulillah, segala yang dirancang telah berjalan dengan baik. Semua berjalan seperti yang dirancang namun, pada ketika ini ana bertembung dengan dua kebaikan yang sedikit sebanyak menggangu emosi ana.

Dua kebaikkan yang ana maksudkan adalah pertembungan antara kepentingan jamaah dan menuntut ilmu daripada seorang yang cukup alim iaitu sheikh nuruddin al banjari. sesuatu yang telah lama ana nantikan.

Ana cukup susah utk membuat keputusan. Ya Allah moga ana diberi pilihan yang terbaik...

Perkara yang ana nak kongsikan dengan sahabat2 sekalian adalah ttg handset ana telah dua kali rosak. Kali ini betul2 ana yang melakukan kesilapan itu.

Trajedi itu berlaku sewaktu ana bersama keluarga ana pergi mandi laut di pantai Teluk Batik. Ya Allah tidak akan ana lupakan betapa ana diuji dengan barang yang menjadi kesayangan ana. Selalu menemani ana bila ana bersendirian, dan terlalu banyak kenangan ana telah lalui bersama dengan handset tue. Akhirnya, ana terpaksa akur utk menghantarnya utk dibaiki di kedai. Sampai skg masih belum keluar dari wad lagi.

Akhirnya sahabat sekalian, doakan ana moga terus tabah menghadapi segala mehnah dan tribulasi kehidupan ini. Moga kita semua jadi insan yang reda dengan setiap apa yang berlaku...

No comments: