Saturday, December 12, 2009

Berakhirnya sebuah pengembaraan..

7/12/2007

Tepat pukul 8.42pm aku menamatkan pegembaraan ku meninggalkan Bandar Pasir Mas. Pengembaraan yang penuh dengan warna warni kehidupan ini telah banyak mengajar aku dan mengubah beberapa persepsiku yang selama ini tersilap dan salah.

Ya Allah… terima kasih atas anugerah mata, mulut, telinga, hidung, tangan dan kaki dengan anggota inilah aku gunakan sepanjang pegembaraan ini.

Tiada ungkapan yang terindah lagi mulia melainkan hanya sekuntup doa aku panjatkan kehadrat Allah swt kepada sahabat-sahabat yang memberikan nusroh. Sesungguhnya aku amat menghargai dan terharu atas bantuan antum. Semoga Allah membalasnya dengan kebaikan yang berterusan sampai akhirat.

Sekadar perkongsian ringkas sepanjang perjalanan ini aku telah berkesempatan berkunjung beberapa rumah sahabat handai. Antaranya rumah ust Dzulkhairi sewaktu bekwoh nya, rumah kekanda abg Rash, rumah Fadzli,Fahmin, Razali,Syahir, Raihan,dan Zaem. Tribute yang teristimewa buat cikgu Napi atas segalanya.

Sahabat pondok Pasir Tumboh yang telah banyak memberikan aku pencerahan dan membakar semangat untuk belajar ilmu agama dengan lebih mendalam. Rahim, abg mail, jail, zaidi, ferdaus, abg ali,dan koach. Tima kasih tumpangkan ana tidur dipondok antum. Insya Allah ada kesempatan kita akn berjumpa lagi dilain masa. Doakan ana... bak kata rahim 'hanya Taqwa jadi bekalan sepanjang perjalanan'

Tidak dilupakan sahabat dr tanah kemboja yang telah mengembara ratusan kilometer demi mendapat ilmu iaitu toyyip,hafiz dan bazli. Antum menjadi aspirasiku utk belajar agama ini dengan susah payah.

Akhirnya, marilah sahabat sekalian selagi nyawa masih dipinjamkan oleh Allah swt kepada kita marilah kita mengembara melihat, memehati dan menyelami kehidupan orang yang berada disekililing kita. Semoga Allah terus memilih kita menjadi insan yang bersyukur kepada allah swt.

No comments: