Sunday, February 17, 2008

22 tahun daaa umur ana...


16 Feb 2008 genaplah umur ana. 22 tahun....

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt kerana telah membenarkan ana hidup selama 22 tahun dengan pelbagai nikmat yang tak terhingga. Tiada kata yang terindah melainkan mulut nie sentiasa mengucapkan syukur yang tak terhingga.

Sepanjang hidup 22 tahun ini terlalu banyak pengalaman hidup yang telah ana tempuhi. Suka duka kehidupan ini banyak mematangkan ana dalam melayari bahtera hidup diatas muka bumi ini.

Ana ingin menuangkan sedikit pengalaman dalam blog ini untuk perkongsian sahabat-sahabat dan buat zuriat ana kelak. Sekiranya ana sudah tiada berada diatas dunia ini. Moga blog ini menjadi teman hidup buat shabt yang masih bertarung.



Umur ketika 13-15 tahun


Ana telah bertemu dengan sekelompok ghuraba akhir zaman... izinkan ana menggunakan istilah itu...Ana telah mula berjinak dengan Persatuan Putera Puteri Islam (PERPPIS). Persatuan pelajar yang cukup glamour dibumi Tawau. Hampir semua remaja muda Tawau mengenalinya.

Persatuan inilah yang telah banyak mengubah maksud hidup ana kepada ERTI HIDUP PADA MEMBERI... -ust izinkn ana meminjam kata-kata ini-

Dengan murabbi yang tidak pernah mengenal erti putus asa dalam mentarbiah anak peribumi sabahan. Dia terus cekal menabur benih Islam walaupun telah banyak melalui detik-detik kritikal. Pernah dipulaukan... Pernah diancam bunuh... Pernah difitnah... Namun semua itu tidak pernah mengendurkan semangat murabbi ana dalam mendidik anak jati Tawau. Tidak mengharapkan sedikit pun habuan duniawi. Hanya yang diharap adalah redha Allah.

Dengan panggil cikgu Nasir. Nama ini cukup keramat dalam kehidupan ana. Terlalu banyak cikgu Nasir mutiara kata-kata dilontarkan dalam lubuk hati ana. Hingga hati ana terlalu jinak dengan cikgu lebih daripada ibubapa sendiri. Inilah hakikatnya... Dia adalah ibubapa kedua dalam hidup ana.
Sifat zuhud,tawaduk dan beramal dengan ilmu cukup menyentuh hati sapa yang hampir dengannya. Ana bukan mengagungkan murabbi ana tapi sapa yang mendapat sentuhan tarbiah nya akan merasainya.

Bayangkan dalam kemewahan yang diberikan kepadanya, kerusi sofa yang dimiliki pun dibeli second hand.. Cikgu kata kat ana 'kerusi nie syam sekadar untuk kemudahan tetamu. Harta jangan letak dihati tapi letak ditangan'

Marah dan kritikan pedas daripada cikgu Nasir sewaktu melibatkan diri dengan PERPPIS amat bermakna.

'Jangan lekas puas hati dengan gerak kerja kita'
'Ikhtiar dulu baru jumpa cikgu.'
'Jangan buat kerja ala kadar. Islam ajar kita supaya teliti dalam perbuatan kita.'

Dan banyak lagi kata-kata yang masih berdesing ditelinga ana. Cikgu, tarbiah cikgu terhadap ana takkan ana lupakan sampai akhir hayat. Kata-kata akhir yang ana terima

'Hati-hati,habis belajar balik Tawau. Berjuang!!!'

Cukup tersentuh hati ana bila murabbi ana sms ana sewaktu on the way ke Airport untuk balik belajar.

Ana hampir menitiskan air mata apabila mengenangkan diri ana yang berada diperantauan ini. Ketika ana balik bonda pergi menunaikan haji. Yang tinggal hanya bapa dan adik-adik ana dirumah.

Inilah sunnah orang menuntut ilmu!!

Sapa yang tak tersentuh apabila ana ada plan untuk tinggal agak lama lagi dibumi Semenanjung ini.

Bersahabat dengan mereka yang mempunyai cita-cita yang sama iaitu ingin mendaulatkan ISLAM menjadikan ukhwwah yang terbina cukup manis dan indah.

Sukar untuk dikongsi dengaan kata-kata kerana ia adalah bahasa hati.Inilah istimewanya apabila berukhwwah kerana Allah dan RasulNya.

Umur ketika 16-17 tahun

Ketika umur terus meningkat remaja. Ana semakin banyak menempuh pengalaman baru samada dalam persatuan mahupun penglibatan aktiviti sekolah.

Ketika dalam tingkatan 4, ana mencuba untuk test market mengikuti Forum Remaja Peringkat Sekolah. Tanpa disangka kumpulan kami telah dinobatkan sebagai johan. Dengan pengalaman yang terlalu sedikit. Ana pun tidak pasti apa hikmah ketika itu.

Hati bukan main gembira lagi kerana dinobatkan sebagai johan pertandingan walaupun hanya peringkat sekolah. Rupa-rupanya, kami akan mewakili sekolah untuk bertanding ke sekolah lain!! Ana tidak menyedari hal tersebut sehingga diberitahu oleh cikgu Nasir. Selaku murabbi ana.

Ana masih ingat detik-detik indah itu. Kami berlima; kak Fatimah, (pengerusi forum), sharun (panel 1),ana (panel 2), mubina (panel 3) dan aliuddin (panel simpanan). Setiap petang berlatih. Hampir tiap-tiap hari balik lewat petang. Maruah sekolah kita pegang sekarang ini!!! Buat yang terbaik. Jangan main-main dalam berlatih. Kata-kata kak fatimah kpd kami. Selaku senior.

Kepercayaan yang luar biasa itu membina komitmen yang kental. Hampir tiap-tiap hari ana bercerita kepada sahabat-sahabat seforum. Bagaimana rasanya kalau naik kapal terbang. Kita mewakili Sabah. Macam mana suasana KLIA ya. Macam-macam lagi ana membuka cerita setiap kali berlatih sampai kawan-kawan selalu nasihatkan ana supaya jangan terlalu over confident.

Ana selalu mengkhalyalkan bagaimana kalu satu ari nanti ana naik kapal terbang ya... Ana merasakan perasaan ini didorong kerana sekolah berhampiran dengan Airport. Setiap hari nampak kapal terbang mendarat dan berlepas...

Ana terus bercerita dengan keinginan ana nak naik kapal terbang. Alang-alang kita bertanding biar sampai ke peringkat kebangsaan.

Rupa-rupanya Allah telah memakbulkan cita-cita ana apabila peringkat demi peringkat kami lepas dan dinobatkan sebagai johan. Peringkat negeri yang begitu mendebarkan, akhirnya berpihak kepada kumpulan kami. Ana dinobatkan sebagai Panel Terbaik 2002 Peringkat Negeri Sabah dan kak fatimah sebagai Pengerusi Terbaik 2002 Peringkat Negeri Sabah. Semua anugerah kami bolot. hehehe


Alhamdulillah.. peringkat kebangsaan akan dibuat dekat Kedah Darul Aman!

YA Allah ana rasa macam tak percaya kami telah berada ditahap ini.

Khayalan ana menjadi kenyataan!!!

Ana akan naik kapal terbang....




Ana ringkaskan cerita....

Akhirnya pasukan Sabah telah menobatkan sebagai Johan Peringkat Kebangsaan 2002. Tercatatlah sebuah sejarah yang cukup indah dalam kamus diari kami berlima. Kak Fatimah dinobatkan sebagai Pengerusi Terbaik 2002 dan Mubina dinobatkan Ahli Panel Terbaik 2002.

ermm... biasalah masa nie ana dan sahabat-sahabat yang lain cukup popular dikalangan cikgu dan pelajar. Disana sini nama kami disebut dan menjadi buah mulut. Ana bukan riak tapi sebenarnya terselit dakwah kerana pada ketika itu ana adalah Timbalan Presiden PERPPIS. Ini sekali gus menarik minat remaja Tawau mengikuti PERPPIS. Alhamdulillah, melalui forum ini ana berjaya menarik Mubina untuk join PERPPIS. Bermulalah kehidupan Mubina sebagai seorang muslimah. ermmmm

Ditemuramah diradio Tawau lagi. Ana sempat menyebut nama PERPPIS. Ambil kesempatan... Ana mengatakan permulaan kepada semua ini adalah dengan pengalaman bersama PERPPIS.

Tingkatan 5

Ana sekali lagi mencuba nasib untuk bertarung dimedan forum ini. Yang sanggup meneruskan perjuangan hanyalah ana dan mubina. Dengan team yang baru ana cepat menyesuaikan rentak ana supaya selari dengan sahabat yang lain. Kali ini ana je lelaki. Semua perempuan. Wahhh... Ini satu cabaran bagi ana. Bayangkan sahabat sekalian.. Bagaimana berlatih jika semuanya perempuan??? Lantas baru diperingkat pembentukkan team forum ana sudah menyuarakan bahawa ana perlukan lelaki seorang untuk menemani ana. 'Nanti wakil Sabah lagi. Susah saya cikgu.'

Betapalah ana over confident... Tapi ini sifat semulajadi ana...

Akhirnya keyakinan ana menjadi kenyataan apabila sekali lagi pasukan kami mewakili negeri Sabah ke peringkat kebangsaan. Negeri penganjur pada tahun 2003 adalah negeri Pahang. Terharunya cikgu-cikgu sekolah dan pegawai DBP dengan prestasi yang kami tunjukkan. Kali ini matlamat kami adalah untuk menjadi johan lagi.

nak tau lagi sambungan cerita nie.... tunggu ye sahabat-sahabat...

1 comment:

Anonymous said...

salam..da 22 tahun rupanya..da dewasa..dulu tgk syam ni kecil lagi..1st time ekspedisi dakwah mmg budk sungguh..tapi Alhamdulillah skg akan terus dewasa bersama Rahmat Allah...apapun teruskan perjuangan..jgn lupa balik tawau utk berbakti..baca blog syam ingatkan akak pada perjuangan yg pahit dan manis di bumi Twau..sambung lagi cite tu ya..akak nk baca..