Wednesday, March 26, 2008

Test...oh... test!!!

" Abg, sejak saya ikut gerakan dakwah ini. Akademik saya agak merosot la. Tapi ini mungkin ujian daripada Allah swt kan abg." ana tersenyum.

"Salah sapa ya?" ana cuba bertanya kepada adik usrah itu.

"Mungkin salah saya gak abg. " Jawab adik usrah itu.

Inilah antara realiti yang berlaku dewasa ini kepada ramai aktivis dakwah kampus. Tanpa ana ketepikan ramai juga yang cemerlang. Namun yang tersungkur, tersembab bumi tidak kurang banyaknya.

Disitulah suatu penilaian perlu diberikan perhatian oleh pimpinan kampus agar gerakan dakwah kita tidak menjadi fitnah.

Bukan dakwah yang kita bawa tapi fitnah kepada dakwah yang dijunjung.

Bukankah dakwah itu qudwah hasanah. Kepimpinan teladan.

Setelah puas ana berdialog dalam hati. Bagaimanakah dakwah ku ini? Mampukah ia memberikan impak yang baik atau telah menjadi fitnah kepada oarang lain. Adakah aku telah menjadi hijab kepada orang lain lantaran keputusan akademik yang agak tidak memberangsangkan?

Pagi tadi, ana ditakdirkan terbaca sebuah buku motivasi Dr. Tuah. Mungkin sedikit persoalan terjawab dalam diri.

Antara point penting yang disebutkan, akademik bukanlah ukuran yang muktamad untuk mengukur kebolehan seseorang. Ia hanyalah sebahagian kecil sahaja. Mungkin kita tak begitu cemerlang dari sudut akademik tapi kita cemerlang dari sudut yang lain. Cemerlang dari sudut akhlak, cemerlang dari sudut ibadah, cemerlang dari sudut pengurusan diri.

Termenung panjang ana dibuatnya...



Hati ana berbicara lagi...

"Dulu, Aku masih ingat munajatku bersama rabbku,ya Allah semoga aku dapat sambung degree di UTM skudai. Jangan engkau hampakan aku ya Allah. Hampir setiap malam, merayu, mengadu, mengharap, meminta-minta. Akhirnya, alhamdulillah syukur aku dapat sambung degree.



Tapi persoalannya, adakah aku telah menjalankan amanah ini dengan sebaiknya? Adakah aku telah melakukan yang terbaik dalam pelajaran ku?

Aduh... soalan ini membuatkan ana mengenangkan air mata. Betapa aku tidak menjalankan amanah ini dengan sebaiknya.

Bila mengenangkan ibu bapa yang berada diseberang laut menambahkan kesedihan di hati ini. Betapa tingginya harapan dan cita-cita mereka."



Aku kuatkan hati bahawa aku masih boleh melakukan sesuatu yang terbaik untuk sem ini. Masih belum terlambat untuk aku membaiki kekurangan dan kesilapan yang telah aku lakukan.

Semua ini adalah kesilapan diriku yang sering terlupa dan terlalai dengan kehidupan dunia yang menipu dan melalaikan ini.

Ya Allah berikan lah aku kekuatan dan bimbinglah aku untuk menjadi insan yang soleh. Insan yang dapat memberikan kebaikkan kepada ummat ini. Ya Allah aku tak mampu melakukan semua ini tanpa bantuan Mu. Ya Allah, janganlah engkau campakkan aku ke lembah kemaksiatan dan kehancuran. Ya Allah bimbinglah dan bantulah aku dalam mengawal nafsu ku yang tidak pandai puas-puas ini. Bantu aku ya Allah. Janganlah engkau aku menjadikan aku hamba kepada nafsu.

Kepada sesiapa kah lagi untuk aku mengadu dan meminta melainkan kepadamu ya Allah. Engkau tempat terbaik untuk aku mengadu dan meminta pertolongan. Kabulkan doa hamba mu ini ya Allah. Hamba yang sering kali tewas dengan godaan nafsu. Hamba yang penuh dengan najis dosa. Hambamu yang kurang beramal. Ya Allah, dengarlah rintihan ku ini."


Akhirnya, aku terjumpa dengan sebuah hadis Rasulullah saw yang sangat memberikan motivasi kepada ku pada malam itu.


1 comment:

Anonymous said...

salam singgah...
bukan sekadar academic performance, akhlak dan kaedah dakwah yang dibawa juga kena dijaga, takut-takut ianya juga menjadi penghijab kepada apa yang kita bawa....
semoga diberkati..