Monday, February 23, 2009

Senyap Tak Semestinya Tidak Hilang...

Syam, lama tak update blog ” tegur seorang kawan sewaktu makan di arked Meranti.
Ana hanya mampu melemparkan senyuman tanpa sebrang respon. Komen-komen yang diberikan dalam shout box tidak kurang juga. Alhamdulillah, dari satu seginya rupanya ramai jugak peminat blog ana. Walaupun blog ini tidaklah seberapa tapi rupanya sudah mula bertapak dialam siber ini.

Suka untuk ana berkongsi kepada sahabar sekalian. Terlalu pengalaman yang ana telah lalui sepanjang semester ini sehingga ana tak mampu nak menulisnya. Ada yang manis dan tidak kurang juga yang pahit. Semuanya ini untuk mematangkan pemikiran ana sebagai seorang anak muda Islam.

Melihatkan politik tanah air yang tidak menentu menambahkan lagi kelemasan ana. Rampasan kuasa secara tidak bermoral oleh kerajaan BN menambah kebencian ana kepada parti itu. Gila kuasa, gila harta, gila pangkat dan segala jenis gila. Detik-detik rampasan kuasa itu ana ikuti teliti disamping hanya doa yang mampu ana utuskan untuk kekuatan pimpinan Pakatan Rakyat menyelesaikan kemelut itu.

Ketika mana isu itu belum reda, Allah yang Maha Adil telah menjemput hambaNya yang menjadi ahli Parlimen Bukit Gantang yang dalam parlimen ini terdapat ahli dun yang melompat parti. Tidak berhenti setakat itu, satu dun dinegeri Kedah yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah telah meletak jawatan kerana tidak tahan dengan tekanan oleh BN.

Seterusnya…. Kita menyaksikan terlalu banyak babak politi berlaku selepas itu. Ana rasa tidak perlu ana huraikan kerana kita leh membacanya dalam harakahdaily.net dan banyak lagi laman-laman web yang menyiarkan berita berkenaan.

Begitu asyik kita melihat politik tanah air sehingga hamper-hampir kita melupakan nasib saudara seaqidah kita diPalestin. Ya Allah hancur hati melihat kerakusan zionis Israel meratah nyawa umat Islam di bumi Palestin. Tidak kurang kempen kesedaran yang digerakkan oleh sahabat-sahabat kepada warga kampus. Hanya Allah yang mampu membalasnya jasa antum semua. Moga ianya akan menjadi saksi bahawa itulah tanda antum mengasihi saudara kita diPalestin insya Allah.

Akhirnya kepada pengunjung Kembara Muslim sekalian… Insya Allah beberapa artikel ana akan menyusul selepas ini tentang perjalanan hidup ana yang tidak seberapa ini. Moga ada kebaikan untuk dikongsi kepada sahabat sekalian…

Wassalam

6.56pm 22 feb 2009

No comments: