Ali Bukhari Amir Sun | Mar 02, 08 | 1:54:26 pm MYT | |
JOHOR BHARU, 2 Mac (Hrkh) – Sikap pemimpin Umno–BN yang mengguna jentera parti melibatkan badan berkanun milik kerajaan makin menjadi-jadi dan hal ini mendapat perhatian beberapa pihak sejak akhir-akhir ini.
"Ia kelihatan seolah-olah kempen Umno-BN, tapi kempen itu masuk ke universiti dalam bentuk acara keusahawanan kementerian di bawah Khaled Nordin. Menurut Shabab, hal kempen Umno-BN di UTM akhirnya dirujuk kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTM untuk diminta pendirian pimpinan universiti berhubung isu berkenaan. Beliau tidak menolak kemungkinan program tersebut ada kaitan rapat dengan TNC HEP. "Kami kirim pesanan ringkas SMS kepada TNC HEP dan jawapan beliau mengecewakan kami. Beliau mempunyai pandangan dan tanggapan negatif berhubung pembangkang. Tambah Shabab, TNC menyifatkan universiti di Malaysia akan berubah seperti Afghanistan di mana puak-puak Taliban akan menguasai negara. "Antara lain, katanya melalui kiriman SMS itu, universiti di Malaysia akan berubah seperti universiti pondok jika pembangkang dibenarkan memerintah Malaysia," katanya. Mengulas kejadian tersebut, Exco Pemuda PAS Negeri Johor Lujnah Perpaduan Nasional Nazman Ibrahim berkata, pihak kementerian dan pimpinan universiti perlu rasional dan bersikap profesional dalam menjalankan tugas mereka. "Mereka mesti dapat membezakan antara kerajaan dan parti. Paling mengejutkan, ialah sikap pimpinan universiti yang sanggup melabelkan universiti kita seperti Afghanistan yang melahirkan puak-puak Taliban dan universiti kita akan menjadi pondok. "Ini dakwaan yang tidak berasas," kata Nazman kepada Harakahdaily kelmarin. |
Monday, March 3, 2008
Umno-BN mula berkempen di UTM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment