Monday, February 23, 2009

Diskusi Iman 1430H

“ Salam… Syam ana nak menjemput enta untuk jadi moderator untuk diskusi iman hujung minggu ini. Leh x” sms dari Yusuf.

“ insya Allah” ana membalasnya dengan ringkas.

Tanpa berfikir panjang aku terus membalas sms Yusuf. Setelah sampai dibilik. Aku melihat kembali sent item dalam handset. Ya Allah biar betul apa yg aku balas ini. Mungkin disebabkan ada beberapa hal tadi menyebabkan aku terus membalasnya tanpa berfikir panjang lagi lebih-lebih membalas sms ketika menunggang motor.

Malamnya, Yusuf pun menelefon untuk mendapat kepastian. Akhirnya, aku terpaksa akur dengan keputusan yang telah aku buat petang tadi.

Program Diskusi Iman merupakan program tradisi bagi Jawatan Kuasa Saudara Kita (JKSK). JKSK merupakan sebuah platform dibawah MSI untuk menjaga kebajikan dan hal ehwal saudara seaqidah yang baru memeluk Islam. Peranannya tidak boleh dinafikan bahkan menjadi bahan yang sentiasa mencuri tumpuan apabila ada perbincangan dengan sahabat-sahabat dari IPTA lain.

Saban semester program Diskusi Iman akan dihidangkan kepada warga kampus dengan harapan diakhir program nanti warga kampus yang beragama Islam, lebih menghargai nikmat Islam dan iman yang dianugerahkan oleh Allah swt. Tanpa perlu bersusah-payah. Dua nikmat ini diperolehi menyebabkan ramai yang tidak menghargainya dan memperjuangkannya.

Dalam program ini saudara-saudara islam yang baru memeluk islam diberikan peluang untuk berkongsi kepada warga kampus detik-detik pengembaraan mereka mendapat hidayah Allah swt.

Diskusi Iman kali ini akan diforumkan oleh dua orang yang ana anggap bukan calang-calang orangnya. Ahli panel pertama adalah Saudara Dino bin Andigang @ Ahmad Khairul Ikhwan dan ahli panel kedua al-fad`hil Ust Ismail Mustari (Timbalan Pengarah Masjid Sultan Ismail) tetapi saat akhir digantikan oleh Ust Mahyudin Mad Sarip (Penasihat JKSK) merangkap Pegawai Agama Masjid Sultan Ismail.

Kesyukuran yang tidak terhingga kerana dapat berkenalan dengan Ust Ikhwan kerana rupanya insan yang bertubuh kecil ini mempunyai roh perjuangan yang cukup kenal. Bayangan roh para sahabat dalam mempertahankan aqidah sewaktu zaman awal islam. Walaupun tidak sampai satu jam berbual beliau telah begitu mesra dengn aku. Siap datang bilik dengan naik motor usang JAT lagi.

Ketika beliau menceritakan bagaimana penerimaan ahli keluarga apabila mendapat tahu Dino telah masuk islam. Aku terkaku. Dia telah dibuang keluarga!!! Tidur di tepi jalanan seminggu dan pelbagai lagi cabaran yang telah dia bayar untuk Allah dan rasulnya.

Teringat aku kisah para sahabat yang menerima nasib yang tidak kurang bezanya. Saad bin Waqqas, Musab bin Umair dan ramai lagi para sahabat yang telah mengorbankan keluarga mereka demi Allah dan rasulnya. Begitu tabah mereka menghadapi dugaan ini.

Sedikit biodata ust Ikhwan; berasal dari Sabah. (Senegeri dengan ana) .Seorang pelajar di Universiti Al-Azhar. Sekarang terpaksa mengambil cuti setahun kerana emaknya yang ditimpa strok seluruh badan.


Menerbitkan sebuah buku berjudul ‘Hijrah Trinity Kepada Tauhid’ dan sedang menyiapkan dua lagi buah buku antaranya ‘ Operasi Dakwah Penentu Kejayaan Islam di Sabah ’. sudah menislamkan seramai 16 orang walaupun beliau hanya menerima islam sebagai pegangan hidup pada tahun 2004.

Beberapa nasihat yang aku kutip daripada susuk ini ketika berbual-bual dengan beliau:

“Jadilah pendakwah yang bertanggungjawab. Jangan jadi pendakwah yang lepas tangan.”
“Selagi empat kerat ini mempunyai kudrat akan aku gunakan untuk menyebarkan islam.”
“Akhlak adalah senjata yang paling ampuh untuk menawan hati mad`u. Berakhlaklah dengan akhlak islamiah maka akan terpancar keindahan Islam”
“Ana terpaksa menjadi ‘anak derhaka’ demi mendapatkan cinta Allah dan rasulNya”
“Hiduplah seadanya sahaja didunia ini kerana ini bukan matlamat kita. Hanya tempat persinggahan sahaja.”

Disebalik susuk tubuh yang kecil ini rupanya menyimpan seribu keistimewaan yang hanya Allah mengetahui betapa tabah dan gigihnya insan ini.

Aku mengharapkan agar dapat lagi berjumpa susuk ini disuatu masa nanti insya Allah…

Akhirnya…..

Tepat pukul 11.30 malam ana mengakhiri kata-kata penutup selaku moderator.

Aku menutup program Diskusi Iman kali dengan memetik sepotong hadis nabi saw:

“ Islam itu Bermula dalam keadaan terasing. Ia akan kembali asing seperti mana permulaannya. Maka beruntunglah untuk orang yang terasing ”

23 Februari 2009..

No comments: