Thursday, September 24, 2009

PERUT oh… PERUT

Alhamdulillah, hari ini kita telah 5 hari menyambut kedatangan bulan Syawal. Kemeriahan eidulfitri masih terasa… dari satu rumah ke satu rumah kita kunjungi..Pelbagai jenis hidangan yang kita nikmati… Yang menjadi mangsa keadaan adalah PERUT. Kesian kat PERUT… Baru berehat sebulan sudah dibebankan dengan tugasan yang berlambak.

Oleh itu, kesempatan ini saya ingin berkongsi sedikit beberapa nasihat Imam Al-Ghazali berkenaan tentang PERUT dlm kitabnya Minhajul Abidin. Semoga prestasi ibadah kita tidak terjejas selepas ditarbiyah sebulan. Bukan senang nak dapat tarbiyah Ramadan ini. Hanya pilihan Allah sahaja yang menerimanya. Baiklah… Mari sama-sama kita menghayati dan mengamalkan nasihat Hujjatul Islam ini.

PERUT merupakan bahagian yang paling sukar dibaiki serta paling besar mudarat dan pengaruhnya. PERUT ibarat mata air dan merupakan sumber tenaga bagi seluruh badan. Maka, WAJIB bagi kita menjaganya dari perkara yang HARAM dan SYUBHAT.

Ini kerana menurut Imam al-Ghazali ada 3 sebab mengapa kita perlu menjaga perut kita dr pkr yg HARAM dan SYUBHAT iaitu:

  1. Takutkan api neraka seperti dlm hadis nabi saw:

    " setiap daging yg tumbuh dr makanan HARAM, api neraka akn lebih cepat menyambarnya"


     

  2. Tidak akan diberi taufik dlm beribadah. Ini kerana org spt ini tidak layak utk berkhidmat kpd Allah swt.


     

  3. Terhalang dari melakukan kebaikan. Jika dia melaksanakan kebaikan pun amalannya itu akan ditolak.

    "Allah tidak akan menerima solat seseorang yang dlm perutnya penuh dgn makanan HARAM" (riwayatkan oleh Ibnu Abbas)


 

Yahya bin Muaz berkata bahawa TAAT itu tersimpan dlm gudang-gudang Allah yang lubang kuncinya adlh DOA dan anak kuncinya adlh barang yang HALAL. Jika anak kunci itu tidak ada maka pintu tidak akan dapat dibuka. Dan jika pintu tidak dpt dibuka maka bagaimana seseorang itu boleh mendapat TAAT??

Memakan makanan yang HALAL secara berlebihan merupakan PENYAKIT bagi ahli ibadah dan BALA` bagi ahli ijtihad.

Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa ada terdapat banyak keburukan apabila kita tidak menjaga PERUT dr pkr HARAM dan SYUBHAT serta makan makanan yg berlebihan. Antaranya adalah:

  1. Menjadikan HATI keras dan memadamkan sinarnya.

    "jgnlah kamu mematikan HATI dgn makan dan minum berlebihan meskipun mknan dan minuman itu halal. Sebab HATI ibarat tumbuh-tumbuhan jika terlalu byk disiram ia akan mati"
    (al-hadith)

  2. Menyempitkan akal, fikiran dan pengetahuan. Imam ad-Daraquthni pernah berkata, "jika engkau menginginkan sst di antara kebutuhan dunia dan akhirat jgnlah makan dulu sebelum tercapai maksud itu. Sebab makan menjadikan fikiran menjadi lesu. Hal itu jelad dirasakan oleh yg pernah mengalaminya."


     

  3. Mengakibatkan malas beribadah.


     

  4. Menghilangkan kemanisan beribadah.

    "Sejak memeluk Islam belum pernh aku merasakan kenyang kerana aku ingin mengecapi manisnya beribadah." Abu Bakar As-Siddiq.


     

  5. Menjerumuskan kepada perbuatan SYUBHAT dan HARAM.

    "Sesungguhnya yg halal itu tidak datang kpdmu melainkan sbg bekal. Dan yg HARAM dtg kepadamu dgn melimpah"
    (al-hadith)


     

  6. Akan menyukarkan kita sewaktu sakaratul maut dan dipadang mashyar nanti.

    "sakitnya sakaratul maut itu ditentukan oleh banyak atau sedikitnya kenikmatan dunia. Sebab, byk mengambil kesenangan dunia bererti byk menerima kepayahan diakhirat" (al-hadith)


     

  7. Mengakibatkan berkurangnya pahala.

    "Dan (ingatlah) hari (ketika) orang-orang kafir dihadapkan ke neraka (kepada mereka dikatakan); Kamu telah menghabiskan rezkimu yang baik dalam kehidupan duniawimu (saja) dan kamu telah bersenang-senang dengannya; maka pada hari ini kamu dibalasi dengan azab yang menghinakan karena kamu telah menyombongkan diri di muka bumi tanpa hak dan karena kamu telah fasik."(al-Ahqaf:20)


 

" barangsiapa menginginkan dirinya menjadi orang yang paling mulia, hendaklah bertaqwa kepada Allah."

No comments: