Monday, February 23, 2009

3T (Taubat,Tasbih,Tahajud) - Diskusi Buku 1


" Wafi, macam menarik je buku ini. "

" Buku adik Faliq tue. Memang bagus pun. " Wafi membalas ringkas

" Leh ana pinjam? " pinta ku kepada Wafi.

" Boleh.. no hal " Wafi membenarkan.


' Jalan pintas bagi mendekatkan diri dengan Allah

Jalan pintas bagi menempah tiket ke syurga '

Menarik dan mengujakan untuk membacanya. Terlintas dalam fikiran. Adakah ke jalan pintas ke syurga? Bukahkah jalan ke syurga itu penuh dengan duri dan ujian. Bukankah ramai tersesat hari ini kerana mencari jalan pintas untuk ke syurga?!
Ahh... Ketepikan perasaan ini dahulu. Aku mesti meneroka buku ini. Mungkin buku ini ada rasional yang tersendiri.
Ternyata aku terpegun apa yang disampaikan oleh penulis buku ini. (Zaini Ali Akbar) .
Rupanya jalan pintas ke syurga ini memerlukan tiket yang istimewa. Apa tiket istimewa itu adalah Taubat, Tasbih, Tahajud.
3T inilah tiket istimewanya. Sebelum memanjang kalam ini izinkan untuk ana memperkenalkan penulis buku ini. Saudara Zaini Ali Akbar adalah seorang pemimpin Majlis Pengasuh Hati. Berasal dari negara jiran Indonesia. Beliau telah menghasilkan tujuh buah buku dan buku 3T adalah salah satu daripadanya.

Buku 3T ini telah mendapat tempat di hati warga Indonesia khususnya dikalangan pemuda. Terima kasih kepada penerbit buku PTS kerana berjaya membawanya ke bumi Malaysia. Moga Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Buku ini mempunyai lima bab dan setebal hampir 340 muka surat.

Alhamdulillah, akhirnya aku dapat mengkhatamkan dalam masa seminggu setelah meminjamnya. Sangat mengujakan sehingga tak sanggup untuk ana tinggalkan.

Sekadar perkongsian ringkas kepada sahabat sekalian...

Penulis memulakan bicaranya dengan memberikan tanda-tanda orang yang berjaya melawan syaitan. Kesempatan ini bisa kita menilai diri kita samada kita termasuk atau tidak:
  1. Jatuh cinta pada solat. Berasa senang dalam melaksanakan solat fardu dan sunat. solat tidak lagi menjadi kewajipan baginya tapi suatu keperluan hidup yang utama. Tujuh pancaindera dikawalnya dengan baik agar tidak mengotorkan hatinya. Hatinya berhibur dengan al-Quran dan zikir kepada Allah swt bukannya lagu-lagu yang melalaikan.

  2. Melaksanakan solat berjemaah di masjid/surau tetapi hatinya sayu mengenangkan ramainya saudara seaqidahnya masih tidak mampu pergi ke masjid/surau. Perkara ini tidak dapat menahan hatinya lantas mengalirlah air mata di pipinya kerana kasihan melihat saudaranya yang terjerat dalam tipu daya syaitan. Lantas lahir rasa untuk mengajak mereka walaupun tidak semua yang mengikutinya. Namun ada juga yang tidak dikenalinya mula merapatkan diri kepadanya. Lalu dia pun menghulurkan tangan membimbingnya.

  3. Tidak kagum melihat harta dan pangkat yang dimiliki oleh rakan-rakan disekililingnya kerana hatinya tenang dengan hidupnya yang sederhana itu. Bahkan lahir dalam hatinya rasa untuk menghindarkan diri daripada berkawan dengan mereka kerana takutkan fitnah harta dan pangkat.

  4. Apabila melihat insan yang kekurangan anggota tubuh badan maka hatinya mula sebak dan tanpa disedarinya air matanya keluar membasihi pipinya. Dia dapat merasakan penderitaan yang dilalui oleh insan itu. Hatinya terus mendoakan kesejahteraan kepada insan tersebut. ' Ya Allah, dia adalah makhluk ciptaanMu jugak. Limpahkanlah rahmat dan kasih sayangMu kepadanya. Berikan kemudahan kepadanya. Aku tidak mampu melihat penderitaannya.'

  5. Sentiasa bersyukur atas apa yang dianugerahkan kepadanya. Tidak kira apa yang diberikan kepadanya samada sedikit atau banyak semuanya dipanjatkan rasa syukur kepada Allah swt.
Itu baru secebis permulaan daripada buku ini. Ada banyak lagi yang tak mampu ana ingat.

Seterusnya, penulis telah membawa satu kisah menarik iaitu ketika mana turun ayat dari surah Hajj ayat 1-2.
" Hai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu; sungguh goncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar.


Ingatlah pada hari ketika kamu melihat goncangan itu, semua perempuan yang menyusui anaknya akan lalai terhadap anak yang disusuinya dan setiap perempuan yang hamil akan keguguran kandungannya, dan kamu akan melihat manusia dalam keadaan mabuk, tetapi sebenarnya mereka tidak mabuk, tetapi azab Allah itu sangat keras "


Ketika ayat ini turun rasulullah saw sedang dalam perjalanan. Kemudian rasulullah memanggil para sahabatmenjelaskan wahyu yang baru diterimanya ini.
Baginda berkata, "Tahukah kamu hari apakah itu? Para sahabat serentak menjawab, " Allah dan rasulnya lebih mengetahui".
Kemudian nabi saw menjelaskan, " pada hari itu, Allah swt berkata kepada nabi Adam as perintahkan sekumpulan manusia masuk ke neraka!. Kemudian nabi Adam as bertanya berapa ramaikah mereka yang masuk ke neraka itu ya Allah? Allah menjawab daripada 1000 orang yang pergi 999 orang yang akan masuk neraka dan seorang sahaja yang masuk syurga."
Apabila mendengar penjelasan nabi saw itu semua para sahabat menangis mengenang nasib mereka di akhirat nanti.
Kemudian, nabi saw berkata lagi, " hendaklah kamu mendekatkan diri kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. Aku berharap kamu menjadi satu pertiga daripada ahli syurga."
Allah... Allah.... Macam manakah nasibku nanti.... Aku termenung jauh...
Di sini ana senaraikan isi kandungan buku ini.
Bab 1: Keperluan Mendekatkan Diri kepada Allah Jalan Cepat Mendekatkan Diri kepada Allah
Asas Amal adalah Tauhid dan Ikhlas
Hijab HatiBerhati-hati dalam Kehidupan di Dunia
Tanda-tanda Hati yang Mencintai Dunia
Kehidupan Dunia Menurut Quran dan Hadis
Mengendalikan Nafsu
Berhati-hati dengan Perilaku Iblis dan Syaitan
Dialog Iblis dengan Para Nabi dan Rasul
Syaitan Menemui Para Sahabat dan Orang Soleh
Setiap Manusia ada Syaitannya
Senjata yang Melumpuhkan Iblis dan Syaitan
Perilaku Manusia yang Menutup Hati
Pembedahan DadaVisi dan Misi Manusia
Bab 2 Bertaubat kepada Allah: T ke-1
Pengertian Taubat
Bertaubat dan Membedah Dada
Batasan Taubat ManusiaMendirikan Solat Taubat
Pentingnya BertaubatTaubat Para Malaikat
Taubat Nabi Adam
Taubat Nabi Noh
Taubat Nabi Musa
Taubat Nabi Daud
Taubat Nabi Sulaiman
Taubat Nabi Yunus
Taubat Nabi Muhammad dan Umatnya
Antivirus Hati
Jalan Menuju Batin yang Kondusif dalam Solat
Memahami Perjalanan Israk dan Mikraj Nabi Muhammad
Mendirikan Solat dengan Khusyuk
Bersuci Sebelum Solat
Tatacara Mendirikan Solat Taubat
Etika BerdoaLarangan Sewaktu Berdoa
Bertaubat dengan Beristighfar dan Berdoa
Bertaubat dengan Berzikir
Hikmah Bertaubat
Hikmah Bertaubat kepada Allah
Menyucikan Hati yang Berkarat
Bab 3 Bertasbih kepada Allah: T ke-2
Asas Perintah Bertasbih
Hikmah Solat Tasbih
Landasan Solat TasbihTatacara Solat Tasbih
Zikir Sesudah Solat Tasbih dan Asas Amalannya
Hikmah Bertasbih dan Solat Tasbih
Asas Perintah Solat Tahajud
Bab 4 Mendirikan Solat Tahajud: T ke-3
Hadis yang Memerintahkan Solat Tahajud
Waktu Melaksanakan Solat Tahajud
Keutamaan Sepertiga Akhir Malam
Tatacara Solat Tahajud
Jumlah Rakaat Solat Tahajud
Hikmah Solat Tahajud
Bab 5 Zikrullah Perintah Berzikir dalam Quran
Hikmah Zikrullah
Keutamaan Majlis Zikir
Kedudukan Orang yang Duduk dalam Suatu Majlis Zikir tetapi Tidak Berzikir
TawadukMengamalkan 3T Secara Individu
Mengamalkan 3T dalam Majlis Zikir
Asas Melaksanakan 3T dalam Majlis Zikir
Hikmah Majlis Zikir
Hikmah Bertaubat dalam Majlis Zikir
Hikmah Solat Tasbih
Hikmah Solat Tahajud
Hikmah Berzikir
Hikmah Majlis Zikir 3T
Moga anda semua dapat membacanya...

1 comment:

MASYITAH said...

perkongsian yang menarik..

-ke arah pengislahan setiap hari-

There was an error in this gadget