Thursday, December 31, 2009

Tersirat Disebalik Tersirat

Saya merasa terpanggil untuk menjawab beberapa tuduhan liar lagi berunsurkan fitnah ke atas Pro Mahasiswa (ProM) dalam flyers yang diberi tajuk perutusan Presiden MPP baru-baru ini. Tetapi flyers itu kemudiannya dinafikan ianya dikeluarkan oleh puak Evolusi Mahasiswa (EvoM).

Saudara Mohd Izwan bin Yusof selaku Naib Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (kolej) merangkap Jurucakap EvoM telah menafikannya dengan sekeras-kerasnya serta melemparkan tuduhan yang melulu tanpa didatangkan bukti yang sahih mengatakan flyers itu proM yang melakukannya. Saya ingin mengingatkan kepada pihak EvoM dengan sepotong ayat Quran yang bermaksud:

" …Dan berbuat fitnah
lebih besar (dosanya) daripada membunuh…" (Al-Baqarah:217)

Sekiranya rakan-rakan dari EvoM menghayati ayat ini mereka seharusnya lebih teliti dan cermat dalam mengeluarkan kenyataan. Tuduhan tanpa disokong dengan bukti yang kukuh itu hanya akan mengundang padah kepada penuduh tersebut.

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan." (Al-Hujurat:6)

Tetapi begitulah lumrah manusia seringkali sahaja menuding jari kepada pihak lawannya untuk membersihkan dirinya yang sudah terpalit dengan kekotoran.

Tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut tentang artikel penafian tersebut cuma disini ingin memberikan sedikit pencerahan kepada semua rakan mahasiswa terhadap tuduhan dan fitnah keatas ProM. Perkara ini sangat signifikan supaya kita semua boleh menilai manakah perjuangan yang hak dan batil. Antara kaca dan permata.

Beberapa isu yang telah dibangkitkan dalam flyers EvoM tersebut akan dijelaskan:

Pertamanya, "Evolusi Mahasiswa (EVO-M) yang sentiasa memberi bantuan dan sokongan utk menjayakan program-program HEP."

Pihak EvoM seringkali mendakwa meraka sebagai sebuah platform(wadah) perjuangan tulen mahasiswa. Saya ingin bertanya kepada pihak EvoM, adakah peranan EvoM sebagai hanya memberikan bantuan dan sokongan kepada program-program HEP? Itukah yang dikatakan PERJUANGAN TULEN mahasiswa?

Sebagai mahasiswa,kita seharusnya bukan sekadar memberi bantuan dan sokongan untuk menjayakan program-program HEP tetapi kita mestilah mempunyai gagasan pemikiran kita yang tersendiri. Sebagai pemimpin pada masa hadapan kita perlu mempunyai wawasan pemikiran yang tersendiri. Ini amat penting untuk melatih dan mengungkil sebanyak mungkin khazanah kebolehan dalam diri.

Kalaulah peranan kita sekadar membantu dan memberi sokongan apalah bezanya kita dengan pengawas atau ketua kelas disekolah? Bukankah mereka mereka memainkan peranan yang memberi bantuan dan sokongan kepada cikgu disekolah? Mereka hanya perlu mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh cikgu disekolah.

Kalau inilah matlamat dan halatuju perjuangan EvoM jelas kepada semua rakan mahasiswa sekalian bahawa pemikiran mereka(EvoM) terlalu sempit dan tertutup. Anda semua bebas untuk menilainya.

Sebagai mahasiswa kita perlu mempunyai gagasan pemikiran yang dibina bersumberkan keilmuan dan keintelektualan. Bacalah lipatan sejarah perjuangan mahasiswa sejak zaman berzaman. Mahasiswa memainkan peranan yang penting dalam melakar sejarah sesebuah negara. Lihatlah sahaja negara jiran kita Indonesia, rezim Sukarno yang diktator serta mengagungkan dirinya sebagai presiden seumur hidup tidak lain runtuh kerana idealisme mahasiswa. Hal yang sama berlaku pada rezim Suharto juga runtuh oleh gerakan mahasiswa. Ini menunjukkan bahwa mahasiswa merupakan generasi penting dalam sebuah negara. Kalau pemudanya kuat maka negara akan kuat juga.

ProM adalah kelompok-kelompok anak muda progresif bergelar mahasiswa yang mempunyai kesedaran sosial dan politik yang tinggi serta mempunyai inisiatif dalam memperjuangkan idealisma dan kebajikan mahasiswa. Melalui semangat dan inspirasi tersebut, mereka membentuk suatu jaringan pemikiran dan perjuangan bagi bertujuan mengembalikan keunggulan dan kegemilangan kepimpinan mahasiswa beridealisma, bebas, intelek dan progresif. Jaringan inilah yang digelar jaringan PRO-MAHASISWA!

Keduanya, "Disebabkan pro-m masyarakat luar label mahasiswa boneka, pengecut dan lesu."

Lontaran sebegini sekali kali dilemparkan kepada ProM tetapi malangnya tiada bukti kami ini mahasiswa boneka, pengecut dan lesu. Saya rasa pihak EvoM perlu cermin diri dan menilai siapa sebenarnya yang pengecut, lesu dan boneka. Kami bukannya golongan lempar batu sembunyi tangan dalam poket baju! Perjuangan kami ibarat air yang mengalir. Ia takkan berhenti bahkan akan terus mengalir walau apapun halangan dihadapannya. Kerana sekatan dan halangan itu NIKMAT dalam perjuangan kami.

Sebagai contoh, pihak ProM baru-baru ini telah menghantar sebuah memorandum kepada pihak NC untuk menyatakan sikap dan pendirian kami terhadap Pilihanraya Kampus (PRK) kali ini. Sebanyak enam tuntutan telah diusulkan kepada pihak atasan universiti untuk penambaikan perjalanan pilihanraya kampus kali ini. Bukan sekadar menghantar memorandum tapi kami turut menghantar laungan keramat Student Power dibangunan pentadbiran HEP.

Saya ingin mencabar pihak EvoM supaya turut sama mengadakan rapat umum dalam masa terdekat ini atas isu tuntutan penaimbaikan perjalanan PRK. Kalaulah EvoM betul-betul wadah perjuangan mahasiswa yang tulen. PRK tahun lepas menyaksikan beberapa double standard yang berlaku antara calon ProM dengan EvoM. Kita bertanding atas padang yang tidak sama rata ini!!!

Bukan itu sahaja, saya turut mencabar ANDA (EvoM) secara ilmiah bersupaya kita melakukan debat atau wacana secara terbuka dengan ProM dalam apa jua isu. Kami bersedia untuk berdepan dengan anda semua secara jantan dan bermaruah!

Wacana atau debat terbuka merupakan antara lorong-lorong yang akan membina keintelektual dan keilmuan seseorang mahasiswa. BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH.

Ketiganya "..Pro-M perosak minda mahasiswa.."

Apa yang ProM telah buat sehingga boleh merosakkan minda dan pemikiran mahasiswa? Adakah dengan mengadakan rapat umum,perhimpunan aman, dan lain-lain amalan demokrasi itu dikatakan merosakkan pemikiran? Kalau itulah yang dimaksudkan oleh puak EvoM saya merasakan mereka perlu lebih banyak membaca buku. Bahkan saya merasakan ProMlah yang telah menyebabkan pemikiran mahasiswa bercambah dan berani mencabar. Mengatakan yang HAK itu HAK dan yang BATIL itu BATIL. ProM telah banyak mengajar para jenteranya supaya tidak bergantung kepada orang lain tetapi sebaliknya berusaha dengan kudrat yang dianugerahkan oleh Allah swt. Sifat berdikari (independent), berani menyatakan kebenaran walapun terpaksa mengharungi arus perdana dan responsif dengan persekitaran sekeliling.

Secara ringkasnya, dapatlah saya simpulkan bahawa pihak EvoM bijak berpura-pura dalam isu ini. Selepas itu pun flyers diorang keluarkan terus keluarkan statement menafikan lantas menuduhkan puak ProM yang mengedarkannya. Semua ini adalah untuk menarik simpati dan rasa kasihan kepada pihak EvoM tetapi ternyata pakaian tersebut dapat kita hidu. Adalah mustahil dan amat mustahil puak ProM pula yang melakukan modus operandi itu. Tiada kerja namanya!!! Buat apa kami mempromosikan EvoM pula baik kami mempromosikan ProM je…

Akhirnya…

Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).

Al-Anfal:27



2 comments:

MASYITAH MD.HASSAN said...

artikel yang baik, tahniah pro-M, cuma mungkin perlu kepada penambah baikan dari segi penggunaan ayat, supaya nampak lebih akademik

Kembara Muslim said...

tima kasih..ayat disengajakan begitu krn artikel non-formal... hehehe