Monday, January 11, 2010

Isu Kalimah Allah terus menBARA....

Isu kalimah Allah terus dipalukan oleh akhbar-akhbar perdana. Tidak kurang juga respon daripada orang perseorangan, badan-badan NGO Islam mahupun parti-parti politik. Lebih menarik lagi, golongan mahasiswa juga turut mengulas isu ini dalam Face Book ataupun blog. Ini suatu perkembangan yang sihat. Masyarakat kini tidak lagi mudah digula-gulakan oleh laporan drpd akhbar-akhbar perdana sahaja tetapi kemunculan media alternatif baru yang lebih bersifat segar dan ilmiah lebih mencorakkan minda.

Teruja melihat ulasan daripada adik Faiz Jamaludin dalam blognya. Disini….

Tidak kurang juga adik usrah Muhammad Ikram dalam FBnyya yang turut mengulas isu ini. Disini. Walaupun mereka berdua ini baru berada tahun 1 dalam pengajian namun kebolehan yang ada dalam diri mereka jangan diambil enteng.

Saya merasakan cukuplah ulasan yang telah diberikan oleh para ilmuwan mahupun politician. Cukuplah… langkah berdiam diri itu yang lebih baik buat masa kini buat mereka yang merasakan ilmunya cetek. Kerana bercakap tanpa ilmu akan menzahirkan kebodohan kita dlm mengulas isu ini...

Namun, apa yang saya ingin lontarkan adalah cukup kita lihat sekarang. Setakat pencarian saya tidak terdapat sebarang pun kenyataan dari pihak gereja atas isu ini. Bahkan ketika gereja dibakar pun tiada kenyataan balas oleh gereja. Setakat penulisan ini sudah 7 buah gereja yang menjadi mangsa.

Sekalung tahniah dan penghormatan saya ingin berikan kpd pimpinan PAS kerana telah menziarah gereja yang terbabit bahkan Tok Guru Nik Aziz telah menunjukkan akhlak yang terpuji apabila memberikan duit poket beliau kpd pihak gereja. Inilah dia dakwah merentas agama yg telah ditunjukkan olh TGNA.

Rakan mahasiswa perlu memahami siapakah dalang sebenar disebalik polemic ini? Selidikilah dgn MATA HATI. Islam tidak pernah mengajar umatnya membakar rumah2 peribadatan agama lain. Hujah dari ust Zaharuddin menjelaskan hal ini.

Akhirnya, insya Allah dlm masa terdekat tindkn proaktif drpd pihak PMI masih saya harapkn agar melakukan sst untuk menjernihkan situasi ini. Alhamdulillah,sempat melontarkan buah fikiran ini kpd pimpinan PMI dan saya yakin PMI mampu mengorak langkah yang lebih jauh kehadapan dlm mendepani isu2 agama seperti ini.

" ALLAH FOR ALL"

"ISLAM FOR ALL"

"ISLAM ADIL UNTUK SEMUA"

2 comments:

KhaldunSepang said...

Media sebenarnya cuba menutup suatu isu yang cukup besar daripada tersebar. Mungkin lebih besar daripada kes enjin jet yang hilang itu. Jadi, mereka gunakan isu ini untuk menutup 'suatu yang lebih besar' daripada pengetahuan pihak luar. Ini pendapat dan teori ana. Apapun ana masih mencari apakah ianya itu...

Kembara Muslim said...

betul2 tue khaldun.. mmg ada tangan ghaib dlm isu ini...

There was an error in this gadget