Tuesday, April 7, 2009

MEMANG UMNO LEBIH BODOH DARI DAP TENTANG AL-QURAN

MEMANG UMNO LEBIH BODOH DARI DAP TENTANG AL-QURAN

Apabila mendengar petikan ceramah YB DAP yang mengutip surah An-Nahl ayat 90, aku tidak merasakan tindakan YB tersebut sebagai salah. Ini kerana, beliau membaca ayat Al-Quran tersebut dengan lahjah cinanya. Lahjah yang agak sukar untuk sama seperti orang arab membaca Al-Quran.

Jika kita berjalan ke mesir, sebilangan badwi di sana membaca Al-Quran dengan menyebut huruf ”jim” dengan hurum ”Ga”, sedangkan dalam bahasa arab, tidak wujud langsung huruf ”ga”. Jika mereka membaca ”iza JA a nas rullah”, mereka membacanya dengan ”iza GA a nas rullah”

Lahjah arab mesir ini, tidak sekadar dikalangan orang badwinya sahaja, bahkan ada sebilangan profesor yang mengajar di Universiti Al-Azhar pun membacanya sedemikian. Persoalannya, apakah membaca dengan lahjah tersebut adalah tindakan mempersendakan Islam??? lebih-lebih lagi, jika dibacanya itu disebabkan memang agak sukar lidah menyebut dengan sebutan yang betul.

Apabila aku mendengar YB DAP tersebut menyebut surah An-Nahl Ayat 90, aku agak kagum. Ini kerana, aku sendiri pun tidak ingat ayat yang sering dibacakan dalam khutbah jumaat itu adalah surah an-nahl ayat 90. dan aku yakin, kalau tanya sebilangan Orang islam beragama UMNO pun, masakan mereka tahu itu adalah surah an-nahl ayat 90, bahkan membaca ayat itu pun pasti mereka tidak mampu.

Cumanya, dalam mengulas isu ini, datang mufti Harussani yang mangkuk hayun ini mengeluarkan kenyataan seperti berikut;

”orang-orang bukan islam menggunakan ayat Al-Quran sebagai alasan dalam kempen mereka. pada saya, kalau orang-orang bukan islam menggunakan ayat Al-Quran dalam kempen, seolah-olah orang melayu, orang islam sudah terlalu bodoh. Sehingga dia sendiri tidak tahu lagi tentang kitab suci Al-Quran. Apakah kita boleh percaya terhadap tafsiran yang dibuat oleh orang kafir. Jadi saya harap mudah-mudahan, perkara seperti ini tidak lagi berlaku. Merupakan satu penghinaan kepada ugama kita. Maka dengan itu, harus dihentikan. Satu lagi hal, orang-orang kafir selalunya menyelewenkan benda-benda yang telah wujud dalam kitab, kerana mereka tidak percaya dengan yang wujud dalam kitab itu”

Membaca kenyataan Mufti perak ini. ingin dinyatakan seperti berikut;

(a) sekarang memang ada orang melayu lebih bodoh dari orang bukan Islam tentang Al-Quran. Orang melayu itu adalah, orang UMNO. sama ada mereka itu agamawan, mahupun tidak. Termasuk yang berjawatan mufti.


(b) Jika wujud unsur penyelewenan Al-Quran yang dilakukan oleh YB DAP itu. dimanakah unsur penyelewengan itu??? takkan semata-mata baca sudah cukup untuk dikatakan sebagai menyelewengkan Al-Quran.????

(c) Sejak bila si YB ini menafsirkan Al-Quran. Dia hanya sekadar mengungkapkan sesuatu yang benar berdasarkan kepada ayat Al-Quran yang menyuruh melakukan keadilan dan melakukan kebaikan. Apakah menyelewengkan kandungan Al-Quran, jika beliau menyeru kepada keadilan dan kebaikan seperti seruan surah An-Nahl ayat 90???

Nampaknya, di Malaysia, kita mempunyai seorang lagi tokoh mangkuk hayun berjawatan mufti.

Sekian

P/s : (1) UMNO lawan islam. mufti sokong UMNO. Maknanya; Mufti lawan islam. (2) UMNO parti perkauman, mufti sokong UMNO. Maknanya; Mufti sokong perkauman. (3) UMNO adalah assobiyyah, Assobiyyah adalah haram, mufti sokong UMNO. Maknanya, Mufti buat kerja haram.

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani

Http://g-82.blogspot.com

5 comments:

Anonymous said...

Tanda-tanda akhir zaman, Golongan ulama' pembawa fitnah dan berkepentingan, Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik..

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanda-tanda_kiamat_kecil

Moga satu hari nanti sistem politik islam akan kembali menguasai Malaysia.. Bukannya terus dikuasai oleh sistem politik demokrasi barat ini yang perlahan2 menghancurkan semua pihak(baik Umno nyer,mahupun yang lain2)..

soalan-
Yang mana sepatutnya; Islam dipolitikkan?
@
Sistem politik di Islamkan?

Anonymous said...

Salam, ya akh, kerasnya bahasa yang digunakan tu. Rasanya nta salin dari blog orang kan?

Ana akui apa yang mufti Perak katakan tu ada salahnya, tapi keras dan kasar sangat dengan ayat macam tu kita nak menyatakan dia salah.

Bagi ana apa masalahnya kita menggunakan bahasa yang baik? Kita pun tak tahu secara jelas samada Dato mufti mendapat maklumat yang betul mengenai hal ini sehinggakan beliau keluarkan kenyataan begitu. Wallahualam.

cyruscope said...

Bila wakil DAP menyebut terjemahan Quran dalam caramah Pas dalam pilihanraya di Bkt Gantang tempoh hari, NGO Melayu melenting dan buat laporan polis kerana rasa terhina orang bukan Islam mempermainkan Kitab Suci orang Islam.

Mursyidul Am Pas pula melihat dari sudut positif, kerana katanya satu kesedaran telah timbul dikalangan orang DAP untuk mendekati Islam. Katanya Umno begitu lama berbaik dengan MCA nak beri salam pun tak boleh. Orang Pas sekejap saja berbaik dengan DAP sudah nak dekat dengan Islam, begitulah lebih kurang maksudnya.

Dilihat sekali imbas hujah kedua-dua pihak Umno/NGO dan Pas nampaknya sama-sama betul, masing-masing ada alasan dan boleh diterima. Bila lihat kali kedua hujah-hujah mereka, satu perkara perlu diperhalusi dan dipastikan betul-betul. Apakah benar seperti kata Nik Aziz bahawa DAP ingin mendekati Islam? Adakah DAP benar-benar jujur mendekati Islam untuk mencari kebenaran? Kujujuran mendekati Islam dengan penentangan penubuhan negara Islam macam minyak dengan api.

Selepas pilihanraya, adakah wakil DAP itu akan terus mendekati Islam atau hanya sekadar untuk modal pilianraya sahaja? Kalau ini tujuannya bermakna Nik Aziz kena tipu hidup-hidup, merestui DAP mempermainkan Quran untuk tujuan pilihanraya.

Betapa murahnya nilai al-Quran pada pandangan pemimpin Pas. Kita tidak menentang sesiapa sahaja mengkaji al-Quran, bukan setakat membaca terjemahan, malah membaca ayat al-Quran seperti yang dilakukan orientalis dan mengelek Kitab Suci itu kehulu-kehilir untuk tujuan ilmiah mereka pun tak mengapa.

Tetapi yang kita tidak setuju dan orang Islam marah kerana isu ini timbul dalam ceramah politik. Kalau perkara ini timbul dalam perbahasan perbandingan kitab suci, satu masa dahulu antara Quran-Bible atau Quran-Ramayana Mahabrata, atau Quran-Torah kita tidak terasa apa-apa.

Dalam keadaan begini orang Pas yang warak-warak pun tidak dapat terima. Anak-anak pondok Kelantan pun tidak dapat terima. Tinggal lagi mereka yang tidak setuju dengan Nik Aziz hanya memendam rasa. Kemana perginya Dr. Harun Din, kita nak dengar juga apa kata ahli ilmu macam dia.

Memang menggunakan ayat Quran menjadi mainan Pas sejak 50 tahun dahulu. Hanya akhir-akhir ini sahaja hampir tiada lagi, mungkin kerana tidak sanggup menyebut ayat Quran, kerana duduk sekandang dengan DAP, ataupun kerana baharu sedar akan dosa pahala menggunakan sewenang-wenang ayat Quran untuk tujuan politik.

Tetapi agak menghairankan orang DAP berceramah baca terjemahan Quran di depan orang Pas yang hanya mampu tersengeh. Di mana maruah pemimpin Pas yang ada bersama yang tidak melarang perbuatan itu atau sudah tergamam, cicak sudah pandai mengucap.

Fikirkanlah sendiri, untuk tujuan pilihanraya apa sahaja boleh dijual hatta ayat-ayat suci. Tapi pemimpin Pas berlaku jujurlah kepada Allah. Mati adalah benar, hari kiamat adalah benar. Jangan jadikan ilmu agama atau tajuk ulamak sebagai lesen untuk mengiakan apa sahaja bagi mencapai matalamat kita..Na’uzubillah..

Hafizhilmi said...

errr...mengikut seksyen 15(1) AUKU.. mahasiswa tidak boleh dipolitikkan..
tapi kalau politik dimahasiswakan..xde plak dinyatakan dlm auku..huhu

ikhwan said...

Kalau boleh guna ayat yang elok sikit,kita xboleh salahkan mufti perak 100 percent.Klu copy paste dari orang pun harap boleh tapis sikit...xsuka baca ayat yang kurang ajar...
masing2 ada kelemahan diri..