Sunday, January 3, 2010

Mengapa Saya Menyokong ProMahasiswa (ProM)?


Tulisan kali ini saya ingin berkongsi kepada semua rakan mahasiswa mengapa saya menyokong ProM sebagai wadah perjuangan politik saya dikampus. Bahkan bukan sekadar menyokong tetapi turut sama mendokong perjuangan ProM. Walaupun saya sedia maklum TIADA sebarang IMBUHAN namun saya tetap memilih ProM. Sudah semestinya ini sesuatu yang menarik untuk saya kongsikan kepada rakan mahasiswa sekalian.

Namun, sebelum saya menyatakan hujah-hujah saya.. rasanya perlu saya jelaskan perkara yang lebih penting iaitu KENAPA kita perlu (sebagai mahasiswa) mempunyai sikap dan pendirian kita dalam politik kampus.

Dalam konteks Islam, politik merupakan sebahagian daripadanya. Tiada pemisihan antara Islam dan POLITIK. Sekiranya kita MENOLAK atau LARI dari politik, maka sedar atau tidak dia telah menjauhi ajaran Islam dari kehidupan kita. Buktinya…

"Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata." (al-Baqarah:208)

Sarjana Islam zaman lampau dan kini telah banyak menulis menulis perkaitan antara ISLAM dan POLITIK. Pernah seorang hakim Mesir lepasan Al-Azhar yang bernama Syeikh Ali Abdul Raziq di abad ini menulis satu buku yang diberi tajuk Al-Islam wa Usul Al-Hukm. Beliau telah menulis secara jelas memisahkan urusan negara dari agama.

Walaubagaimanapun, pandangan Syeikh Abdul Raziq tadi telah ditentang oleh semua ulama Al- Azhar pada masa itu dan seterusnya ijazah yang dianugerahkan kepadanya ditarik balik oleh Al-Azhar manakala idea-idea yang ditonjolkannya tentang pemisahan agama dari negara telah juga disanggah oleh tokoh-tokoh ilmuan di dalam buku-buku mereka, seperti Profesor Dr Abdul Hamid Mutawalli "Mabadi Nizam Al-Hukm Fil-Islam, Profesor Muhammad Dhiyauddin al-Rais, " Nazariat al-Siyasah Al-Islamiyyah' dan Profesor Dr Muhammad al-Bahi "Pemikiran Islam Moden dan hubungannya dengan penjajah Barat."

Begitu sedikit dapatan yang sempat saya kongsikan bersama rakan mahasiswa.

Saidina Umar al-Khattab ra pernah berkata,

" Jangan lihat siapa yang menyampaikan tetapi lihatlah apa yang disampaikannya".

Saidina Umar mengajarkan kita supaya melihat terlebih dahulu kebenaran sebelum mengenal siapa pembawa obor kebenaran tersebut.

Untuk itu, rakan mahasiswa boleh menilai sapa yang membawa kebenaran dan mendokong kebenaran. EvoM atau ProM...

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah"(al-Maidah: 8)

bersambung....

No comments: