Saturday, March 7, 2009

HAKIKATNYA AKU TIDAK ADA APA-APA

Tidak ada apa pun yang ada padaku
Engkau suruh aku beribadah, aku pun beribadah
Aku pun beribadah, kemahuanku beribadah adalah kemahuan-Mu
Aku berusaha dan bertenaga ke arah itu semuanya qudrat dan kehendak-Mu
Engkau suruh aku membuat kebaikan
Setakat yang termampu aku membuatnya
Aku membuat setakat yang termampu adalah juga kehendak dan takdir dari-Mu
Tidak ada pun campur tanganku
Segala-galanya dari-Mu, terima kasih Tuhan
Aku patut bersyukur kepada-Mu
Engkau larang aku membuat maksiat
Sejauh yang termampu aku menjauhinya
Gerakan hatiku hendak meninggalkannya bukankah taqdir dari-Mu,
Engkau yang menggerakkan
Setakat yang termampu bukankah juga qadha dan qadar-Mu
Hakikatnya aku tidak ada usaha sekalipun sebesar habuk
Walaupun berusaha itu suruhan-Mu
Kalau begitu kalau ada pun sedikit kebaikan yang aku buat aku tidak boleh berbangga
Sepatutnya aku bersyukur kepada-Mu
Jika kejahatan yang aku buat walaupun hakikatnya dari Engkau juga
Sebagai beradab biarlah aku mengaku bersalah,
memang hamba sifatnya bersalah
Engkau sebenarnya tidak menzalim,
Maha Suci Engkau
Mesti ada hikmah yang tersembunyi yang aku tidak tahu
Aku baik sangka dengan-Mu
Mungkin juga selepas berdosa aku memohon ampun kepada-Mu
Itulah yang Engkau mahu
Aku pun memohon ampun, Engkau pun mengampunkan aku

1 comment:

amal_tawau said...

Salam ziarah... Blog ini dah "linked" dalam blog unit amal..