Sunday, March 1, 2009

Islam Kembali Asing.... Siri 1

Kita mulakan perbincangan pada malam ini dengan merenung sebuah hadis nabi saw yang bermaksud:

“Islam bermula dalam keadaan terasing. Ia akan kembali asing seperti permulaannya. Maka beruntunglah untuk orang yang terasing”

“Kita yang hadir pada malam ini adalah orang yang terasing dari kebiasaan warga kampus.” Tegasku dalam perjumpaan dengan adik-adik usrah baru-baru.

“Masakan tidak dikala orang lain diulit dengan mimpi yang indah, di saat orang lain terlena tidur diatas katil yang empuk dan disaat orang lain disibukkan dengan games kita terpilih oleh Allah swt hadir dirumahnya semata-mata untuk menghiasi malam kita dengan qiamulaill. kita basahi lidah kita dengan memuji dan memuja Allah sebagai pencipta kita.”

Aku bertambah semangat memberikan ucapan dalam keheningan malam itu.


“Bukan sedikit ayat Quran yang menyeru kita menghidupkan malam dengan tahajud dan berzikir kepadaNya. Amalan menghidupkan malam merupakan amalan orang-orang saleh dan para rasul yang terdahulu. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud menjelaskan nabi saw tidak pernah meninggalkan soat malam(tahajud) dan apabila beliau kebetulan sakit atau letih maka solatlah baginda dalam keadaan duduk.”

Terasa ada sesuatu aura yang meresap dalam tubuhku ketika itu. Tapi aura itu memberikan kekuatan kepada ana untuk terus memberikan perangsang untuk membangkitkan keghairahan adik-adik usrah dengan tahajud. Memang bukan mudah untuk menjadinya suatu kelaziman tapi ianya bukan mustahil. Aku sendiri sedang melatih dan memujuk diri dan nafsu untuk tunduk atas perintah ini. Ya Allah berikan aku kekuatan agar sentiasa membasihi lidahku dengan mengingati dan menyebut namaMu dimalam hari.

Begitulah lebih kurang mukadimah yang ana berikan sewaktu menyampaikan tazkirah dalam liqa dengan adik-adik usrah baru-baru ini. Sebenarnya aku telah diberikan sebuah tajuk cukup berat iaitu ‘Akulah Mukmin Sejati’. Berpinar-pinar juga mata bila adik usrahku Paizwan memberikan tajuk itu melalui sms.

Tajuk itu membuatkan aku berfikir layak aku bercakap tentang tajuk ini sedangkan aku memiliki seribu kelemahan. Tapi aku berfikir positif. Aku perlu bercakap tentangnya agar mudahan terpantul ke dalam diriku kembali kebaikannya.

Akhirnya, ilham yang Allah berikan aku merumuskan ada lima sifat yang perlu ada untuk menjadi mukmin sejati tetapi aku yakin banyak lagi sifat yang perlu ada. Jadi aku akan sampaikan sifat yang jarang disentuh oleh penceramah dan sesuai dengan diriku yang bukan berlatar belakang agama.

Sifat pertama: Ghairah dalam menuntut ilmu

Seorang mukmin itu seharusnya ghairah dalam menuntut ilmu. Pantang mendengar ada majlis ilmu pasti dia akan berusaha untuk menghadirinya. Hidup seharian dipenuhi dengan pengisian keilmuan samada ilmu dunia mahupun ukhrawi. Nabi saw pernah mengingatkan kepada kita kelebihan orang yang berilmu dengan abid adalah kelebihan Ku (rasulullah saw) dengan orang yang paling rendah darjatnya dikalangan kamu.

Dan hadis yang lain, barangsiapa yang Allah mahukan kebaikkan pada dirinya maka Allah akan memberikan kefahaman agama kepadanya.

Tidak kurang juga ayat Quran yang menjelaskan kedudukan orang berilmu itu diangkat dengan beberapa darjat. Oleh itu tidak dapat dinafikan lagi akan kepentingan dan kelebihan orang yang berilmu. Lantara itu, syarat pertama untuk menjadi mukmin sejati perlu ghairah dalam menuntut ilmu.

Kisah perjalanan hidup Zaid bin Tsabit yang mencintai ilmu telah mewarnai sejarah pembukuan al-Quran.

Begitu juga dengan imam mahzab yang terkenal Imam Syafie. Tidak dapat dinafikan kegigihan dan keghairahannya menuntut ilmu. Sanggup berjalan ratusan batu semata-mata untuk sebutir ilmu. Ramai lagi tokoh ilmuwan islam yang memenuhi syarat yang pertama ini.

bersambung....

No comments: